Mina menunggu Baihaqi di hadapan rumah. Kak Emilda sudah keluar rumah dan pergi kerja pada awal pagi lagi. Gadis itu tidak tahu apa pekerjaan wanita itu. Baliknya malam dan pergi kerja pada awal pagi. Apabila Mina bertanya apa pekerjaan sebenar Kak Emilda, ada sahaja jawapan untuk mendalihkan soalan itu. Siapa sebenarnya Kak Emilda ni? Malah, dia belum bertemu dengan keluarga Adam Baihaqi. Garang atau tak mummy nya? Baba nya pula? Ah, kenapala mereka ni suka sangat berahsia! Dan sekarang aku dah pun berada di Mesir. Bakal menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan Adam Baihaqi.
Bag sandang itu diambil di kerusi. Mina yang sedang duduk di kerusi di pintu rumah terus bangun apabila dia nampak kereta Adam Baihaqi.
Alamak, dia ni suka betul show off kereta mewah dia! Mana tak ramai musuh aku! Padahal aku tak buat apa-apa pun!
Mina melambai ke arah Adam Baihaqi sambil hati menyumpah seranah.
"Mina! Jom!" Baihaqi memekik.
"Ok! Ok! Jap!" Mina cepat-cepat kunci pintu pagar. Kelihatan pembantu rumah sedang menyiram pokok dengan tekun. Pandai dia kemas. Tak ada satu daun pun bertaburan. Rumah semi-D yang besar tersergam indah itu dijeling. Mina tak tahu rumah ini nampak lebih besar apabila dipandang daripada luar.
Adam Baihaqi keluar daripada kereta lalu dia berlari ke arah pintu penumpang hadapan. "Masuklah."
Mina melangkah masuk kereta mewah itu. Kereta Ferrari F8 Tributo mula mengaum saat kaki Adam Baihaqi memijak pedal minyak. Gadis itu terpaku. Masyuk gila! Merecik!
***
Kereta mewah itu diparkir betul-betul dihadapan pagar universiti. Tiada siapa akan halang kerana mereka tahu siapa empunya kereta. Manakan tidak, hampir separuh perbelanjaan di universiti ini ditanggung oleh keluarga Adam Baihaqi.
Apabila Mina turun kereta, dia dijeling oleh ramai gadis. Mina telan air liur kasar. Dia belum biasa dengan pandangan kasar itu. Macam mana Baihaqi dan Bahri pandai buat muka tembok! Pipi Mina mula merah.
"Eh, kenapa muka merah ni?" Adam Baihaqi mendekati Mina. Dia tenung anak mata Mina. Mina berdiri kaku. Terkebil-kebil Mina membalas pandangan itu. Yang merah pipi aku, bukan anak mata aku lah!
"Ish! Janganla pandang macam tu!" Mina tolak badan Baihaqi. Jejaka itu ketawa kuat. Dia terus merapati Mina yang sedang bersandar pada kereta.
"Awak lupa ke haritu awak terkam saya? Peluk saya beriya-iya?" Sengaja diingatkan kisah di Malaysia baru-baru ni. Disebabkan Mina sudah meroyan dan ketakutan, mereka berpelukan seketika hanya untuk tenangkan gadis itu.
Ish, bodohnya! Aaaaaaa!
"Baihaqi!" Mina meneriak. Geram apabila disakat sebegitu.
"Haha! Saya main-main jela."
"Tak baik tau!"
"Alah, nak bergurau dengan bakal isteri pun tak boleh? Saya balik la macam ni." Baihaqi mula berganjak daripada kereta.
"Eh.... Awak? Saya tak marah la. Gurau. Gurau je." Mina cepat-cepat tahan tangan Baihaqi.
"Saya yang marah ni."
Mina membeliakkan mata. Ops! Salah cakap!
"Sorry! Saya tak buat awak marah lagi dah. Jomla masuk. Orang pandang ni. Mina cuba memujuk.
Adam baihaqi tiba-tiba mendepa luas dan dia hela nafas panjang. Leganya! Dia rasa sangat gembira! Perancangannya berjalan dengan lancar. Dia dah mula kelas dan kekasih hati ada bersama-samanya. Dia nak hidup semati dengan gadis ni.
***
Professor Aqwa melihat Mina tidak berkelip. Dia teringat akan Sara Sadeeqa. Adam Baihaqi yang sedang berdiri di sebelah Mina mula rasa tidak senang. Adakah Aqwa kenal Sara? Sebab itu ke dia pandang Mina dalam keadaan terkejut? Apa pula hubungan kau dengan Sara?
"Hmm, sorry! You guys can see here for awhile. Im going to take your file." Prof Aqwa berjalan tergesa-gesa ke arah almari. Beberapa buah file diambil lalu diletakkan di atas meja. Mereka berada di univerisiti hari ini kerana mahu melapor diri setelah beberapa lama tidak hadir kelas.
"Mina Arwiena is it?"
"Yes, prof."
"You can fill up this paper first. I believe you had dully paid your fees, right?"
Mina mengerut dahi. Dia toleh pada Adam Baihaqi. Eh, bila masa dia bayar yuran penuh? Siapa yang tolong bayar ni!
Baihaqi angkat bahu dan geleng kepala. Dia cakap dia tak tahu apa-apa.
"Actually, I didnt pay that. Can, can i see the resit prof? I havent go to the administration yet."
"Oh, yes. Sure." Kertas itu dihulurkan pada Mina. Di kertas itu tertera nama Adam Baihaqi. Ish, Baihaqi! Mina ketap bibir. Dia jeling pada Adam Baihaqi dan terkumat kamit mengatakan sesuatu. Jejaka itu tersengih macam kerang busuk. Tak kan dia nak bagitahu! Mana la dia tahu yang mereka akan tulis nama dia di situ. Dia dah cakap biar anonymous. Habisla lepas ni kena marah dengan Mina!
"Oh, yes. I think i know who paid for me." Mina jeling pada Baihaqi. Pandangannya tertunduk. Dia mengeluh perlahan.
"Are you Adam Baihaqi?" Prof Aqwa meleret pandangannya pada Baihaqi.
"Oh, ya. Why Prof?"
"Can you please wait outside? I need to talk to Mina for awhile."
"Why?" Baihaqi mengerut dahi. Dia mendada. Apa hal nak cakap dengan kekasih aku!
Mina terus menyiku Adam Baihaqi apabila dia nampak jejaka itu tak keruan dan berdegil. "Ish, kejap je duduk luar. Ada la benda dia nak tanya tu."
"Ok, fine! I will wait outside!" Baihaqi acuh tak acuh berjalan ke pintu. Tombol itu dipulas sambil mata menjeling Professor itu. Hati dia rasa ada sesuatu tak kena.
Mina masih duduk di kerusi. Professor Aqwa berjalan perlahan-lahan ke arah almari. Disimpan semula semua kertas yang ada. Dia tutup almari. Sempat lagi menjeling ke arah pintu yang tertutup rapat.
"Mina, ok?"
Eh, dia cakap bahasa melayu ke apa ni?
"What do you mean prof?" Dia tatap wajah jejaka di hadapannya. Seorang lelaki yang kelihatan muda dengan rambut hitamnya yang pendek. Muka dia putih dan bersih. Dagunya panjang. Hidungnya mancung. Anak mata kebiruan. Sayup sahaja pandangan prof itu kepada Mina.
"Maksud saya, Mina sihat ke? Boleh teruskan pengajian?"
"Eih? Prof boleh cakap bahasa melayu?"
"Yes, I can. I had double degree in language after medicine. I can speak english, malay, arabic and french."
Padanlah bahasa melayu yang ditutur kedengaran sedikit kekok. Dan semestinyalah dia juga pandai memandangkan dia sudah lama mengajar budak Malaysia di Mesir.
"Ah, that make sense la." Mina tepuk tangan sekali. Dia mengangguk perlahan.
"Jadi untuk teruskan pengajian ni, Mina kena catch up with your friends. Or kalau subjek tu susah boleh terus datang jumpa saya. Saya besar hati untuk ajar."
"Ah, thank you prof! I will ask you if anything."
"Sure. This is my number. Just text me if you need help." Professor Aqwa menghulurkan sekeping kertas yang tertera nombor telefonnya. Lelaki 30an ini memandang Mina lalu tersenyum.
"Im glad you are back."
Senyumannya begitu mesra. Mina membalas senyuman sambil mengambil kertas. Apabila semuanya sudah selesai, dia terus keluar dan mencari Adam Baihaqi.
***
Mina sedang leka meletakkan nombor telefon prof di dalam telefon. Belum sempat nombor itu di simpan, Baihaqi terus mengambil telefon Mina. Dia angkat tangannya ke atas. Mina terjongket-jongket mencapai.
"Awak! Bagi la balik!"
"Apa ni?" Dia capai kertas yang dipegang Mina pula.
"... Eh, kenapa awak nak save nombor dia? Apa dia nak? Sibuk je la!" Baihaqi memekik. Sengaja dikuatkan suara. Mereka masih berada di hadapan bilik Prof Aqwa.
"Bukanla. Dia cakap kalau ada masalah dalam pelajaran, boleh tanya dia. Saya kan banyak dah skip kelas."
"Eh Cik Mina Arwiena! Awak tu ingat awak seorang tertinggal kelas? Habis tu saya dan Bahri macam mana? Tak ada pula prof kitaorang suruh mesej. Pandai-pandai sendiri la belajar. Dalam kelas nantila tanya."
Mina rampas semula telefon dia. "Saya bukannya nak telefon dia ke apa. Dah dia bagi. Saya save je la."
"Oh by the way! Baihaqi!" Mina tiba-tiba melenting. Dia tenung muka jejaka itu tajam.
"Oh mak! Apa!" Jejaka itu menjerit naik satu oktav. Urat di leher kelihatan.
"Kenapa awak bayar yuran saya? Bagila saya masa cari duit untuk bayar yuran."
"Er.. ni Kak Emilda punya idea! Saya yang menurut perintah! Lagi pun, awak tahu yuran dah naik? 8 ribu USD setahun bersamaan rm40 ribu setahun! Mana awak nak cari duit?" Baihaqi menggeliat. Dia tahu dia akan menang dalam perbalahan ni.
"Ye ke? Tapi! Tapi awak sepatutnya bagi tahu saya la terlebih dahulu. Saya ada hak nak tahu. Kalau betul saya tak mampu, saya tak sambung belajar lah." Mina mula tenangkan diri.
"Haa.. tu la awak. Saya dah agak. Kalau awak tahu mesti awak nak quit!"
"Habis tu macam mana Mina nak bayar balik duit awak ni?"
"Kita kahwin jela Mina."
"Awak..."
"Iya! Saya tak main-main. Awak bayar dengan bagi saya cahaya mata. Bo...boleh?" Teragak-agak dia mahu bertanya.
Mina mengetuk bahu Baihaqi kuat. "Baihaqi! Ke situ pulak!"
Jejaka itu mengekek ketawa sambil menyeka rambut hadapannya. Gadis yang lalu lalang tak berhenti memandang Baihaqi. Mulut terlopong luas dan mereka berbisik.
Eh, Baihaqi dah balik Mesir!
Kacak gila mamat ni!
I wish i could be her!
Mina meleretkan senyuman. Dia tersenyum macam kerang busuk. Guys! Calm down! You know what bitch! He is mine! Adam Baihaqi ni aku punya!
Cuaca sejuk di Mesir hampir habis. Musim bunga pula makin tiba. Cuaca masih sejuk tapi tak sesejuk dahulu. Mina nampak cantik memakai baju blouse putih dan seluar jeans biru. Tudung biru pekat kemas terlilit di kepalanya. Hari ini nampak indah! Aku rasa bahagia sangat! Cuma ada sesuatu membelenggu dirinya! Duit yuran dah selesai dibayar. Macam mana pula duit bulanan dia? Dia nak kerja apa ni?
Oh, patut tak aku bekerja dengan Aisyah Sadeeqa? Boleh ajar anak dia Hajar membaca! Aku boleh berlatih bahasa arab dan dalam masa yang sama, dapat duit! Rasa-rasanya Aisyah nak ke bagi duit pada aku? Bekerja dengan dia? Hmm? Macam mana ya!