Seperti yang
dijanjikan pada tengah hari itu, Alia akan berjumpa Izwan. Sepanjang perjalanan
ke tempat yang dijanjikan Alia hanya berdiam diri. Dia masih lagi memikirkan
kata-kata Shasha malam tadi. Dia berharap sangat perjumpaan dengan Izwan
membawa perubahan dalam hidupnya. Jika benar Izwan ada menaruh hati padanya,
mudahlah dia selesaikan masalah Amsya. Dia tidak mahu perkara ini berpanjangan.
“Lia, kenapa
diam je ni?” Tanya Amsya apabila melihat Alia membisu seribu bahasa, biasanya
Alia banyak berceloteh.
“Berdebarlah
en.Amysa nak jumpa Izwan. Saya bukan biasa jumpa lelaki, saya risau apa saya nak bagitahu pasal awak
kalau dia tanya.” Balas Alia berkerut muka.
“Macam ni…Bila
sampai nanti, Lia pergi dulu jumpa dengan Izwan. Abang akan menyusur kemudian.”
Cadang Amsya.
“Kalau awak tak
jumpa dia, boleh tak? Biar Lia je yang jumpa.” Pinta Alia, merenung ke arah
Amsya yang sedang memandu.
“Tak boleh.”
Jawab Amsya tegas. Alia mengeluh pendek,
entah mengapa hatinya begitu berdebar.
Amsya
mengkerling pada Alia disebelahnya. Bisik hatinya…
“Maafkan abang
sayang. Abang terpaksa dedahkan siapa kita pada Izwan sebelum Izwan menyatakan
cinta pada Lia. Abang cintakan Lia.”
Amsya memasuki
parking kereta sesampai sahaja di restoran yang dijanjikan.
“Lia pergi dulu,
lepas ni abang ikut.” Arah Amsya.
“Kalau Izwan
tanya Lia datang dengan siapa.” Soal Alia Nasuha. Dia masih binggung macam mana
nak bagitahu dia datang dengan lelaki lain.
“Tak payah
bagitahu apa-apa.” Kata Amsya. Alia keluar dari kereta menuju ke restoran yang
dijanjikan. Dia cuba mengingati wajah Izwan yang pernah dia jumpa dulu. Masuk
sahaja dalam restoran Alia terkinjau-kinjau mencari kelibat Izwan. Tiba-tiba
dia melihat tangan yang melambai ke arahnya. Alia tersenyum tapi hatinya
semakin berdebar, dengan langkah yang perlahan dia menghampiri Izwan. Sampai
sahaja didepan Izwan, Alia memberi salam. Salam dibalas mesra oleh Izwan sambil
bangun menarik kerusi mempelawa Alia duduk.
“Terima kasih.”
Ucap Alia memandang Izwan, semakin berdebar jantungnya memikirkan Amsya pula.
Untuk menghilangkan debaran dihatinya Alia bersuara.
“Dah lama
sampai?”
“Baru je. Lia
apa khabar?” Soal Izwan merenung Alia tajam, tersenyum mengoda.
“Baik. Maaf, dah
banyak kali Lia cancel perjumpaa kita. Ini baru jadi.” Kata Alia. Izwan
memandang Alia, nampak sangat Alia gelisah.
“Ni kenapa, pucat
je muka. Saya tak makan oranglah. Kenapa tidak datang dengan Syafikah?” Pujuk
Izwan bagi melegakan hati Alia. Alia sekadar tersenyum manis, membuatkan Izwan
semakin merenung Alia tersengih mengoda.
“Kenapa pandang
Lia macamtu, tak selesalah.” Balas Alia.
Amsya masuk ke
dalam restoran mencari Alia. Dia tersenyum apabila melihat Izwan di situ, Amsya
menghampiri mereka lalu ditegurnya.
“Hai, berdua
saja.” Tegur Amsya. Alia tertelan liur mendengar suara Amsya, manakala Izwan
tersenyum lebar membuatkan Alia berkerut dahi.
“Berdua je,
abang dari mana ni? Sorang ke?” Soal Izwan. Alia semakin pelik.
“Tak, abang
datang berdua. Boleh abang duduk?.” Jawab Amsya tersengih memandang Alia
disebelahnya.
“Boleh bang,
duduk je.” Balas Izwan. Amsya menarik kerusi sebelah Alia sambil berpaling pada
Alia. Alia hanya membisu.
“Maaf, abang
duduk sebelah gadis cantik ni. Tak nak kenalkan pada abang ke?” Soal Amsya cuba
menguji Izwan. Izwan tersenyum puas apabila Amsya memuji Alia.
“Alah bang, ini
first time date lah. Kebetulan jumpa abang pula. Baru nak bercinta bang. Nama
dia Alia Nasuha.” Jawab Izwan membuatkan Alia berkerut muka.
Bisik hati Alia
“Mereka ni kenal antara satu sama lain ke? Aduh parah ni.”
“Baru nak
bercinta? Abang rasa tak payahlah nak bercinta dengan Alia ni.” Kata Amsya
sambil tangannya berpaut bahu Alia. Izwan sedikit terkejut, mukanya berkerut.
Alia mengkerling tangan Amsya dibahunya.
“Kenapa pula
bang. Abang kenal ke? Pegang-pegang lagi.” Soal Izwan sedikit kecewa dan
hairan.
“Izwan betul tak
kenal dia? Izwankan adik abang takkan tak kenal?” Soal Amsya menguji
kedua-duanya membuatkan mereka berdua semakin hairan.
“Sayang, kenal
tak siapa Izwan? Soal Amsya pada Alia. Tergaman Izwan mendengar perkataan
sayang dari Amsya. Alia berpaling pada Amsya kemudian mengeleng kepala sambil
beralih pandang pada Izwan.
“Izwan…Alia
Nasuha ni, isteri kesayangan abang.” Kata Amsya mengejutkan Izwan.
“Ha…biar betul
bang. Takkan saya tak kenal pula isteri abang. Masa abang kahwin orang lain,
bukan Alia.”
“Yang Izwan
jumpa tu bukan isteri abang, Itu sepupu abang nama dia Shasha. Abang memang nak
kenalkan Izwan dengan isteri abang tapi Alia tak ada masa tu. Kebetulan pula
Izwan ada bagitahu abang Izwan ada kenal seseorang nama Alia Nasuha. Dan dalam
masa yang sama Alia ada bagitahu abang tentang Izwan…Sayang kenal siapa Izwan?”
Tanya Amsya pada Alia yang membisu dari tadi. Alia sekadar mengeleng kepala.
“Kalau sayang
nak tahu, Izwan ni adik abang. Yang paling tepat lagi, adik kepada Irfan. Anak
Dato’ Mansur. Bekerja sebagai seorang doktor.” Jelas Amsya pada Alia.
“Astarufiruallah
al-azim. Kenapa jadi macam ini bang? Kenapa Lia tidak bagitahu yang Lia sudah
kahwin. Saya baru nak bagitahu saya cintakan Lia dan nak melamar Lia jadi
isteri saya.” Balas Izwan dengan kecewa.
“Saya minta maaf
banyak. Sebenarnya…” Belum sempat Alia meneruskan kata-katanya Amsya terus
memotong percakapan Alia.
“Sebenarnya
abang yang halang Alia dari bagitahu Izwan. Abang saja nak suprisekan kamu berdua. Alia ni jujur, dia
bagitahu abang nak jumpa dengan Izwan. Itu yang abang ikut sekali. Abang tak
izinkan dia keluar dengan Izwan sebelum ini. Abang betul-betul minta maaf.
Abang tahu Izwan ada hati pada Alia.” Jelas Amsya membuatkan Alia memahami
semua ini.
“Tapi bang, saya
jatuh cinta dengan Alia pertama kali jumpa dia. Cuma tak kesempatan untuk
berjumpa dan memberitahunya. Tapi sekarang…” Izwan memberhentikan kata-katanya
sambil merenung tajam pada Alia didepannya. Dia menyambung kata-katanya…
“Saya kecewa
bang, baru nak cuba bercinta. Tapi isteri orang pula, isteri abang pula tu.”
Kata Izwan kesal. Amsya menarik nafas panjang melihat Izwan amat kecewa.
“Izwan, Alia,
abang minta maaf. Sebab itu abang tidak izinkan Lia jumpa Izwan berseorangan.
Izwan belum bercinta lagi dengan Alia tak perlu nak kecewa. Tapi bang izinkan
kamu berdua berkawan cuma jangan nak berbincang pasal perasaan, itu memang
abang tak izinkan.” Larang Amsya sambil melirik pada Alia. Alia banyak
mendiamkan diri, tertunduk kesal.
Izwan memegang
kepala dan mengelengkannya. “Huh…” Izwan melepas keluh.
Alia memandang
Izwan hatinya berkata-kata. “Kau jujur Izwan, kau berani menyatakan cinta pada
aku tapi kenapa baru sekarang? Jika Amsya tidak kenal kau pasti aku akan
memberi peluang pada hati aku untuk mencintaimu. Mungkin ini debaran yang aku
rasakan tadi.”
Selesai sahaja
perjumpa mereka pada tengah hari itu, mereka beredar. Sebelum itu Izwan
bersalam dengan Amsya, kesal hajatnya untuk bercinta dengan Alia terhalang.
Alia sekadar memandang Izwan dengan sayu, dia tahu Izwan kecewa begitu juga
dirinya.
Sepanjang
perjalanan pulang ke rumah, Alia hanya membisu. Terfikir sendiri “Kenapa Amsya
tidak memberitahunya yang dia kenal dengan Izwan sebelum ini.”
Ini membuatkan
Alia teringat dengan kata-kata Shasha semalam yang masih terngial-ngial
diteliganya. Semakin dia terfikir untuk menjauhkan diri dari Amsya. Dia tidak
salahkan Amsya dalam perkahwinan yang tidak diduga ini, jika tidak kerana
Faris, tidak semudah itu dia menerima Amsya. Fikirnya lagi betul ke Puan Anis
menerimanya disebabkan berhutang budi. Semua itu bermain difikiran Alia Nasuha
sekarang, tiada satu pun yang jujur dalam perkahwinan ini.
Alia merenung
jauh diluar jendela bilik Amsya, sekarang dia merenung nasibnya sendiri. Sekali
lagi dia gagal mencari cinta. Amsya keluar dari bilik air, dia melihat Alia
termenung jauh dijendela. Amsya menghampiri Alia mengejutkan Alia dari lamunan.
“Lia fikir apa?
dari tadi lagi diam, sejak bila pula isteri abang ni bisu?” Amsya berselora.
Alia berpaling pada Amsya tersenyum. “Tak tahu
nak cakap apalah en.Amsya, dah tak ada modal.” Jawab Alia bersahaja.
“Lia kecewa?”
Soal Amsya. Alia tidak menjawab persoalan itu sebaliknya Alia bertanya soalan
pada Amsya.
“Awak balik
petang ni? Kalau boleh awak bincang dengan kekasih awak percepatkan sikit
perkahwinan awak. Nanti Lia bagitahu ummi.” Kata Alia.
“Lia marah
abang? Pasal Izwan tadi.” Tanya Amsya bersahaja. Alia memandang tepat anak mata
Amsya.
“Lia tak
marah…Cuma kesal awak tak bagitahu saya awak kenal Izwan. Kesian dia, dia
jujur. Dia berani menyatakan cintanya pada Lia depan awak. Dia baik…Kalau awak
tak kenal dia sudah pasti Lia akan bagi ruang dalam hati Lia terima dia. Tak
payahlah Lia susah-susah cari lelaki lain. Lia bukan suka cari lelaki. Entahlah
en.Amsya kalau diikutkan hati lepas ini saya tidak kahwin pun tak apa.” Kata
Alia dengan panjang lebar. Tiba-tiba dia teringat akan Faris lelaki yang
merosakkan hidupnya. Alia memegang kepala tiba-tiba rasa sakit memikirkan apa
yang akan berlaku selepas ini.
Amsya memandang
dan merenung Alia, ada airmata dikelopak mata Alia. Alia bangun keluar dari
bilik Amsya. Amsya mengeluh, difkikirnya maksud kata-kata Alia tadi “Saya tidak
kahwin pun tak apa lepas ini.”
Amsya keluar
dari bilikinya mencari Alia. Alia berada di dapur, sepanjang malam itu mereka
tidak bercakap hanya berpandangan sesama sendiri bila terserempat. Apa lagi
Shasha masih berada di rumahnya. Malam itu Alia menyambung lagi kerja-kerja
yang akan dia bagi pada staffnya esok.
Awal pagi lagi
Amsya bangun, dia mengejutkan Alia di sofa. Entah pukul berapa Alia masuk tidur
semalam.
“Lia, bangun
sayang.” Amsya mengejutkan Alia dengan perlahan. Perlahan Alia membuka matanya
yang masih mengantuk.
“Pukul berapa
Lia tidur semalam?” Soal Amsya mengambil berat. Alia sekadar menunjuk empat jarinya. Alia bangun dibantu
oleh Amsya, Alia menyadarkan dirinya di sofa, dia menoleh jam dinding 6.05pagi.
“Lia pergilah
mandi.”Arah Amsya.
“Awak dah mandi
ke?” Tanya Alia pada Amsya disebelahnya.
“Belum. Sayang
nak mandi dengan abang ke?” Soal Amsya mengusik sambil tersenyum memandang
Alia. Alia membalas renungan Amsya, masam.
“Abang gurau pun
tak boleh.” Pujuk Amsya apabila Alia bermasam muka.
“Awak gurau
dengan isteri awak nantilah.” Jawab Alia bersahaja.
“Masalahnya
sekarang Lia isteri abang. Abang gurau dengan Lia lah.” Balas Amsya.
“Susahkan kita
kahwin macam ni. Apa kata lepas ni kita tak payah jumpa.” Cadang Alia, berkerut
muka dan berdebar jantung Amsya mendengarnya.
“Apa maksud Lia,
kita tak payah jumpa.” Tanya Amsya cemas dengan kata-kata Alia.
“Nanti Lia
ceritakan…Lia mandi dulu.” Jawab Alia. Dia bangun terus ke bilik air. Amsya
semakin berdebar dan tertanya sendirian.
“Apa maksud Lia
ni? Mana boleh aku tak jumpa dia. Apa rancangan dia.Aduhhh…pagi-pagi lagi dah
sakit kepala.” Rungut Amsya sendirian.
Beberapa minit
kemudian Alia keluar dari bilik air. Amsya pula masuk. Selesai sahaja bersolat
dan memakai pakaian Alia turun untuk menyediakan sarapan pada suaminya. Amsya
turun ke bawah dengan berpakaian kemas untuk ke pejabat. Dia menuju ke meja
makan menunggu Alia menyediakan sarapan pagi.
Shasha yang juga
berada di situ menghampiri Amsya.
“Good morning
bang, handsome abang pagi ni. Minggu ni abang balik tak?” Tegur Shasha sambil
menarik kerusi disebelah Amsya.
“Morning…abang
kalau boleh hari-hari nak balik, nak tengok muka isteri abang yang cantik tu.”
Kata Amsya sengaja mengkuatkan suaranya apabila Alia sampai didepan meja
menghidang makanan.
“Makanlah cepat
nanti lewat.” Pelawa Alia sambil menuang air. Dia memberi air pada Amsya dan
Shasha. Amsya memerhati Alia, dia tidak puashati dengan kata-kata Alia tadi.
Nak bertanya Shasha ada di situ.
“Lia tak makan
sekali?” Soal Amsya masih memerhati Alia
.
“Makanlah dulu,
Lia nak tengok ummi kejap.” Kata Alia berlalu dari situ ke bilik Puan Anis.
Shasha memerhati
Asmya dan Alia tersengih menyindir.
“Abang bergaduh
dengan Lia ke?” Soal Shasha setelah Alia beredar. Amsya berpaling pada Shasha
disebelahnya.
“Tak payah nak
jaga tepi kain orang. Awak tu bila nak balik. Lain kali jangan
datang...penyibuk. ” Marah Amsya pada Shasha. Shasha menjuih bibir pada Amsya,
sekali lagi dia bertanya.
“Abang, Lia
bagitahu abang ada kekasih. Siapa nama dia?” Tanya Shasha membuatkan roti
ditangan Amsya terhenti dari sampai ke mulut. Amsya mengeluh kecil tertelan
liur.
“Apa lagi Alia
bagitahu Shasha?” Soal Amsya mengcungkil rahsia.
“Itu tak perlu
tahu. Tapi Sha peliklah dengan perkahwinan abang ni. Patutlah Lia tak layan
abang. Alah bang lepas saja Alia tu bukan baik pun… Abang, Sha masih sayang
abang. Kita sambung balik cinta kita. Kita kahwin nak?” Kata Shasha. Amsya
merenung tajam pada Shasha.
“Sha dengar
sini…apa pun berlaku pada abang, abang tak akan kembali pada Sha. Cinta kita
sudah lama over. Faham?. Jangan cuba kacau Lia.” Balas Amsya dengan marah dan
memberi amran pada Shasha.
Shasha terasa
dengan kata-kata Amsya, sudah mula hatinya sakit. Tak pernah Amsya bersikap
begitu pada dia. Ini semua sebab Alia Nasuha. Nekad hatinya “Jaga kau Lia, aku
akan hapus kau dalam hidup Amsya.”
Alia dan Puan
Anis turun bersama-sama, Amsya yang sudah pun habis makan bangun untuk bergerak
ke pejabat. Alia menghantarnya hingga ke kereta. Dia menghulur tangan untuk
bersalam. Amsya menyelut poket seluarnya mengeluarkan sekeping kertas kecil
kemudian menyambut tangan Alia dengan meninggalkan kertas itu ditangan Alia.
Alia memandang Amsya kemudian melihat kertas ditangannya. Seperti biasa Amsya
mencium pipi Alia sebelum masuk ke dalam kereta.
“Assalammualaikum,
abang pergi dulu.” Ucap Amsya. Salam dibalas Alia. Amsya memecutkan keretanya
meninggalkan kediaman keluarganya.
Alia membuka
lipatan kertas ditangannya yang dilipat dua setelah kereta Amsya berlalu dari
situ. Satu nota kecil yang ditinggalkan oleh Amsya yang berbunyi.
“CINTA SEJATI SUKAR DI CARI…”dari suamimu, Danial Amsya Zulkarnain.
Alia berkerut muka dia bercakap sendirian “Apa maksud Amsya ni, dia
perli aku ke?.” Tak pernah Alia Nasuha menerima surat cinta sebelum ini. Dia
masuk semula ke dalam rumah, nota itu disimpan dalam diarinya. Dia mencapai
semua barangannya untuk ke pejabat.