Seminggu Mina makan hati dengan perbuatan Adam Baihaqi. Kisah mereka di hadapan laut Mediterranean malam hadi seperti tiada makna pula. Kata-kata pujangga dan pujian yang dilemparkan pada Mina Arwiena seperti debu pasir yang mudah hilang dan lenyap. Rindunya terhadap Adam Baihaqi yang sentiasa memujinya dan mengingatkan dia tentang kisah cinta dipendam kuat. Sakitnya hati melihat kelakuan Adam Baihaqi yang tidak lagi mengendahkan dirinya. Tiada lagi ucapan selamat pagi dan tiada lagi bait-bait indah selamat malam. Janjinya untuk menjaga gadis itu bagaikan tiada apa. Mina mengelap air matanya yang menitik tanpa sedar.
Adam Baihaqi dilihat sedang leka melayani kerenah tiga orang perempuan saat menyandar pada keretanya.
"I told you." Adam Bahri menghulurkan sehelai kain tangan bercorak segi tiga. Dia yakin bahawa Adam Baihaqi akan menyakiti Mina Arwiena sekali lagi.
Mina mengambil kain itu sedikit teragak-agak. Dia malu untuk terima bantuan daripada Bahri. Pandangannya tertunduk. Malu untuk melihat senyuman sinis Adam Bahri.
"Why do you still bother, Adam Bahri? Awak tahu jawapan saya kan? Saya masih sayangkan..." Mina menelan air liurnya kasar. Terasa perit. Matanya menjeling ke arah Baihaqi.
Bahri bersahaja menyampuk. "What? Awak maksudkan awak sayangkan makhluk tu?" Mulut Adam Bahri menjuih.
"Baihaqi. Adam Baihaqi. Abang awak. Ya, saya sayangkan Adam Baihaqi." Mata Mina membulat. Dia cuba beranikan diri. Matanya sedikit kemerahan.
"Sudahla Mina. Saya tak nak paksa awak. Ikut suka hati awak. Lagi awak tolak saya, lagi saya mendekat. Better dont do anything. Saya tak semudah yang awak sangkakan. Dont push me, dear. I hope... I just hope that you stop doing anything. trying to get back to Adam Baihaqi." Adam Bahri mengeluh perlahan. sambungnya lagi, "Im going to class sayang. See you. Saya tak akan lepaskan awak. Im going to take you from him."
"Bahri!" Mina tergamam.
"Say nothing! Saya tak nak dengar! bye!"
Belum sempat Mina membidas, Bahri terus melajukan langkahnya. Tak guna bertekak dengan gadis itu. Lebih baik dia berjuang secara senyap daripada terang-terangan.
***
Mina menapak masuk ke dalam kelas dengan perasaan berat. Duduknya juga lemah. Dia risau apa akan terjadi kepadanya. Macam mana dia nak hidup tanpa Adam Baihaqi? Hidupnya di sini di dunia arab ini kerana adanya jejaka itu. Sampai bila dia nak hidup dalam keresahan sebegini? Adakah mungkin benar apa yang diucapkan Adam Bahri? Adakah kemungkinan Adam Baihaqi sengaja mahu menjauh diri? Tak. Tak mungkin.
Hancur dan luluh perasaan ini jika betul itulah perkara yang sebenarnya terjadi. Pandangan Adam Baihaqi malam tadi nampak berbeza. Tangan Adam Baihaqi yang memegang tangan Mina terasa hangat. Hal itu membuatkan Mina kembali rindu. Apa yang aku boleh buat dan cuba? Bagaimana aku nak hidup tanpa kau, Baihaqi?
Entah apa yang merasuki gadis itu. Bangunnya tiba-tiba bersemangat. Ekstatik. Langkahnya laju lalu dia segera mengatur lariannya lebih cermat. Orang ramai yang berpusu-pusu mahu ke kelas menoleh ke arah Mina.
Dang! Pintu bilik di Dewan utama kedengaran berdentang. Semua mata yang leka membuat hal masing-masing mengalih pandangannya ke arah Mina. Gadis kecil yang nampak bersemangat itu melemparkan selendangnya yang terjuntai ke atas bahu. Nafasnya turun dan naik. Dia sudah tidak tahan. Dia mahu Adam Baihaqi jelaskan perbuatannya.
"Baihaqi!" Suara lantang itu sedikit terkucil. Kelihatan sekelompok gadis sedang ketawa. Apa masalah perempuan ni? masih terhegeh-hegehkan Adam Baihaqi? dah dia tak nak, terima sajalah.
Adam Bahri yang duduk tidak jauh daripada Adam Baihaqi terkesima. Air yang sedang diteguk tersembur keluar. Kelam kabut dia bangun dan mengelap air yang tumpah di atas meja. mujurlah kelas pada hari ini ditangguhkan.
Mina menapak mendekati Baihaqi. Pada awalnya dia teragak-agak. Tapi biarlah segala persoalan yang membelenggu ini ada jawapannya. daripada jauh dia nampak Adam Baihaqi sedang tersengih. Kaki panjangnya disilangkan. jejaka itu sudah bersedia akan serangan ini.
Mina berdiri di hadapan Baihaqi. Lagaknya seperti gangster. Baihaqi tidak berganjak. jejaka itu angkat kening. senyuman sinis itu masih kelihatan.
"yes?" Sepatah sahaja perkataan yang ditutur Baihaqi.
"saya nak cakap dengan awak."
"cakaplah dekat sini. Awak datang buat bising macam ni sebab nak orang lain dengar kan? cakaplah."
Anak mata Mina meliar. Malu yang menggunung itu dipendam. Anak tekak terasa kering. Apa kau buat ni Mina!
"Baihaqi!"
"ya, saya dengar ni! Cakaplah." jejaka itu menyilangkan tangannya ke dada. kening kanannya diangkatkan tanda dia akan beri sepenuh perhatian kepada gadis ini.
"sa...saya nak cakap dekat luar."
Adam Bahri yang melihat terasa meluat. Apa masalah kau, Bai? can you stop pretending like everything is ok!
"Mina..." Bahri yang entah bila muncul di sisi Mina terus memegang lengan Mina Arwiena.
"No, Bahri. Lepaskan! Saya banyak benda nak tanya dia!"
"awak... orang pandang ni. Korang cakap lain kali la." Pujuk Bahri.
Kedengaran Adam Baihaqi ketawa kecil melihat pergelutan dua orang dihadapannya.
"shut up, Bai! Boleh tak kau jangan buat Mina macam ni!" Adam Bahri naik hantu. Ditendangnya meja di belakangnya. Mina terjerit kecil apabila melihat Bahri naik angin. Dia tak akan lupa bagaimana Bahri marah. Marahnya sangat susah untuk reda. tak akan dia lupa macam mana Bahri bertindak mengugutnya dan mengacu sepucuk pistol ke dahinya. Hal itu masih membuatkan Mina trauma. dia tidak mahu kejadian sama berlaku.
Adam Baihaqi masih nampak tenang. Sepertinya dia sudah terbiasa bergaduh dengan Bahri. Baihaqi jelas yakin dengan perbuatannya. dia tidak bersalah.
"Enough Bahri, please, stop it!" Mina menarik lengan baju Bahri apabila jejaka itu mula memukul muka Baihaqi. tumbukannya bukan sekali tetapi dua kali!
"ahaha! ahaha! ahaha!"
"Kenapa kau gelak, Bai? kenapa! puas hati kau buat Mina macam ni!"
"No! ahaha! ahaha! Adoi! Ahaha!" Baihaqi masih ketawa. sambungnya lagi, "How can I be so stupid? Adik aku cintakan kau Mina. Kau tak nampak ke?"
Memek muka Mina berubah. "Aku tahu. Jadi kenapa!"
"Mina, how did things go so wrong? He loves you!" Baihaqi masih menekankan perkataan sayang.
"Bodoh." Mina menjeling anak matanya dalam keadaan marah.
"Awak, saya masih tak ingat apa-apa. Saya tak ingat macam mana kita jumpa pun. Baju apa awak pakai. Bau awak. Saya tak tahu apa-apa pasal awak. Jadi macam mana kita boleh bersama ketika ini. Huh? Jawab?" Baihaqi mula bangkit dan mendekati Mina.
"jadi awak pilih untuk... tak nak ingat?" Anak mata Mina merah. Air mata yang mengalir diseka kasar. Pipinya panas.
"Look around you, Mina. Ada orang lagi sayangkan awak. He loves you. Bahri sayang awak."
"No Baihaqi, you do love me. don't deny it! don't you dare!" Mina menyampuk.
Sakitnya mendengar perkataan itu. tiada lagi perkataan 'I love you'. Tiada lagi Adam Baihaqi sayang Mina Arwiena.
Mina memberontak. Dia menolak semua barang yang boleh dicapai. Perasaannya berat dan pedih. Dia nak reset semua yang berlaku kepada dirinya. dia nak ulang semula hidupnya dan perkara pertama yang dia mahukan adalah untuk elak berkenalan dengan Baihaqi!
"mina... mina... dah la tu. kita pergi, awak. Sabar, awak!" Pujuk Bahri saat melihat gadis itu sudah hilang kawalan.
"I hate you! I hate you Baihaqi! Pengecut! kau pengecut! aku tahu kau ingat semuanya, so suck it up! Tak payah gunakan alasan adik kau! ugh! aku tak sepatutnya percayakan kau Baihaqi!" Mina lantang bersuara. Dia lantas menerpa Adam Baihaqi dan terus-terusan mengetuk dada jejaka itu. Baihaqi terdiam membiarkan. Nampak jelas Baihaqi mengetap bibir menahan sakit.
Hampir habis semua kudrat yang ada. Tenaga Mina hilang disedut ke bumi. Kaki Mina mula lemah. Anak matanya berpinar. Dia rasa loya. Perutnya senak.
"Aaa.." Mina terus pengsan dihadapan Baihaqi. Namun, jejaka itu dapat mengagak. sudah bersedia menahan Mina daripada jatuh.
"bahri, kau bawa Mina balik. Im sorry. I need to do it."
"Sorry my ass! Tepi! Jangan sentuh dia! Apa masalah kau ha?"
Baihaqi tidak menjawab. Dia membiarkan badan kekasih hatinya bertukar tangan dan dipapah adik sendiri. Tiada siapa tahu apa perancangan Adam Baihaqi. Apa yang dia mahukan? apa sebenarnya rencananya?