Home Novel Cinta Dalam Diam Ku Mencintaimu
Dalam Diam Ku Mencintaimu
Isha Idiaz
6/11/2012 20:23:11
44,224
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

BAB 03

“WOI Farhan!! Bila kau nak bangun ni!! Bangun la weyh!!” Afiq sudah bermain kasar. Penat sudah dia mengejut Farhan sejak jam enam tadi tetapi makhluk bernama Farhan ni memang liat betul mahu bangun.

“Aku paling tak suka nak kejut manusia yang tak reti-reti nak bangun ni.” Afiq sudah mula membebel. “Kau ingat aku dodoikan kau ke suruh kau tidur balik.” Suara Afiq semakin meninggi.

Farhan yang mendengar suara Afiq yang semakin meninggi itu mula mengambil bantal busuknya dan ditekupkan ke telinga. ‘Bising betul la Afiq ni. Sekejap lagi kalau aku membebel mahu berdarah telingnya mendengar. Aku dah cakap semalam aku tak nak main DOTA. Kau yang beria-ia ajak aku main. Tengok, kan dah liat mata ni nak buka,’ desis hati kecilnya.

“Budak ni memang tak makan saman. Nanti kau. Kau tunggu kejap.” Afiq sudah mula tidak sabar. Bukan sehari dua Farhan bersikap begini. Malah tiap-tiap hari Afiq harus mengejutkannya. Baldi kecil yang diletakkan di bawah meja ditarik keluar. Pintu bilik dibuka. Afiq keluar dengan menjinjit baldi tadi ditangan kirinya.

Farhan yang melihat Afiq dengan baldinya sudah dapat mengagak tindakan Afiq yang seterusnya. Seperti hari-hari sebelumnya, Afiq akan mencurah air ke atasnya jika dia liat bangun. Maka, dengan penuh kemalasan, Farhan bangun dari tidurnya. Namun dia tidak bangun sepenuhnya. Mukanya disembamkan ke atas bantal manakala badannya dalam posisi menonggeng menunjukkan yang dia sudah bangun.

“Assalammualaikum. Ha, Farhan. Kau nak mandi atas katil lagi kan? Ni aku dah bawakan air untuk mandikan kau. Ala sayang busuk-busuk Afiq ni. Meh Afiq mandikan meh.” Afiq berbicara dalam nada geram. Dilihat Farhan dalam posisi menonggeng di katil atas.

“Afiq, aku tau kau sayangkan aku, tapi tak payahlah kau mandikan aku tiap-tiap hari. Aku pandai mandi sendiri.” Farhan menjawab daripada bawah bantalnya.

“Tak apa. Aku suka mandikan kau Farhan. Sekarang ni biar aku mandikan kau.” Baldi sudah diletakkan di atas meja. Kaki Afiq pantas memanjat tangga katil untuk melancarkan serangan ke atas Farhan.

Farhan yang merasakan kehadiran Afiq di atas katilnya pantas bertindak. “Pertahanan daripada disimbah oleh air daripada Raksasa Air Afiq,” ujarnya dengan bantal dijadikan sebagai perisai. Gayanya seolah-olah watak di dalam siri kartun Power Rangersyang ditayangkan di kaca televisyen setiap hari Sabtu.

“Tak adanya pertahanan pertahanan. Kau ingat kita tengah berlakon cerita Power Rangers ke apa? Bangun kau.” Afiq mengambil bantal yang dijadikan perisai oleh Farhan tadi lalu dibaling ke bawah.

“Tergamak kau buang perisai aku dekat bawah Afiq.” Farhan menjengukkan kepalanya ke lantai. Dilihat bantal busuknya berada ditengah-tengah tikar mengkuang yang dihampar di bilik itu. “Bertindak sekarang!! Tendangan kaki yang tak berapa nak panjang oleh aku!!” Begitu bersemangat sekali Farhan menuturkan dan kakinya sudah mula mahu menendang Afiq. Afiq dengan pantas terjun daripada katil dua tingkat itu dan sudah ketawa terbahak-bahak.

“Gila la kau ni Farhan. Sempat pula kau nak berlakon pagi-pagi buta ni. Dah, cepat mandi. Pukul 6:30 dah. Terlajak subuh nanti.” Afiq membaling kembali bantal busuk Farhan kepadanya.

“Yelah, ni aku nak turun ni. Deli dengan Ami mana?” Farhan menyoal apabila dilihat katil Deli dan Ami teman sebiliknya itu sudah kosong.

Diorang pergi solat kat Uwais,” Afiq menuturkan sambil memilih buku-buku yang harus dibawanya ke kuliah nanti.

“Owh, okey. Aku pergi mandi dulu Afiq.” Habis sahaja perkataan itu dituturkan, Farhan hilang dibalik daun pintu.

“KITA nak breakfast dekat dining dulu ke Faiz?” Mira bertanya sewaktu mereka sama-sama menuruni tangga Blok I itu untuk ke kuliah.

“Sempat lagikan ni?” Faizah membalas pertanyaan dengan sebuah pertanyaan sambil memandang jam yang dipakai dipergelangan tangan kirinya.

“Sempat lagi. Lama lagi. Baru pukul tujuh suku.” Mira meyakinkan Faizah. Mereka berdua sangat menepati masa. Setakat tempoh masa dua minggu kuliah ini, belum pernah mereka lewat ke kuliah. Yang selalu lewat ke kuliah adalah Farhan, Afiq dan Deli.

“Kalau macam tu kita breakfast dululah dekat dining. Hari ini breakfast apa ya?” Faizah sudah membuat keputusan untuk menikmati sarapan di Dewan Makan Azizah. Pelajar-pelajar UiTM diberi subsidi makanan percuma setiap hari sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Mereka hanya perlu menunjukkan kad makan di kaunter dan mereka akan mendapat makanan secara percuma.

“Hari ini hari Isnin. So, menu hari ini murtabak dengan air teh susu.” Mira begitu berkeyakinan sekali menyatakan menu sarapan pagi hari itu. Mira antara orang-orang yang berjaya menghafal menu-menu yang disediakan di Dewan Makan itu memandangkan dia pengunjung tetap Dewan Makan.

“Wah, kenyanglah kita pagi ni,” tutur Faizah sambil melangkah masuk ke Dewan Makan yang terletak bersebelahan dengan Blok Kediaman mereka itu.

Faizah dan Mira mula beratur untuk menunjukkan kad makan sebelum mereka diberikan makanan. Setelah mendapat makanan, mereka mencari tempat duduk dan menikmati murtabak seperti menu yang dikatakan oleh Mira tadi.

Jam dipergelangan tangan dijeling sekilas. Tujuh tiga puluh minit. “Jom Mira kita gerak,” Faizah mengusulkan sambil memandang Mira yang duduk disebelahnya.

“Jom,” ringkas Mira menjawab. Lalu, kedua-duanya meletakkan pinggan dan cawan di dalam baldi yang disediakan dan membasuh tangan mereka di sinki yang berdekatan.

Setelah mengangkat buku masing-masing, mereka keluar daripada Dewan Makan tersebut dan mula berjalan kaki untuk ke kuliah.

DI Kolej Kediaman Siswa pula, Farhan, Afiq, dan Deli sedang bersiap-siap untuk ke kuliah. Memandangkan ruang kuliah dengan Kolej Kediaman mereka sangat dekat dan hanya mengambil masa lima minit sahaja, maka tidak hairanlah walaupun jam sudah menunjukkan pukul tujuh setengah, mereka masih di bilik bersiap-siap.

“Dahlah tu Farhan oi. Handsome dah tu.” Deli menuturkan sambil mengikat tali kasutnya dihadapan pintu.

Farhan yang masih membetulkan letak tali lehernya tidak mempedulikan kata-kata Deli. “Kau ni Deli, sportingla sikit. Aku kenalah handsome-handsome sikit. Barulah Faiz tu terpikat tengok aku yang macho ni.”

Afiq hanya mengeleng-gelengkan kepalanya melihat Farhan. Entah apa juga yang bermain-main difikiran teman sebiliknya ini. ‘Perempuan tomboy macam tu takkan suka punya dekat lelaki,’ fikirnya lagi.

“Aku bukan apa Farhan, nanti kau lambat pergi kelas siapa yang kena marah? Kau juga. Tak serik-serik nak kena membebel dengan si Faiz tu.” Deli menyambung bicaranya sambil mengetatkan ikatan tali kasutnya.

“Yelah dah siap dah ni. Kau orang ni suka betul membebel. Sama macam si Faiz tu.” Buku di atas meja diambil dan Farhan menyarungkan kasutnya. Pintu bilik dikunci.

“Yang membebel tu jugak la yang kau suka nak usik kan,” tutur Afiq selamba sambil menghadiahkan senyuman mengejek ke arah Farhan.

Sempat Farhan membaling kunci bilik ke arah Afiq dan mereka sama-sama ketawa. Sekarang mereka menuruni anak tangga untuk ke Dewan Makan Latifah menikmati sarapan pagi.

Menurut Farhan, sarapan pagi sangat penting. Melalui apa yang dibacanya, pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

“Kau orang tahu tak kenapa pagi-pagi elok kita makan roti?” soal Farhan secara tiba-tiba semasa mereka mula menyuapkan murtabak kedalam mulut masing-masing.

“Sebab roti banyak karbohidrat. Karbohidrat menghasilkan tenaga. Tenaga buat kita kekal cergas sepanjang hari,” Afiq menjawab dengan yakin.

“Betul jawapan Afiq tu. Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.” Farhan beria-ia memberitahu kepentingan sarapan pagi kepada Afiq dan Deli. Lagaknya sudah seperti seorang pakar pemakanan pula.

“Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja, walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.” Farhan menambah lagi bicaranya setelah dilihat Afiq dan Deli seolah-olah berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kepentingan sarapan.

Afiq dan Deli sudah ternganga. Jika gigi mereka tidak kuat, pasti sudah habis semua jatuh di atas pinggan yang ada di depan mereka sekarang. Sah, Farhan sekarang sudah bertukar kepada seorang pakar pemakanan. Sebetulnya, mereka kagum dengan Farhan. Banyak sungguh ilmunya walaupun tidak masuk di dalam senarai daftar isi matapelajaran yang mereka ambil semester ini.

“Yang kau orang ternganga ni apa hal? Tak pasal-pasal karang makan lalat,” Farhan menuturkan apabila dilihat Afiq dan Deli seolah-olah mengelamun.

“Kagum aku ada kawan macam kau ni Farhan. Agama bagus, hal dunia pun bagus. Banyak betul ilmu kau,” komen Afiq bersahaja.

“Betul tu Afiq, sekali pagi-pagi jadi pakar pemakanan. Maghrib-maghrib jadi ustaz. Respect aku dekat kau ni Farhan,” Deli pula menambah.

“Dah. Kau orangtak payah nak puji aku lebih-lebih. Karang terkoyak seluar aku ni siapa nak jahit? Faiz tu entah pandai jahit ke tak.” Ketiga-tiganya menghamburkan ketawa serentak apabila Farhan selesai mengucapkan ayat terakhir.

“Reti ke tomboy tu menjahit? Aku rasa dia jahit dalam mimpi jelah Farhan,” Afiq menuturkan dengan sisa tawa yang masih belum habis.

“Cukup-cukuplah tu gelakkan si Faiz. Jom kita pergi kelas.” Deli sudah bangun dan meletakkan cawan dan pinggannya ke tempat yang disediakan lalu menuju ke sinki untuk membasuh tangan.

Sentap nampak Deli. Apa kes? Kau suka Faiz tu?” Farhan bertanya sambil mengangkat keningnya kepada Afiq.

“Kalau aku suka pun kenapa? Kau jealous?” Jawapan singkat dan padat daripada Deli itu membuatkan dada Farhan tiba-tiba berdebar.

“Bukan setakat jealous. Menganga jelah Farhan tu nanti kalau kau masuk lineDeli,” Afiq menuturkan sambil mengukir senyuman penuh makna kepada Farhan. ‘Nak test sangat. Siapa suruh bagi soalan cepu emas macam tu dekat Deli,’ bisik hatinya.

Alah, aku tak kisah pun. We play like a gentlemanlah beb. Siapa cepat dia dapat.” Farhan sudah mula melangkah keluar daripada Dewan Makan diikuti oleh Deli dan Afiq untuk menuju ke ruang kuliah.

FAIZAH sudah memandang jam yang di sangkut di dinding kelas. Pukul lapan lima minit. Tempat duduk disebelah kiri dan kanannya masih kosong. Begitu juga tempat duduk disebelah Mira.

“Mana pulalah budak bertiga ni. Pukul lapan lima minit tak nampak batang hidung lagi,” Faizah mengomel sendiri.

“Ok, hari ini kita masuk chapter 2,” Prof. Tahir sudah memulakan kuliah.

“Kita dah lambat ni. Dah la kuliah Prof. Tahir pagi ni,” Deli menuturkan. Mereka sedang menaiki tangga menuju ke kelas mereka di tingkat tiga.

Setiba di depan pintu kelas, Farhan menjenguk ke dalam kelas. Dilihat Prof. Tahir sudah mula mengajar.

“Tok tok!!” Kedengaran pintu kelas diketuk. Semua mata bertumpu ke arah pintu kelas. Faizah sudah dapat menduga siapakah gerangan makhluk yang datang lewat itu.

Farhan memulas tombol pintu. Mereka bertiga masuk ke dalam kelas dengan muka tidak bersalah dan senyuman yang tidak lekang di bibir.

“Assalammualaikum. Sorry Prof. we’re late,” Farhan menuturkan penuh hormat. Memang dia harus meminta maaf kerana telah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang telah bermula.

It’s ok, but next time, make sure you come early to class. If not, I will not allow you to enter the class.” Tegas Prof. Tahir menuturkan.

Serentak itu, Farhan, Afiq dan Deli mengangguk tanda faham dan berlalu mengambil tempat duduk masing-masing.

Farhan mengambil tempat di sebelah kanan Faizah manakala Afiq duduk di antara Faiz dan Mira. Deli pula mengambil tempat duduk di sebelah kiri Mira. Memang begitulah kedudukan mereka di dalam kelas semenjak mereka rapat.

Faizah menendang kaki Farhan di sebelahnya. Farhan memandang Faizah selamba. Melihat Farhan yang selamba, Faizah geram. “Apasal kau datang lambat?” Faizah membisikkan ke telinga Farhan. Farhan hanya buat muka toya tidak berdosa.

“Biasalah, aku mandi wajib tadi. Mestilah kena mandi betul-betul. Kalau tak, tak sah solat aku nanti.” Selamba Farhan menuturkan sambil mengenyetkan mata kepada Faizah.

Pantas tangan Faizah mencapai buku di atas meja dan menghempuk kepala Farhan. “Kalau tak lucah sehari tak boleh ke?” soalnya kepada Farhan dalam nada berbisik.

“Bila dengan kau je aku rasa nak melucah.” Farhan memamirkan senyuman nakal kepada Faizah sambil mengeluarkan bukunya dan menyelak halaman yang sedang diajar oleh Prof. Tahir.

“Gila punya orang. Malas aku nak layan.” Faizah kembali memfokuskan dirinya terhadap kuliah yang disampaikan oleh Prof. Tahir.

“Kau marah ke?” Farhan mula memancing perhatian Faizah setelah dilihat Faizah berdiam diri.

“Orang macam kau ni kalau marah pun tak guna. Macam tu juga,” Faizah menuturkan bersahaja. Memang begitu pendapatnya. Orang yang gatal ni jangan dilayan. Makin dilayan makin menjadi jawabnya.

“Aku saja jenak menyakat kau. Yang kau nak sentap apa hal? Bendera Jepun tengah naik ke?” Farhan masih lagi mengusik Faiz.

“Aku tak main bendera Jepun ni. Bendera Malaysia adalah. Tak ke kita duduk kat Malaysia bukannya kita duduk dekat Jepun. Tak taulah aku kot kau sekarang ni kat Jepun.” Faizah bertutur selamba dan buat-buat tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Farhan.

Afiq yang terdengar perbualan antara Farhan dan Faizah tertawa kecil. ‘Kelakar juga mereka berdua ni. Padanlah tu. Seorang perangai gila-gila, seorang lagi perangai selamba,’ bisik hati kecilnya.

“Kau sentap ke Faiz?” Afiq bertanya kepada Faizah. Tangannya masih laju mencatat nota yang dipaparkan di skrin.

“Mana ada,” Faizah menjawab sepatah.

“Merajuk cakap merajuk, biar senang Farhan memujuk. Suka cakap suka, biar senang Deli meluah rasa,” Afiq menambah lagi. Terkekeh-kekeh dia menahan ketawa.

Sebuah cubitan hinggap di tangan Afiq. Afiq menggosok-gosok tangannya. Bisa juga cubitan Faizah ni. Sebisa orangnya. Farhan tersenyum melihat perangai Faizah yang masih tidak berubah itu.

“Kau apa hal mulut tak ada insurans?” Faizah tidak suka diusik sebegitu. Baginya, dia tidak menaruh apa-apa perasaan kepada Farhan dan Deli. Begitu juga kepada Afiq. Mereka semua adalah sahabatnya.

Setelah sejam kuliah akhirnya tamat juga kuliah Prof. Tahir hari ini. Sedikit sebanyak dapat juga Faiz mengingat ilmu baru yang dipelajarinya tadi. Chemical bonding. Bab yang agak menarik untuk dipelajari namun agak susah juga untuk difahami.

Kini, mereka mempunyai masa terluang sehingga jam sepuluh untuk menanti kuliah seterusnya. Kelima-lima mereka menuju ke Perpustakaan Al-Bukhari.

SESAMPAI di Perpustakaan Al-Bukhari, mereka berlima menaiki tangga kerana bercadang untuk duduk di tingkat dua. Di sana keadaan lebih tenang dan kawasannya lebih luas.

Tiba di selekoh tangga, seorang jejeka telah melanggar Faizah. Habis bertaburan semua buku Faizah di situ. Melihatkan keadaan itu, Mira pantas tunduk dan mengutip buku-buku Faizah.

Jejaka tadi yang langsung pergi tidak mengucapkan hatta sepatah kata maaf pun mengundang rasa marah di hati Faizah. Dengan langkahnya yang laju, Faizah menapak menuruni tangga. Farhan, Afiq dan Deli terpana seketika melihat tindakan luar jangka Faizah itu. Entah apa yang mahu dilakukannya kepada jejaka itu.

Faizah kini semakin hampir dengan jejaka tersebut. Ditarik kolar jejaka tersebut dari belakang. Jejaka itu hampir terjatuh akibat tarikan yang kuat itu. Semua yang ada di foyer librarymelihat kejadian itu.

Eh, kau apa hal?” Jejaka itu bertanya seolah-olah tidak tahu apa salahnya kepada Faizah.

Wei der, kau tu apa hal? Dah pandai langgar orang sampai buku orang semua jatuh kat bawah, kau tak reti-reti ke nak minta maaf der?” Faizah sudah memeluk tubuhnya.

“Bila pulak aku langgar kau?” jejaka itu masih berpura-pura di hadapan berpuluh-puluh orang yang menyaksikan drama sebabak antara mereka berdua.

La, kau tak perasan ke? Mata letak mana der? Letak kat kepala lutut ke? Kalau letak kat kepala lutut pun comfirm kau nampak buku aku yang jatuh kat tangga tu tadi.” Faizah masih tidak mahu mengalah.

“Oh, tadi tu. Dah aku tak sengaja nak buat macam mana.” Senang sahaja jawapan yang diberikan oleh jejaka itu.

“Mak aku cakap, kalau lelaki kurang ajar macam kau ni, ni je cara nak ajarnya.” Sepantas itu tangan Faizah mencapai buku siswa lain yang lalu di sebelahnya sambil menghayunkan buku itu setinggi-tingginya. Mahu dilibas muka jejaka yang tidak tahu menghormati orang ini.

Tindakannya terbantut apabila dirasakan tiba-tiba tangannya dipegang oleh seseorang. Pandangannya dialihkan ke arah manusia yang selamba badak memegang tangannya itu. Mujur berlapik. Jika tidak, manusia itu juga akan menjadi mangsa libasannya.

“Kau mintak maaf jela. Susah sangat ke?” Farhan memulakan bicara untuk mengendurkan keadaan. Kata-kata itu ditujukan kepada jejaka yang telah melanggar Faizah tadi.

“Aku nak mintak maaf buat apa. Bukannya aku sengaja pun nak langgar awekganaskau ni,” jejaka itu menuturkan dengan wajah selamba.

“Susah sangat ke kau nak mintak maaf? Terang-terang kau yang langgar dia tadi sampai buku dia semua jatuh. Takkan kau tak nak mengaku kot.” Farhan masih berdiplomasi.

Wei, yang kau nak backup sangat tomboy ni apa hal?” Jejaka itu berasa panas apabila Farhan tidak menyebelahinya.

Eh, banyak cakap pulak mamat ni. Kau nak rasa penumbuk aku ke atau kau nak rasa libasan minah tomboyni?” Afiq sudah mula memberi pilihan.

“Kalau aku nak rasa tomboy ni boleh?” Kata-kata itu meluncur laju dimulut jejaka tadi.

“Kurang ajar.” Serentak itu Farhan melepaskan tumbukan ke muka jejaka tersebut.

“Kau kalau nak cakap macam tu dekat perempuan lain aku tak kisah. Tapi kau jangan sesekali cakap macam tu dekat awek aku ni. Pergi matilah kau.” Selesai menuturkan ayat itu, pantas Farhan menarik tangan Faizah untuk masuk kembali ke dalam perpustakaan meninggalkan jejaka tadi yang telah tersembam di atas lantai. Mira, Afiq dan Deli mengikuti mereka daripada belakang.

Farhan masih memegang pergelangan tangan Faizah hingga mereka sampai di meja yang selalu mereka gunakan untuk belajar di dalam perpustakaan itu. Setelah melepaskan tangan Faizah, Farhan mencerun memandang wajah cantik milik gadis itu.

“Duduk,” arahnya sepatah. Faizah yang pertama kali melihat Farhan versi raksasa yang seolah-olah mahu menelannya itu hanya bertindak mengikut arahan. Salah satu kerusi yang ada di meja itu ditarik dan Faizah duduk.

“Yang kau nak tunjuk hero kenapa? Ingat sikit kau tu perempuan Faizah.” Farhan menuturkan tegas sambil tangannya sudah memeluk tubuh. Geram dengan tindakan melulu yang di ambil oleh Faizah tadi.

“Kau sendiri nampak dia yang langgar aku. Boleh pulak dia blah macam tu je,” Faizah membela dirinya sendiri.

Afiq, Deli dan Mira masing-masing sudah mengambil tempat mereka di meja itu dan hanya menjadi pemerhati drama sebabak antara Farhan dan Faizah.

“Dah tu, kalau kau dah cakap macam tu pun dia buat selamba, kau nak buat apa lagi? Blah je la. Orang macam tu jangan dilayan.” Farhan masih lagi tidak berpuas hati dengan Faizah. Dia tahu memang jejaka itu bersalah, namun Faizah juga harus belajar untuk berdiplomasi. Jangan hanya bertindak sewenang-wenangnya tanpa memikirkan akibat yang akan diterima olehnya pada masa akan datang.

“Aku malas nak dengar. Kau pergi duduk tempat lain la Farhan. Sakit mata aku tengok kau dekat sini. Kau jangan tunjuk muka kau kat aku sepanjang hari ini.” Tegas juga Faizah menuturkan tanpa memandang wajah Farhan. Hatinya geram kerana Farhan seolah-olah menyalahkannya pula. Sudah terang lagikan bersuluh. Kalau suluh pakai lampu picit tu boleh jugalah diterima kalau orang lain kata mereka tidak melihat lelaki itu melanggarnya. Ini sudah disuluh menggunakan sportlight. Mustahil tidak nampak siapa yang bersalah.

Afiq yang sedari tadi memerhati akhirnya menghamburkan tawa. “Kau orang berdua ni dah macam laki bini dah aku tengok. Baguslah tu, Yang seorang marah, yang seorang lagi merajuk,” tuturnya bersama ketawa yang masih bersisa.

Kini, Farhan dan Faizah masing-masing menghempukkan buku ke kepala Afiq dan mereka berdua berkata serentak. “Kalau kita orang berdua laki bini pun, apa hal kau nak sibuk? Kau jealous?” Dan akhirnya mereka semua menghamburkan tawa.

“Dik, kalau tak nak belajar silakan keluar,” tegur seorang pegawai yang bertugas di dalam perpustakaan itu apabila dia mendengar suara mereka berlima agak mengganggu pelajar lain yang berada di dalam ruangan itu.

Sorryabang. Tak sengaja. Budak sewel ni buat lawak. Tak tahan kitorang nak menahan gelak,” Farhan meminta maaf seraya menerangkan keadaan yang berlaku di situ.

Pegawai itu sekadar mengangguk dan meninggalkan mereka berlima di situ. Kini mereka semua telah membuka buku masing-masing untuk mengulang kaji pelajaran yang diajar oleh Prof. Tahir pagi tadi. Semuanya fokus dan tidak bersuara. Masins-masing sibuk menelaah pelajaran.

Begitulah kelakuan mereka. Saat mereka bergurau-senda, mereka akan bergurau sepenuh hati. Namun apabila tiba waktu untuk belajar, mereka akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Mereka masuk di UiTM Jengka ini membawa harapan ibu bapa, kerana itu mereka tidak akan sesekali mempersia-siakan peluang yang mereka ada.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.