Kisah setahun yang lalu membuatkan El- Syed betul-betul makan hati. Dia berdendam dengan apa yang Adam Baihaqi telah lalukan padanya. Malah, selepas beberapa minggu kejadian itu berlaku, kekasihnya yang dipanggil Sara menghilangkan diri. Apabila menjumpainya di sungai itu, nyawanya sudah tiada.
Setiap hari dia marahkan keluarga Adam. Dia benci. Rasa meluat tu membuak-buak. Kesan luka pada kepalanya masih lagi tidak hilang. Disebabkan tendangan yang padu itu, kulit kepalanya tersiat oleh kasut Adam Baihaqi yang tajam. Malah, memerlukan 5 kali jahitan. Ia seakan-akan menghantui dirinya. Setiap kali bangun pagi, dia rasa seperi Adam Baihaqi sedang mencekiknya agar dia mati. Setiap kali gosok gigi, dia nampak Adam Baihaqi sedang mertertawakan dirinya.
Apa salah dirinya? Kenapa Adam Baihaqi membunuh Sara Sadeeqa ? Gadis itu seperti nyawanya. Dia tidak boleh hidup tanpa mendengar suara kekasihnya.
Beberapa hari yang lalu, dia merasakan hidupnya akan berubah. Dia nampak seorang gadis mirip Sara Sadeeqa. Video yang tular dimana Mina Arwiena menunggang motosikal bersama-sama Adam Baihaqi membuatkan dia marah, bengang dan tertekan!
Kenapa Adam Baihaqi memiliki semuanya? Kenapa bukan aku? Dia mahukan Sara Sadeeqa. Syed nakkan kekasih hatinya semula.
Jadi dia merancang sesuatu.
***
Di sebuah bilik, Mina Arwiena terduduk di atas lantai simen yang sejuk. Bilik itu nampak malap. Di sebelahnya, ada Adam Bahri. Jejaka itu sedang termangu seorang diri memikirkan nasib. Dia berharap Adam Baihaqi dapat menjumpai mereka secepat yang mungkin. Tangan mereka berdua sudah pun bergari dan di ikat di tiang.
Mina seperti cacing kepanasan. Dia rentap tangannya berkali-kali. Kemudian dia menjerit meminta tolong. Sunyi. Tiada siapa menyahut.
"Mina, aku dah jerit banyak kali. Tak guna kau buat macam tu. Dia dah bawa kita tempat tersorok."
"Aa..apa semua ni, Bahri?"
"Aku pun tak pasti. Dia mungkin berdendam dengan Bai.."
"Apa yang Baihaqi dah buat?! Kenapa?! Bahri! Tolong jawap soalan aku ni! Aku.. aku takut." Gadis itu meraung-raung semahu-mahunya.
"Mina, dah jangan nangis. Tak selesaikan masalah."
"Habis tu?! Tak kan kita nak biar dia buat apa-apa? Aku tak nak mati macam ni. Sudahla keluarga aku dah buang aku dalam hidup mereka. Sekarang ni, macam ni nasib aku? Aku dah tak ada sapa-sapa, Bahri!" Mina memberontak.
Bahri mengalih pandangannya kepada Mina. Dia tidak tahu selama ini Mina telah hidup tanpa kasih sayang. Ah, aku tidak tahu apa-apa pasal kau!
Wajah gadis yang tertunduk itu dia cuba lihat dengan tekun. Adam Bahri, kau ni pengecut! Buatla sesuatu!
"Mina? Mina! Kau dengar sini. Aku memang tak tahu apa-apa pasal lelaki jahanam ni! Tapi, tapi, eh, eh, awak pandang saya ni Mina."
Mina menggeleng. Dia tidak mahu pandang Adam Bahri.
"Mina Arwiena?" Bahri cuba memujuk.
Gadis itu akhirnya akur. Dia tenung anak mata Bahri yang berada di sebelahnya. Wajah Bahri begitu meyakinkan. Dibalik senyuman manis yang diukir, ada kesakitan. Dia lihat lebam-lebam pada muka Bahri. Luka pada keningnya mesti menyakitkan.
"Aku yakin, aku tahu, Adam Baihaqi tak akan biarkan kita sengsara macam ni. Sebab dia abang aku! Dan dia sayangkan kau!"
"Sayang? Apa kau.. apa kau cakap ni? Kau tak tahu apa-apa!" Air mata Mina mengalir dengan deras. Dia cuba lap air mata dengan bahunya. Hati terasa sakit. Kenapa kata-kata Bahri tu menyakitkan? Siapa aku untuk Adam Baihaqi sayangi aku?
"Kau tahu tak, hati aku sakit tengok kau macam ni. Please stop crying. Hey, hey, Adam Baihaqi will be here! He will! Hes my brother!"
Adakah benar Adam Baihaqi akan menolong Adam Bahri dan Mina Arwiena? Air dicincang tidak akan putus, kata Bahri lagi.
Pap! Pap! Pap!
Tiba-tiba pintu dibuka dengan kasar. Syed sedang memegang kayu besi sederhana panjang. Dibelakangnya ada dua orang lelaki berkepala botak, badannya sasa, mukanya bengis.
Dia menepuk-nepuk tangannya apabila melihat dua orang insan yang tidak berdaya lalu ketawa.
"Saraaa sayang. Aku rindu kau. Dah lama aku tunggu kau!" Syed merapati Mina. Dia duduk mencangkung dihadapan gadis itu. Selepas menatap wajahnya, dia memegang pipi gadis itu.
"Aku Mina la, bodoh!" Mina bengang. Kau ni apahal?!
Pang! Muka Mina ditampar. Berbirat muka gadis itu. Syed terasa sangat marah apabila Mina berkelakuan begitu.
"Kau ni Saraa. Aku punya! Bukan Adam Baihaqi punya! Faham tak?!" Ditujah-tujah dahi gadis itu dengan jari telunjuk. Tersengguk-sengguk gadis itu cuba melawan.
Mina mengetap bibir. Dia rasa geram. Dia tak faham apa-apa.
"kau tahu tak? Adam Baihaqi bunuh kekasih aku. Setiap hari aku menangis nak kan dia. tapi dia dah tak ada. Ini semua sebabkan abang kau lah!"
"Oh, aku lupa! Ahahaha! I can hurt his brother. Adam Bahri!" Syed tiba-tiba ketawa. Dia mengarahkan seorang orang suruhannya untuk mendekati Adam Bahri.
"Bahri, kau tahu tak, apa yang Adam Baihaqi buat pada aku? Dia main satu game dengan aku. Dan aku kalah! Tapi, tapi tak apa." Kepala Syed mengangguk tanda tidak perlu risau.
"Sayang, sayang jangan risau ya? Saya ada. Ok macam ni. Sayang kena cakap nama sayang Sara Sadeeqa, kalau tak saya tumbuk Adam Bahri. Boleh?"
"Sial! Nama aku Mina Arwiena lah! Keluarkan aku daripada sini! Aku nak keluar!" Mina memekik.
Syed cepat-cepat menarik rambut Mina. Kepala tersentap ke belakang. Marahnya membuak.
"Sebut nama kau Sara Sadeeqa! Cepat!"
"Tak nak!"
Syed terus bangun lalu menghayunkan kayu itu memukul lengan Adam Bahri. Jejaka itu meraung kesakitan.
Mina menjerit apabila melihat Adam Bahri sedemikian. Menyesalnya menggunung.
"Alah, sayang ni. Tak sporting. Kita cuba sekali lagi! Nama sayang siapa?"
"S...sara.. sadeeqa! Tolong jangan apa-apakan dia. T..tolong!" Mina cuba merayu.
"Ala, tak seronok la macam ni, kan? Masa aku kena dengan abang kau, dia acu pistol pada mata aku ni! Setiap hari aku bangun pagi, aku rasa macam ada orang siat-siat anak mata aku ni! Argh! Aku benci Adam Baihaqi!" Syed menghentak-hentak kakinya berkali-kali.
"Mana anjing tu?"
"Huh! Kau nak buat apa?" Mina menjerit.
"Ok, Adam Bahri. Kau punya turn!"
"Blahla bodoh! Lepaskan kitaorang ni. Kalau Adam Baihaqi datang, aku PASTI nahas kau dibuatnya. Dan waktu tu kitaorang akan gelak puas-puas!" Bahri tersenyum sinis. Dia yakin Adam Baihaqi akan datang.
Syed memaling badannya ke belakang. Selepas itu ke kiri dan ke kanan.
"Huh? Aku tak nampak pun Adam Bahalol?! Ahahaha. Mana? Mana abang kau ni?! Aku nak sakitkan dia jugak. Bertuah punya adik. Mulut kau ni macam longkang!" Ditampar-tampar mulut Bahri dengan kuat.
Seperti dipanggil-panggil. Kedengaran bunyi seretan kereta di luar bilik.
BANG!
Dua buah kereta merempuh sebuah pintu dengan kuat. Streeet! Kereta diberhentikan. Kedengaran bunyi lagu 'The Final Countdown' dimainkan secara kuat.
"Yuhuuu! Kau cari Adam Baihaqi ke? Yo! Adam Baihaqi is here!"
Kelihatan banyak lelaki keluar daripada kereta. Dan dihadapan sekali, Adam Baihaqi! Segak memegang senapang di dada. Rambutnya yang lurus hampir menutupi dahi diseka ke belakang. Dagu didongakkan. Dia berlagak hebat. Bajunya yang tidak berlengan menampakkan bisep muscle yang gagah.
Mina tersenyum. Dia lega!
"Sial kau, Adam Baihaqi!" Syed terus menjerit apabila melihat musuhnya yang dinanti-nantikan.