6
"JOM makan, saya laparlah!"
Ajak Izzul Haq ketika mereka
melintasi pintu balai ketibaan. Dua jam yang lepas, mereka bertemu di dalam
perut pesawat. Kini, pertemuan itu berlanjutan sehingga dia tidak tahu
bagaimana cara hendak menjauhkan diri dari lelaki itu. Menghalaunya pulangkah?
Aduh, tidak tergamak rasanya memandangkan betapa jauhnya perjalanan mereka
berdua. Barangkali lebih elok jika dia menerima kehadiran lelaki itu sebagai
kehadiran seorang tetamu.
"Habis tu, beg ni nak
tolak ke sana sini?"
"Penat ke? Mari saya
tolakkan!"
Tawar Izzul Haq. Iris Suhayla
menapak ke belakang apabila Izzul Haq mendekati troli yang sedang disorongnya.
Buat apa dia menolak jika tawaran itu lebih memudahkannya lalu diikuti sahaja
langkah lelaki itu.
"Dah hilang sakit
kepala?"
"Dah."
"Lepas hantar awak ke
rumah sewa nanti, kita pusing tengok sekolah dulu, lepas tu saya nak balik KL
semula,"
Beritahu Izzul Haq tentang
rencananya. Jika diikutkan hati, dia ingin menemani Iris Suhayla lebih lama namun
kekangan waktu lapang, ditambah pula dengan keadaan Iris Suhayla yang seakan
tidak sudi didekati membataskannya. Barangkali Iris Suhayla perlukan ruang
untuk mengenali dirinya. Tak mengapalah.
"Okey,"
Jawabnya mudah.
APABILA pintu apartment dibuka, Iris Suhayla ternganga. Tak
sangka apartment itu sudah siap dikemas dan tunggu masa untuk diduduki sahaja
lantas wajah Izzul Haq dipandangnya.
"Rumah awak ke?"
"Rumah saya? Rumah
awaklah ni,"
Dalihnya, menyerahkan kunci
apartment kepada Iris Suhayla. Walaupun tidak mengerti apa yang berlaku,
diambil juga kunci itu.
"Rasanya saya baru survey aje dalam internet pasal rumah
kosong di Labuan. Kat mana nak tinggal pun, saya belum buat keputusan lagi.
Macam mana dah boleh dapat kunci secepat ni?"
"Kalau saya kat tempat
awak, malas saya fikir semua benda ni bila dah ada tempat berteduh. Semua dah
lengkap pulak tu,"
Balas Izzul Haq sambil menarik
beg Iris Suhayla. Pintu bagi kamar utama apartment itu ditolak dengan cermat
lantas dengan bersahaja dia meletakkan barang-barang Iris Suhayla di tepi
dinding kamar peraduan itu.
"Lagak macam tuan rumah
aje awak ni. Cuba cakap betul-betul, rumah ni awak punya, ya?"
"Saya punya? Kan saya dah
kata awak yang punya,"
Balasnya, masih menyorokkan
fakta dari Iris Suhayla. Dia berjalan ke arah tingkap lantas ditolaknya daun
tingkap satu per satu. Dari situ dapat dilihat betapa birunya pemandangan di
Laut Cina Selatan.
"Nak tengok laut?"
Tanya Izzul Haq kepada Iris
Suhayla namun gadis itu tidak menjawab. Bila Izzul Haq menoleh ke belakangnya,
Iris Suhayla sudah tiada di situ.
IRIS Suhayla senyap sahaja apabila disuruh masuk ke dalam
kereta. Kata Izzul Haq, dia tak perlu bersusah payah ke sekolah kerana
pengangkutan sudah ada. Yang tinggal hanyalah keberanian untuk memandu
kereta.Iris Suhayla memegang kepala yang tidak sakit. Bertambah lagi kejutan
yang diterimanya.
"Kereta ni saya punya
jugaklah?"
Sinis Iris Suhayla bertanya.
Izzul Haq menyambutnya dalam tawa. Barangkali Iris Suhayla sudah mengerti
bahawa segala-galanya telah tersedia buat dirinya.
"Siapa awak ni
sebenarnya?"
"Tunang awak, kan?"
Jawabnya ringkas. Belum tiba
masa buat dirinya mendedahkan apa yang tersimpan selama ini. Biarkan masa
berlalu, sekurang-kurangnya sehingga tiba pada hari pernikahan mereka. Selepas
itu, baru boleh dirungkai segala rahsia yang tersimpan rapi selama ini.
"Saya tak kenal pun awak,
siapa keluarga awak, di mana awak tinggal, apa kerja awak tapi macam mana awak
boleh meminang saya?"
"Tak adventure lah kalau saya cerita semuanya sekarang. Kalau awak berminat,
awak boleh kenali saya, kalau belum berminat, tak perlu semua tu. So, kita dah sampai di sekolah awak. Tak
jauh pun dari apartment tu. If you drive
slowly pun, insyaAllah, akan selamat sampai dalam masa sepuluh minit."
Beritahu Izzul Haq sambil memberhentikan
kereta di bahu jalan. Tidak menunggu lama, Iris Suhayla keluar dari perut
kereta lantas berjalan menuju ke arah pintu utama sekolah.
"Ada yang boleh saya
bantu?"
"Oh, saya cuma nak
pastikan alamat sekolah sahaja. Nama saya Iris Suhayla, guru baru di sekolah
ni,"
"Oh, guru baru! Kata guru
besar ada seorang sahaja guru baru tahun ini. Mungkin Cikgu Iris lah orang yang
dimaksudkan itu."
Balas pengawal itu dari dalam
pagar sekolah. Iris Suhayla tersenyum cuma, kemudian dia meminta diri untuk
pulang. Dia masuk semula ke dalam perut kereta sebelum Izzul Haq kembali
memandu.
"Macam mana?"
"Selagi belum lapor diri,
selagi tu belum boleh buat apa-apa kesimpulan,"
"Agreed! Positif bagus untuk memajukan diri,"
Ujarnya, bersetuju dengan
pendapat Iris Suhayla. Dia terus membuat pusingan U sebelum berpatah semula ke
apartment yang disewa khusus buat Iris Suhayla.
"Saya hantar awak balik
ke rumah, lepas tu saya nak terus ke airport,"
"Emm...terima
kasih!"
Ucap Iris Suhayla tanpa ragu.
Terfikir juga hendak menghantar lelaki itu ke lapangan terbang namun egonya
menghalang. Dia membuang pandang ke luar tingkap, mengamati jalan dan lorong
yang dilalui supaya perjalanannya menjadi mudah kelak.
"You are most welcome."
"Saya tak boleh janji nak menjenguk awak di sini, cuma saya nak
pesan jaga diri selalu."
Pesan Izzul Haq sambil
membelok masuk ke perkarangan blok apartment Iris Suhayla. Tunangnya di sebelah
tidak menjawab. Pasti gadis itu masih belum menyesuaikan diri dengan status
mereka kini. Iris berjalan menuju ke arah lif sedang Izzul Haq masih tercegat
di sisi kereta.
"Iris!"
Iris Suhayla mematikan langah
ketika namanya dilaung. Dia berpaling menghadap Izzul Haq yang masih berdiri di
sisi kereta. Izzul Haq
menggoyang-goyangkan kunci kereta, memberi isyarat untuk menyerahkan
kunci itu kepadanya.
"Thanks!"
Jawab Iris Suhayla, malas. Dia
berpusing selepas mengambil kunci kereta itu namun panggilan kali kedua dari
Izzul Haq menyebabkan dia berpusing lagi.
"Mungkin saya tak
romantik macam orang lain. Lepas ni, mungkin tiada call atau mesej untuk awak tapi di mana pun saya, atau di mana pun
awak, tolong jaga diri dan status awak. Saya tunggu awak kurang enam bulan
lagi,"
Pesan Izzul Haq buat kali yang
terakhir. Iris Suhayla tidak membalas, tetapi meneruskan langkah,
perlahan-lahan hingga tiba di pintu lif. Ketika pintu lif terbuka, dia masuk
dan menghadap ke arah letaknya kereta tadi namun kelibat Izzul Haq sudah hilang
dari pandangan. Iris Suhayla menggosok-gosok keningnya. Sungguh, hari itu adalah
hari yang sangat mencabar.Cabarannya adalah kerana terpaksa bersemuka dengan Izzul Haq ketika dia langsung tidak bersedia.
"BOS, ni surat jemputan untuk hadir ke pelancaran
model baru Audi.Februari 15 di
United Kingdom. Kalau bos nak ke sana saya nak comfirmkan kehadiran dan booking
tiket sekali."
Beritahu Aina, menyerahkan
surat jemputan kepada Izzul Haq. Sekilas lalu, Izzul Haq membaca kandungan
surat jemputan itu. Kemudian, dia menyelak kalendar peribadi untuk melihat
tarikh tersebut sama ada telah terjadual dengan kerja ataupun tidak.
"Jadual bos penuh sampai
bulan lima,"
Jelas Aina ketika melihat
Izzul leka menyelak kalendar peribadinya. Izzul mengangkat muka, bagai tidak
percaya dengan Aina tentang jadualnya. Aina segeramenghulurkan jadual kerja Izzul Haq yang memang telah
dicatat di dalam diarinya. Izzul menyelak satu persatu sehingga ke penghujung
tahun. Hampir setiap hari, termasuk Sabtu dan Ahad telah dibulatkan dan
dicatatkan nota pada tarikh tersebut.
"Okey. Terima jemputan
dari Audi. Tapi saya cuma nak tiga hari sahaja di sana. A day before and two days later."
"Kemudian, rearrange my schedule on June. Saya tak
mahu sebarang aktiviti pada bulan enam. Enjak semuanya kepada bulan tujuh dan
ke atas."
"Alamak, bos nak kahwin
ke bulan enam tu?"
Izzul Haq ketawa sahaja.
Walaupun benar apa yang Aina duga, dia belum mahu mengiyakan. Belum tiba
masanya untuk dia membuat sebarang pengumuman tentang hal perkahwinannya.
Tambahan, semuanya masih awal lagi.
"Oh, asal cuti panjang
sikit, kahwinlah, ya?"
"Iyalah, tak ada angin
masakan pokok bergoyang. Takkan bos tak dengar gosip hangat yang mengatakan bos
dah bertunang?"
Tanya Aina, dengan sebelah
tangan di tepi mulut. Seolah-olah berita itu rahsia antara dia dan Izzul Haq.
"Nama pun gosip."
"Eh, saya pun nak berehat
jugak. Bukan awak aje yang penat. Dah lama saya tak berehat panjang."
Tambah Izzul Haq lagi.
"Iyalah bos, berehatlah.
Tapi sebelum berehat. Bos kena harungi semua jadual yang saya dah susun ni.
Lima bulan yang penuh dengan aktiviti. Chaiyok, bos!"
"Chaiyok apa pulak?"
"Bahasa korea. Ibarat bos
bolehh!!!"
"Macam-macamlah awak ni,
Aina,"
IRIS Suhayla melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat
dengan penuh yakin. Walaupun hari itu merupakan hari pertama dia melapor diri, namun
dia berasa teruja dan bersemangat untuk bersama-sama barisan warga pendidik
membangunkan potensi murid di sekolah itu. Setiap wajah yang dilihat, tak kekok
dia menghadiahkan senyuman. Pelbagai juga reaksi mereka. Ada yang turut
membalas dengan senyuman, tidak kurang juga yang bersahaja ketika dia menghulur
senyuman.
"Mungkin Cikgu Iris boleh
perkenalkan diri serba sedikit memandangkan ini hari pertama cikgu
bertugas,"
"Assalammualaikum dan
selamat pagi. Terima kasih saya ucapkan kepada yang berusaha guru besar, Puan
Hajjah Aminah binti Salikin, barisan GPK, serta warga pendidik sekalian. Nama
saya, Iris Suhayla binti Idris. Saya berasal dari Hulu Langat, Selangor dan
berusia 25 tahun. Alhamdulillah, saya baru sahaja menamatkan Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Harapan saya, semoga
guru-guru semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya tentang persekitaran
kerja dan budaya sekolah ini. Terima kasih!"
"Dah kahwin ke
belum?"
Celah seorang guru lelaki,
mengundang tawa seisi bilik mesyuarat itu. Iris Suhayla yang baru hendak duduk
tersipu malu ditanya soalan sebegitu.
"Bujang,"
Jawabnya perlahan. Terus menundukkan
kepala.
"Amboi Cikgu Nizam, asal
ada cikgu baru mesti tanya dah kahwin ke belum! Berapa kosong lagi yang tinggal
ya, Cikgu Nizam?
Sampuk guru besar, Puan Hajjah
Aminah binti Salikin. Gelak tawa guru-guru lelaki bertambah kuat, memenuhi
ruang bilik mesyuarat itu.
"Terima kasih kembali
Cikgu Iris. Selaku guru besar saya mengalu-alukan kedatangan cikgu ke sekolah
ini. Semoga ilmu pengetahuan yang cikgu timba semasa di maktab dahulu dapat
cikgu gunakan sebaiknya untuk mendidik anak-anak di Labuan ini. Tempat baru,
budaya baru, persekitaran baru, InsyaAllah, sama-samalah kita berkongsi ilmu
yang ada untuk membantu Cikgu Iris mengenali sekolah ini,"
Kata guru besar selepas
suasana riuh tadi kembali terkawal. Barangkali itulah asam garam bersosial
dengan teman-teman seangkatan. Menyelit gurauan sebagai hiburan.
"Cikgu Nizam memang macam
tu. Miang sikit. Hati-hati dengan dia, ya!"
Kata seorang guru bertudung
merah jambu. Iris Suhayla cuma mengangguk. Hendak bertanya lebih lanjut, terasa
masa itu bukan pilihan yang tepat.
"Saya Siti Hajar!"
Ujar guru itu lagi,
memperkenalkan dirinya. Iris menyambut tangan yang dihulur bersama senyuman.
"Iris Suhayla, kak!"
"Tak payah panggil kak
lah. Rasa macam tua sangat, panggil Siti aje,"