Home Novel Cinta AJARKAN AKU CINTA
AJARKAN AKU CINTA
Dea Zoraya
21/6/2019 15:16:27
66,374
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

“Lepaskan tangan aku! Aku mana ada duit,”marahku kepada lelaki bergelar Along yang sedang memegang kasar pergelangan tanganku.

“Dah tiga bulan kau tak bayar! Ingat senang kami nak lepaskan kau,” kata lelaki yang seorang lagi.

Airmataku mula mengalir laju. Sudah lebih tiga tahun aku menanggung derita disebabkan hutang yang dibuat oleh Hairi. Bekas suamiku yang zalim itu di dalam diam telah menjadikan aku sebagai cagaran kepada Along sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskannya. Aku tidak tahu langsung Hairi telah mempergunakan maklumat peribadiku sebagai cagarankepada lintah darat sebelum dia melarikan diri entah ke mana setelah syarikat milik keluarganya ditutup dan mereka disahkan muflis.

“Kenapa kau cari aku, hah? Yang berhutang dengan kau adalah Hairi, bekas suami aku...bukannya aku,” kataku lemah keranaaku sudah tidak larat  lagi untuk menanggung beban hutang.

Setiap bulan hampir keseluruhan gajiku akan aku serahkan kepada lintah darat dan aku tidak mempunyai pilihan selain membayar walaupun tanpa kerelaan hati. Ini kerana lintah darat itu sering kali mengugu tuntuk mencederakan Kak Nadia dan Natasha sekiranya aku gagal membayar hutang tersebut beserta bunganya pada setiap bulan.

Hairi lelaki tidak guna itu telah hilang sejurus dia disahkan bankrup. Aku yang ketika itu baru sahaja secara sah bercerai dengannya telah dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang lelaki yan gdatang di hadapan rumah kakakku, Nadia. Puas aku cuba menyakinkan mereka bahawa diriku dan Hairi tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi namun aku terkedu tatkala salah seorang daripada lintah darat itu mengeluarkan sehelai surat perjanjian di mana Hairi telah menggunakan salinan kad pengenalan dan maklumat peribadiku sebagai cagaran kepada pinjaman itu. Bermula dari saat itu aku hidup di dalam ketakutan apabila hampir setiap hari Along tersebut dan konco-konconya datang mengugutku dan keluarga Kak Nadia.

“Kalau kau tak dapat bayar pakai duit...kau bayar pakai benda lain,” ujar lintah darat itu sambil tubuhku dipandang dariatas ke bawah.

Aku benci melihat pandangan seperti itu. Akumasih ingat dulu aku pernah diugut untuk dijual jikalau aku tidak dapat menjelaskan hutang mengikut amaun yang ditetapkan pada setiap bulan.

“Aku tak semurah yang kau fikir!” Aku merentap tanganku dari cengkaman lelaki itu.

“Kau dengar sini ya, sekali lagi kau datang ugut aku...aku betul-betul laporkan pada polis. Kalau ikutkan aku dah jelaskan semua hutang Hairi tu selama tiga tahun ni. Apa lagi yang korang nak?” teriakku yang telah hilang sabar.

Lelaki yang berbadan besar itu memandang sekilas ke arah sekeliling lorong yang terletak di belakang deretan kedai  itu sebelum tangannya dihayunkan ke wajahku.Cincin besi yang tersarung di jari lelaki itu mencalarkan pipiku. Aku memegang bahagian pipi sambil menahan rasa sakit yang sedang menjalar dan ketika itujuga terasa ada cecair panas  sedang mengalir dari luka itu.

“Lelaki tak guna...dayus pukul perempuan,”jeritku berani walaupun aku sedang berada di dalam ketakutan.

“Ingat minggu depan aku datang lagi. Kalau kauberani melawan, aku akan hancurkan kafe tempat kau kerja tu!” ugutan mereka menggusarkanku.

Aku sebolehnya tidak mahu melibatkan Ikmal atau rakan-rakanku di kafe di dalam masalah ini kerana aku tahu betapa tidak tenteramnya hidup apabila sering kali dikejar oleh sekumpulan samseng yang sentiasa mendahagakan wang. Mereka juga berani bertindak di luar jangkaan dan aku tidak mahu sesiapa pun tercedera kerana membantu diriku.

“Bilalah derita ini akan berakhir? Mungkinkah aku tidak akan pernah merasai bahagia? Hairi...aku tidak akan memaafkan kau walau sehingga ke akhir hayat aku pun. Kerana kau lah punca kesengsaraanku.” Aku mengetap bibir geram sambil wajah lelaki tidak guna itu melintas di ruangan mata.

Aku mendongak memandang ke arah langit. Bintang berkerdipan yang bertaburan cantik itu langsung tidak menjentik hatiku. Terasa airmataku mengalir deras menghujani pipi. Sungguh hidup ini amat perit, mencari sesen wang amat memenatkan. Aku mengharapkan ada keajaiban yang akan hadir ke dalam hidupku yang akan membawaku pergi dari penderitaan ini.

Selama bertahun-tahun aku bertungkus lumus untuk hidup. Aku membiarkan impianku berlalu, aku membiarkan jiwaku terseksa dan aku membiarkan takdir menguasai diriku. Aku bagaikan tiada matlamat hidup seperti gadis lain yang bercita-cita untuk bergelar seseorang yang mereka inginkan.

Aku teringin untuk hidup seperti remaja lain yang mempunyai ramai kawan, yang boleh membeli pakaian mengikut trend terkini dan juga memiliki telefon bimbit tercanggih. Sungguh aku juga teringin untuk hidup seperti itu, namun perempuan miskin yang tidak mempunyai wang seperti aku hanya layak untuk memasan gcita-cita sahaja. Aku redha dengan takdir yang tertulis untukku. Aku yakin Tuhan telah menyusun dengan baik aturan hidup ini kerana Dia lebih mengetahui apa yang paling terbaik untuk hamba-Nya.

Aku melepaskan sebuah keluhan sebelum mengesat airmata yang mengalir di pipi dan juga darah yang mengalir di pipiku. Aku mencapai sapu tangan di dalam poket seluar lalu aku tekapkan di atas luka yang sedang berdenyut itu.

Aku melangkah perlahan untuk kembali ke arah pintu belakang kafe. Aku cuba menyembunyikan luka di pipi dengan segera menuju ke arah bilik air. Namun belum sempat aku masuk ke dalam bilik air, Ikmal tiba-tiba muncul di hadapanku.

“Sampai bila nak sembunyikan dari aku? Aku tahu ada masalah besar yang kau pendam daripada pengetahuan aku dan juga kawan-kawan di kafe ini,” sergahan Ikmal yang bernada lembut itu tetap membuatkan aku menelan liur.

Aku mengelak dari bertentang mata dengan sahabatku itu. “Aku okay...kau jangan risau lah. Masalah kecik aje ni.”

Sebuah keluhan terdengar lepas dari kerongkong Ikmal. “Masalah kecik apa macam ni Ati...sampai pipi kau calar macam tu. Cerita pada aku ya...Insya Allah kalau aku mampu, aku akan cuba bantu kau. Kalau kau terus diam macam ni aku lagi risau.”

Aku menggeleng. “Aku boleh selesaikan masalah ni. Err...sebenarnya aku ada masalah sikit dengan abang saudara aku. Kira masalah keluarga...kau jangan risau ya. Aku masuk bilik air dulu, lepas tu aku sambung kerja.” Aku terpaksa menipu Ikmal kerana aku tahu jika aku berkata benar pasti lelaki yang baik hati itu akan mempertaruhkan apa sahaja miliknya untuk membantuku.

“Kau tahu kan aku sentiasa ada bila kau perlukan aku,” kata-kata lelaki itu mematikan langkahku seketika.

Aku menoleh dan menggariskan senyuman nipis untuknya. “Aku dah banyak terhutang budi dengan kau, Ikmal. Rasanya tak mampu untuk aku balas jasa dan budi kau pada aku.”

“Itulah gunanya teman. Ati...kita tak boleh hidup seorang diri tanpa bergantung pada orang lain. Tak salah untuk kita berdikari tetapi ada masanya kita tetap memerlukan orang lain sebagai pemberi semangat,” kata-kata Ikmal itu membuatkan mataku sedikit bergenang.

Selesai aku membasuh muka di dalam bilik air,aku segera menuju ke bahagian hadapan kafe untuk menyambung tugasku yang tergendala tadi. Aku mencapai pen dan buku nota kecil yang terletak di atas meja berdekatan kaunter lalu mataku melilau mencari jikalau ada pelanggan yang baru tiba untuk aku mengambil pesanan mereka.

“Ati...ambil order lelaki yang duduk sorang kat sana tu,” pesan Kak Zaliha kepadaku ketika dia melintasiku bersama beberapa buah pinggan di tangannya.

Aku senyum dan mengangguk. Aku buat-buat tidak nampak akan pandangan mata Kak Zaliha yang nampak lain tatkala matanya itu mendarat di pipiku. Aku tahu pasti Kak Zaliha akan bertanya tentangnya kepadaku sebentar nanti dan dia tidak akan berhenti bertanya sehingga aku memberikan jawapan. Aku kenal benar akan perangai Kak Zaliha yang merupakan kawan baik merangkap kakak angkatku yang telah aku kenali ketika aku mula bekerja di kafe ini bermula tiga tahun yang lalu itu.

Aku melangkah ke arah seorang lelaki yang sedang duduk membelakangiku. Lelaki berkot hitam itu aku lihat sedang membuang pandangan ke arah luar tingkap. Sampai sahaja di meja itu aku bersedia untuk mengambil pesanan namun tingkahku terbantut tatkala mataku mendarat ke arah wajah lelaki yang aku tidak sangka langsung akan aku temui lagi.

Sebuah keluhan aku lepaskan tatkala wajah Aydin betul-betul muncul di hadapanku.

“Are you kidding me?” kataku yang benar-benar hilang kata-kata.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.