Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 4

Danial Amsya bersiap untuk keluar bersama umminya untuk lunch. Dia menghala kereta yang dipandunya ke Damansara kemudian mematikan keretanya dibahu jalan lalu keluar bersama umminya menuju ke restoran Mamat Spicy. Amsya sengaja membawa umminya di kawasan Damansara dekat dengan kondominiumnya. Ini kerana sebelum keluar rumah tadi Tengku Umairah telah menghubungi untuk berjumpa di KLCC pukul 2.00petang. Cadangannya, dia akan menghantar ummi ke kondominiumnya sebelum pergi jumpa buah hatinya. Dia tidak mahu umminya tahu dia pergi berjumpa Tengku Umairah, dia tidak sanggup tengok jantung umminya terhenti kerana Tengku Umairah.

“Ummi, lepas makan nanti Amsya hantar ummi ke kondo Amsya dulu. Amsya nak pergi office sekejap”.

“Lama ke Amsya pegi?”

“Dalam dua jam ada kerja kena siap. Kita tidur di kondo Amsyalah malam ni”. Terang anak terunanya itu. Umminya sekadar mengangguk. Usai sahaja makan Amsya menghantar ummi ke kondominiumnya, dia menukar kereta mencapai kunci motor Ducatinya dia tidak mahu lewat sampai di KLCC takut nanti Tengku Umairah merajuk. Sesampai dia di KLCC terus menuju ke restoran yang dinyatakan oleh Umairah.

Alia Nasuha bingkas bangun dari kerusinya menuju ke meja Syafikah.

“Jom Syaf, kita pergi”. Lia dan Syaf menuju ke parking kereta terus ke KLCC

“Kita makan di KLCC boleh Syaf?” tanya Lia

“Boleh ajer mana-mana aku ikut bos”.

“Ok. Kita pergi makan di restoran Bumbu Desa”. Cadang Lia

Sesampai sahaja mereka di Parking Basement dia terus menuju ke restoran Bumbu Desa.

“Cepatlah Syaf, aku lapar ni dari pagi lagi aku tak makan” arahnya pada Syaf.

“Aku cepatlah ni, kau ni tak sabar-sabar gelojoh”

“Kau bukan tak tahu, aku kalau tak makan boleh gementar seluruh tubuh, nanti aku pengsan kat sini siapa yang susah, kau jugakan?”

Sambil mereka bercakap menuju ke restoran itu, Tengku Umairah juga dengan langkah yang laju menuju ke restoran yang dijanjikan dengan Amsya. Amsya telah menunggunya di situ. Tanpa diduga semasa mereka sampai dimuka pintu restoran Alia telah terlanggar Tengku Umairah. Tengku Umairah memandang dengan tajam dan bersuara.

“Hoi, buta ke?”

Alia Nasuha dengan cepat memohon maaf

“Maaf cik, saya tidak sengaja”

“Eh! Kau jalan pakai mata atau lutut?” sambil tangannya menolak Alia dengan kuat. Lia terjatuh dan kakinya terseliuh.

“Aduh! Sakitnya kaki aku” Kata Lia

Amsya dari dalam melihat kejadian itu terus mendapatkan Umairah.

“Padan muka kau, puas hati aku” Jawab Umairah dengan bengisnya

“Umairah! Sudah tu, tak malu ke?” Soal Amsya. Dia terus menarik tangan Umairah. Amsya pandang Alia yang terjatuh di situ lalu diangkat oleh Syafikah. Tiba-tiba seorang lelaki muncul di situ ditolongnya Alia berdiri.

“Eh, kau ni gila ke tiba-tiba nak naik angin tak tentu pasal. Kawan aku bukan langgar kau dengan sengaja” Tegas Syafikah membela bosnya itu.

“Maaf” Jawab Amsya bagi pihak Tengku Umairah

Tanpa memandang lelaki yang membawa Umairah pergi dari situ Alia dan Syafikah masuk ke restoran itu dibantu lelaki tadi.

“Lia tak apa-apa ke?” Soal lelaki itu. Lia memandang lelaki itu, dia kenal benar lelaki itu Encik Zafrul anak kepada Arkitek Shukri.

“Kaki saya terseliuh” jawab Lia

“Mari abang tengok kaki Lia” Lia menghulurkan kakinya kepada Zafrul. Zafrul membuka kasut Alia tumit kasutnya patah. Dia menarik dan menggerakkan kaki Alia kiri ke kanan bebarapa kali.

“Aduh! Sakit bang”. Mengadu Alia dibuatnya.

“Tahan sikit” jawab Zafrul.

Amsya yang duduk selang beberapa meja dari situ masih memerhatikan mereka. Kesian budak perempuan tu ditolak oleh Tengku Umairah.

“Kenapa Mairah tolak budak tu, dia tak salah pun”. Tegas Amsya

“Jalan tak tengok orang, langgar orang sesuka hati ajer” Marah Umairah.

“Dia tak sengaja, yang awak panas baran ni kenapa” soal Amsya tidak puashati dengan tindakan Tengku Umairah kepada Alia. Sikap Tengku Umairah yang cepat naik angin dan kuat merajuk membuatkan dia memang berat hati untuk meneruskan hajatnya memperisterikan Umairah. Sikap Umairah beginilah membuatkan dia terfikir kata-kata umminya.

“Lia buat apa kat sini?” tanya Zafrul

“Nak lunch lah, apa lagi”.Jawab Lia

“Jauhnya mari makan”

“Lia ada temujanji dengan papa Shukri pukul tiga. Nak singgah makan dulu.” Jelasnya.

“Macam mana keadaan Lia sekarang selepas pemergian uncle dan aunti?”

“Banyak perkara yang perlu Lia settlekan bang”

“Bang, pelan C&S projek apartment di Sepang dah siap ke?”

“Rasanya sudah siap, apa-apa nanti abang check dulu lepas tu abang bagi tahu Lia. Abang nak cepat ni abang ada temujanji abang pergi dulu ya.”

Lia hanya mengangguk. Lepas sahaja makan Alia dan Syafikah terus ke level-25 pejabat Arkitek Shukri.

Dari jauh Amsya memerhati Alia berjalan terhinjut-hinjut akibat ditolak oleh Umairah. Kesian benar dia melihat Alia tak pasal-pasal jadi mangsa Tengku Umairah.

“Hee, saya tak fahamlah dengan sikap awak ni. Macam manalah customer dan staf awak boleh tahan dengan sikap awak ni?”

“Saya ni officer bank, kalau client saya tidak suka berurusan dengan saya, dia orang boleh cari bank lain”. Dengan sombong dan angkuhnya Umairah menjawab. Amsya sekadar menggeleng kepala dengan sikap Umairah.

Sesampainya Alia di pejabat arkitek dia terus dibawa masuk jumpa Encik Shukri merupakan kawan baik papanya.

“Assalamualaikum Uncle?” Sapa Alia Nasuha sejerus dia masuk pejabat arkitek Shukri.

“Waalaikummussalam, masuk Lia” pelawa Encik Shukri. En. Shukri memandang Alia berjalan terhinjut-hinjut.

“Kenapa dengan kaki Alia tu” tanya En.Shukri dengan lembutnya.

“Terseliuh, entah ada juga perempuan panas baran macam tu, siapalah lelaki malang yang dapat perempuan tu”. Jawab Lia tidak puashati dengan apa yang berlaku tadi diluahkan pada En.Shukri yang dianggapnya sebagai bapa sendiri.

“Habis tu, boleh jalan ke?”

“Boleh lah jalan sikit tapi sakit lagi, tadi mujur ada abang Zafrul dia yang tolong urut kaki Lia” Jawab Lia dengan manja. En. Shukri tersenyum dengan penjelasan Lia.

“Lia kata ada perkara nak bincang dengan uncle apa dia? Macam mana dengan kerja-kerja pejabat sekarang, Lia Ok? apa boleh uncle tolong?”

“Memang Lia datang nak minta pertolongan uncle”.

“Lia cakap ajer, Insyaallah uncle akan tolong”

“Uncle tahukan Lia bukan arkitek lagi dan Lia tak boleh ganti papa untuk sign semua pelan yang perlukan tandatangan. Jadi Lia nak berurusan dengan uncle untuk semua pelan dan Lia nak lantik uncle untuk arkitek pihak syarikat Lia mengantikan Helmi Arkitek dan semua projek-projek arkitek dibawah Helmi arkitek akan bertukar kepada Shukri Arkitek. Macam mana uncle?”

“Baiklah Lia, uncle setuju tapi kerja-kerja yang berkaitan pelan syarikat Lia kena uruskan. Uncle nak Lia cekal dalam semua kerja-kerja ni dan uncle janji uncle akan tolong Lia daftar dengan LAM. Tapi Lia kena ambil exam dulu”.

“Kena exam juga uncle?”

“Kena, untuk menjadi seorang arkitek Lia kena exam dengan Lembaga Arkitek Malaysia dan lulus baru boleh title AR tapi kena ada pengalaman kerja tidak cukup dengan sijil yang ada baru senang dapat. Nanti uncle arrange untuk Lia”.

“Terima kasih uncle, tapi projek yang ada sekarang kena uncle sign dululah nanti kita bincang harga setiap projek. Yang projek sedang berjalan nanti Lia bagi report senang untuk uncle keluarkan CCC”.

“Uncle percaya pada Lia dapat mengurukan HH Holding Sdn.Bhd. Kalau ada apa-apa kemusykilan Lia boleh tanya uncle. Projek apartment di Sepang pelan RC Drawing bawah abang Zafrul ke?”

“Ya uncle, lepas ni semua projek dibawah kelolaan HH Holding pelan engineer akan diberi pada syarikat abang Zafrul. Pelan RC projek Sepang tu ada perubahan sikit baru ni, abang Zafrul kata dah siap. Projek itu dah nak dimulakan semua pelan dah lulus mungkin dalam seminggu dua lagi.”

“Uncle doakan Lia berjaya macam papa Lia”

“Terima kasih Uncle. Lia minta diri dulu, apa-apa nanti Lia telefon uncle”.

Lia bangun dan bersalam dengan En. Shukri. Dia dan Syafikah meninggalkan pejabat En. Shukri terus bergerak ke parking kereta.Dia menghulurkan kunci kereta kepada Syafikah.

“Nah, kau bawa” arah Lia

“Aku bawa ke?” soal Syaf

“Kaki aku sakitkan kau ni… kau bawa kereta aku elok-elok jangan nak langgar apa-apa pula nanti aku potong gaji kau”.

“Ni yang aku malas nak bawa ni”

“Alah kau ni, aku gurau jerlah”

Syafikah memandu kereta Hyundai Sonata milik Alia. Dia amat berhati-hati, dia tahu Lia amat cerewat orangnya pasal kereta ni. Radio kereta dipasang. Alia bengang dengan perempuan yang menolak dia tadi kembali berlegar diruang kepalanya.

“Aku geram betul perempuan tadi, aku rasa dia tu memang gila sewel agaknya”.

Tergelak Syaf mendengar kata-kata Alia mereka sama-sama ketawa. Kereta yang dipandu Syfikah berhenti dilampu merah. Sebuah motosikal Ducati berhenti disebelahnya. Lia pandang penunggangnya tapi tidak kelihatan kerana helmet yang dipakai menutupi muka si penunggang. Amsya perasan dia diperhati dipandangnya kereta Hyundai Sonata Silver disebelahnya. Alia terus berbual dengan Syafikah.

“Tak pasal-pasal kaki aku terseliuh, kasut Bonia aku patah. Kalau ikutkan hati nak aja aku tumbuk muka dia” Lia menunjukkan gaya bagaimana cara orang menumbuk.

“Eh, ini budak perempuan tadi” bisik hati Amsya. Dia memerhatikan Lia membuat aksi menumbuk.

“Budak ni mesti berbual pasal Umairah ni, cantik juga budak ni siapa dia ni pakai kereta mahal, gaya dia pun bukan sembarangan orang” hatinya berkata.

Kereta yang dipandu Syaf meluncur setelah lampu hijau menyala. Amsya bergerak menuju ke kondominiumnya.

“Syaf, kita terus baliklah kau tinggal jerlah kereta kau kat office, esok kita ambil”

“Apa-apa jerlah kau ni”.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina