Dosa. Semua orang pernah melakukan dosa. Tak kira dosanya kepada manusia atau pun kepada Tuhannya. Secara sengaja atau tidak sengaja. Dalam diam atau dalam keterpaksaan. Ya, kita lalai dan kita alpa. Kita tak bayar hutang. Kita tak solat penuh. Kita menipu. Kita mungkir janji. Kita tak berpuasa. Kita sibuk angkuh diri. Kita berdengki dan buruk sangka. Kita... hanyalah manusia yang sentiasa diuji dan akan sentiasa juga dihasut syaitan.
Tetapi pintu taubat itu luas. Seluas alam dan tidak terjangka dek akal akan kebesarannya. Tuhan sangat sayangkan kita. SayangNya tiada tandingan. Kita yang berpaling kepadaNya. kita pilih sedemikian tetapi sebaliknya dia masih menunggu untuk kita bertaubat. Sesungguhnya dia tidak rugi secubit garam pun. Kita lah yang merugikan diri sendiri.
Pahala itu mudah. Tapi kita berpaling tadah. Menginginkan pahala itu yang mengejar kita. Tetapi sebaliknya apabila diberi masa dan peluang, kita menolaknya. Memikirkan nantilah aku berubah. Nanti aja lah.
Sungguh... sungguh berdosanya aku.
Kini, penyesalan buat Adam Baihaqi seperti terlalu berat. Dia menghukum Mina Arwiena tanpa sebab. Tanpa penjelasan dia membiarkan gadis itu terpinga-pinga cuba memperbetul keadaan. Dia kesal. Berdosanya dia.
Kejadian sebulan yang lepas membawa perubahan yang sangat besar terhadap Adam Baihaqi. Apabila dia dilanggar kereta oleh seseorang, dia menghadapi masalah ingatan yang sementara. Tatkala dia mula ingat akan kehebatan dirinya seorang manusia bernama Adam Baihaqi, dia mula lemah. Kuat, tak bermakna kuat selamanya. Dia dahulu sangat nakal. Nakalnya bukan boleh disimpan sebagai memori tetapi telah memberi dendam kepada orang yang tidak bersalah.
Dia tumbuk, menghina, mengutuk, mencaci dan hampir mematikan nyawa orang yang sudah nyawa-nyawa ikan. Dialah manusia paling berdosa ketika ini. Macam mana pun dia mahu berubah, dia tidak layak. Ramai orang mahukan dirinya hancur dihina bumi.
Saat Baihaqi Sudan pun mengingati semua yang telah terjadi, dia melihat riak wajah Mina Arwiena yang keletihan. Dia nampak penat. kasihannya menggunung. Sebab aku kah kau seakannya tidak bahagia? Sebab aku lah banyak perkara terjadi menghantui dirimu. Kau pernah diculik, sebab aku. Kau pernah dipukul, sebab aku.
Perlukah aku melepaskanmu? Dia tidak mahu memaksa cinta ini.
Ini. Inilah yang membelenggu fikiran Adam Baihaqi. Jiwanya terseksa untuk melepaskan. Dia berharap dengan kekerasannya dan kekasarannya melayani Mina Arwiena akan membuatkan gadis ini menjauhinya. Tapi dia silap. Makin dihalau makin kuat Mina Arwiena mahu mempertahankan hubungan mereka.
Baihaqi sedar. Semuanya berubah apabila dia bertemu gadis bernama Mina Arwiena. Mereka bersua di kapal terbang tempoh lalu telah menguji Adam Baihaqi. Menguji kesetiaan, ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi liku hidup. Pertemuan antara mereka berdua sentiasa penuh dengan liku-liku hidup. setiap kegusaran tidak pernah mententeramkan dirinya. Dia perlu sentiasa berhati-hati. Banyak mata memerhati. Saban hari dia makin takut untuk mencintai gadis bernama Mina Arwiena.
Peristiwa sebelumnya Adam Baihaqi hilang ingatan, ada sesuatu aneh telah berlaku. dia bertembung dengan seorang lelaki. Lagak lelaki itu seperti dia mahu membalas dendam. Namun, seperti biasa Adam Baihaqi tidak pernah ingat siapa mangsa yang dibulinya. Kadang kala mereka yang datang adalah orang lain yang tidak pernah bersua dengannya. Orang asing. Apa yang Baihaqi tahu mereka dengki akan kekayaan dan kehebatan dirinya.
Jejaka berbadan sedikit gempal dan tinggi itu menghampiri Baihaqi saat bahu mereka berlaga. Adam Baihaqi meminta maaf acuh tak acuh kerana fikirannya ligat memikirkan hal lain. Mata mereka bertembung. Jejaka itu mengetap giginya.
"Baihaqi, kau rasa kau layak terima kebahagiaan selepas apa kau dah lakukan pada dia?" Katanya fasih dalam bahasa arab.
Baihaqi mengerut dahinya. "Eh Malak!" Suaranya naik satu oktav. Dia mengatakan kau apa hal! Bahu jejaka itu ditolaknya kasar. Baihaqi mengundur selangkah. Dia kusut dan buntu. Siapakah 'dia' dalam konteks ini?
"Inta baulak eh?" Baihaqi memberanikan diri. Katanya kau cakap apa ni?
Jejaka arab itu ketawa sinis. Dia bahagia melihat Baihaqi runsing sebegini tetapi sebahagian dirinya benci akan tindak tanduk Adam Baihaqi. Macam mana kau boleh lupa akan dia!
"Aku nak kau sengsara. Sampai mati aku tak akan beritahu siapa sehinggalah kau ingat sendiri dosa kau!"
"Baihaqi!" Kedengaran suara seseorang memanggilnya dari jauh. Wanita itu melambai-lambai. Adam Baihaqi segera merapati Aisyah Sadeeqa yang sedang memeluk Hajar. Jejaka arab yang bermisai pendek itu berlari bertempiaran saat mendengar Aisyah memanggil Baihaqi di hadapan rumah wanita itu.
"Min da?" Tanya Aisyah siapa itu. Baihaqi menggeleng-geleng kepalanya sambil fikiran ligat berfikir.
"Mish arif. Im not too sure. He looks so strange. I cant remember anything."
Kedengaran Aisyah mengeluh perlahan. "Leh? Fi musykillah Ya Aisyah?" Baihaqi bertanya kenapa? Ada masalah ke?
"La a'. Kullu kuwaiyis, Baihaqi."
Tidak. Semuanya baik-baik sahaja, jawap Aisyah.
Tak akan sesekali Aisyah menceritakan masalahnya. Bagaimana setiap hari dia menerima ugutan bunuh dan ugutan untuk mencelakakan anaknya Hajar. Jujurnya, jiwa Adam Baihaqi ini lembut. Dia sangat sensitif. Saat dia mengambil Hajar sebagai anak angkat beberapa tahun yang lalu, Baihaqi banyak berubah.
Belum sempat mereka masuk ke dalam rumah, tiba-tiba ada orang telah mencampakkan sebuah botol kaca ke atas lantai. Kaca pecah dan menghiris ibu jari kaki Hajar. Menangislah anak itu.
Maka bergemalah suara Adam Baihaqi memekik dan memarahi. Aisyah kelihatan merinding seram bulu roma dalam ketakutan. Baihaqi berlari ke luar pagar lalu mencari pesalah itu. Belum sempat dia melarikan diri, sebuah kereta hitam merempuh Adam Baihaqi daripada belakang lalu memecut laju meninggalkan perkarangan rumah.
Dengan pekikan dan jeritan pertolongan, Aisyah Sadeeqa terasa menyesal. Adakah perbuatannya itu akan menghancurkan hidup Adam Baihaqi? Perlukah dileraikan segala konflik hidupnya sekarang? Buntu. Aisyah akhirnya memilih untuk berdiam diri. Biarlah takdir yang menentukan.
***
Dewan gelap. Malapnya seperti tiada sinar masa hadapan. Hidup dan mati menjadi percaturan. Suara orang menangis dan menjerit begitu kuat sehinggakan Adam Baihaqi yang ketika tadi meracau mengingati ancaman yang diterima, tersedar.
Adakah pada hari ini sesuatu akan berlaku? Mina? Adakah Mina orang yang seterusnya akan diancam?
Baihaqi menarik nafas dalam. Bagaimana dia mahu bertindak jika penglihatannya kabur. Nama Adam Baihaqi kedengaran dipanggil daripada jauh. Dia cuba menajamkan penglihatannya. Ah, Mina tiada di sini. Kiri, kanan, depan dan belakang.
Terasa ada seseorang sedang memapah Baihaqi daripada belakang. Baihaqi mula bangkit dan berdiri di sebelah adiknya Bahri. Dia menepuk dadanya yang terasa berat.
"Mina!" Sepatah aja Baihaqi memekik.
"Kita kena blah sekarang Bai! Someone stab kak emilda!"
"Astaghfirullah! Kak Emilda dengan siapa tu! Uh...Mina, mina, mina! Abang tak nampak dia!"
Buat kali pertama setelah bertahun-tahun lamanya, Adam Baihaqi menggelar dirinya abang. Bukan sekadar abang di bibir tetapi abang yang bertanggungjawab menjaga orang yang dia sayang.
"Bahri tak nampak dia. Ive been looking for her everywhere! Then i saw kak Emilda lying on the floor. On cold floor Bai... I dont know what to do. Please..." kelihatan setitik demi setitik air mata Adam Bahri mengalir laju. Baihaqi terus memeluk Adam Bahri tanpa fikir. Baju pada bahu Baihaqi habis basah dibanjiri air mata adiknya.
"Wheres mummy and daddy!" Tanya Baihaqi.
"I dont know. I dont know! Kakak ada dekat luar dewan. Her assistant is there. She ask to straight away find you."
"Ah! Sial lah! Siapa buat keluarga aku macam ni!"
Baihaqi berlari menghampiri tingkap. Dia melihat kapal ini sudah pun berlabuh di pinggiran. Maknanya, orang jahat ini sudah merancangnya dengan teratur dan melarikan diri. Apa sebenarnya yang dia mahukan!
"Kak Emilda? Is she ok? Dia sedar tak!"
"Kakak sedar, cuma darah tu banyak sangat. They stab her on her legs. Ive ask her assistant to compresse and make sure shes awake. Bahri dah call police and ambulance. They are on their way here." Walaupun dalam kerumitan, Bahri masih boleh berfikir. Cuma emosi masih bermain dan mengganggu dirinya. Takut, benci dan kesal semuanya berkecamuk.
Lampu dewan terbuka. Mata terasa perit apabila melihat cahaya yang terlalu terang. Kelihatan beberapa orang polis mendekati mereka di tempat kejadian. Baihaqi segera menarik Bahri.
"Kita kena keluar sekarang. Abang cari Mina. Kau cari ibu dan abah."
"Qi!" Bahri menjerit kecil samba menunding jari ke arah rakannya. Kelihatan Qi berlari anak sambil kakinya terjengket-jengket.
"They took everything! Ah, stupid bastard!" Qi menahan kesakitan. Jelas kelihatan dahi Qi sedikit lebam akibat ditumbuk. Jarinya menunding ke arah luar dewan. Nafasnya laju turun dan naik.
"Kau nampak apa-apa tak?" Tanya Baihaqi.
Qi mengangguk lemah. "Aku nampak Mina keluar dewan. And a guy is waiting outside. I clearly saw his clothes. Blue jeans and white tshirt. Short hair. Pakai specmata hitam. Others im not so sure. Dorang pergi mana, aku tak tahu! Dorang nak apa, I swear they should have a better reason!"
"Qi, kau ikut Bahri. Aku nak ajar beruk-beruk tak guna ni!" balas Adam Baihaqi.
Tangan Qi terus menggenggam lengan Baihaqi. Cuba menahan. "Its too dangerous, Bai!"
"Habis tu kau nak aku tunggu macam batu dekat sini! Kalau polis dah mulakan siasatan, kita tak boleh keluar dari tempat ni. Im going now!"
"No! I mean, kau nak cari dekat mana? Siapa buat kita pun kita tak pasti. Tell me how? How can i help you!" Qi mula bersuara pendapatnya.
"Edin and zack is on their way." Bahri meletakkan telefon bimbitnya. Sambungnya, "They are driving on their motorcars. Mina should be around here somewhere. Atleast near us. Bahri akan cari mummy daddy dekat tingkat atas. Bai, please again please..." bahri mengelap air matanya. Mencari kekuatan diri.
"Please be safe." Bahri memeluk Adam Baihaqi sebelum melepaskan abangnya dalam misi pencarian.
Qi dan Bahri melihat Adam Baihaqi berlari keluar dengan satu harapan. Agar Mina selamat. Jika ada apa-apa yang berlaku kepada gadis itu, Baihaqi tidak akan berhenti menghukum dirinya sendiri. Sampai usianya lanjut pun, dia akan menyesal dan terseksa.