Cahaya matahari pagi mula menyinari bilik Mina. Dia yang baru selesai solat subuh dan menyiapkan barang-barang untuk dibawa ke Mesir tergesa-gesa membuka pintu. Loceng yang berbunyi beberapa kali terpaksa dibiarkan. Dia tahu Baihaqi memang jenis tak sabar. Tudung dia belum lagi dipakai. Segera dia masukkan pin tajam itu melalui kain tudung. Entah macam mana, jari terkena jarum dan darah mengalir perlahan. Mina tekap dengan tisu pada jarinya.
Baihaqi yang tercegat di depan pintu mengerut dahi. Keningnya hampir bercantum. "Kenapa tu?"
"Oh, Mina tak perasan jarum ni tercucuk jari."
"Allahuakhbar." Baihaqi menghampiri apabila pintu terbuka luas. Dia capai jari Mina dan buka tisu. Darah sudah berhenti.
"Lain kali berhati-hatilah." Bebel Baihaqi. Masih mengerut dahi.
Kalau la Baihaqi tak tekan loceng tu berkali-kali, tak adanya dia nak tercucuk tangan ni!
"Eh, awak monyok nape? Sebab kena marah?" Mata Baihaqi tak berkelip.
Mina segera tarik tangannya. Cepat sangat termakan hati apabila Adam Baihaqi berkata begitu. Iyalah, dia ni hati tisu!
"Mina!" Adam Bahri melambai-lambai dari jauh. Kelihatan bag bagasi berwarna hitam tersusun di hadapan pintu bilik hotel.
"Hai Bahri!"
"Helluu Mina!" Kelibat jejaka yang dia kenali pula muncul di belakang Bahri. Lelaki bernama Qi itu menepuk bahu Bahri. Kemudian tangannya diletakkan santai pada bahu Adam Bahri. Yela, Qi kan tinggi dan sama tinggi dengan Adam Baihaqi.
"Eh, awak!" Mina tunding jari. Sedikit teruja. Baihaqi jeling pada Mina. Dia memuncungkan bibir. Apa hal semua nak Hai kekasih aku!
Mereka bertiga sedang memakai jaket coklat jeans dengan t-shirt di dalam.
"Ya, saya la ni! Tengok ni! Hidup lagi tau." Qi mula berjalan ke arah Mina.
"Eh, dont come near her." Baihaqi angkat tangan menghalang Qi untuk mendekati Mina. Qi terus ketawa besar.
"Tak kan ni pun nak jealous? Aku tak sailang orang punya lah! Kau ni, lain kali, jaga la kekasih hati ni baik-baik. Nasib baik aku tak bawa lari pergi thailand! Kan Mina?" Sengaja Qi tambah garam.
"Qi, aku tahu kau kawan aku. Tapi aku boleh putus kawan tau. Kalau nak main-main pasal kahwin lari, aku pantang eh!"
Mina cubit lengan Baihaqi. "Ish, dia bergurau je lah!"
"Adoi!" Baihaqi mengurut-urut lengan dia.
"Hahaha! Comella kau ni Baihaqi! Mina, kau tahu tak? Baihaqi ni kalau dia menangis, macam belacan! Nampak je tegap, tapi..."
Baihaqi cepat-cepat rangkul leher kawannya, Qi. Qi ketawa terbongkok-bongkok apabila Baihaqi menggeletek badannya. Mina ikut ketawa sambil menggeleng kepala. Macam mana lah aku boleh tersangkut pada kau, Adam Baihaqi? Dan sebab inilah aku tak boleh nak berjauhan dengan kau!
***
Mina menurunkan cermin kereta milik Adam Baihaqi dan Adam Bahri. Mina duduk di belakang. Disebelahnya Adam Bahri sedang leka menelaah buku. Dia ni memang ulat buku. Kalau ada masa je, mesti dia belek buku. Dia boleh hadap buku ni lama, tahu tak? Kalau aku, pergh! Tak sampai setengah jam, mata dah berpinar! Kalau lalat masuk mulut sebab leka lopongkan mulut pun tak akan perasan!
Kawasan perkuburan itu diperhatikan daripada jauh. Terasa begitu tenang. Daripada Tuhan kita dihidupkan, dan kepadaNya kita kembali. Mina tak sabar nak ziarah kubur ibu. Rindunya membuak-buak. Air mata yang mengalir, perlahan-lahan diseka. Ibu, Mina rindu nak cium ibu. Bau ibu tu sentiasa wangi. Mina bukannya tak boleh terima takdir, Mina hanya nak kan ibu sekejap je. Nak berbual dengan ibu, nak gelak dengar ibu, nak tolong ibu masak. Tapi, apa kan daya Mina, ibu? Ibu dah tak ada. Tuhan lebih menyayangi ibu dan abah.
"Mina tahu tak, kubur ayah Mina bersebelahan kubur ibu?" Adam Baihaqi yang berada di tempat memandu memaling pandangannya ke belakang. Di sebelah tempat duduk pemandu, Qi cepat-cepat keluar. Dia perhati kawasan keliling. Masih segak memakai kaca mata hitam.
"Oh ya?Hmm, kalaulah Mina balik awal, atau tak pergi Mesir, mesti abah ada dengan Mina."
"Awak, ini semua takdir yang dah ditentukan. Awak kena banyak sabar. Tak semua dugaan itu memeritkan. Tuhan tahu awak boleh buat." Baihaqi masih merenung ke arah gadis itu.
Adam Bahri masih berdiam diri. Kalau ikutkan, dia nak peluk gadis disebelah ni! Nak cakap sayang! Nak pujuk! Tapi apabila dia pandang abang dia, dia tak tergamak nak bertindak sedemikian. Lebih baik dia berdiam diri.
Qi membuka pintu berdekatan Mina. Mina keluar kereta dengan baju kurung coklat berpokedot. Tudung coklat cair nampak cantik terlilit di kepala dan leher. Qi membuka payung itu segera. Dia letak payung di atas kepala Mina supaya tak terkena cahaya matahari yang mula nak terik.
"Mina, saya bawa awak masuk jumpa ibu dan abah Mina ya? Adam Baihaqi nak cari parking. Nanti diaorang datang." Qi memujuk. Dia tahu Mina bersedih waktu ini.
"Ok. Tapi Qi, Mina takut. Mina banyak buat dosa dengan abah. Mina tak sempat minta maaf dengan abah. Kalau la.. isk.. isk..." Mina mula merengek dihadapan Qi.
"Ish, Mina. Janganlah nangis! kang Baihaqi pukul saya kang!" Qi menggeleng-geleng kepala. Dia tak tahu nak pujuk macam mana.
Mina akhirnya ketawa seraya mendengar kata-kata Qi. Betul jugak tu. Nanti apa kata Baihaqi! Haru biru jadinya. Lagi pun, tak elok meraung-raung depan kubur. Nanti kesian mayat kena seksa. Sebab tu, apabila Tuhan bagi masa dan hidayah di atas muka bumi, sahut cepat-cepat. Nanti kalau dah tiada, amalan yang tak seberapa sahaja yang dibawa. Alangkah ruginya!
"Ok. Jomlah kita masuk. Assalamualaikum ya ahli kubur. Assalamualaikum, ibu, abah. Mina datang ni. Mina nak beritahu ibu dan abah, Mina akan berangkat ke Mesir nanti. Adik akan kota janji adik untuk jadi orang yang berguna. Kakak..." Mina terus tahan air mata dia. Air mata mula bergenang di kelopak mata. Dia seka kasar. Kemudian dia tampar-tampar pipi. Geramnya pada diri sendiri! Jangan nangis Mina!
"...Mina tak tahu kakak dekat mana. Tapi ibu dan abah jangan risau. Nanti Mina akan datang dengan kakak semula. Abah pun tahu kan macam mana barannya kak Yuri. Tak apelah. Marah dia sekejap je. Mina ok."
Hampir setengah jam mereka duduk di tikar itu. Bacaan yassin, surah al fatihah dan beberapa lagi surah telah disedekahkan kepada ibu dan abahnya.
"Mina, kita kena gerak sekarang. Kalau tak, tak sempat naik flight ni." Adam Baihaqi memegang bahu Mina yang masih duduk merenung kedua-dua buah kubur dihadapannya. Dia pusing dan pandang kekasihnya.
"Ok Baihaqi. Ibu, abah. Mina balik dulu ya? Mina janji Mina datang jenguk ibu dan abah. Mina janji Mina akan selalu doakan ibu dan abah. Mina minta diri dulu ya?"
Pagar kubur itu dibuka dan ditutup semula. Adam Bahri dan Qi sudah berada di dalam kereta. Baihaqi masih menunggu Mina di hadapan kawasan kubur.
Tiba-tiba tak jauh daripada situ, Mina terserempak dengan seorang perempuan. Mina kalih ke kanan.
Yuri!
"K..kak Yuri!"
"M..Mina!" Yuri nampak tak senang duduk. Dia pandang Adam Baihaqi. Pada waktu itu Baihaqi sudah tahu siapa Yuri Arwiena.
"Kak, kak buat apa dekat sini?" Mina bertanya. Dia kerut dahi.
"Kenapa? Asal kau nak tahu? Kau ingat kau je anak baik! Aku taklah?" Yuri tengking Mina.
Mina cepat-cepat geleng. "Bukan tu maksud Mina kak!"
"Eh, kau ni kan? Memang suka buat aku sakit hati kan! Kau nak tuduh aku apa lagi? Kau nak apa!" Yuri mula menjerit sambil memukul bahu Mina. Mina membiarkan. Dia nak Kak Yuri lepaskan geram pada dia. Lepas ni dia tak akan tahu bila lagi dia akan balik Malaysia.
"Kak, Mina tak nak tuduh apa-apa. Mina nak tahu kakak pergi mana? Kak tinggal mana?" Mina cuba menahan sabar.
"Tunjuk baikla pulak perempuan ni! Blah lah! Aku sakit mata tengok kau ni! Aku cakap pergi, pergilah!"
Mina cepat-cepat keluarkan duit daripada dompetnya. Duit itu digenggam lalu dihulurkan pada kak Yuri. Beberapa helaian duit seratus itu berteraburan apabila mereka bergelut. Yuri tak nak terima duit Mina. Dia benci adiknya! Sebab kau semua ni terjadi! Aku tak akan maafkan kau, Mina! Berambuslah!
"Kak, tolongla ambik duit ni..." Mina menangis-nangis merayu.
Yuri dah mula kurang sabar. Dia buka plastik merah yang sedang dijinjing. Garam kasar itu dia bawa keluar tergesa-gesa. Dia koyak kasar kemudian dia campak garam tu ke muka Mina.
Adam Baihaqi yang melihat cuba masuk campur. Dia halang Yuri bertindak sedemikian. "Lailahaillah!Kak, saya rasa tak perlu buat macam ni!"
"Eh, kau ni siapa ha! Kau nak bela perempuan sundal ni! Bela la! Pergi mampus jela korang dua ni! Ish! Aku nak pergi kubur pun rasa macam nak mencarut! Eh, Mina! Kau jangan ingat kau ni baik sangat eh? Aku kalau ada cili, dah lama aku siat-siat cili tu dekat mulut kau. Ahh.. Kau dah ada jantan dah? Bagusla. Aku harap kau tak cari aku lagi!"
Yuri menghambur kata-kata kasar. Dia benci semua orang! Sementara dia nak berganjak, dia kutip duit-duit seratus ringgit yang bertaburan.
"Aku ambil duit ni bukan untuk aku! Aku nak bayar sewa!" Katanya lalu dia meninggalkan Mina dan Adam Baihaqi terpinga-pinga.
Mina menjerit nama Yuri. Perbualan dia belum selesai! Mina cuba mengejar kakaknya semula. Baihaqi cepat-cepat tahan tangan Mina. Genggaman dia kuat. Mina rasa tak kuat! Dia nak kakak dia.
"Awak, lepaskan saya! Lepaslah baihaqi! kak..... kak Yuri! akaaaak!"
"Mina? mina! Awak tengok Bahri dan Qi! Kita dah lambat ni. Awak rasa kakak awak tu nak cakap dengan awak lagi? Hmm?" Baihaqi tenung anak mata Mina. Tegas dengan pendirian dia.
Mina berdiri kaku. Dia tak tahu nak fikir apa! Tapi betullah apa yang Baihaqi kata. Dia nak buat apa lagi merayu pada Yuri? Kakaknya itu sudah benci dia!
"Tapi tak kan saya nak biarkan dia dekat sini sorang-sorang, awak? Saya serba salah."
"Awak rasa dia kisah pasal awak? Saya tahu kalau awak nak dia seperti kakak awak yang dulu, hubungan tu tak kan jadi sama, Mina. Dia dah berubah. Awak kena terima tu? Saya tak kisah awak nak marah saya. Nampak macam saya paksa awak pergi Mesir dan tinggal dengan saya. Tapi apa pilihan yang awak ada? Awak kata nak habiskan belajar kan? Jadi tunaikan janji pada ibu awak." Kata-kata Baihaqi mengetuk pintu hati Mina yang sudah sempit.
Apa masalah aku ni? Tak boleh move on ke kau ni! Dahlah lelaki ni bersusah payah nak selamatkan kau! Selamatkan nyawa kau sebelum mati! Tak sedar diri lagi ke Mina? Cukuplah jiwa kau terseksa dengan layanan Yuri!
"Ok, ok! Saya janji. Kalau awak dah settle down dekat egypt, saya bawa awak jumpa kakak awak. Saya tak kisah berapa banyak kali saya kena datang Malaysia ni, asalkan awak puas hati. Merayu dan pujuk la dia sebanyak mana awak nak. Saya janji ni." Baihaqi masih mendesak.
"Betul ni, awak?"
Baihaqi angguk laju. "Saya berjanji atas nama mak dan ayah awak, sayang."
Mina tarik nafas dalam. Terasa sedikit lega. Dia nak mulakan hidup baru di Mesir. Dia nak hidup dengan Baihaqi. Ya Allah, permudahkan urusanku. Aku mahu berhijrah menjadi orang yang lebih baik!