Pagi itu Alia berjanji dengan Arsharf di rumah
keluarganya di Puchong. Sebelum dia ke sana dia telah mengajak Syafikah pergi
bersarapan terlebih dahulu sebelum Syafikah memasuki pejabat. Mereka pergi ke
sebuah restoran berhampiran pejabat mereka. Mereka memesan sarapan pagi itu.
Sambil makan dan minum mereka berbual-bual.
“Lia semalam kau pergi date dengan En.Amsya
macam mana?” Soal Syafikah.
Alia menjeling kearah Syafikah lalu berkata.
“Dating apanya dengan mamat sewel tu harap muka
saja hensem tapi perangai…Aduh! Tidak tahulah nak cakap apa. Malaslah aku nak
layan, ini yang aku malas nak keluar dengan kekasih orang buat kerja separuh
jalan. Kau tahu tak? dia ajak aku cari cincin tapi dia entah ke mana, lepas tu
muncul balik asyik tengok gelang pula. Aku beli barang yang aku nak lepas itu
aku bla tinggal dia. Sekarang ini cincin aku ada dengan dia. Kau ingat tak?
cincin yang aku berkenan dulu yang aku tunjuk pada kau, lepas itu masa kita
pergi sekali lagi, cincin itu sudah ada orang beli. Cincin bertatah berlian dua
belas butir yang asli seakan-akan cincin yang aku berkenan, aku belilah
kelmarin. Kalau hilang cincin aku, aku kerjakan dia biar dia tahu langit tinggi
rendah.” Cerita Alia panjang lebar pada Syafikah. Syafikah mendengar dengan
penuh kusyuk sambil terangguk-angguk.
“Habis siapa bayar?” Soal Syafikah lagi.
“Akulah bayar semua sekali dengan cincin dia.” Jawab
Alia.
“Cepatlah makan. Syaf, kau sudah buat appointmentaku
dengan company secretary? Macam mana aku lupa semua itu. Kau prihatin
sikit pasal kerja aku lepas tu inform pada aku.” Kata Alia membuatkan Syafikah
mengeluh.
“Lia, kau lupa ke meeting Lembaga Pengarah kau belum
buat lagi. Banyak lagi kerja kau belum beres. Temujanji kau dengan company
secretary nanti aku bagitahu.” Balas Syafikah. Alia termenung.
“Itulah kerja banyak sekarang, ini pula sibuk nak
kahwin entah apa-apa. Tambah lagi kerja. Kau tolong minta dengan kak Zura Financial
Statementstiga tahun dan Draf akaun untuk tahun ini sudah setengah tahun
aku nak tengok kemudian kau bawa balik rumah, malam ini aku study sikit. Lepas itu
mintak tolong kak Zura up-date akaun kalau boleh suruh dia print kau bawa balik
sekali.” Arah Alia.
Selesai sahaja makan pagi Alia terus ke Puchong dan
Syafikah pula terus ke pejabat. Dia sudah maklumkan pada Mak Tim dan Pak Majid
kedatangan dia dan Arshraf pada hari itu. Alia sampai lebih awal dari Arshraf
dan wakil incurance Alliance.
Sampai sahaja kereta Hyundai Sonata yang dipandunya didepan
pintu pagar automatic rumahnya dibuka. Lepas sahaja parking kereta dia terus
turun berjalan sekeliling rumah peninggalan papa dan mamanya itu. Semua
kenangan dirumah banglo besar itu terawang dalam kotak ingatannya kini sedih
bercampur sebak membuatkan airmata Alia menitis tanpa dia sedari.
Pak Majid dan Mak Tim yang sedar kedatangan anak
susuannya itu memerhati dari dalam rumah. Terdiam mereka sambil berpandangan,
mereka tahu Alia masih sedih atas kehilangan orang tuanya yang dulu merupakan
tempat Alia mencurah kasih sayang dan semua masalah. Tapi sekarang tiada lagi
yang mahu mendengar dan mengetahui masalahnya.
Alia merehatkan badannya dikerusi rehat tepi kolam
renang. Teringat gelak tawa mereka di situ bermain dan berehat dihujung minggu.
Dia tersenyum memandang kolam didepannya terasa juga dia mahu berendam dalam
kolam itu. Kalau dulu dia selalu berenang bersama keluarganya. Menitis
airmatanya mengenang semua kenangan itu.
Tiba-tiba bahunya dipegang, dia tersentak kemudian
berpaling tersenyum pada Arshraf. Cepat-cepat dia mengesat airmatanya.
“Along sudah lama sampai?” Sapa Adik kesayangannya
itu. Melihat kakaknya itu mengesat airmata. Alia mengangguk kepala, Arshraf duduk
disebelah kakaknya, memegang tangan Alia, Alia membalas pegangan itu. Suasana
diam seketika, Alia menarik nafas panjang. Lalu bersuara dengan lembut.
“Adik, along nak kahwin.” Katanya sambil memandang
keanak mata Arshraf.
“Dengan siapa kak long?” Soal Arshraf terkejut. Yang
dia tahu kakaknya itu tidak mempunyai teman lelaki.
“Danial Amsya bin Zulkarnian.” Jawabnya
“Macam mana orangnya? Ada gambar tak? Dia tahu ke
siapa along? Kerja apa?” Soal Arshraf bertubi-tubi.
“Along tak ada gambar dia. Dia tidak tahu siapa kak
long. Kak long bagitahu dia kak long kerja kerani. Dia jurutera Oil&gas
Petronas. Hari sabtu ni keluarga dia nak pergi rumah tok wan pinang Along. Adik
nak jumpa dia tak?”
“Wow hebatnya, boleh juga nak juga kenal bakal abang
ipar.” Balas Arshraf.
“Adik cuti hari ini kan, apa kata along kenalkan dia
pada adik lepas kita jumpa dengan wakil Insurance.” Cadang Alia.
“Boleh. Mak Tim dan Pak Majid sudah tahu ke?” Tanya
Arshraf teruja.
“Belum lagi, along datang ni pun nak bagitahu dan
bincang dengan merekalah.” Balas Alia.
Mereka berdua bangun dari situ menuju masuk ke dalam
rumah sambil menunggu wakil Insurance Alliance datang ke rumahnya. Arshraf
menerima panggilan dari wakil Insurance mungkin bertanyakan rumah mereka. Alia
pula menelefon Amsya. Panggilan Alia dijawab oleh Amsya.
“Hello, Alia”
“Hello, En.Amsya. Awak sibuk ke hari ini? Saya nak
jumpa awak sekejap boleh?” Pinta Alia membuatkan Amsya tersenyum manis diajak
oleh cinta hati yang kini kian berbunga dihatinya.
“Pukul berapa? Di mana?” Soal Amsya.
“Masa mana awak free?”
“Kalau dengan Alia, saya sanggup freekan masa saya
bila-bila saja” Balas Amsya tersenyum. Alia mendengarnya meluat.
“Pukul dua, di restoran Muara Mewah Puchong, awak
boleh datang ke?” Tanya Alia.
“Boleh, hujung dunia pun boleh, inikan pula Puchong.
Ok kita jumpa di sana. Bye.” Balas Amsya.
Lima minit selepas itu sebuah kereta Proton Perdana memasuki
perkarangan rumah mereka. Wakil insurance Alliance En.Nazri bersama temannya
melangkah masuk ke banglo mewah itu selepas disambut oleh Pak Majid yang memang
sedang menunggu tetamunya. Mereka berdua dipelawa duduk di set sofa mewah, terpandang
mereka berdua kearah Arshraf dan Alia yang sedang menanti mereka, tersenyum
mereka kepada tuan rumah. Nazri memulakan bicaranya dia memperkenalkan dirinya.
Kemudian memberitahu tujuannya .
“En. Arshraf dan Cik Alia. Arwah En.Mohd Helmi bin.
Hassan ada mengambil live insurance dengan syarikat kami 3 tahun yang lalu.
Pewaris pertama ada En.Arshraf dan pewaris ke dua Cik Alia. Namun begitu
pampasan Insurance ini yang berjumlah Lima ratus ribu ringgit akan diberikan
kesemuanya kepada pewaris pertama iaitu En.Arshraf.” Terang En.Nasri kepada
mereka. Alia dan Arshraf berpandangan. Alia mengangguk kepada adiknya itu tanda
setuju walaupun dia tidak mendapatnya. Sambung En.Nazri lagi.
“En.Arshraf boleh bagi nombor dan akaun bank untuk
kami membayar pampasan ini terus kedalam akaun.” Arshraf mengangguk.
Selepas semuanya selesai dua wakil insurance itu meminta
diri dan beredar. Arshraf merenung kepada kakaknya itu. Mungkin kakaknya terasa
hati.
“Along, adik akan bagi separuh duit itu pada along.”
Kata Arshraf.
“Adik itu duit adik. Adik guna pakai duit itu, along
tidak kisah adik nak bagi atau tidak. Kalau adik nak bagi, bagi pada Tok wan,
Aki, dan Pak Majid.” Balas Alia. Arshraf mengangguk. Tapi Arshraf berniat untuk
memberi juga pada kakaknya Alia Nasuha. Alia pula sedikit pun dia tidak terasa
hati dengan semua itu. Dia dapat rasakan sesuatu kenapa papa buat semua itu.
Selepas itu Alia membincangkan perkahwinannya bersama
Arshraf dan Pak Majid serta Mak Tim. Dia memberitahu bahawa dia tidak
menceritakan kepada bakal suaminya itu bahawa dia merupakan anak seorang
jutawan. Dia juga memberitahu bahawa dia tidak akan buat majlis perkahwinannya
di rumah banglo besar itu yang merupakan rumah keluarganya. Pak Majid dan Mak Tim faham
apa yang diperkatakan oleh Alia. Mungkin ada sebab tertentu kenapa Alia tidak
mahu memberitahu bakal suaminya itu siapa dia sehingga sampai masanya nanti.
Selepas itu Alia dan Arshraf bergerak ke tempat yang dijanjikan dengan Amsya.
Sampai di sana dia mengambil tempat sambil menunggu Amsya yang belum lagi
sampai mungkin lewat disebabkan jauh. Alia berada bersebelahan Arshraf satu
kerusi dengan menyandarkan kepalanya diatas bahu Arshraf, manakala tangan
Arshraf pula memeluk bahu kakaknya itu. Itu posisi biasa kemesraan mereka
apabila mereka bersama. Sambil Arshraf sibuk bermain whatsApp dengan
kawan-kawannya.
Amsya memasuki restoran itu mencari kelibat Alia, baru
tadi Alia smsnya bahawa dia sudah sampai. Dia nampak Alia bersama orang yang
tidak dikenalinya, berdebar dan sakit
juga hatinya apabila melihat Alia begitu mesra dengan lelaki itu terdetik rasa
cemburu pada lelaki yang begitu hensem disebelah Alia. Alia melihat Amsya
sedang menuju kearahnya lalu mengangkat kepalanya dari bahu Arshraf, Alia
memberi senyuman kepada Amsya. Amsya tidak membalas senyum itu, hanya wajahnya nampak
kelat dengan kening berkerut melirik kearah Arshraf.
Arshraf pula membalas pandangan, melihat jejaka tampan
itu menghampiri mereka. Sampai sahaja Amsya didepan mereka Alia mempelawa dia
duduk. Dia mendiam diri melihat Alia bersama Arshraf dengan hati yang terguris.
Arshraf melihat Amsya terpancar rasa cemburu diwajah Amsya dapat dilihat oleh
Arshraf. Dia menghulur tangan kepada Amsya salam itu disambut tanpa mesra. Alia
hanya memandang mereka berdua lalu memperkenalkan mereka.
Dengan perasaan berdebar Amsya mendengarnya . “En.Amsya
saya kenalkan ini Arshraf adik kesayangan saya.” Bagai nak luruh jantung Amsya kelegaan
mendengarnya, dia mengangguk. Wajah yang tadi kelat tiba-tiba bertukar ceria,
Arshraf tersenyum lebar kepada Amsya. Arshraf dapat rasakan bahawa Amsya
mencintai kakaknya itu. Kali ini Alia memperkenalkan Amsya kepada adiknya.
“Adik, inilah Danial Amsya, bakal suami along.” Kata
Alia. Sekali lagi Amsya tersenyum puas kepada Arshraf, kelegaan. Arshraf
mengalihkan tangannya yang memeluk bahu Alia. Arshraf melihat jaket yang
dipakai Amsya cantik dan hebat.
“Hi abang Amsya…Abang datang dengan apa? sapa Arshraf.
“Dengan motor, Arshraf dari mana? Kakak bagitahu
Arshraf masih belajar.” Tegur Amsya.
“Betullah tu, tapi hari ini ambil MC jumpa along
rindu, kan long?” Kata Arshraf
“Iyalah tu rindu along, boleh percaya ke?” Balas Alia
membuatkan Amsya tersentuh hati dengan keakraban dua beradik itu. Dia melihat
Arshraf memang kacak dan lawa macam Alia.
“Abang pakai motor apa?” Tanya Arshraf
“Ducati model Diavel Cromo, Arshraf suka naik motor?.”
Balas Amsya tersenyum memandang Arshraf didepannya.
“Wow hebatnya. Suka, tapi along tidak bagi naik
motor.” Komen Arshraf. Alia memandang Arshraf dengan matanya dibulatkan.
“Hoi, bila pula along tidak bagi. Nanti awak kerja nak
beli, belilah.” Jawab Alia tersengih mengangkat-angkat kening kepada adiknya.
Tiba-tiba Amsya teringat cincin yang diberi Alia yang
kini berada ditangan Tengku Umairah. Bisik hatinya “Apa aku nak jawab kalau dia
tanya? Apa pula perasan Lia kalau dia tahu cincin itu sudah tidak ada.”
Berdebar juga hatinya dikala itu. Mereka berkenalan antara satu sama lain. Selesai
sahaja makan mereka semua beredar pulang ke destinasi masing-masing.