Home Novel Cinta Dalam Diam Ku Mencintaimu
Dalam Diam Ku Mencintaimu
Isha Idiaz
6/11/2012 20:23:11
44,219
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

BAB 04

SEDAR tidak sedar, sudah hampir dua bulan mereka berada di UiTM Jengka ini. Kini mereka semakin sibuk. Assignment semakin banyak, lab reportjuga semakin bertimbun. Mana tidaknya, dalam masa seminggu, tiga kali mereka masuk ke makmal untuk melakukan eksperimen. Satu hari untuk makmal Biologi, satu hari untuk makmal Fizik dan satu lagi untuk makmal Kimia.

“Assalammualaikum semua.” Miss Liza berjalan masuk ke ruangan makmal Fizik dan menuju ke meja pensyarah di hadapan.

“Waalaikummussalam miss,” semua pelajar ASD1SH menjawab.

“Okey, ada yang tak pakai lab coat hari ini?” soal pensyarah muda itu. Matanya meliar memandang setiap pelajar yang ada di dalam makmal itu. Matanya melekat pada Farhan. Biji matanya hampir terkeluar melihat Farhan yang masih bersahaja menulis sesuatu di lab manualnya tanpa mengenakan lab coat.

Faizah yang sedar wajah pensyarah muda itu berubah pantas menyepak kaki Farhan. ‘Haila budak ni. Boleh pulakdia buat bodoh je. Suka betul carik fasal,’ getusnya dalam hati. Setakat ini, kumpulannya memang bermasalah setiap kali waktu makmal kerana manusia bernama Farhan ini.

Farhan hanya mengangkat mukanya sedikit memandang Faiz. “Ya sayang, kenapa tendang-tendang ni? Nak abang kiss ke?” ujarnya dengan mata yang menggoda.

Kiss apanya Farhan oii. Cuba kau tengok missdekat…” kata-kata Faizah mati di situ apabila MissLiza sudah menghampiri meja kumpulan mereka dan berdiri di sebelah Farhan.

“Awak nak kiss siapa Farhan?” soal Miss Liza sambil mencubit lengan kiri Farhan sekuat hatinya.

“Adoiiiiiiiiii, sakitlah miss. Miss ni sama je macam Faiz. Ganas betul.” Farhan sudah mula menggosok-gosok lengannya yang dicubit Miss Liza tadi. “Cubalah datang dekat saya ni belai-belai tangan saya ni ke, ada juga maknanya,” tambah Farhan lagi.

“Oh, nak belai-belai ya. Meh saya belai awak Farhan.” Satu lagi cubitan MissLiza hinggap di lengan kanan Farhan pula.

Faizah membuat muka mengejek Farhan. ‘Padan muka. Tak habis-habis menggatal. Amik kau,’ hati kecilnya berbisik. Namun kasihan juga apabila dia melihat Farhan dicubit oleh MissLiza. Faizah juga pernah merasa cubitan Miss Liza itu. Memang sedap, macam spaghetti cili api. Pedas dan berapi.

“Mana lab coat awak Farhan?” Miss Liza mula menyoal siasat.

Miss tanya Faiz tu mana lab coatsaya. Isteri saya tu pemalas sikit miss. Dia tak cuci lagi lab coat saya,” selamba sahaja Farhan menjawab sambil mulutnya dimuncungkan ke arah Faizah. Miss Liza mencerunkan pandangannya kepada Faizah pula.

‘Eh, aku pulak yang kena. Sejak bila pulak aku jadi isteri kau. Nak kena budak ni,’ Faizah sudah menyumpah dalam hati. Faizah geram dengan perangai Farhan yang tak habis-habis nak menariknya sekali dalam semua masalahnya.

“Sejak bila pulak aku jadi isteri kau ha! Gatal betul budak seekor ni,” Ujar Faizah seraya mula membongkar beg Farhan yang diletakkan di sebelah kerusinya.

“Nah! Ni isteri kau bagi lab coat yang kau tak basuh seminggu.” Faizah melempar lab coat itu ke paha Farhan. Afiq, Deli dan Mira terkekeh-kekeh ketawa melihat gelagat Faiz yang sememangnya ganas itu.

“Terima kasih isteri sebab tolong ambilkan lab coat I. Meh I kiss isteri Isekejap,” Farhan masih mahu mempermain-mainkan Miss Liza dan Faizah.

Sebelum sempat dia merapatkan bibirnya ke pipi Faizah, kali ini kedua-duanya baik Farhan mahupun Faizah meraung kesakitan.

“Aaaaaaaaaaaaa Miss, lepaskan. Adeh, sakitnya... Miss lepaskan saya.” Sama kuat raungan Farhan dan Faizah di makmal itu.

“Ha, taupun sakit. Sempat pula kamu berdua nak buat drama depan saya ya,” Miss Liza menuturkan dengan nada geram. Miss Liza, seorang pensyarah muda yang hampir sebaya dengan mereka. Orangnya kecil molek, namun sangat garang. Namun, entah kenapa Farhan dan Faizah tidak takut kepadanya seperti pelajar-pelajar lain.

Miss, lepaslah. Miss tengok sekarang dah pukul berapa. Kalau tak sempat nak buat eksperimen nanti macam mana?” Faizah cuba mengalihkan tumpuan Miss Liza agar cubitan yang masih melekat di tangannya dan Farhan dilepaskan.

‘Mak aii.. Hot and spicy. Macam ayam goreng KFC.’ Farhan bertutur dalam hati. Rasa kasihan terbit di hatinya apabila melihat muka Faizah menahan kesakitan.

Miss Liza memandang sekilas jam yang tergantung kemas di dinding depan. ‘Ya tak ya juga. Melayan budak berdua ni nanti sampai bila pun lab tak mula,’ fikirnya dalam hati. Cubitan dilepaskan. MissLiza berlalu pergi mengambil tempatnya di meja pensyarah di hadapan makmal. Farhan dan Faiz masing-masing menggosok-gosok bekas cubitan Miss Liza tadi yang masih terasa pedih.

“Farhan, pakai lab coat awak tu. Awak jangan main-main dengan saya. Saya tolak carry mark awak nanti,” tegas Miss Liza menuturkan ayat itu.

Miss ni main ugut-ugut pulak eh. Yelah, saya pakailah ni. Kalau miss tolak carry marksaya, siap Miss,” kali ini Farhan pula yang mengugut Miss Liza. Satu kelas di dalam makmal itu ketawa mendengar ugutan Farhan terhadap Miss Liza. Miss Liza malas mahu melayan Farhan yang tidak pernah makan saman. Cakaplah apa pun, tidak pernah Farhan tidak melawan. Pasti ada sahaja jawabnya nanti.

“Diam semua. Hari ini kita akan buat eksperimen ketiga. Ambil semua bahan-bahan dan awak boleh mulakan eksperimen. Kalau tidak faham, boleh tanya saya,” Miss Liza sudah memberikan arahan. Semua pelajar mula bangun mengambil barang-barang untuk melakukan eksperimen ketiga ini melainkan kumpulan Farhan.

Faizah membuka lab manual dan mula membaca alat-alat yang bakal digunakan dan cara kerja untuk melakukan eksperimen ini.

EXPERIMENT 3

NEWTON’S SECOND LAW

The second law states that the net force on a particle is equal to the time rate of change of its linerar momentum  p in an inertial reference frame :

F = dp/dt = d (mv) /dt ,

where, since the law is valid only for constant-mass systems, the mass can be taken outside the differentiation operator by the constant factor rule in differentiation. Thus,

F = m (dv/dt)= ma ,

where F is the net force applied, m is the mass of the body, and a is the body's acceleration. Thus, the net force applied to a body produces a proportional acceleration.

Any mass that is gained or lost by the system will cause a change in momentum that is not the result of an external force. A different equation is necessary for variable-mass systems

Equipment:

1. Strings of several lengths, ranging from 20 inches up to 60 inches.

2. One or more lead sinker weights of about an inch in dimension.

3. A stopwatch for timing the swinging of the weights.

4. A container (tub size) for water and oil

5. A means of securing the top of the string so that the pendulum can be hung securely.

Experiment 1

1. Attach weight to the shortest string, then attach the other end of the string to a support, such as shown in Figure 2.

2. Measure the length of the string.

3. Lift the bob (keeping the string taut) so that the stringangle from the vertical is about 15 degrees

4. Let go of the bob without pushing it. Note the time when it is released, and count the bob’s return for 10 cycles.

5. Note the time when the 10th cycle is completed. The period is this time is divided by ten.

6. Repeat the measurement several times and take the average result.

7. Then repeat the experiment for several lengths ranging from 20-60 inches.

8. If you do this and plot your data on a graph of period (time) as a function of pendulum string length, your data should fall on a curve as shown in Figure 3.

9. Finally, calculate the periods from equation 1 and compare the results to your experimental graph. You should also try different weights on the strings to see if the period changes (for a given length). See Figure 2, where two different weights are shown on strings of the same length.

Experiment 2

1. Have a friend swing on a swing set through a small amplitude (again say 15 degrees).

2. Measure the time for 10 complete swings.

3. Divide the time that you measured by 10 to get the period in seconds.

4. Now, by reading values off the following graph in Figure 4, you can determine length of the swing.

Experiment 3

1. A final elementary test we can try is to swing the pendulum through different amplitudes and measure the period.

2. The results of this experiment will show that the period does not change as we change the amplitude of oscillation, for small angles.

“Banyaknya eksperimen. Satu eksperimen siap ada tiga anak lagi. Nasib baik tak ada cucu cicit dia sekali,” Faiz mengeluh sebaik sahaja habis membaca eksperimen yang harus dilakukan oleh mereka.

“Macam nilah, aku tahu kau orang tak suka buat eksperimen. So, biar aku, Afiq dengan Deli yang buat eksperimen, Mira jaga stop watch, kau Faiz, jadi secretary je. Setuju?” Farhan sudah membahagikan tugas mereka untuk eksperimen kali ini.

“Ok on,” kelima-lima mereka berkata serentak dan mula bekerjasama untuk menyiapkan eksperimen kali ini.

MissLiza yang hanya memerhati gelagat lima orang pelajarnya ini sejak tadi hanya tersenyum. Dia akui, sungguhpun mereka berlima ini agak nakal dan suka mengusiknya di dalam kelas mahupun di dalam lab, namun apabila melakukan sesuatu, mereka sangat teliti. Mereka merancang dan membahagikan tugas masing-masing dahulu sebelum melakukan apa-apa eksperimen. Walaupun mereka memulakan eksperimen agak lewat, nanti di penghujungnya, kumpulan mereka yang akan siap lebih awal daripada yang lain.

Faizah sudah mula mengambil barang-barang yang diperlukan yang disimpan di rak mahupun di dalam almari. Mira pula sudah mula memotong benang-benang mengikut ukuran yang ditetapkan. Farhan,Deli dan Afiq masing-masing membaca kembali cara kerja agar mereka lebih faham.

Setelah semuanya lengkap, eksperimen dimulakan. Ladung yang sudah diikatkan dengan tali diikat pula di kaki retort. Sebaik sahaja Afiq melepaskan ladung, Mira menekan jam randik, Farhan menghitung ayunan ladung dan Faizah bersedia mencatat hasil eksperimen. Selesai mengulang eksperimen ini sebanyak tiga kali, mereka beralih ke eksperimen kedua.

Kini eksperimen kedua. Afiq mula mengayunkan ladung dalam posisi 15 darjah. Namun, ayunan ladung tadi tersasar dan mengenai muka Farhan.

“Kau nak mati eh Afiq?” spontan Farhan memberi amaran kepada Afiq.

Sorrylah Farhan. Bukan aku sengaja nak attack bagi kena muka kau,” Afiq menjawab tenang. Memang bukan sengaja dia mahu membiarkan ladung besi itu menghentam muka Farhan walaupun mahu juga dia melakukan sebegitu jika diberi peluang.

“Dahlah tu. Cepat buat, cepat habis, cepat balik. Kau orang nak gaduh nanti lepas dah siap eksperimenlah,” Faiz mula campur tangan. ‘Ish, sentap pulak si Farhan ni. Kena sikit je pun,’ Deli pula mengomel dalam hati.

“Betul tu cakap Faiz. Saya tak nak lama-lama dalam makmal ni. Sekejap lagi kita ada lab Biologi pula,” Mira menambah.

“Yelah, start balik Afiq.” Farhan mula serius kembali.

Kini, Afiq lebih berhati-hati mengayun ladung. Dan kali ini eksperimen berjaya dilakukan. Setelah mencatat hasil eksperimen, mereka meneruskan eksperimen ketiga. Hampir satu jam setengah juga masa yang mereka ambil untuk menyiapkan eksperimen hari ini. Setelah menghantar data hasil eksperimen sementara kepada Miss Liza, mereka berlima meninggalkan Makmal Fizik dan berehat sebentar di Taman Tenet yang terletak di hadapan Perpustakaan Al-Bukhari.

“FAIZ,kau nak makan or minum apa-apa tak? Aku nak pergi koperasi ni,” Farhan bertanya kepada Faizah.

“Kau nak pergi koperasi mana? Koperasi atas ke koperasi sini je?” Persoalan dijawab oleh persoalan. Begitulah sifat Faizah. Dia tidak suka menjawab soalan tetapi sangat suka menanyakan soalan.

“Hai, takkan tanya Faiz seorang je. Aku ni kau tak nak tanya ke Farhan?” Kata-kata Deli berbaur cemburu.

“Kau tu ada kaki boleh pergi sendiri. Faiz ni cacat sikit Deli. Kau tak tahu ke?” Farhan menuturkan dengan deraian tawa. Afiq dan Mira juga sudah terkekeh-kekeh ketawa. Deli sudah menarik muka. Faizah seperti biasa hanya memamirkan muka tiada perasaannya.

“Cepatla Faiz, kau nak apa-apa tak? Kau tu dahlah ada gastrik. Nanti kalau kau pengsan dalam lab siapa nak bagi CPR? Aku juga yang kena bagi CPR sebab kau isteri aku.” Senyuman di bibir Farhan semakin melebar apabila dilihat muka Faizah sudah memerah.

“Sejak bila pulak orang pengsan kena bagi CPR Farhan Faizuddin? Komander Kesatria Negara ajar kau macam tu ke masa kokurikulum?” Sengaja Faizah mahu mengenakan Farhan. Geram juga kerana sering kali dia dijadikan bahan ketawa oleh Farhan.

“Sejak kau dah jadi isteri akulah. Sejak tulah keluar fatwa kalau kau pengsan je aku kena bagi CPR.”

“Malas betul melayan kau ni Farhan. Sejak bila pulaklah aku jadi isteri kau,” Faiz mengomel sambil tangannya melipat lab coatdan dimasukkan ke dalam beg.

“Sayang duduk sini jelah ye. Abang belikan sayang sandwich dengan air soya nanti. Tunggu abang balik tau,” Farhan berseloroh lalu berlari-lari anak meninggalkan meja itu. Faizah yang bengang dengan kata-kata Farhan terus membaling botol air mineral yang kosong tepat mengenai belakang badannya.

“Isteri abang ni memang ganaslah. Lipatkan sekali lab coat abang tu sayang,” Farhan menjerit dari kejauhan. Kelihatan dia dan Afiq masih menahan tawa di tangga yang menuju ke koperasi di Blok Pensyarah itu.

Faizah mendengus kesekian kalinya kerana geram dengan perangai gila-gila Farhan. Mira yang ada di situ hanya ketawa melihat Faizah. Melihat Mira ketawa, Faizah mula bertanya. “Awak kenapa ketawa Mira? Gelakkan saya ya?”

“Kelakarlah saya tengok awak dengan Farhan ni. Dua-dua pun suka menyakat,” Mira menjawab jujur.

“Dia tu tak betul sikit. Sakit otak agaknya. Suka suki dia jecakap saya ni isteri dia. Geram betul,” Faizah menuturkan sambil tangannya membuka beg Farhan. Lab coat Farhan dikeluarkan dan dilipat kemas.

“Memang betul pun awak tu dah macam isteri dia. Tengok tu, lab coat dia pun awak tolong lipatkan,” Mira menuturkan bersahaja.

“Mira, awak jangan nak mula. Nanti saya tak bagi awak masuk bilik bila dah balik Kompleks,” Faizah berkata seolah-olah mengugut Mira. Lab coat Farhan yang sudah siap dilipat dimasukkan kembali ke dalam begnya.

“Faiz, lipatkan sekali lab coat aku ni,” Deli mengarahkan.

“Ingat aku kuli kau ke? Lipat sendirilah,” tutur Faizah kasar. Pantas tangannya membelek-belek lab manual Biologi yang sudah dikeluarkan tadi. Dia mahu membaca sepintas eksperimen Biologi yang akan dilakukan sebentar nanti.

“Amboi, dengan aku tak boleh, dengan Farhan semua pun boleh,” Deli menuturkan dalam nada menyindir.

Shut up your mouthlah Deli. Yang kau nak sensitif tiba-tiba ni kenapa? Kan kau ada tangan, lipatlah sendiri.” Faizah juga tidak tahu kenapa sekarang ini Deli sering berkelakuan aneh. Terlalu sensitif dalam segala-galanya.

Farhan yang melihat Faizah seolah-olah marah berlari-lari anak ke tempat duduk mereka di Taman Tenet itu setelah membeli sandwich, air soya dan aiskrim. Afiq hanya membiarkan Farhan. Dia tahu pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Farhan daripadanya mengenai Faizah. Mungkin Farhan menaruh hati kepada Faizah.

“Nah Faiz. Ni air soya kesukaan kau dengan sandwich. Yang ni pula aiskrim.” Farhan menuturkan sambil meletakkan satu persatu makanan dan minuman itu di meja depan Faizah.

Thanks.” Faizah menuturkan perlahan. Tangannya mencapai aiskrim dan terus digigit aiskrim itu. ‘Duhai hati, sejuklah engkau,’ hatinya berbisik. Entah kenapa dia berasa marah apabila Deli berkata begitu tadi.

Melihat Faizah yang diam tidak berbicara, Farhan tidak mengusiknya. Di hulurkan aiskrim dan air kepada Mira dan juga Deli. Dipandang wajah Faizah. Merah. Sungguh Faizah sememangnya sedang marah. Dia tahu itu. Faizah tidak banyak bicara jika marah. Dia hanya memendamnya seorang. Mulut Faizah sedikit comot apabila aiskrim yang digigitnya mulai cair. Farhan yang melihat terus mengeluarkan sapu tangannya dan mengesat mulut Faizah. Faizah yang terperanjat dengan tindakan Farhan itu terus kaku seperti patung.

“Aku tolong kesatkan mulut kau tu. Comot.” Farhan menerangkan dan meletakkan sapu tangannya di atas meja. Faizah hanya mengangguk tanda faham. Mira dan Afiq hanya tersenyum melihat kemesraan mereka.

“Kau beli apa tadi?” Faizah bertanya kepada Farhan apabila dilihat Farhan tidak menjamah apa-apa sejak tadi.

“Aku tak beli apa-apa pun. Kau tu cepat makan sandwich tu. Nanti gastrik,” Farhan memberikan arahan diktator kepada Faizah. Hati Faizah sedikit terusik. ‘Sayang juga Farhan ni dekat aku,’ bisik hatinya.

Faizah membuka pembalut sandwichitu. “Nah,” tuturnya sambil menghulurkan sekeping sandwich kepada Farhan.

“Tak payah, kau tu makan,” Farhan menolak.

Faizah terus menyuapkan sandwich tadi ke dalam mulut Farhan. Mahu tidak mahu, Farhan harus mengunyah juga sandwich yang telah disumbatkan oleh Faizah ke dalam mulutnya. Wajah gadis disebelahnya ini masih seperti tadi. Belum reda lagi marahnya.

Selesai menikmati sandwich, Faizah bangun mendahului yang lain dan membuang sampah ke dalam tong yang disediakan di situ. Setelah itu mereka sama-sama menuju ke Makmal Biologi yang terletak di tingkat dua bangunan makmal pula.

FAIZAH, Farhan, Mira, Shafik dan Deli masing-masing duduk sebaris di meja paling hadapan di dalam makmal biologi itu.

“Assalammualikum semua,” Puan Ainun memberi salam. Begnya diletakkan di atas meja.

“Waalaikummussalam,” serentak mereka menjawab. Kepantangan Puan Ainun apabila salamnya tidak berjawab. Teringat kali pertama Puan Ainun masuk ke kelas dan salamnya tidak berjawab, satu jam mereka harus menadah telinga mendengar wanita separuh umur itu memberikan ceramah.

“Kamu bertiga dekat depan ni perempuan ke?” soal Puan Ainun dengan nada serius. Puan Ainun memang terkenal dengan perwatakan yang garang dan serius. Jika diadakan undian SMS untuk mengetahui siapakah pensyarah yang paling garang dalam Fakulti Sains Gunaan, pasti Puan Ainun bakal mengumpulkan undian SMS yang terbanyak.

“Puan nampak kami macam perempuan ke?” Farhan sudah memulakan loyar buruknya.

Faizah sudah menendang kaki Farhan. ‘Budak ni mulut memang tak makan saman betul,’ kutuknya dalam hati.

“Kalau bukan perempuan pindah ke belakang. Jangan nak gatal-gatal duduk bercampur lelaki perempuan,” tegas Puan Ainun menuturkan.

“Bukan nak buat apa pun Puan. Nak buat eksperimen je kot,” Farhan masih belum mengalah. Mahu ditundukkan singa buas dihadapannya kini.

“Farhan, kalau awak tak nak pindah, awak boleh keluar daripada makmal,” suara Puan Ainun sudah meninggi.

“Puan ni tak bestlah. Cuba sporting sikit. Puan, orang tua-tua cakap kalau marah-marah nanti kita cepat tua. Haaa, Puan nak cepat tua ke?” sempat lagi Farhan mengusik pensyarah yang sudah separuh umur itu.

Puan Ainun mengurut dadanya. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Sungguh, Muhammad Farhan Faizuddin ini seorang sahaja yang langsung tidak takut kepadanya.

“Farhan, sakit jantung saya ni melayan kamu,” akhirnya Puan Ainun berbicara. “Faizah, awak jelah yang boleh nasihatkan Farhan ni nampaknya,” Puan Ainun sudah mengalah.

Faizah yang kasihan melihat Puan Ainun disakat oleh Farhan menjegilkan matanya kepada Farhan.

“Pergilah pindah. Kesian Puan tu. Nak jugak menang dengan orang tua,” Faizah menuturkan sambil mengetap giginya. Farhan yang sejak awal tadi sudah tahu angin Faizah tidak baik pantas bangun dan duduk di barisan lelaki. Begitu juga dengan Afiq dan Deli. Kini, barisan hadapan dipenuhi oleh pelajar perempuan.

“Okey, sekaranng kita akan melakukan eksperimen empat. Baca dahulu langkah kerja dan awak boleh mulakan sekarang,” Puan Ainun berkata.

Semua pelajar mengambil mikroskop satu untuk setiap kumpulan dan selebihnya menyediakan alat dan bahan untuk eksperimen melihat sel kulit bawang ini. Eksperimen di Makmal Biologi merupakan satu-satunya eksperimen yang menyebabkan lima sekawan itu terpisah.

Setelah satu jam eksperimen berjalan, dalam diam, Faizah sudah di meja Puan Ainun.

“Puan,” tuturnya perlahan.

Puan Ainun mengangkat muka. “Ya Faizah, kenapa?” soal Puan Ainun penuh tanda tanya.

“Dada Puan sakit lagi?” soal Faizah berhati-hati.

“Awak risaukan saya ya Faizah,” Puan Ainun menuturkan sambil memegang tangan Faizah. Di usap-usap tangan anak gadis itu.

“Saya minta maaf bagi pihak Farhan. Puan janganlah ambil hati ya dengan perangai Farhan. Dia memang suka mengusik,” terang Faizah panjang lebar.

“Ya, saya tahu. Kamu janganlah risau ya. Ni eksperimen kamu sudah siap?” Puan Ainun memandang pelajar yang lain sedang tekun membuat eksperimen masing-masing.

“Sedikit lagi Puan,” ujar Faizah. Rasa bersalahnya atas tindakan Farhan tadi masih belum hilang. Dia sudah menganggap Puan Ainun seperti mamanya sendiri.

“Sekarang siapkan eksperimen kamu dulu ya. Saya okey,” Puan Ainun mengarahkan.

“Terima Kasih Puan,” ujarnya lagi dalam nada bersalah.

Puan Ainun hanya menganggukkan kepalanya. Dari mejanya, dia melihat Faizah kembali ke tempatnya dan meneruskan eksperimen. Faizah,anak yang baik. Walaupun daripada luar kelihatan kasar, namun hatinya sungguh lembut. Dia senang dengan Faizah. Sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Terusik hatinya sebagai seorang ibu. Pasti sejuk perut ibu yang mengandungkan anak gadis itu.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.