Danial Amsya bersiap untuk keluar bersama
umminya untuk lunch. Dia menghala kereta yang dipandunya ke Damansara kemudian
mematikan keretanya dibahu jalan lalu keluar bersama umminya menuju ke restoran
Mamat Spicy. Amsya sengaja membawa umminya di kawasan Damansara dekat dengan kondominiumnya.
Ini kerana sebelum keluar rumah tadi Tengku Umairah telah menghubungi untuk
berjumpa di KLCC pukul 2.00petang. Cadangannya, dia akan menghantar ummi ke
kondominiumnya sebelum pergi jumpa buah hatinya. Dia tidak mahu umminya tahu
dia pergi berjumpa Tengku Umairah, dia tidak sanggup tengok jantung umminya
terhenti kerana Tengku Umairah.
“Ummi, lepas makan nanti Amsya hantar ummi
ke kondo Amsya dulu. Amsya nak pergi office sekejap”.
“Lama ke Amsya pegi?”
“Dalam dua jam ada kerja kena siap. Kita
tidur di kondo Amsyalah malam ni”. Terang anak terunanya itu. Umminya sekadar
mengangguk. Usai sahaja makan Amsya menghantar ummi ke kondominiumnya, dia
menukar kereta mencapai kunci motor Ducatinya dia tidak mahu lewat sampai di
KLCC takut nanti Tengku Umairah merajuk. Sesampai dia di KLCC terus menuju ke
restoran yang dinyatakan oleh Umairah.
Alia Nasuha bingkas bangun dari kerusinya menuju
ke meja Syafikah.
“Jom Syaf, kita pergi”. Lia dan Syaf menuju
ke parking kereta terus ke KLCC
“Kita makan di KLCC boleh Syaf?” tanya Lia
“Boleh ajer mana-mana aku ikut bos”.
“Ok. Kita pergi makan di restoran Bumbu
Desa”. Cadang Lia
Sesampai sahaja mereka di Parking Basement
dia terus menuju ke restoran Bumbu Desa.
“Cepatlah Syaf, aku lapar ni dari pagi lagi
aku tak makan” arahnya pada Syaf.
“Aku cepatlah ni, kau ni tak sabar-sabar
gelojoh”
“Kau bukan tak tahu, aku kalau tak makan
boleh gementar seluruh tubuh, nanti aku
pengsan kat sini siapa yang susah, kau jugakan?”
Sambil mereka bercakap menuju ke restoran
itu, Tengku Umairah juga dengan langkah yang laju menuju ke restoran yang
dijanjikan dengan Amsya. Amsya telah menunggunya di situ. Tanpa diduga semasa
mereka sampai dimuka pintu restoran Alia telah terlanggar Tengku Umairah.
Tengku Umairah memandang dengan tajam dan bersuara.
“Hoi, buta ke?”
Alia Nasuha dengan cepat memohon maaf
“Maaf cik, saya tidak sengaja”
“Eh! Kau jalan pakai mata atau lutut?”
sambil tangannya menolak Alia dengan kuat. Lia terjatuh dan kakinya terseliuh.
“Aduh! Sakitnya kaki aku” Kata Lia
Amsya dari dalam melihat kejadian itu terus
mendapatkan Umairah.
“Padan muka kau, puas hati aku” Jawab Umairah
dengan bengisnya
“Umairah! Sudah tu, tak malu ke?” Soal
Amsya. Dia terus menarik tangan Umairah. Amsya pandang Alia yang terjatuh di
situ lalu diangkat oleh Syafikah. Tiba-tiba seorang lelaki muncul di situ ditolongnya
Alia berdiri.
“Eh, kau ni gila ke tiba-tiba nak naik
angin tak tentu pasal. Kawan aku bukan langgar kau dengan sengaja” Tegas
Syafikah membela bosnya itu.
“Maaf” Jawab Amsya bagi pihak Tengku
Umairah
Tanpa memandang lelaki yang membawa Umairah
pergi dari situ Alia dan Syafikah masuk ke restoran itu dibantu lelaki tadi.
“Lia tak apa-apa ke?” Soal lelaki itu. Lia
memandang lelaki itu, dia kenal benar lelaki itu Encik Zafrul anak kepada
Arkitek Shukri.
“Kaki saya terseliuh” jawab Lia
“Mari abang tengok kaki Lia” Lia
menghulurkan kakinya kepada Zafrul. Zafrul membuka kasut Alia tumit kasutnya
patah. Dia menarik dan menggerakkan kaki Alia kiri ke kanan bebarapa kali.
“Aduh! Sakit bang”. Mengadu Alia dibuatnya.
“Tahan sikit” jawab Zafrul.
Amsya yang duduk selang beberapa meja dari
situ masih memerhatikan mereka. Kesian budak perempuan tu ditolak oleh Tengku
Umairah.
“Kenapa Mairah tolak budak tu, dia tak
salah pun”. Tegas Amsya
“Jalan tak tengok orang, langgar orang
sesuka hati ajer” Marah Umairah.
“Dia tak sengaja, yang awak panas baran ni
kenapa” soal Amsya tidak puashati dengan tindakan Tengku Umairah kepada Alia.
Sikap Tengku Umairah yang cepat naik angin dan kuat merajuk membuatkan dia
memang berat hati untuk meneruskan hajatnya memperisterikan Umairah. Sikap
Umairah beginilah membuatkan dia terfikir kata-kata umminya.
“Lia buat apa kat sini?” tanya Zafrul
“Nak lunch lah, apa lagi”.Jawab Lia
“Jauhnya mari makan”
“Lia ada temujanji dengan papa Shukri pukul
tiga. Nak singgah makan dulu.” Jelasnya.
“Macam mana keadaan Lia sekarang selepas
pemergian uncle dan aunti?”
“Banyak perkara yang perlu Lia settlekan
bang”
“Bang, pelan C&S projek apartment di
Sepang dah siap ke?”
“Rasanya sudah siap, apa-apa nanti abang
check dulu lepas tu abang bagi tahu Lia. Abang nak cepat ni abang ada temujanji
abang pergi dulu ya.”
Lia hanya mengangguk. Lepas sahaja makan
Alia dan Syafikah terus ke level-25 pejabat Arkitek Shukri.
Dari jauh Amsya memerhati Alia berjalan terhinjut-hinjut akibat ditolak oleh Umairah. Kesian benar dia melihat
Alia tak pasal-pasal jadi mangsa Tengku Umairah.
“Hee, saya tak fahamlah dengan sikap awak
ni. Macam manalah customer dan staf awak boleh tahan dengan sikap awak ni?”
“Saya ni officer bank, kalau client saya
tidak suka berurusan dengan saya, dia orang boleh cari bank lain”. Dengan
sombong dan angkuhnya Umairah menjawab. Amsya sekadar menggeleng kepala dengan
sikap Umairah.
Sesampainya Alia di pejabat arkitek dia
terus dibawa masuk jumpa Encik Shukri merupakan kawan baik papanya.
“Assalamualaikum Uncle?” Sapa Alia Nasuha
sejerus dia masuk pejabat arkitek Shukri.
“Waalaikummussalam, masuk Lia” pelawa Encik
Shukri. En. Shukri memandang Alia berjalan terhinjut-hinjut.
“Kenapa dengan kaki Alia tu” tanya En.Shukri
dengan lembutnya.
“Terseliuh, entah ada juga perempuan panas
baran macam tu, siapalah lelaki malang yang dapat perempuan tu”. Jawab Lia
tidak puashati dengan apa yang berlaku tadi diluahkan pada En.Shukri yang
dianggapnya sebagai bapa sendiri.
“Habis tu, boleh jalan ke?”
“Boleh lah jalan sikit tapi sakit lagi,
tadi mujur ada abang Zafrul dia yang tolong urut kaki Lia” Jawab Lia dengan
manja. En. Shukri tersenyum dengan penjelasan Lia.
“Lia kata ada perkara nak bincang dengan
uncle apa dia? Macam mana dengan kerja-kerja pejabat sekarang, Lia Ok? apa
boleh uncle tolong?”
“Memang Lia datang nak minta pertolongan
uncle”.
“Lia cakap ajer, Insyaallah uncle akan
tolong”
“Uncle tahukan Lia bukan arkitek lagi dan
Lia tak boleh ganti papa untuk sign semua pelan yang perlukan tandatangan. Jadi
Lia nak berurusan dengan uncle untuk semua pelan dan Lia nak lantik uncle untuk
arkitek pihak syarikat Lia mengantikan Helmi Arkitek dan semua projek-projek
arkitek dibawah Helmi arkitek akan bertukar kepada Shukri Arkitek. Macam mana
uncle?”
“Baiklah Lia, uncle setuju tapi kerja-kerja
yang berkaitan pelan syarikat Lia kena uruskan. Uncle nak Lia cekal dalam semua
kerja-kerja ni dan uncle janji uncle akan tolong Lia daftar dengan LAM. Tapi
Lia kena ambil exam dulu”.
“Kena exam juga uncle?”
“Kena, untuk menjadi seorang arkitek Lia
kena exam dengan Lembaga Arkitek Malaysia dan lulus baru boleh title AR tapi
kena ada pengalaman kerja tidak cukup dengan sijil yang ada baru senang dapat.
Nanti uncle arrange untuk Lia”.
“Terima kasih uncle, tapi projek yang ada
sekarang kena uncle sign dululah nanti kita bincang harga setiap projek. Yang
projek sedang berjalan nanti Lia bagi report senang untuk uncle keluarkan CCC”.
“Uncle percaya pada Lia dapat mengurukan HH
Holding Sdn.Bhd. Kalau ada apa-apa kemusykilan Lia boleh tanya uncle. Projek apartment
di Sepang pelan RC Drawing bawah abang Zafrul ke?”
“Ya uncle, lepas ni semua projek dibawah
kelolaan HH Holding pelan engineer akan diberi pada syarikat abang Zafrul.
Pelan RC projek Sepang tu ada perubahan sikit baru ni, abang Zafrul kata dah
siap. Projek itu dah nak dimulakan semua pelan dah lulus mungkin dalam seminggu
dua lagi.”
“Uncle doakan Lia berjaya macam papa Lia”
“Terima kasih Uncle. Lia minta diri dulu,
apa-apa nanti Lia telefon uncle”.
Lia bangun dan bersalam dengan En. Shukri.
Dia dan Syafikah meninggalkan pejabat En. Shukri terus bergerak ke parking
kereta.Dia menghulurkan kunci kereta kepada Syafikah.
“Nah, kau bawa” arah Lia
“Aku bawa ke?” soal Syaf
“Kaki aku sakitkan kau ni… kau bawa kereta
aku elok-elok jangan nak langgar apa-apa pula nanti aku potong gaji kau”.
“Ni yang aku malas nak bawa ni”
“Alah kau ni, aku gurau jerlah”
Syafikah memandu kereta Hyundai Sonata
milik Alia. Dia amat berhati-hati, dia tahu Lia amat cerewat orangnya pasal
kereta ni. Radio kereta dipasang. Alia bengang dengan perempuan yang menolak dia
tadi kembali berlegar diruang kepalanya.
“Aku geram betul perempuan tadi, aku rasa
dia tu memang gila sewel agaknya”.
Tergelak Syaf mendengar kata-kata Alia mereka
sama-sama ketawa. Kereta yang dipandu Syfikah berhenti dilampu merah. Sebuah
motosikal Ducati berhenti disebelahnya. Lia pandang penunggangnya tapi tidak
kelihatan kerana helmet yang dipakai menutupi muka si penunggang. Amsya perasan
dia diperhati dipandangnya kereta Hyundai Sonata Silver disebelahnya. Alia
terus berbual dengan Syafikah.
“Tak pasal-pasal kaki aku terseliuh, kasut
Bonia aku patah. Kalau ikutkan hati nak aja aku tumbuk muka dia” Lia
menunjukkan gaya bagaimana cara orang menumbuk.
“Eh, ini budak perempuan tadi” bisik hati
Amsya. Dia memerhatikan Lia membuat aksi menumbuk.
“Budak ni mesti berbual pasal Umairah ni,
cantik juga budak ni siapa dia ni pakai kereta mahal, gaya dia pun bukan sembarangan
orang” hatinya berkata.
Kereta yang dipandu Syaf meluncur setelah
lampu hijau menyala. Amsya bergerak menuju ke kondominiumnya.
“Syaf, kita terus baliklah kau tinggal
jerlah kereta kau kat office, esok kita ambil”
“Apa-apa jerlah kau ni”.