Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 26

Amsya masuk ke pejabatnya seperti biasa, membuat kerja-kerja yang ada diatas meja. Telefon bimbitnya telah dihubungi oleh Tengku Umairah menagih janji untuk malam ini bagi menyambut harijadinya di hotel yang dijanjikan oleh Amsya. Dia telah menempah Hotel Hilton untuk menyambut harijadi Tengku Umiarah malam ini dengan suasana candle light Dinner.

Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya diketuk, Irfan meluru masuk dengan salam berjalan kearah mejanya. Amsya memandangnya mengangkat kening lalu bertanya..

“Kau apa hal masuk bilik orang, Tak ada kerja ke?”

“Aku memang tidak ada kerjalah. Kerja aku semua sudah siap. Bukan macam kau lembap. Tengok kerja belambak atas meja bila nak siap asyik fikir pasal perempuan jer.Apa cerita dengan perminangan kau?” Ucap Irfan dengan sinis.

“Ohhh…cantiknya bahasa kau. Kau ingat apa? aku kena siapkan kertas kerja, meeting esok. Kau tidak tolong aku pun siapkan kertas kerja ni. ..Peminangan aku ok, kahwin nanti aku nak kau jadi pengapit aku. Hari raya ke-dua kita bertolak. Raya ke tiga aku akad nikah sebelah pagi. Petang pukul 2.00 majlis bersanding dan malam pula majlis khatam Al-quran dan tahlil.” Cerita Amsya.

“Siapa pula nak khatam Quran? Majlis kau hari raya, tak berayalah jawabnya aku.” Rungut Irfan.

“Alahai kau ni, tolonglah member. Lia khatam Quran. Kad jemputan nanti aku bagi pada kau ajak family kau sekali.” Jawab Amsya.

“Ok.Insyaallah. Aku keluar dulu.” Balas Irfan lalu bangun keluar dari bilik Amsya.

Alia Nasuha membuat kerja-kerjanya, dia terdengar pintu biliknya diketuk, dia menyuruh si pengetuk masuk. Halida masuk terus ke mejanya lalu menarik kerusi kemudian duduk didepan Alia. Alia memandang Halida.

“Ada apa Lida?” Soalnya.

“Ini interim projek Tok Bali yang Cik Lia suruh saya sediakan. Dan ini pula satu tender baru.” Kata Halida, menghulurkan kedua-dua dokumen itu pada Alia. Alia mengambilnya lalu memeriksaan hasil kerja Halida. Belum sempat dia memerhatikan semuanya. Intercom biliknya berbunyi.

“Ya, Syaf.”

“Puan Suzila dari company secretary sudah sampai.” Kata Syafikah.

“Baik, suruh dia masuk. Halida dokumen ini saya semak dulu kemudian saya bagi pada awak. Saya ada temujanji, awak keluar dulu.” Kata Alia sebaik sahaja dia meletakkkan ganggang telefon selapas berbual dengan Syafikah.

Halida bangun untuk keluar kemudian Suzila dari company sercertary masuk ke bilik Alia. Alia membincangkan semua dokumen yang berkaitan dengan pertukaran dan pelantikan baru dalam HH holding Sdn. Bhd dan AAH Develpoment. Sesesai sahaja dengan company secretary Alia memanggil Syafikah ke biliknya. Syafikah masuk.

“Hari khamis ini aku cuti, aku nak pergi kursus kahwin.” Katanya.

“Kau pergi dengan Amsya?” Soal Syafikah. Alia mengangguk.

“Syaf, hari ini kita pergi cari barang hantaran boleh?” Pelawanya pada Syafikah.

“Kau tidak pergi dengan Amsya ke?”

“Dia ada ajak aku keluar cari barang hantaran tapi aku tidak mahu pergi dengan dia. Kita pergi dua sajalah lepas balik nanti kita pergi.” Ajak Alia sambil melihat Syafikah.

“Aku beres jer, kau mahu pergi cari barang di mana?” Soal syafikah.

“Kau ikut sajalah, kita jumpa di rumah, kau hantar kereta kau dulu.” Kata Alia.

“Ok, aku keluar dulu banyak kerja kena buat.” Kata Syafikah sambil bangun untuk keluar.

Amsya termenung dalam bilik di pejabatnya. Mahu saja dia batalkan pertemuanan dengan Tengku Umairah malam ini. Tapi tidak boleh nanti Tengku Umairah mengesyaki apa-apa belum sempat kahwin lain pula ceritanya. Dia cuba menelefon Alia melepas rindunya dikala itu tidak tahan rasanya kalau tidak dapat lihat wajah Alia atau bercakap denganya walaupun Alia selalu sahaja marah-marah pada dia bila bercakap.

Tengah hari itu Alia dan Syafikah keluar lunch seperti biasa dia ke kedai makan berhampiran pejabatnya. Sambil menikmati makanan yang dipesannya telefon bimbit Alia berbunyi, dilihat panggilan dari Amsya. Dia tidak mengendahkan, panggilan itu dipandang sepi dia tahu sudah tentu Amsya mahu mengajaknya keluar beli barang. Malas untuk memberi alasan. Syafikah memerhati Alia sedang memegang telefon bimbitnya.

“Siapa telefon Faris ke?” Soal Syafikah melihat Alia berkerut dahi.

“En.Amsya telefon.” Jawabnya.

“Kenapa tidak angkat?”

“Malaslah”

Amsya sedikit mengeluh panggilannya tidak dijawab dilihat jam tangannya pukul 1.30tengah hari. Bisik hatinya “Mana si Lia ni tidak angkat phone, takkan sibuk juga time break. Dia memang tidak mahu layan aku, nanti lepas kahwin aku buat kau layan aku sampai kau tidak mahu lepaskan aku pula.”

Sekali lagi Amsya mencuba…

Berdering lagi telefon bimbit Alia. Kali ini Lia sudah bosan dijawabnya panggilan dari Amsya. Dengan suara yang kasar.

“Hello, En.Amsya nak apa asyik telefon saya, nak makan pun tidak boleh. Ada apa?” Amsya tersengih walaupun kena marah asalkan dapat mendengar suara Alia.

“Garangnya, lapar sangat ke sampai marah begitu sekali. Rasanya kalau abang depan Lia sekarang, abang pun Lia telan kan? Makan dengan siapa?” Balas Amsya.

“Ha, tahu tak apa. Awak nak apa dengan saya.” Tanya Alia lagi.

“Abang mahukan Lia lah, kita jumpa esok. Kita pergi beli barang?” Ajak Amsya. Alia cuba menguji Amsya.

“Kalau awak nak jumpa saya malam ini kita keluar, kenapa tunggu esok?.”

Bisik Amsya sendirian “Alamak macam mana ni, malam ini janji dengan Tengku Umairah.”

“Malam ini tidak boleh ada kerja sikit.” Balas Amsya. Alia sudah tergelak yang dibuat-buat dia sudah menduga Amsya pasti ada temujanji dengan kekasihnya.”

“Ha.ha.ha…Tak payahlah En.Amsya, awak pergi jumpa kekasih awak. Okey bye.” Balas Alia sambil tergelak kemudian memutuskan talian. Amsya terkejut Alia boleh menduganya. Difikirnya lagi “Kuat juga instinct Alia pada aku. Dia boleh baca fikiran aku macam mana aku nak pikat dia lepas ini.”

Alia kembali ke pejabatnya selepas makan tengah hari. Dia berehat sebentar sebelum menyambung kerja-kerjanya. Di senaraikan barang-barang yang hendak dibelinya. Ketika dia asyik membuat kerja, intercom biliknya berbunyi. Dijawabnya.

“Ya Syaf ada apa?”

“Inspektor Azlan ada datang nak jumpa kau.”

“Ok, suruh dia masuk.” Balas Alia.

Beberapa minit kemudian biliknya diketuk lalu pintunya dibuka. Inspektor Azlan dan Inspektor Marzuki masuk. Alia berdiri melihat mereka berdua masuk dipelawanya duduk.

“Sila Tuan Inspektor.” Dua orang pegawai polis itu pun duduk.

“Macam mana dengan siasatan kes papa saya tuan Inspektor?” Tanya Alia.

“Pihak kami ingin meminta bantuan dari Cik Alia. Boleh kami tanyakan beberapa soalan?” Soal Inspektor Azlan.

“Boleh, teruskan.” Jawab Alia Nasuha

“Adakah Cik Alia mencurigai dan mensyaki sesiapa dalam kes ini?” Soal Inspektor Azlan.

“Saya tidak boleh menduga sesiapa tuan.” Jawab Alia.

“Di mana Cik Alia ketika En.Helmi dan isterinya Zakiah ke Besut?

“Saya berada dirumah saya di Putrajaya.” Jawab Alia jujur.

“Adakah Cik Alia tahu dimana lokasi terakhir En.Helmi berhenti keretanya dan siapa yang dia jumpa?” Soal Pegawai polis itu lagi.

“Maaf Tuan Inspektor saya tidak tahu. Kalau tidak silap saya papa saya dari rumah kami di Puchong sebelum bertolak ke Besut. Saya pun tidak diberitahu bahawa mereka akan ke Besut.”

“Apa tujuan En,Helmi ke Besut.” Soal Inspektor Marzuki.

“Tujuan saya tidak pasti, yang pastinya papa saya ke Besut rumah keluarga dia.”Balas Alia.

“Ada sesiapa lagi yang tinggal bersama mereka di Puchong?”

“Ada, tukang gaji rumah kami yang kami anggap seperti keluarga sendiri.” Jawab Alia.

“Boleh kami ke rumah Cik Alia di Puchong?” Alia mengangguk.

“Tuan Inspektor boleh ke selepas ini kita jumpa ditempat lain untuk kes ini. Saya tidak mahu staff saya mengesaki apa-apa. Dan satu lagi kalau Tuan Inspektor mahu ke rumah saya di Puchong bagitahu saya dulu.” Kata Alia.

“Baiklah Cik Alia, terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Kami minta diri dulu.” Kata Inspektor Azlan bangun meninggalkan Alia.

Habis waktu kerja pada petang itu Alia dan Syafikah telah pergi ke supermarket membeli barangan hantaran untuk majlis perkahwinannya. Dia telah membeli semua barang hantar termasuk barang untuk dia dan pihak lelaki. Di belinya bag, kasut, set penjagaan kulit wajah, minyak wangi dan lain-lain. Dia tidak menunggu Amsya dan tidak bertanyakan pendapat Amsya tentang pembelian semua barang-barang itu.

Temujanji Amsya dengan Tengku Umairah di Hotel Hilton pada malam itu berjalan lancar. Amsya menunggu Tengku Umairah didepan lobi hotel. Beberapa minit menunggu Tengku Umairah datang dengan baju dan skirt berwarna merah menyerlahkan kecantiknya pada malam itu. Amsya tersenyum manis menyambut gadis yang pernah singgah dihatinya itu. Tapi kenapa kini hatinya berubah pada Alia Nasuha setelah umminya menolak Tengku Umairah menjadi menantunya.

“Hi, sayang” Sapa Tengku Umairah apabila sampai didepan Amsya sambil tangannya memegang tangan Amsya. Amsya tersenyum manis.

“Jom sayang kita ke meja makan.” Ajak Amsya ke meja makan yang telah disediakan oleh pihak hotel kepada mereka sebagaimana dipinta oleh Amsya.

Suasana yang romantik dimeja makan itu dengan cahaya lilin yang samar-samar. Dia atas meja terdapat satu kek yang ditempah khas buat Tengku Umairah oleh Amsya. Amsya menarik kerusi untuk Tengku Umairah. Tengku Umairah duduk dengan tertibnya. Kemudian Amsya mengambil tempatnya didepan Tengku Umairah.

“Selamat harijadi, sayang.” Ucap Amsya pada Tengku Umairah. Sambil memerhati cincin yang dipakai Umairah yang bersinar membuatkan perhatian Amsya terus berubah. Fikirannya kini pada Alia Nasuha. Umairah perasan yang Amsya sedang memerhati cincin yang dipakainya.

“Terima kasih abang, cincin ini memang cantik. Umairah suka.”Katanya. Amsya terkilan seketika itu cincin perkahwinannya.

“Sayang boleh abang tengok sekali lagi cincin itu.” Pinta Amsya sambil menghulur tangan meminta Tengku Umairah menyerahkannya. Tengku Umairah menanggalkan cincin dijarinya lalu diberi kepada Amsya. Amsya memerhati cincin itu betul-betul dia akan mencari cincin sebegitu untuk mengantikannya kepada Alia.

Amsya melihat jam tangan yang dipakai oleh Tengku Umairah. Kemudian gelang yang dibelinya juga dipakai oleh Tengku Umairah.

“Cantik jam bila beli?” Soal Amsya

“Mairah tidak beli jam ini hadiah dari client, cantik kan?” Kata Umairah. Amsya mengangguk sedikit curiga kepada Tengku Umairah.

“Siapa client Mairah? Kenapa dia bagi? Tanya Amsya lagi.

“Mairah luluskan loan dia, seorang Dato.” Jawab Umairah sambil senyum melerek.

“Mairah keluar dengan dia? Pergi mana?”

“Iya Umairah keluar dengan dia ke club tapi pasal kerja.” Balasnya.

“Takkan sampai ke club Umiarah layan dia?” Soal Amsya kurang senang dengan sikap Tengku Umairah yang selalu melayan client-clientnya.

“Alah sayang biasalah, bukan buat apa pun. Umairah masih setia pada abanglah.”

“Sayang jangan pergi club lagi boleh tak, abang tidak sukalah.” Larang Amsya.

“Kenapa pula selama ini abang tidak halang pun. Abang sendiri pun pergikan kenapa tiba-tiba halang Mairah?” Tanya Umairah tidak puashati sebelum ini Amsya tidak pernah menghalangnya.

“Iya betul tapi abang tidak pergi ke sana lagi kan?” Soalnya kembali. Tengku Umairah cuba mengalih perhatian tidak bercakap mengenai club malam lagi.

“Abang bila kita nak kahwin? Bila lagi nak masuk pinang Mairah.”

“Kalau ada jodoh kita kahwinlah sekarang tidak boleh lagi. Jom makan.” Balas Amsya juga mengelak dari Tengku Umairah terus mendesaknya. Kini dia dalam delima hatinya sudah berbelah bagi antara Alia Nasuha dengan Tengku Umairah. Dia dan Tengku Umairah saling mencintai. Tapi mengapa Alia Nasuha terlalu kuat dihatinya kini tapi hanya dia sahaja mencintai Alia Nasuha.

Pada hari khamis yang dijanjikan mereka ke Majlis Agama Islam Selangor untuk menghadiri kursus perkahwinan. Sepanjang kursus berjalan Amsya asyik memerhatikan Alia dari jauh. Semasa dia sampai di situ tadi Alia tidak menegur dan tidak memperdulikannya. Dia nekad untuk berjumpa Alia selepas habis kursus. Selesai sahaja kursus pada petang itu Amsya cepat-cepat berlari mendapatkan Alia Nasuha, kemudian memanggilnya.

“Alia” Alia berpaling.

“Cepatnya Alia nak ke mana?” Soal Amsya tibanya dia didepan Alia.

“Nak baliklah” Jawab Alia.

“Lia, mari ke kereta abang sekejap ambil kad kahwin, sudah siap.” Kata Amsya mengajak Alia. Alia mengangguk lalu mengikut Amsya ke keretanya. Sampai di tempat parking kereta Amsya menyuruh Alia masuk. Alia masuk ke dalam kereta sebagaimana di suruh. Amsya mengambil kad kahwin dari bonet keretanya kemudian dia memasuki kereta dan menyerahkan kotak kad kahwin kepada Alia. Alia mengambil dan membuka salah satu kotak itu dilihatnya kad kahwin mereka cantik. Kad yang berbau wangi berwarna silver itu dibacanya. Dia memandang Amsya dan senyum.

“Lia suka?” Tanya Amsya memancing Alia supaya melayannya.

“Suka, terima kasih. Berapa harganya?” Tanya Alia. Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Amsya hanya senyum pada Alia.

“Lia kita pergi cari barang hantaran.”Ajak Amsya. Alia menggelengkan.

“Kenapa Lia tidak mahu. Lia tidak sudi keluar dengan abang? Soal Amsya memandan tepat pada mata Alia.

“En.Amsya boleh tak jangan berabang-abang dengan saya. Saya rimaslah. Pasal barang hantaran tu nantilah kita cari lain kali.” Balas Alia.

“Tapi Lia dua hari lagi nak puasa nanti tidak sempat pula. Kita pergi beli hari ini lagi pun Lia cuti hari ini kan?” Pujuk Amsya. Alia tetap mengelengkan kepala.

“En.Amsya nanti kita jumpa lain kali.” Kata Alia.

“Bila Lia? Boleh tak Lia tidak berencik-encik dengan abang. Rasa macam jauh saja.” Pinta Amsya. Alia tersenyum pada Amsya diangkatnya kening. Dia menggeleng.

“En.Amsya, kita kahwin bersebabkan? saya pergi dulu.” Alia meminta diri lalu membuka pintu kereta keluar dari kereta Amsya. Amsya mengeluh tidak puashati dengan sikap Alia yang tidak melayannya.

Sudah masuk bulan Ramdahan memandangkan hari pertama puasa jatuh pada hari kerja jagi Amsya tidak balik ke rumah umminya di Bangi.

Alia Nasuha dan teman-teman serumahnya sibuk mencari lauk-pauk pada petang itu untuk bekalan pada waktu bersahur nanti. Esok adalah hari pertama mereka semua menyambut bulan puasa. Sampai sahaja dirumah mereka menyiapkan masakan untuk bersahur selepas itu bersiap untuk ke masjid menunaikan solat terawih. Alia Nasuha telah menghubungi Puan Anis untuk bertanyakan khabarnya maklumlah sudah beberapa hari sebelum dia dan Amsya mengikuti kursus kahwin lagi dia tidak menjenguk orang tua itu. Rindu pula rasa pada Puan Anis.Talian Puan Anis berdering. Tersenyum riang apabila menerima panggilan dari bakal menantunya.

“Assalamualaikum Lia?” Soal Puan Anis.

“Waalaikummusalam, ummi sihat ke? Macam mana dengan puasa esok, ummi sudah masak untuk bersahur nanti?” Soal Alia dengan penuh kasih sayang. Puan Anis tersenyum lagi mendengar pertanyaan Alia.

“Sudah, ummi sudah masak. Ummi buat ala kadar saja, ummi makan sorang entah lalu ke tidak nak makan tiada orang teman.” Balas Puan Anis membuatkan Alia rasa serba salah.

“Ummi, nanti buka puasa esok Lia berbuka dengan ummi lepas itu kita pergi solat terawih sama-sama.” Pujuk Alia.

“Boleh, petang esok ummi tunggu Lia.” Balas Puan Anis dengan gembiranya.



Previous: BAB 25
Next: BAB 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina