Dingin hari yang penuh syahdu kedengaran sayu-sayu
azan subuh berkumandang. Alia tersedar dari tidurnya yang lena. Sehari suntuk
kelmarin menjadi raja sehari membuatkan dirinya merasa sungguh penat
menyebabkan dia tidur dengan nyenyak. Apabila tersedar dia merasa
pinggangnya dipeluk, dia juga merasa tangannya memeluk sesuatu tapi bukan
bantal lalu dibuka matanya.
Amat terkejut dia apabila melihat dirinya berpelukkan
dengan Amsya manakala mukanya amat rapat dengan muka Amsya. Dia meratapi wajah
lelaki didepannya kini. Dia tersenyum teruja juga menatap wajah kacak milik
Amsya. Terusik juga jiwa dan perasaannya ketika itu. Bisik hati Alia “Apa boleh
buat Amsya bukan untuk aku, aku tidak boleh jatuh cinta dengan dia. Macam mana
kalau dia tahu aku terimanya untuk lari dari Faris.”Perlahan-lahan dia
mengangkat tangannya dari pinggang Amsya kemudian mengalihkan tangan Amsya dari
pinggangnya, dia bangun sambil memegang tangan Amsya mencari bantal peluk, dia
memusingkan badannya mencari bantal peluk, ada dibelakangnya lalu diambil
bantal itu diletakkan ditempat tidurnya tadi kemudian meletak tangan Amsya
diatas bantal itu. Perlahan-lahan dia turun dari katil. Bisik hatinya.
“Apa En.Amsya buat pada aku semalam.” Dia melihat
pakaiannya tidak ada apa pun yang ditanggalkan semua elok.” Dia mengangkat
bahu. Termenung Alia seketika sambil memerhati Amsya dia tersenyum, inilah kali
pertama dia tidur dengan lelaki. Dia mengelengkan kepalanya untuk melupakan apa
yang difikirnya. Lalu mencapai tuala menuju ke bilik air. Amsya tersedar dari
tidur dilihatnya Alia tidak ada dipandang jam dinding 5.50pagi. Dia tersenyum
melihat tangannya memeluk bantal. Dia tahu Alia sedang mandi sengaja dipejamkan
matanya semula menunggu Alia kembali ke bilik. Beberapa minit sepelas itu pintu
biliknya dibuka, Alia tengok Amsya masih tidur, niatnya mengejutkan Amsya
selepas solat subuh. Dia mencapai kain sembahyang dan memakainya lalu
mengangkat takbir menunaikan solat subuh. Amsya bangun mengambil tuala yang
tersidai dirak ditepi katil lalu ke bilik air.
Selesai solat Alia berdoa seketika, dia sedar Amsya
sudah bangun dari tidur. selepas itu dia bangun mengambil bajunya dalam almari
dan kain pelikat serta baju Amsya diletaknya di atas katil dia memakai bajunya.
Dia menuju ke meja solek untuk menyikat rambut, dilihat wajahnya dicermin
sambil membaca doa. Dia mengecilkan matanya apabila ternampak sesuatu
dilehernya dia merapatkan wajahnya ke cermin melihat lehernya terdapat kesan
merah. Hatinya kini sudah geram dengan tangannya dikepalkan.
“heee…ini mesti
kerja dia, berani dia buat love bite pada aku, jaga kau Amsya…siap kau.”
Membara hatinya kini, Alia menunggu Amsya selesai
mandi, dia duduk diatas kerusi solek di depan cermin sambil mengedik-gedikkan
kakinya. Terdengar tombol biliknya dibuka dia melihat Amsya masuk. Amsya menoleh
pada Alia dengan senyum manis. Alia membalasnya pandangn Amsya dengan tajam
mukanya masam. Amsya berkerut dahi.
“Morning sayang” Sapa Amsya. Alia menjeling kearahnya, tidak membalas sapa itu. Alia
sabar menunggu untuk berbicara dengan Amsya selepas Amsya selesai solat. Dia
melihat Amsya mengambil kain pelikat yang dia letakkan diatas katil, sebelum
bersolat Amsya menoleh pada Alia yang sedang memerhatikannya dengan tajam,
Amsya berkerut dahi. Kemudia dia memakai baju t-shirt lalu bersolat subuh.
Selesai sahaja Amsya bersolat dan menyidai sejadah,
Alia memanggil Amsya. Asmya berpaling padanya.
“En.Amsya, ini kerja awakkan?” Tanya Alia sambil
menunjuk kesan merah dilehernya.
“Kerja apa? tidak fahamlah.” Jawab Amsya selamba buat
tidak tahu. Walaupun dia tahu maksud Alia. Sengaja buat tidak tahu.
“Saya tahu ini kerja awak, kalau tak siapa lagi.”
Tuduh Alia lagi. Amsya datang berdiri dekat didepan Alia.
“Apa Lia cakap ni?” Tanya Amsya berkerut kening sambil
mengangkat kepala.
“Ini, kerja awakkan?” Tunjuk Alia sekali lagi. Amsya
menyentuh kesan merah dileher Alia. Amsya mengecilkan matanya.
“Kenapa tuduh abang,
kena apa ni?” Soal Amsya balik. Hatinya sudah tergelak ditahannya.
“Eh buat-buat tanya pulak. Awak yang buatkan? Soal
Alia tegas. Bermasam muka.
“Eh, mana tahu siapa buat. Siapa gigit pun tidak tahu.
Nyamuk ke? Semut ke? Nak main tuduh-tuduh, main terjah jea ada bukti ke?.”
Jawab Amsya memandang tajam kearah Alia. Konon-konon marah pada Alia menuduhnya.
“Dalam bilik ini kita dua jer En.Amsya.” Balas Alia
lagi memasam muka dan memandang tepat kemata Amsya.
“Iyalah kita dua tapi mana abang tahu siapa buat pada
tengkak Lia merah. Entah nyamuk, semut atau serangga lain gigit tuduh abang
pula.” Jawab Amsya mengelak.
“Saya tahulah En.Asmya kesan gigitan serangga dengan
gigitan orang.” Kata Alia. Amsya dengar tergelak sedikit bahunya terangkat.
“Haha…Oh kenal… biasa ke? pernah buat? Soal Amysa
membuatkan darah Alia mengelegak matanya dijengkelkan pada Amsya. Jawab Alia
dengan geram giginya dikacip.
“Memanglah tidak pernah. Tapi saya tahulah.” Kata Alia
marah.
“Tak ada bukti jangan nak tuduh-tuduh, abang memang
pantang kalau kena tuduh tanpa bukti.” Tegas Amsya.
“Nak bukti apa lagi.” Kata Alia. Amsya memelihat Alia
hatinya berkata “Kena kau Lia kali ini.” Sambil menarik tangan Alia.
“Mari sini abang buktikan.” Kata Amsya. Dia memegang
kedua-dua tangan Alia kemudian menghala kedua-dua tangan Alia ke belakang Alia.
Kini tubuh mereka rapat antara satu sama lain, Alia terkunci.
“Awak nak buat apa ni?” Soal Alia menjerit dan meronta..
“Abang nak bukti pada Lia. Diamlah” Jerkah Amsya pada
Alia, terkejut Alia dengan tindakan Amsya, membuatkan Alia terdiam. Amsya
mendekatkan wajahnya ke leher Alia. Alia memejam mata, menyerap darah dari
dubuhnya berdiri bulu roma apabila Amsya mencium lehernya dengan lembut. Alia
sedikit meraung untuk dilepaskan. “Auur” Amsya melepaskan ciuman itu tapi tidak
sudah di situ. Dengan pantas Amsya mencium bibir Alia beberapa saat kemudia dia
meleraikan pegangan tangan Alia. Kuat nafas Alia berdebar jantungnya berdegup
kencang . Alia tunduk malu merah mukanya. Kali ini bukan sahaja lehernya merah
tapi wajahnya juga. Belum sempat Alia berkata apa-apa Amsya terlebih dahulu
bersuara. Dengan suara yang keras Amsya berkata.
“Tengok dalam cermin sama ke tak?” Arah Amsya hatinya sudah tergelak nakal. Alia
memandang cermin. Bulat matanya apabila melihat kesan itu sudah menjadi dua, dengan
marahnya dia bersuara.
“Jadi betullah ini kerja awak?” Jerkahnya.
“Kalau sudah ada bukti, memang abang mengakulah abang
yang buat.” Jawab Amsya sambil tergelak.
“Apa lagi awak buat pada saya semalam.” Tanya Alia
dengan geram dan marah. Amsya senyum melerek, tersengih. Sambil tangannya
menunjuk-nunjuk pada muka Alia, Amsya menjawab.
“Abang cium pipi Lia, dahi, bibir… lepas itu Lia peluk
abang. Abang pun balaslah pelukkan Lia.” Alia terkejut matanya dijengkelkan
kearah Amsya. Terpana Alia mendengarnya.
“Siapa alihkan bantal” soal Alia marah,
“Manalah abang tahu tiba-tiba Lia peluk abang.” Jawab
Amsya selamba. Alia dengan memandang garang dan tajam ke arah Amsya.
“Kenapa? Lia nak marah, marahlah, nak pukul? Nak
bergaduh? Nak bergusti? Jomlah, kita bergusti atas katil tengok siapa kalah
dulu.” Balas Amsya dengan sengaja menyimbah minyak kemarahan pada Alia. Alia
menarik nafas panjang dan menghempasnya dengan kuat. Malas rasanya nak layan
Amsya, makin dilayan makin menjadi. Matanya tajam ke wajah Amsya.
Dengan marah dan geram Alia berkata dengan mengacip
giginya. “En.Amsya ingat saya kahwin dengan awak untuk jaga dan layan ummi
bukan awak. Faham, itu perjanjian kita. Lepas ini cepat sikit kahwin dengan
kekasih awak kemudian lepaskan saya.”
Amsya tidak terkejut dengan kata-kata Alia, dia semakin tersengih dan mengeyit mata pada
Alia. Alia semakin bengang.
“Ketepi” Kata Alia sambil menolak Amsya dia
menghentakkan kakinya dengan kuat tanda protes. Lalu keluar dari bilik itu
menuju ke dapur. Amsya tergelak. Hatinya berkata “Padan muka kau Lia jual mahal
sangat. I want you feel, what I feel Lia. Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku, wahai Alia Nasuha.”
Dia menghala ke cermin menyikat rambutnya kemudia keluar dari bilik menuju ke
dapur.
Alia sampai didapur dilihatnya semua orang tuanya ada
di situ. Dengan wajah yang masam dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah
umminya. Mak Tim didepannya melihat anak gadisnya itu bermasam muka, lalu
bersuara.
“Kenapa pengantin baru masam mencuka ni. Orang senyum
pagi-pagi baru murah rezeki.” Mendengar kata-kata Mak Tim semua berpaling pada
Alia. Alia menjawab.
“Tidak ada apalah Mak Tim, penatlah layan En.Amsya
tu.” Semua orang tuanya tersengih mendengar penjelasan Alia. Alia memandang
orang tuanya diam tersengih padanya, Alia perasan dengan jawapannya. Dia malu,
menundukkan kepala mukanya berkerut. Bisik hatinya “Alamak salah cakap. Salah
fahamlah pula mereka ni. Aduh malunya.” Untuk menutup malu Alia bangun menuju
ke Tok wan yang sedang mengucau sesuatu di dalam periuk di atas dapur.
“Tok wan buat apa ni?Soal Alia manja.
“Tok wan panas lauk semalam.” Balas tok wan memandang
cucunya itu senyum penuh makna. Lia memuncungkan mulutnya pada tok wan. Tersengih
tok wan dengan gelagat cucunya itu.
Amsya datang duduk disebelah umminya. Dia memberi
salam pada semua. Salam dijawab oleh orang tua mereka yang ada di situ. Umminya
senyum melihat anak tunggalnya itu.
“Ha, Am penat juga ke?” Soal akinya mengusik mereka.
Amsya berkerut dahi dengan soalan itu pelik. Jawabnya.
“Penat apa pula aki, baru jea bangun.” Mereka semua
tersenyum. Mereka tahu Amsya tidak faham soalan itu. Alia mendengarnya berkerut
dahi. Bisik hatinya “Aki cakap apa pula ni.” Amsya melihat Alia disisi tok wan.
“Along, tolong ambil tiga teko dalam almari tu bancuh
air manis.” Arah tok wan.
“Nak buat air apa?” Tanya Alia.
“Along tanyalah Abang Amsya nak minum apa.” Jawab tok
wan mengarah. Mengeluh Alia mendengarnya. Alia memandang Amsya dengan wajah
suram.
“Nak minum air apa?” Tanya Alia dengan perlahan tapi sedikit keras bunyinya.
Sambil mengambil teko yang dimaksudkan oleh tok wan.
“Lia, cakap elok sikit dengan suami.” Tegur Mak Tim.
Umminya memandang Alia. Sekali lagi Alia tunduk malu. Amsya menjawab membela
isterinya itu.
“Abang nak air Nescafe, ada ke sayang?” Alia
mendengarnya terkejut. Bisik hatinya “Aduh bersayanglah pula mamat ni.” Alia
bermanis muka pada semua.
“Along ambil susu dalam almari. Tolong tebuk
bolehkan?, buat Nescafe, kopi o dan teh o.” Arah tok wannya lagi. Alia
mengambil susu yang ada dalam almari.
“Banyaknya buat air. Siapa nak minum ni? Tanya Alia
terkejut.
“Ramai, buat jerlah letak atas meja tu, mak su dan
anak menantunya nak datang.” Balas Tok wan.
“Tok wan, kenapa tidak beli susu tin yang sudah ada
tangkal di atas senang sikit tarik saja. Ini susah nak tebuk.” Kata Alia. Amsya
bangun menuju ke arah Alia.
“Itu yang murah. Ambil penebuk tu.” Arah tok wan lagi.
“Mari abang tolong. Lia ambil penebuk” Pinta Amsya
apabila mendekati isterinya itu. Alia mengikut arahan. Dia memberi penebuk itu
pada Amsya. Amsya menebuk susu, Alia menuang air ke dalam tiga teko. Dibancuh
kopi o terlebih dahulu. Selepas Amya menebuk susu dia memberi kepada Alia.
Amysa berdiri dibelakang melihat Alia yang sedang membancuh kopi. Dia memeluk
Alia dari belakang. Menyerap darah Alia berdiri bulu romanya.
“Buat sedap-sedap air tu sayang.” Arah Amsya sambil
memeluk Alia. Dengan suara yang perlahan Alia berkata.
“Apa awak buat ni? orang tengok malu, lepaslah.”
Sambil mengeliatkan tubuhnya. Amsya tidak perduli. Tidak terdaya Alia
depan orang tuanya terpaksa dia berada dalam pelukan Amsya.
“Buatlah air tu?” Arah Amsya. Ummi mereka melihatnya
tersenyum dengan gelagat anak menantunya. Mesra.
Arshraf turun mendapatkan mereka semua. Sambil
menguap.”Ahhh” Dia duduk di kerusi
sebelah Puan Anis. melihat abang iparnya sedang memeluk kakaknya.
“Ha, Arshraf mengantuk lagi ke?” Tanya Akinnya
“Mengantuklah aki, semalam pukul 2.00pagi baru boleh
tidur, basuh periuk belangga. Kita yang kena basuh periuk belangga…orang tu
senang-senang jer, sedap tidur berpelukkan lagi.” Komen Arshraf pada kakaknya
Alia. Alia memberi teko pada Amsya untuk dihidang atas meja. Alia mendengarnya
.
“Alah, buat kerja sikit merungut. Manja” Jawab Alia.
Amsya tersenyum pada Arshraf dengan
jawapan Alia.
“Banyaklah adik kena basuh semalam. Nanti along tolong
ambil bawa masuk semua periuk belangga diluar tu.” Arah Arshraf.
“Iyalah, yalah…nanti along buatlah, terima kasih.”
Balas Alia.
Mereka semua menikmati sarapan pada pagi itu
bersama-sama.
Pagi itu Faris bangun awal, kalau kebiasaannya pukul Sembilan
atau pukul sepuluh baru bangun. Walaupun dia tidak menghadirkan dirinya pada
majlis kahwin Alia kelmarin, sakit hatinya tidak dapat ditahan apabila Alia berkahwin dengan Amsya. Difikirnya “Macam
mana Alia boleh kahwin dengan Amsya, bila masa pula mereka bercinta, siapa
Amsya tu. Aku tidak peduli aku mesti jumpa Alia.” Faris melangkah keluar dari
biliknya pagi itu dengan perasaan yang marah dan tidak puashati dengan Alia yang kini
sudah menjadi milik orang lain. Mundar- mandir dia di raung tamu rumahnya, dia
nekad untuk berjumpa Alia. Ayahnya En.Yusof yang juga berada diruang tamu rumahnya melihat
Faris macam cacing kepanasan. Faris mengambil kunci keretanya. Belum sempat dia
turun dari rumah, ayahnya memanggil.
“Faris, kau nak ke mana pagi-pagi begini.” Tanya
En.Yusof.
“Rumah aki,” Jawabnya dengan kasar.
“Kau nak buat apa? Tak payah kau nak kejar Alia tu
lagi. Kau sudah terlambat pun, Lia sudah kahwin. Melepaslah kau untuk ambil
kerusi CEO tu. Dulu kau kata boleh yakinkan Alia. Sekarang tengok apa kau
dapat?” Kata En.Yusof membakar dan memarakkan lagi hati Faris yang sudah lama
bergelegak.
“Saya akan dapat juga Lia tu, dia akan jadi milik saya.”
Balas Faris dengan bengis. Dia melangkah turun dari rumah menuju ke keretanya
lalu memecut ke rumah datuknya.
Selesai mereka bersarapan dengan saki baki lauk pauk
semalam yang masih ada. Alia keluar ke
belakang rumah untuk mengemas barang-barang yang telah dibasuh oleh Arshraf
semalam.
Amsya dan Arshraf naik ke atas untuk ke ruang tamu.
Arshraf meminta izin keluar ke kedai Kak Lili untuk mengambil gambar
perkahwinan kakaknya. Amsya yang berada diruang tamu bangun apabila mendengar
sebuah kereta dijenguknya melihat sebuah kereta Honda berhenti di halaman rumah
akinya. Faris keluar dari kereta dia melihat kelibat Alia dibelakang rumah.
Faris melihat sebuah kereta Fairlady putih berada di depan keretanya cantik.
Bisik hati Faris “Kereta siapa ni?”
Kemudian Faris
menuju ke arah Alia. Amsya memerhati seorang lelaki yang tidak dikenalinya
menuju ke belakang rumah mencurigakannya
apabila melihat lelaki itu. Amsya turun mengekorinya.
Sampai sahaja Faris di belakang Alia, dia terus
menarik tangan Alia yang sedang menyusun periuk. Alia terperanjat apabila Faris
datang padanya dengan tiba-tiba terus menariknya. Tiba-tiba jantung Alia
berdebar dengan tindakkan Faris.
“Faris lepaskan akulah. Kau gila ke?”Kata Alia sedikit
menjerit dengan keras. Dengan suara yang keras Faris membalasnya.
“Memang aku gila. Berani kau tolak pinangan aku. Kau kahwin
sebab lari dari akukan?” Jerkah Faris dengan keras pada Alia. Berdebar jantung
Alia mendengar kata-kata Faris.
“Eh, Faris jangan ganggu aku. Pergilah Faris.” Jerkah
Alia lagi. Faris tidak peduli, dia melihat tanda merah dileher Alia. Dia
tersengih jahat kearah Alia, menyentuh leher dan pipi Alia. Lalu berkata.
“Ohhh…cantik tengkak kau Lia, kalau kau kahwin dengan
aku, aku boleh bagi kau lebih dari ini.” Alia menepis kuat tangan Faris marah
dan geram dengan kata-kata Faris. Kelakuan mereka berdua diperhati oleh Amsya, “Kenapa
mereka ni? Siapa lelaki itu?” Kata Amsya
sendirian. Amsya menuju kearah mereka.
Dengan marah Alia menjawab sambil tangannya menghala ke muka Faris.
“Jahaman kau Faris. Sebelum aku menjerit dan bagitahu
semua orang sikap binatang kau, baik kau berambus dari sini.” Kata Alia dengan
marah dan geram dengan Faris. Mukanya sudah merah dan airmatanya sudah mula
mahu keluar. Amsya menyapa dari belakang.
“Sayang, kenapa ni?” Tanya Amsya mengejutkan mereka
berdua. Alia berpaling ke belakang dilihatnya Amsya berjalan menghampirinya.
Alia dengan pantas mendapatkan Amsya, dipeluknya Amsya dengan erat. Tergaman
Amsya dengan tindakan Alia padanya, dia membalas pelukkan Alia, sambil
keningnya berkerut melihat Faris. Faris memandang tajam pada Amsya yang
merangkul pinggang Alia.
“Siapa ni sayang” Tanya Amsya sekali lagi kepada Alia
yang berada dalam pelukkannya. Alia memalingkan mukanya sedikit kepada Faris.
Alia memperkenalkan Faris pada Amsya.
“Ini, Lia kenalkan Faris, sepupu Lia anak pak
long” kemudian Alia memusingkan semula
kepalanya kedada Amsya. Faris mendengarnya. Amsya menghulurkan tangan pada
Faris untuk berjabat, Faris menyambutnya hampa. Faris memerhati Amsya dari atas
ke bawah memang kacak tinggi dan berkulit cerah.
“Oh…inilah suami kau Lia. Patutlah kau tolak aku.”
Balas Faris dengan marah menyindir. Amsya mendengarnya mengkerut dahi
kehairanan dengan kata-kata Faris. Faris kemudian berlalu pergi dari situ
dengan langkah yang laju. Amsya memerhati Faris yang berlalu dari situ. Alia
masih memeluk erat Amsya tidak perasan Faris sudah pergi. Amsya membiarkan Alia
memeluk erat dan kepala disandarkan pada dadanya.
Bisik hati Amsya “Kenapa Lia takut sangat pada Faris?”
Alia berpaling semula ke belakang dilihatnya Faris
sudah beredar. Dia dengan pantas melepaskan pelukkannya dari Amsya.
“Maaf.” Kata Alia sepatah kemudian beredar dari situ
meninggalkan Amsya keseorang. Dia mengambil periuk yang disusun kemudian masuk
ke dalam rumah. Amsya melihat kelakuan Alia yang pelik.
Sepanjang hari itu Alia menyibukkan dirinya mengemas
pingan mangkuk, membasuh kain, mengosok, memasak dan macam-macam lagi yang
dibuatnya untuk membolehkan dia mengelak dari bercakap dengan Amsya. Dia
tidak mahu Amsya bertanyakan apa-apa pasal kejadian pagi tadi. Dia berfikir
sendirian Amsya tidak boleh tahu tentang Faris, dia mesti buat sesuatu.
Amsya, Arshraf dan Puan Anis sedang melihat gambar
perkahwinan yang di ambil dari Kak Lili. Arshraf memasukkan pen drive
yang diberi oleh kak Lili dalam laptop Alia. Satu persatu Amsya melihatnya,
menang cantik gambar perkahwinan mereka. Tersenyum puas mereka melihat
gambar-gambar itu. Arshraf amat teruja dengan layanan Puan Anis padanya sama
macam mamanya. Tersenyum Arshraf tenang rasanya berada bersama Puan Anis.
“Aunti. Aunti macam arwah mama Arsharf.” Kata Arshraf
sambil merenung wajah Puan Anis. Puan Anis tersenyum manis dan membalas
kata-kata Arshraf.
“Arhsraf panggil saja ummi.” Balas Puan Anis dengan
lembut. Terusik juga hati Arshraf, bisik hatinya “Patutlah kakak Lia begitu
sayang pada Puan Anis.” Amsya melihat adik iparnya itu dengan sayu. Sambil
mereka melihat gambar-gambar itu Alia datang kepada mereka dia memanggil
Arshraf. Arshraf mengikut Alia ke bilik Arshraf sambil diperhatikan oleh Amsya.
Sampai sahaja dalam bilik mereka duduk di katil.
“Ada apa along?” Tanya Arshraf kehairanan dengan
tindakkan Alia.
“Adik, tadi Faris datang kacau along, tapi along tidak
sedap hati sebab encik Amsya ada. Adik tolong jangan bagitahu apa-apa pada
encik Amsya, ya.” Katanya. Arshraf menarik nafas dalam-dalam mendengar
kata-kata alongnya, dia hairan kenapa Alia memanggil Amsya dengan panggilan
encik.
“Along, kenapa along terima abang Amsya? Along tidak
cintakan diakan?” Tanya Arshraf memandang tepat muka alongnya. Alia membalas
pandangan itu. Alia mengangguk lalu bersuara.
“Sama juga dengan Amsya, dia tidak cintakan along.
Along terimanya sebab tidak mahu Faris terus pujuk dan mendesak tok wan dan
aki.” Balas Alia dengan sedih. Beristighfar Arshraf mendengarnya.
“Habis macam mana dengan perkahwinan ini?” Tanya
Arshraf berkerut kening.
“Encik Amsya tidak tahu hal ini, along kahwin kerana
nak tolong dia satukan dia dengan kekasihnya kerana ummi menghalangnya. Along
nak jaga ummi Anis selepas ini.” Balas Alia.
Arshraf mengangguk kepala, pening juga dengan
tindakkan Alia. Berbisik juga hatinya “Apa nasib kakak aku lepas ini.” Mengeluh
dia. Arshraf mengesat airmata yang mengalir dipipi kakaknya. Alia menarik nafas
kemudian menghembusnya.
“Along keluar dulu.” Pinta Alia, kemudian dia bangun terus
mendapatkan umminya yang sedang melihat gambar. Amsya memerhati Alia dengan
sayu. Kata hatinya “Kenapa Lia tidak ceria, kenapa dia cuba lari dari aku?.”
Selepas itu Amsya memasuk ke biliknya.
Faris menghala keretanya menuju ke pusat Bandar Besut,
kali ini dia bertemu dengan kawan-kawannya. Tiada lain tujuannya untuk race
malam esok. Sekali lagi dia dicabar kawan-kawannya. Faris tidak boleh kalah
depan kawan-kawannya apa lagi kalau ada perempuan.
“Faris, kau macam mana malam esok?” Tanya sabahatnya
Mojo.
“Aku okey jer…berapa kau nak bertaruh.” Jawab Faris
dengan angkuhnya.
“Lima ribu, tempat biasa.” Balas Mojo.
“Baik aku tunggu di sana.” Jawab Faris. Kemudian dia
beredar dari teman-temannya itu. Dia berfikir mana nak dapatkan duit sebanyak
itu. Dulu dia sudah pinjam dengan along bukit beruntung. Kali ini dia akan cuba
minta dengan Alia. Dia menghubungi Alia.
Telefon bimbit Alia berdering, Amsya yang berada dalam
bilik mendengar telefon bimbit Alia berbunyi kebetulan pula handphone Alia
berada disitu. Amsya bangun mengambil telefon Alia dilihatnya pangilan dari
Faris. Dia tidak menjawabnya, kemudian meletakkannya semula. Beberapa kali
telefon itu berdering. Alia masuk ke bilik diambil handphonenya dia melihat
skrin pangilan dari Faris dia mengabaikannya lalu dioffkan telefonnya.
Amsya hanya memerhati. Kemudian Alia keluar semula dari bilik itu.
Kata hati Amsya “Kenapa Faris telefon Lia dan kenapa
pula Lia tidak menjawabnya. Apa kena dengan mereka ni?” Soal hatinya sendiri.
Faris sudah marah dengan Alia tidak menjawab
telefonnya. Dia bercadang akan ke rumah tok wannya.