Home Novel Cinta Dalam Diam Ku Mencintaimu
Dalam Diam Ku Mencintaimu
Isha Idiaz
6/11/2012 20:23:11
44,217
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

BAB 09

PEJAM celik pejam celik sudah hampir ke penghujung semester. Sebelum tamat semester, siswa siswi semester pertama harus mengikuti kem sebagai salah satu syarat untuk lulus aktiviti kokurikulum.

“Dah kemas barang ke untuk kem nanti?” Deli datang menghampiri Faizah dan duduk di sebelahnya.

“Dah. Malam tadi.” Faizah masih membaca nota Biologi yang ditulisnya dalam lembaran-lembaran kertas yang dilipat kemas.

“Jangan lupa bawa Ya’asin. Kem Sri Gading tu bahaya sikit,” ujar Deli prihatin.

“Kau tu dah siap kemas barang ke belum?” Faizah sekadar berbasa-basi.

“Aku balik nanti baru kemas. Pukul berapa kita kena kumpul?” Deli menyoal kembali.

“Pukul empat dekat Padang Kawat. Agak-agak boleh tak aku nak skip benda ni?” soal Faizah dengan suara mendatar.

Apasal kau nak skip? Tak sihat ke?” Muka Deli sudah kelihatan cemas.

Nope. Nothing. Saja.” Faizah terus bangun meninggalkan Deli yang masih terpinga-pinga.

Akhir-akhir ini perangai Faizah agak pelik. Begitu juga dengan Farhan. Kedua-duanya tidak banyak bicara. Malah Faizah seolah-olah menjauhkan diri daripada mereka. Deli yang tidak berpuas hati dengan jawapan Faizah tadi menghampiri Farhan yang masih termenung memandang pelajar yang lalu lalang di luar kelas. Entah di mana fikirannya ketika ini.

“Kau kenapa Farhan? Termenung je aku tengok. Ada masalah ke?” ujar Deli sambil menepuk-nepuk bahu Farhan.

“Tak ada apalah. Aku okey je. Tak payahlah risau,” ujarnya perlahan. Satu keluhan berat dilepaskan. Pandangannya dihalakan kembali ke luar kelas.

“Apalah masalah kau orang berdua ni. Faiz pun macam ni juga. Kau orang gaduh ke?” Deli terus kepada topik yang ingin dibicarakan bersama Farhan.

Satu keluhan dilepaskan lagi. Farhan meraup mukanya. Faizah. Nama itu yang membuatkan dirinya sebegini. Nama itu yang membuat dia membawa hati.

“Cuba kau cerita dekat aku apa sebenarnya terjadi,” Deli cuba berdiplomasi.

Peristiwa sabtu lalu sewaktu di Bandar Jengka bermain semula di layar matanya umpama sedutan-sedutan filem yang akan ditayangkan di pawagam. Kolam matanya sudah berkaca.

She needs time. Me too,” ujar Farhan ringkas. Pantas dia berlalu meninggalkan Deli yang mati kebuntuan di situ.

PANDANGAN mata mereka bertemu lagi. Wajah bujur milik Faizah ditatap penuh kasih. Gadis ini walau secara zahir kelihatan kasar, namun jika direnung dengan dalam sangat ayu wajahnya. Dengan bibir yang nipis, lesung pipit di pipi kiri dan mata yang bulat itu menambah keayuannya lagi. Faizah yang perasan dirinya diperhati oleh Iskandar menundukkan wajahnya.

Iskandar menghela nafas. Senyuman diukirkan. “Faz dah kemas barang untuk petang ni?” Perlahan sahaja nada suaranya.

“Sudah,” ringkas Faizah menjawab. Matanya memandang siswa siswi yang lalu-lalang di hadapan Perpustakaan Al-Bukhari itu. Masing-masing berebut-rebut untuk ke ruang kuliah. Mujur kuliahnya telah tamat ketika itu. Dapatlah dia ke sini menemui Iskandar.

Mira yang duduk di kerusi berdekatan sekadar memerhati. Tadi sewaktu tamat kuliah Fizik, Faizah mengajak dia menemaninya menemui Iskandar. Kerana itu dia berada di sini.

“Faz marah lagi ke dekat abang?” Iskandar masih cuba mengajak Faizah untuk berbual. Sebenarnya dia risau melihat keadaan Faizah akhir-akhir ini. Mukanya pucat. Mungkin sakit atau mungkin juga tidak cukup tidur.

Faizah mengalihkan pandangannya menatap wajah Iskandar. Mata Iskandar direnung dalam. “Untuk apa nak marah?” soalnya kembali.

Iskandar tersenyum lagi. Nyata Faizah masih marah dengan kejadian sabtu lalu. “Abang tengok Faz macam dah lain je dengan abang sekarang ni,” tenang Iskandar menuturkan.

Keningnya berkerut. “Lain yang macam mana?” Faizah kembali bertanya.

“Yelah, message abang pun tak reply dah. Abang callpun Faz tak angkat.” Wajah Faizah masih ditatap. Dicari kebenaran dari sepasang mata milik Faizah.

Keluhan dilepaskan. Pandangannya dibuang ke dedaun yang bergoyang ditiup angin petang itu. “Kredit tak ada nak reply message. Tak perasan abang call,” rendah sahaja suaranya memberikan alasan yang tidak mungkin dapat diterima oleh akal orang normal seperti Iskandar. Namun dia tidak peduli. Asalkan dia dapat menjawab semua soalan yang ditanyakan oleh Iskandar, itu sudah cukup baik.

Mira sudah memandang jam tangannya. Hampir jam dua tiga puluh minit. Mereka harus bersiap-siap sebelum berkumpul di Padang Kawat untuk ke kem kokurikulum jam empat nanti. Mira bangun dan menghampiri Faizah.

Iskandar sekadar memerhati Mira membisikkan sesuatu ke telinga Faizah. Dilihat Faizah mengangguk-anggukkan kepalanya.

Setelah Mira berlalu, Faizah mengangkat wajahnya memandang Iskandar. “Faz nak balik dulu. Nak siap-siap untuk petang nanti,” ujarnya perlahan.

Iskandar melihat jam yang dipakai di pergelangan tangan kanannya. Kemudian dia mengangguk perlahan tanda faham. “Baiklah, jangan lupa bawa ubat gastrik dan mana-mana ubat yang Faz biasa makan. Kita jumpa petang nanti,” Iskandar sekadar mengingatkan. Dia juga belum mengemas barang yang harus dibawa ke kem. Dia menjadi fasilitator untuk kem ini memandangkan dia salah seorang komander.

Faizah mencapai buku di atas meja dan bingkas bangun. Setelah menapak beberapa langkah, dia menoleh kembali ke arah Iskandar. “Assalammualaikum abang,” tuturnya sopan. Sebuah senyuman diukirkan.

Iskandar mengangguk perlahan dan menjawab salam di dalam hatinya. Senyuman Faizah yang menyerlahkan lesung pipitnya di pipi kiri itu benar-benar menggetarkan nalurinya. Cepat-cepat dia beristighfar di dalam hati dan meraup-raup mukanya.

Setelah hatinya agak tenang, Iskandar juga berlalu pulang ke Kolej Kediaman Siswa untuk mengemas barang-barang yang harus dibawa ke kem petang nanti.

“MASUK barisan gerak!!” Komander Rid sudah memberikan arahan. Semua siswa siswi Ko-PBSM sudah beratur bertiga-tiga memasuki barisan mengikut fakulti masing-masing.

“Assalammualikum semua.” Walaupun pemilik suara itu bertubuh kecil, namun suaranya mampu memecahkan gegendang telinga sesiapa yang mendengarnya.

“Waalaikummussalam,” semua pelajar menjawab salam yang diberikan oleh Komander Rid.

“Ada sesiapa yang tidak sihat hari ini?” Mereka sudah boleh menghafal soalan ini. Soalan lazim ini yang sering ditanyakan oleh Komander Rid sejak mereka MMS lagi. Semua hanya mendiamkan diri.

Iskandar sekadar memerhati. Matanya mencari-cari Faizah. Akhirnya matanya berhenti pada wajah yang dirinduinya itu. Dilihat Faizah berdiri di barisan paling belakang. ‘Mungkin kerana dia tidak mahu mencari masalah dengan Rid’, bisik hatinya.

Faizah membuat muka bosan. Sungguh hatinya panas setiap kali melihat atau mendengar suara Komander Rid. Entah kenapa dia merasa begitu.

Iskandar yang tidak tahan melihat Faizah membuat berbagai-bagai memek muka di belakang sewaktu Komander Rid memberikan taklimat akhirnya tertawa juga. Mulutnya ditekup dengan tangan agar tidak terlihat oleh sesiapa.

Namun Mira yang sedari tadi memerhati tindak-tanduk Iskandar dengan pantas memandang Faizah yang berdiri di sebelahnya. Dapat dilihat Faizah sedang membuat memek muka menyampah seolah-olah mengejek Komander Rid di hadapan. Mira juga tertawa. ‘Patutlah Abang Is gelak-gelak dekat depan tu. Rupanya Faiz ni buat muka,’ bisik hati Mira.

Akhirnya Mira menendang kaki Faizah sedikit. Faizah yang terperanjat menoleh ke arah Mira dengan muka tidak puas hati. Keningnya diangkat bagai ingin menanyakan kepada Mira kenapa dia ditendang tadi.

“Elok-elok sikit muka tu. Awak tengok Abang Is dekat depan tu dah gelak-gelak pandang awak buat muka tu daripada tadi,” tuturnya seolah-olah berbisik agar suaranya tidak didengari oleh orang lain sambil memuncungkan bibirnya ke arah Iskandar.

Faizah memandang ke arah Iskandar. Iskandar masih menutup mulutnya. Kelihatan kedutan di tepi matanya menandakan memang dia sedang tertawa. Pantas Faizah menundukkan wajahnya. ‘Macam mana boleh kantoi ni Faiz oii,’ Faizah mengutuk dirinya sendiri di dalam hati.

Mira yang melihat tindakan spontan Faizah itu hanya tersenyum. Pasti Faizah sedang mengutuk dirinya sendiri. Iskandar yang merasakan Faizah sudah perasan dirinya diperhati segera mengubah posisinya berdiri di bahagian belakang barisan pula. Kini dia berdiri betul-betul di belakang Faizah.

“Ada sesiapa yang tak ada lagi di sini?” soal Komander Rid tegas.

Semua kumpulan mengira jumlah ahli masing-masing. Kumpulan Faizah masih kekurangan dua ahli. Amirul dan Shafik.

Group kami tak cukup lagi dua orang,” Deli memberitahu Komander Rid.

Pantas Komander Rid berjalan menghampiri kumpulan Faizah. Pandangnnya mencerun. Mukanya bengis. “Siapa yang tak ada? Telefon mereka sekarang juga.” Soal Komander Rid lantas memberikan arahan diktatornya.

“Amirul dan Shafik. Saya callsekarang,” Deli memaklumkan kembali.

Komander Rid mengangguk lantas berlalu memeriksa bilangan ahli kumpulan lain.

“Siapa ada nombor Mirul ni? Aku tak ada simpan pulak,” Deli sudah mula menggelabah. Tangannya masih sibuk mencari-cari nama Amirul di daftar kontaknya.

Akhirnya Deli memandang Faizah. Pasti Faizah tahu kerana Faizah rapat dengan Amirul sejak MMS lagi. “Faiz, kau ada kan? Kau calldia” Pantas sahaja Deli menyuruh.

Faizah mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mencari nombor Amirul. Didail nombor itu. Panggilan bersambung. Semua mata bertumpu kepadanya. Tidak selesa direnung sebegitu Faizah mula bersuara. “Yang kau orangni pandang aku macam nak telan kenapa?”

Akhirnya semua tergelak. Tidak sangka Faizah akan melemparkan soalan begitu kepada mereka. Akhirnya panggilan bersambut.

Hello,” suara lemah menyahut di hujung talian.

Hello boyfriend. Kau tidur ke?” Faizah melembutkan suaranya.

Mendengar suara itu Amirul sudah tahu siapa yang menelefonnya. Tidak lain tidak bukan Faizah. “A-ah aku tidur. Apa hal kau telefon aku ni girlfriend?” soalnya lemah.

Faizah sudah mengeleng-gelengkan kepalanya. Yang lain menanti penuh debar.

“Kau tanya aku apahal ya,” suaranya seolah-olah menggoda.

“Yalah. Kenapa girlfriend? Kau rindu dekat aku ke? Esoklah kita jumpa kalau kau rindu dekat aku,” Amirul menuturkan perlahan. Matanya masih tertutup rapat.

“Hoi Mirul! Orang semua tunggu kau ni dekat Padang Kawat. Kau boleh lagi sedap-sedap tidur dekat bilik eh!” Faizah menyergah. Suaranya meninggi. Mata Amirul yang tadinya seolah-olah digam dengan gam UHU serta merta terbuka luas.

Faizah sudah menalakan pandangannya ke arah bilik hujung di tingkat tiga di Blok A Kolej Kediaman Siswa itu. Dia mendengar Amirul berlari-lari dari corong telefon. Pasti Amirul menuju ke tingkap biliknya itu. Ya, dia sudah dapat melihat bayang Amirul yang sedang menyelak langsir.

Damn!” ujar Amirul apabila melihat semua sudah beratur di Padang Kawat itu.

“Baik kau turun sekarang sebelum orang tua Rid tu mengamuk,” Faizah memberikan peringatan sambil melambai-lambaikan tangannya kepada Amirul daripada bawah. Amirul melihat lambaian Faizah itu.

Amirul menurunkan kembali langsir. Kakinya mengarah ke almari pakaiannya. “Apasal kau tak kejut aku girlfriend? Kau nilah,” Kelam kabut dia mencari bajunya yang digantung di dalam almari.

Boyfried, sila tengok berapa kali aku call kau,” Faizah menuturkan selamba.

“Akulah yang tidur mati ni. Dah dah aku nak pakai baju ni,” tuturnya dengan nafas yang tersekat-sekat.

“Okey boyfriend. Kita tengok nanti orang tua tu nak buat apa dekat kau. Tata,” pantas Faizah mematikan talian.

Ahli kumpulannya yang lain memandang Faizah. Seolah-olah memahami persolan yang bermain dibenak ahli kumpulannya, dengan selamba Faizah menuturkan, “Putera Katak tidur mati. Baru bangun tu.”

Tawa Faizah terhambur juga apabila dilihat ahli kumpulannya masing-masing ternganga memandangnya. Bagai mahu terjatuh sahaja rahang mereka. Barangkali tidak percaya dengan ayat yang baru dituturkannya sebentar tadi.

“Sudahlah tu. Karang masing-masing tak ada rahang bawah tu,” Faizah menambah. Spontan, masing-masing menutup mulut mereka.

Iskandar hanya tertawa melihat gelagat Faizah yang keanak-anakan itu. Gadis itu memang suka mengusik.

Kelihatan dua orang siswa berlari-lari menuju barisan mereka. Pasti Amirul dan Shafik. Komander Rid yang perasan akan kehadiran dua siswa itu pantas memberi arahan kepada yang lain untuk duduk di Padang Kawat itu. Tidak mengingkari, semua pelajar duduk tanpa membuat sebarang bunyi bising. Mereka tahu sebentar lagi Komander Rid akan meletup bagaikan sebuah bom yang pernah menghancurkan Bandar Hiroshima di Jepun suatu ketika dahulu.

“Kenapa lambat?” soal Komander Rid dengan nada serius. Dilihat dua siswa yang berdiri dihadapannya itu tercungap-cungap.

Amirul mendepangkan tangannya dan menghirup sebanyak udara yang mungkin. ‘Tak ada oksigen dah ke dekat bumi Jengka ni? Kenapa aku rasa macam tak bernafas?’ soalnya bertubi-tubi di dalam hati. Shafik tunduk sambil menekan perutnya.

Muka Komander Rid mula memerah apabila soalannya tidak berjawab. “Kenapa lambat?” Kali ini suaranya lebih tinggi daripada tadi.

Amirul dan Shafik yang masih tercungap-cungap masih tidak boleh menuturkan apa-apa. Amirul meletakkan kedua-dua tangannya di pipi kanannya dan melentokkan sedikit kepalanya sebagai isyarat yang dia tidur tadi. Shafik sekadar menganggukkan kepalanya tanda membenarkan kata-kata yang disampaikan oleh Amirul melalui bahasa badan. Faizah sudah tergelak melihat rakannya itu.

“Awak boleh tidur lagi dekat bilik tu? Awak tahu tak kawan-kawan awak dah tunggu dekat bawah ni berapa lama?” Komander Rid masih menyoal.

“Mana saya nak tahu. Kan saya tidur. Nasib baik girlfriend saya tu baik tolong kejutkan,” ujar Amirul selamba setelah nafasnya mula stabil. Matanya dikenyitkan kepada Faizah. Faizah sekadar mengukirkan senyuman mengejek kepada Komander Rid.

Komander Rid yang perasan akan hal itu segera memberikan hukuman kepada Amirul dan Shafik. Dia tahu, jika dia memarahi Faizah pasti Komander Iskandar akan masuk campur.

Kini, Amirul dan Shafik sedang mengelilingi satu Padang Kawat itu dengan memegang sehelai daun yang dikongsi bersama. Amirul memegang hujung daun di sebelah kanan dan Shafik memegang hujung daun di sebelah kiri.

Apabila mereka melintasi Faizah, Faizah sempat berbisik, “Romantiknya kau boyfriend. Macam cerita Mohabbatein pun ada.” Dan tanpa dipaksa tawanya kedengaran. Malah semua yang ada disitu tertawa melihat Amirul dan Shafik.

Setelah habis membuat satu pusingan, Amirul dan Shafik masuk ke barisan kumpulan mereka. Amirul mengambil tempat di sebelah Faizah. Pantas sahaja tangannya menyekeh kepala Faizah di sebelahnya. “Kau gelakkan aku ea girlfriend. Bengong betul,” tuturnya separuh berbisik.

Faizah hanya tertawa. Kini mereka mula berjalan dalam barisan kumpulan masing-masing menuju ke Kem Sri Gading di hutan yang terletak di bahagian belakang kampus UiTM Jengka ini yang sememangnya terkenal dengan jolokan Kampus Khazanah Alam.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.