Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 40

Mata Mina tidak berkelip. Kilauan cincin yang terletak pada alas di kotak cincin itu memukau anak mata Mina Arwiena. Dia terasa gugup. Bagaimana jika cincin emas ini hilang atau rosak? Apa yang akan berlaku? Ah, Mina kau memang cari nahas! Kenapa kau iya kan perkara ini? 

Masih sempat lagi. Lantas Mina berlari keluar daripada bilik persalinan lalu mendapatkan Kak Emilda. 

"Er, kak..."

"Yes, dear? Ah, ya Habibti! Tafaddhal! Tafaddhal!" Tetamu sudah tiba. Kelihatan dua orang wanita itu berlaga pipi. Apabila selesai sesi sapaan dengan tetamu baru Kak Emilda menarik tangan Mina Arwiena. 

"Mina, i know what you're gonna say. Na ah! masuk balik bilik and tukar baju. Lepas selesai salin baju dan make up, akak akan bawa Mina ke bilik pameran. Cincin tu akan disarung oleh akak sendiri. Mina tak perlu risau. Ada dua orang pengawal peribadi yang akak dah gajikan. Just, enjoy yourself! Everything is going to be ok!"

"Bodyguard? Fuh. Lega juga dengar. Jadi kalau ada orang cuba nak rampas atau rompak Mina, akan ada orang tolong lah?"

"Iyaaaa... now, go! Majlis nak bermula lagi sejam. Do not disappoint me! I love you. Muah! Muah! Now go!"

Mina terus berlari anak ke bilik persalinan. Kedengaran bunyi lagu arab berdendang dengan kuatnya. Apa yang Mina faham adalah ini bukan majlis hari jadi yang biasa tetapi ia diselitkan dengan jualan barang kemas kepada tetamu VVIP. Yang hadir di sini hanya orang ternama dan kebanyakan mereka datang dari luar negara. 

Mina, gadis Melayu itu telah diberi kepercayaan oleh Emilda agar memakai sebuah cincin emas berbatu permata sebagai slot utama. Dia dikehendaki menggayakannya saat yang lain mencuci mata. sungguh beruntungnya gadis ini. Jika di Malaysia, wang adalah perkara yang paling sukar diperolehi. Hutangnya disekeliling pinggang. jangankan duit syiling tidak kelihatan, barang kemas juga tidak pernah dipakai atau dimiliki. 

Jubah putih yang bersulam batu permata jenama Swaroski itu dipakai dengan bantuan seorang pembantu perempuan. Berat sungguh baju itu, omel Mina. Apakan daya, dia juga perlu meragakan pakaian ini agar perhatian hanya tertumpu kepadanya. Pendandan muka sudah hampir siap membuat solekan. Dandanan hari ini adalah inspirasi daripada perkahwinan arab. Keningnya ditebalkan dan dihitamkan. Calitan mata berwarna hitam juga nampak kemas diukir. Bibir mungilnya dimerahkan. Keseluruhan dandanan menampakkan Mina Arwiena yang sangat menawan. 

"Mina! Subhanallah! MasyaAllah! You look so beautiful! I wanna cry! Perfecto! Perfecto! Syukran Alisa." Kak Emilda memeluk Alisa, rakan baiknya yang sibuk menyiapkan Mina. 

"Akak, Mina takut. What should i do?

"Tarik nafas. Lepas. Yes. Tarik. Ehem and lepas!"

Pintu terkuak. "Boleh Bahri masuk?" 

Sapa adik Emilda yang bongsu. Kemudian, Baihaqi muncul membontoti Adam Bahri. Mina memandang Baihaqi. Lagaknya masih bersahaja. Tidak nampak teruja. Biarlah Baihaqi. Aku tak akan paksa kau lagi. Terpulanglah. Biar takdir yang tentukan. 

"Mina?" Bahri menyapa. Kelihatan sederet gigi putih tersusun pada balik senyumannya. 

"I know. Burukkan?" Mina mencebik. Perlahan sahaja gadis itu membisik. Takut didengari pendandan itu. Dia rasa lain. Ini bukan dia. She just want to end this. Tak selesa. 

"Im in awe. Speechless. Who are you? Awak nampak sangat cantik." Bahri menidakkan. namun, dua jejaka ini tidak kurang hebatnya. Mereka kelihatan kacak memperagakan baju suit putih. Di leher terkemas bow hitam. Rambut Bahri sedikit pendek menampakkan dahinya yang luas. Adam Baihaqi pula Kali ini menggayakan rambut panjang mencacak ke atas. 

"Are you sure? Entahla. Mina tak rasa selesa. Baju ni berat." 

Bahri tersenyum. Dia rasa sangat senang hati apabila Mina mengadu kepadanya. Mahu meluahkan perasaan kepadanya.

"Jom. Kita keluar. Majlis nak mula dah." Bahri menarik tangan Mina. Gadis itu berdegil tidak berganjak. Wajah Bahri berubah. 

"Jap. Mina tak akan keluar daripada bilik ni selagi dua orang pengawal peribadi Mina tak datang. Kak Emilda promise me that. Mina tak nak nanti orang jahat bunuh Mina semata-mata nak kan cincin tu. i know exactly how this family runs. Banyak orang jahat memerhati. It... well it happened before right?"

"Pfft!" Kedengaran Baihaqi ketawa kecil. 

"Er, saya rasa Mina dah salah faham." Kata Bahri. Dia berusaha untuk menyusun ayat. 

"Mana ada bodyguard siang-siang buta ni." Baihaqi membelakangkan Mina. Sengaja tidak mahu memandang kekasih hati. 

"What do you mean? Bahri? Apa Baihaqi cakap ni!  Kak Emilda dah janji. Mina tak nak. Saya takutlah." Gadis itu mula rasa sebak. Sepertinya dia sudah ditipu bulat-bulat oleh Kak Emilda. Kejadian diculik itu masih terngiang-ngiang dalam memori. 

"No, please dont cry. Comot nanti make up tu."

"This is not right. Im not going!"

Baihaqi yang mula naik angin melihat Mina berkelakuan sedemikian terus melulu dan merapati gadis itu. 

"I said now." Desak Baihaqi. 

"Tak nak Baihaqi. Saya tak nak pergi! Orang pertama yang saya tak nak ikut sekarang ni adalah awak. You have destroy everything." Mina membulatkan mata. Cuba memberanikan diri. 

"Jadi awak nak saya cium awak dekat sini baru awak nak keluar?" Baihaqi tidak berganjak. Bahri menarik kasar bahu abangnya. Terkilan akan abangnya yang bertindak sedemikian. 

"Try me. Kalau awak rasa saya ni mudah, silakan!" Marah Mina. 

"Ok." Baihaqi menghembukan nafas berat. 

Bahri yang melihat segera cuba meleraikan perbalahan dua orang ini. Tiba-tiba, tanpa disedari sepucuk pistol dikeluarkan daripada poket baju suit putih yang dipakai Adam Baihaqi. Jejaka itu sudah gila. Dia tidak tahan akan perangai Mina. 

"What are you doing!" Bahri menahan tangan abangnya. 

"She wants this." Kelihatan anak mata Baihaqi kemerahan. Mina pula masih tidak berganjak. Oh, no! Not that. Ini bukan kali pertama. Trauma yang dialaminya masih kekal dalam ingatan. Dia tidak akan lupa bagaimana Adam Bahri juga melakukan taktik yang sama untuk menakluki dia.

"What is wrong with you, Baihaqi! Put it down before anything bad happens!" Bahri menengking. 

Belum sempat Adam Baihaqi mahu mengugut Mina Arwiena, suara kak Emilda menggema. 

Mina terus terduduk di kerusi. Nafasnya berat. Lega! Dia dapat rasakan pipinya panas. Kak Emilda berlari mendapatkan Mina. Apabila dia sudah pasti Mina tidak diapa-apakan, tangan wanita itu terangkat lalu dihayun kuat ke pipi Baihaqi. 

"Akak tak sangka adik akak ni sebiadap ini! Sampai hati kau Baihaqi! Siapa ajar kau jadi kurang ajar macam ni? She deserves better than this! Minta maaf pada Mina sekarang! Kau jangan sampai akak pecah rahsia kau pada daddy. Last warning, Baihaqi!"

Jejaka itu tertunduk menahan pipi yang kesakitan. Baihaqi memegang erat pistol itu. Dia geram. 

"huh!" Kak Emilda mengeluh apabila melihat Baihaqi berdegil. Sambung wanita itu lagi, "Mina, akak minta maaf. Dua orang pengawal peribadi itu adalah adik-adik akak sendiri. Orang yang akak paling percaya sekali. Tapi akak hampa. Sangat hampa apabila Baihaqi buat macam ni."

Mina menahan tangisan yang bertakung di kelopak mata. Gadis itu berdiam diri. 

"awak tahu tak, kenapa akak pilih Mina? Sebab akak betul-betul percayakan Mina. sayangkan awak. Walau apa pun yang terjadi, Mina lah orang pertama yang akak akan selamatkan. Akak tahu adik-adik akak ni sayangkan awak lebih daripada sebuah cincin emas yang mahal ni. Jadi please chin up. Do your best. Jangan hampakan akak. Its ok Mina to be afraid. tapi sampai bila kita nak takut macam ni."

"Mina boleh keluar tapi dengan syarat Baihaqi berdiri satu meter jauh daripada Mina. Mina tak nak dia duduk, berdiri atau sentuh Mina. Apatah lagi berlaga bahu."

"Done. Consider that settle. Tapi kalau ada apa-apa berlaku, permintaan Mina terus terbatal. Faham?"

Lambat sahaja Mina mengangguk. Walaupun dia mengiyakan, hatinya sudah remuk diperlakukan begitu. Bencinya pada Adam Baihaqi mula terdetik. Pada kali ini, titik benci itu makin membesar. 


Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.