Adam Baihaqi merempuh pintu utama lalu berlari keluar ke perkarangan di pelabuhan. Lariannya tidak ada arah. Dia buntu. Rasa kehilangan terasa begitu merundun kesedihan. Gambaran saat Mina hilang daripada hidupnya mula tergambar satu persatu. Dia takut. Dia kecewa dengan diri sendiri. Kenapa dia membenarkan semua ini terjadi? Aku sepatutnya menjaga dia! Bukannya membiarkan dia terkontang-kanting!
"Awak! Baihaqi! Ahaha!" Wajah Mina terlakar di fikiran. Dia Kesihatan tersenyum dan melambainya-lambai tangannya saat Baihaqi lelah melajukan lariannya. Mina, saya tak nak hilang awak. Tolong bertahan. Saya janji akan cari awak, kawin dengan awak, sayang awak!
Kereta Ferari mewah yang dimiliki Edin menghampiri Adam Baihaqi. Rakannya membunyikan hon kereta saat melihat Adam Baihaqi tidak keruan seperti cacing kepanasan.
Cuaca pada waktu itu terik. Matahari turut memancarkan cahayanya demi pencarian ini.
"Bai! Masuk cepat! We are going to be late! Theres not enough time. Hop in!" Zack kelihatan meneriak saat tingkap kereta diturunkan. Kereta audi A6 membontoti kereta Edin. Baihaqi lantas memasuki kereta Zack tanpa soal. Kedua-dua buah kereta itu terus memacu laju ke arah destinasi yang diingini.
***
Mina terjaga dari pengsan. Suara suara perempuan yang nyaring itu kedengaran seperti orang yang dia kenal. Mina membuka matanya yang perit seperti dihiris dengan pisau tajam. Tekaknya kering. Kepalanya sakit mencucuk-cucuk tanpa henti. Dia mengerang kesakitan. Mina cuba mengingati apa yang berlaku.
Pada waktu itu, orang ramai rancak berpesta. Ada yang sibuk makan, berbual dan mencanang kemewahan masing-masing setelah berjaya membeli barang yang bernilai puluhan dan ratusan ribu. Adam Baihaqi? Ya, dia di suatu sudut memikirkan nasibnya. Kata-kata Mina ketika itu membingungkan. Mina yang sudah penat bertekak dengan Adam Baihaqi memilih untuk keluar daripada dewan yang sesak.
Apabila dia buka pintu, kelibat Aisyah Sadeeqa menyapanya di tepi pintu. Mina sedikit terkejut. Aisyah kelihatan sedang menangis menahan kesakitan. Wanita itu sedang memegang pipinya yang nampak kemerahan. Adakah dia ditampar?
Mina menjeling ke arah wajah lelaki berbaju putih dan seluar jeans biru itu. Kehadiran lelaki itu seperti tidak diundang. Dia tidak berpakaian kemas seperti tetamu di sini. Lagaknya bersahaja dan terlalu kasual. Mina cuba berlalu daripada situ. Belum sempat dia berundur diri, dia terasa ada seseorang merapatinya daripada belakang dan menekup mulutnya dengan kain putih berbau chloroform. Mina kesal. Dia tidak sepatutnya meninggalkan Adam Baihaqi. Gadis itu terasa khayal dan ingin tidur. Sebelum sempat dia melelapkan mata, dia terlihat Aisyah Sadeeqa meleretkan senyumannya sedikit sinis lalu memeluk lelaki berbaju putih itu.
***
"Painful, not kill her. Understand?" Aisyah Sadeeqa yang dahulunya cantik bertutup dengan jubah dan hijab kini kelihatan berpakaian menjolok mata. Siapa sangka Aisyah ini mempunyai agendanya tersendiri. Dia mahu lihat Mina Arwiena terseksa dan Adam Baihaqi berlari mengejarnya dan menginginkan dirinya. wanita ini memang tak pernah kenal budi. Tergamaknya dia melakukan perkara ini hanya untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Busuk hati.
Lelaki arab berkulit sauh matang itu merapati Aisyah. Misainya dimainkan dan disimpulkan pada jari. Jejaka ini sanggup untuk buat apa sahaja demi mendapatkan perhatian Aisyah. Gadis paling cantik dimatanya.
Mina yang terduduk di kerusi sambil tangan dan kakinya terikat mula membukakan matanya. Mina kenal tempat ini.
Kawasan ini merupakan tempat mandi Cleopatra di sebuah tempat dinamakan Gunung Sahara. Sebuah kawasan padang pasir yang sangat besar dan luas. Tempat oasis ini dikelilingi pokok renek. rumput pula menumbuh di kawasan tasik menghijau. Walaupun ketika itu waktu sudah malam, Mina Arwiena masih dapat mengagak tempat ini. Kawasannya sederhana luas dan menempatkan beberapa tempat persalinan rumah dan pondok.
Mina meronta-ronta. Air matanya mengalir deras saat melihat langit gelap berbintang-bintang. Kini, dia keseorangan ditemani hati-hati orang jahat yang ingin menyakitinya.
Gunung sahara, namanya cantik. Sahara bermaksud padang pasir atau sahra yang dinamakan merah-coklat. Mina memerhati lagi kawasan luas padang pasir berwarna merah coklat. Di kirinya ada negara libya dan di kanannya ada negara sudan. Jika Mina hilang disini, pasti dia akan mati. pasirnya jerlus. Kawasannya lapang tiada penghujung. cuacanya tidak menentu. Pada waktu malam boleh mencecah suhu dibawah 0 darjah dan pada waktu tengahari pula boleh menceah suhu 50 darjah. Terlampau sejuk dan terlalu panas.
"Shes awake." Ujar lelaki itu. Dia nampak sibuk menggulung tali di sebuah kotak. Itu adalah misinya, menyakiti bukan mematikan. Tetapi kalau mati, apa salahnya? Asalkan wanita yang aku cintai ini bahagia.
"Inti shagalli eh, ya habibi?" Kau sedang buat apa itu wahai Aisyah, tanya seorang lelaki berbadan gempal. Lelaki itulah yang pernah menyerang Adam Baihaqi di hadapan rumah Aisyah.
"Ana ruuh il hamam cleopatra? Leh?" Aku nak bermandi di kolam air mandi cleopatra. Kenapa? Tanya Aisyah sambil melepaskan jubah mandinya lalu memaparkan dua buah gunung berlapik kain dalam berwarna merah.
Kaki kanannya segera mencelup ke dalam air kolam itu lalu memercik sedikit air apabila bontotnya direndamkan bersama.
Dua orang jejaka itu ketawa bergembira melihat keindahan di hadapannya. Wanita itu memang pandai memanipulasi kaum lelaki. Hal ini termasuklah Adam Baihaqi. Apakah yang wanita itu fikirkan sebenarnya?
Jujurnya, tiada siapa tahu. Aisyah sebenarnya mahukan Mina Arwiena itu mati. Bencinya kepada Sara Sadeeqa iaitu adiknya sendiri masih terbuku. Ingatkan dengan ketiadaan Sara Sadeeqa di muka bumi ini akan memudahkan dirinya mengecapi segala yang diimpikan. Tetapi malang, sejak munculnya Mina Arwiena hidupnya berantakan. Dia mula melihat perubahan Adam Baihaqi dan apabila wanita itu dapat tahu bahawa mereka bakal berkahwin tidak lama lagi, jiwanya hancur! Dia mahu balas dendam.
Aisyah, dulunya seorang wanita yang beramal soleh. Solatnya tidak pernah tinggal. Dia memegang prinsip agama yang sangat kuat. Berbuat baiklah kepada hamba Tuhan. Berkasih sayang. Tetapi semenjak suaminya mencari cinta Sara Sadeeqa, kebenciannya terhadap diri sendir mula terpupuk. Dia benci kerana tidak mampu melawak kecantikan Sara Sadeeqa. Gadis itu luar biasa. Senyumannya menawan. Seiras Mina Arwiena.
Suami Aisyah tahu bahawa Hajar bukanlah anak kandungnya. Entah siapalah yang Aisyah sudah tiduri. Dia benci isterinya sehingga berlaku perbalahan. Selepas itu, tanpa diduga maut menjemput suaminya apabila lelaki itu dilanggar kereta. Makin meruntun jiwa Aisyah. Dia buntu! Sejak itu, Aisyah sering melayani dua orang lelaki gila perempuan ini.
Mina terlihat sudah tertidur semula kerana kepenatan menahan lapar.
Kaki Kerusi Mina ditendang seseorang. Mina melihat lelaki bermisai itu yang dipanggil Abu di hadapannya. Ditangannya kelihatan sedang memegang roti. Mata Mina meliar. Bibirnya terasa sakit diikat dengan kain putih itu. Dia nak makan! Dia nak air!
Aisyah sadeeqa menghampiri. Mina kembali meronta-ronta minta dilepaskan.
"Open her mouth." Arah Aisyah.
Mina kelihatan lega. Matanya kembali kemerahan menahan marah. "why are you doing this! Aisyah, let me go!"
"No, im not going to do that, u bitch!" Aisyah menarik tudung Mina yang sudah separuh terbuka. Rambutnya ikut direntap. Mina mengerang kepedihan. Dia benci diperlakukan begitu.
"... not until Baihaqi come running to me, begging me to let you go, baby. Hes mine."
"I have nothing to do with him. Trust me. He will not come rescuing me and be a hero. Stop this nonsense!" Mina meneriak.
"Alright. We will see. But now. I want you to suffer and feel the pain that ive been having for years... for godsake! For years... i hate you. I hate sara. Shes..." aisyah mengelap air matanya dengan jari telunjuknya yang berkuku tajam dan panjang.
"She was your sister, Aisyah!"
"She was! Yes. She was once my baby. I love her. But why, Mina? Why would she do that? She took my husband from me. Yup! She did that. I...isk isk... i just dont understand why did he turned his back for Sara! Its always Sara! And now what! you came into my life, look like Sara and take Adam Baihaqi from me!"
"Astaghfirullah, Aisyah! God is one and He is looking at you! Judging your behavior. Please Aisyah! Stop this. Repent to him!"
Pang!
"Shut up, Mina! Arghh! Dont judge me! Dont remind me whos my God! Shut up! Argh!ana mabahibbish inti!" Aisyah melempang Mina sehingga gadis itu terkedu. Wanita itu merentap rambutnya sendiri lalu terduduk di hadapan Mina. Segala kesilapannya mengimbau kembali. Dia rasa berdosa tetapi dia mahukan kebahagiaan!
"Abu! Tiggi hina! Dilwakti! Just kill her! Just kill her! Aaah!" Aisyah membentak lalu dia bangkit berlalu pergi. Dia akan dapat apa yang dia nak. Kalau dia tidak dapat Adam Baihaqi, makanya Mina jualah. Hanya ada satu cara, Mina harus mati. Bagaimana? Ya, kaki Mina akan diseret di belakang kereta jip di padang pasir ini sehingga Adam Baihaqi muncul meratapi dirinya dan mengucap maaf kepada Aisyah. Cuma, sempatkah Adam Baihaqi menjadi hero di hati Mina? Atau, Mina akan meninggalkan kita selama-lamanya dan mencipta kenangan kisah cinta yang paling meruntun jiwa. Syahdu. Adam Baihaqi merasakan tidak sedap hati. Ada sesuatu bakal berlaku. Dia perlu segera. Kelak, dia akan menyesal!