Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 39

Tidak pernah terlintas sekali pun untuk Mina Arwiena berkenalan dengan jejaka arab Mesir. Perkenalan yang aneh di dalam kapal terbang itu cukup memberi makna dalam hidup gadis itu. Apabila difikirkan semula, ianya lucu. Sangkaan dia bahawa jejaka kacak ini tidak memahami apa yang berlaku terhadap gadis melayu ini sememangnya salah. Baihaqi faham dan sedar gadis yang melayu disebelahnya pada waktu itu menghadapi masalah yang agak berat. Namun, dia tidak gentar. Perasaan ingin tahu timbul tanpa sedar. Perasaan ingin mengenali gadis ini terus membuak. 

Dalam perkenalan, mereka berselisih faham. Mina diculik dan difahamkan bahawa Adam Baihaqi adalah dalang kepada pembunuhan seorang gadis. 

Fitnah besar datang melanda. Dunia akhir zaman. Mina berterusan bersangka buruk terhadap Adam Baihaqi. Seorang jejaka yang telah mencuri hatinya. 

Namun, peristiwa di dewan baru-baru ini telah menjentik perasaan Mina. Fikiran bercelaru. Dia tak tahu apa lagi yang harus dikesalkan. Kesalnya dia ke bumi Mesir atau kesalnya dia berkenalan dengan Adam Baihaqi? 

Impiannya hanya satu. Dia ingin bahagia. Dia mahukan kebahagiaan itu dihiasi dengan kejayaan. Janjinya terhadap ibunya untuk belajar dengan tekun dan menjadi orang berjaya seharusnya ditepati. Biarlah roh ibunya tenang. 

Dia juga mahukan ketenangan. Bukankah Tuhan juga telah menjanjikan ketenangan bagi orang yang menjejakkan kaki ke bumi Mesir? Ya, Matlamatnya jelas tetapi perancangannya tidak. 

Apa dia perlu buat untuk mendapatkan kebahagiaan? Dia buntu.

Sejenak memikirkan tengang masa hadapan dia makin resah. Dia tak nampak apa kesudahannya. Cintanya terhadap ilmu sangat luas. Cintanya pada bumi arab ini masih belum puas. Sudahnya, duduk di sini adalah pilihan yang terbaik. 

Duit? Ya, itulah masalah utama sekarang ini. Jika jodohnya memang bersama Adam Baihaqi, tidak mungkin kekayaan keluarga itu menjadi medan untuk dia berjaya. Dia mahu menjadi seorang doktor bertauliah. Yang bijak mengendalikan kes-kes di hospital dan peka dengan masalah kekeluargaan. 

"I told you so many times! Its not yellow! Its red rose! Lun Ahmar, ya ammu! Ana mish ayza di! Ehem.. ehem...kam ginayh? Aywa aywa..." Kedengaran suara Kak Emilda meluahkan perasaan tidak puas. Mina turun ke ruang tamu dan melihat banyak perhiasan dan bunga tersusun di atas meja dan lantai. 

Mina menghampiri Kak Emilda. Wanita itu sudah menganggap Mina sebagai adik angkatnya yang rasmi. Wajib dijaga. Syukurlah ada juga orang yang masih menyayangi Mina Arwiena. Nak diharapkan Baihaqi? Ah, sampai kiamat pun dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh orang tua, bongkok bangka dan bongkak itu! 

"Kenapa ni Kak Emilda?" Tanya Mina. Gadis ini yang hampir trauma akan perkara yang terjadi di dewan hari itu telah memilih untuk mengikut kata hati. Kita-putus!

Ya, dia berharap dia tiada kaitan lagi dengan Adam Baihaqi. Kalau diikutkan hati, dia juga mahu putuskan hubungannya dengan Kak Emilda dan Adam Bahri. Namun, apa pula salah mereka? Dia tidak mahu jadi perempuan sombong. Lama juga Kak Emilda memujuk saat Mina terjaga daripada pengsan. Dia menangis hampir sejam dihadapan wanita itu. mujurlah Mina mahu mendengar. Kalau tidak sudah tentu besi panjang itu menjadi penentu sama ada kaki Baihaqi patah atau tidak. Juga penentu kepada kebahagiaan lelaki bernama Adam Baihaqi. Jangan bermain dengan api. Kak Emilda akan habis mengerjakan si adiknya.

"Akak stress! Lain yang diminta, lain yang dapat. Its not just a birthday party! its an event where both of my parents will be there. Big sponsorship is coming! Ni event besar, Mina! Akak risau sangat."

"Aunty dan uncle akan ada nanti?"

"Ehem... Yup!" Kata Kak Emilda bersahaja. Sedikit tidak khusyuk. Masih bingung memikirkan hal itu. Tangan masih ralit membelek fail di atas meja.

Kalau macam ni, lebih baik aku tak payah hadir. Apa alasan aku nak bagi? Exam? Hm, baru je habis. Tuisyen? Celah mana aku ada kelas tambahan? Ish, kawan pun tak ada! 

"Mina!" kak Emilda memekik. 

"Ha? Ya!"

"Yes! Exactly! Aku tak terfikir pun! Whyyyyy didnt i think of her! Shes perfect for this! Mina..."

"Er, kak Emilda ni dah kenapa? Risau Mina. Tengok ni dah sengih macam nangka busuk!" 

"Sudikah Mina menjadi orang yang paling penting dalam majlis akak!" 

Itu bukan ajakan itu paksaan!

"Oh, no,no,no! Ala, akak!" Riak wajah Mina berubah. Dia takut! Apa pula yang Kak Emilda mahukan!

"important but easy work."

"akak! Please! Boleh tak kalau Mina tak hadir? Ha, please?" Mina segera merangkul lengan Kak Emilda. 

"Be my model! Ala, itu je! Koleksi Sunshine Ravillion ni penting. Mahal. Siapa pula orang yang akan nak percayakan. Cincin emas ni harganya beribu. orang yang incharge ni tak sihat. Dia tak boleh hadir. Tak kan lah akak nak buat semua benda! Please? Ok? Alright! Set!" 

Is she kidding me? Kan Mina dah cakap. Itu suruhan. Well, i cannot blame a bussinesswoman. Thats how you run a business. Persistent. 

Ha, macam Adam Baihaqi! So persistent in letting me go!"

"Cop! Cop! Cop!" Kelihatan kak emilda berjalan sedikit riang ke dapur. 

***

Mina sedang tekun menelaah semula nota di papan putih. Ajaran Prof Aqwa sebentar tadi membingungkan. Terlampau laju. Lagi pula terselit bahasa baku malaysia dan arab, berbelit otaknya memikirkan. 

Namun, apabila dilihat kembali nota yang tertulis. Mudah pula untuk difahami. Patutlah ramai orang berjaya lulus subjek physiology. Prof Aqwa memang pandai mengajar. Subjek ini rumit tetapi menarik. 

Pada hari ini Mina mempelajari sesuatu yang sangat penting. Ianya tentang sebuah organ yang dipanggil Hypothalamus. Kedudukan organ ini adalah di bahagian otak. 

Dan tahukah kita organ ini sangat penting dalam memainkan peranan dalam hidup kita. bagaimana badan kita boleh mengawal suhu badan, bagaimana badan kita mengawal nafsu makan, bagaimana ovary perempuan itu merembeskan telur dan bagaimana badan kita dapat mengawal stress. Hal itu semuanya dimanipulasikan oleh organ Hypothalamus. 

Caranya dengan merembeskan hormon-hormon penting daripada Hypothalamus ke organ yang dimahukan. 

Dalam khusyuk dia menelaah nota itu, kelihatan Prof Aqwa menjengah kepalanya di sebalik pintu. 

"Mina ke? Is it you? Sorry. Saya baru nak padam lampu." 

Mina nampak terkejut. Kakinya terus menendang kerusi dihadapannya. Terasa sakit. Sakitnya itu ditahan seketika. 

"Prof?"

Kelihatan jejaka itu berjalan ke arah Mina. Duduknya bersahaja di kerusi menghadap Mina. 

"Is everything ok? Saya tunggu Mina call saya. Mana tahu ada subjek yang tak faham."

Oh ya! Sebut pasal ni. No telefon Professor Aqwa sudah berjaya dihapuskan oleh orang yang dipanggil Adam Baihaqi. Cemburunya memang tak boleh dibawa bincang. 

Mina mengeluh. "Oh... right. No, im ok prof."

"Aqwa."

"Huh?" 

"Just call me Aqwa."

Mina mengerut dahinya tanda tidak faham. Kenapa jejaka ini bertindak sedemikian? Apa yang dia mahukan? Memanggil nama seorang guru yang mengajar itu kelihatan sedikit kurang ajar. Melainkan itu yang dia mahukan. 

"I insist. You can call me Aqwa if no one is around. Just to make you feel more comfortable."

Fikiran Mina buntu. "I dont understand." Dia memandang jejaka tinggi lampai ini. Anak mata lelaki ini nampak cantik kebiruan. Rambutnya pendek. Tingginya setinggi Adam Baihaqi. Apa bezanya kau dengan Baihaqi? Masih lagi mamat berkacukan arab. Perlukah dia mula mencari lelaki melayu tulen pula? Ah, terasa darah berderau memikirkan Umar dan isterinya Khartini. Terlampau memaksa. Tak ingin aku jadi isteri kedua!

"Look, Mina. I actually overheard a conversation. Saying you break up with Adam Baihaqi."

"Ah..."

"Kalau ada apa-apa yang menggangu Mina, kita boleh bercakap. Tak semestinya hal kelas. Something else. Anything to talk."

"I... i should go... now?"

"Faham. Ehem. Right." Professor Aqwa mengangguk kepalanya. Sedikit tidak puas hati. Rancangannya tidak berjaya. 

"Look, prof. Saya tak date anyone yang ajar saya. Im so sorry if this sound so rude." Mina tersengih. Cuba meredakan keadaan yang nampak tegang. 

"No, no! Saya faham. But, hari ni hari last saya mengajar kelas awak. saya akan di pindahkan ke kelas atas. So, technically, i am not your prof anymore." Jejaka itu mengangkat keningnya. Berusaha untuk mendapatkan perhatian Mina lagi.

"Oh, thats sad. Maalish. Ana nasit! Tapi, saya rasa ini tak betul. Ini." Kata Mina dia sudah lupa akan perkara itu. 

"Fine. Im going. Just dont ignore me later ok? Anggap perkara ni tak berlaku. Saya faham sangat..." Professor Aqwa tergesa-gesa berjalan ke arah pintu. 

Sambungnya, "i just... i just wish i am Adam Baihaqi! He is so perfect."

Mina menggumam. Ehem. Perfect. Tapi tak sempurna untuk aku.


Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.