Home Novel Cinta Dalam Diam Ku Mencintaimu
Dalam Diam Ku Mencintaimu
Isha Idiaz
6/11/2012 20:23:11
42,627
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

12

“KAU nak pakai baju apa Faiz masa dinner nanti?” soal Farhan sambil merenung Faizah yang duduk di hadapannya.

Faizah mengangkat mukanya memandang Farhan. Hari ini Farhan segak dengan kemeja biru cair yang dipadankan dengan tali leher garis-garis berwarna biru pekat.

“Batik atau songket la. Tak kan aku nak pakai bikini pulak Farhan oii,” bersahaja sahaja Faizah menuturkan. Matanya kembali menatap buku Biologi yang berada ditangan. Menyelak helaian demi helaian sementara menunggu Puan Ainun masuk ke kelas.

Melihat Faizah yang seolah-olah endah tidak endah menjawab pertanyaannya, Farhan memulakan strateginya untuk menyakat Faizah. “Bikini? Wow Wow. Teringin aku nak tengok kau pakai bikiniFaiz,” ujar Farhan dengan senyuman nakal diukirkan di bibirnya.

Faizah menjeling tajam ke arah Farhan. Wajah Farhan sememangnya menunjukkan reaksi yang sangat nakal sekarang ini. “Ha, kau jangan nak mengada-ngada ea Farhan. Aku bagi backhand sekali baru tau,” ujar Faizah berbaur ugutan. Tangannya sudah diangkat tinggi membuat gaya backhand yang akan dihadiahkan kepada Farhan sekiranya Farhan membuat kerja gila.

Farhan tergelak besar melihat reaksi spontan Faizah itu. Namun, dia masih mahu mengusik Faizah. Matanya yang memandang muka Faizah akhirnya disorotkan ke bawah menghala ke arah dada Faizah. Terbeliak besar mata Faizah melihat reaksi Farhan yang tidak sopan itu. Sepantas itu satu tepukan ‘backhand’ hinggap di bahu Farhan.

“Aku dah cakap jangan mengada-ngada. Kan dah kena,” bebel Faizah. Farhan mengurut-ngurut bahunya yang telah merasa backhand daripadaFaizah. Perit juga bahunya akibat pukulan Faizah tadi.

“Adinda ku sayang, adalah lebih baik jika adinda mengurut bahu kekanda daripada adinda memukul kekanda,” ujar Farhan dengan nada memujuk. Faizah sudah memamirkan wajah masamnya. Pantas dia memalingkan mukanya daripada memandang wajah Farhan.

“Ya, inilah yang kita nanti-nantikan. Drama pujuk-memujuk Hang Tuah dan Putera Gunung Ledang,” celah Afiq sambil menepuk tangan. Langkah kakinya menghala ke tempat duduknya di sebelah Faizah. Farhan sudah tersenyum sumbing memandang Afiq sambil memberikan isyarat mata menerangkan Faizah sedang merajuk dengannya. Afiq mengangguk tanda faham.

Melihat Faizah yang masih tidak memberi apa-apa reaksi, akhirnya Afiq memulakan tugasnya memujuk Faizah. “Wahai tuan puteri, mengapakah tuan puteri bermuram durja?” soalnya kepada Faizah. Wajah Faizah ditatap penuh kasih. Faizah teman baiknya. Walau kasar daripada luaran, namun, hatinya lembut.

“Adapun patik bermuram durja kerana mata Hang Tuah seperti laser memandang hamba,” tutur Faizah dengan nada geram. Matanya menjeling Farhan yang duduk di sebelah kanannya. Afiq mengukir senyuman nipis. Farhan hanya memamirkan wajah tidak bersalahnya.

“Barangkali Hang Tuah mahu melihat isi hati tuan puteri. Janganlah tuan puteri berburuk sangka kepada Hang Tuah,” ujar Afiq menggunakan bahasa baku. Seisi kelas yang mendengar perbualan mereka hanya tersengih-sengih ketawa. Bukan sekali dua drama begini dipentaskan di dalam kelas oleh Faizah dan rakan-rakannya.

“Tidak perlulah kanda Tuah melihat isi hati hamba hingga begitu rupa. Bukankah lebih elok jika kekanda merendahkan pandangan mata,” kata-kata Faizah berbaur peringatan.

“Ha, kau dengar tu Farhan. Lain kali jangan nak guna laserpandang si Faiz ni. Letih aku nak cakap guna bahasa baku memujuk dinda kau ni,” ujar Afiq sambil mengurut-ngurut rahangnya.

Tawa yang sedari tadi ditahan akhirnya terhambur juga. Memang agak kelakar apabila mendengar Afiq bertutur dalam bahasa baku. Bukan sahaja terlihat bersopan santun, malah terlebih skema.

Afiq menarik nafas lega. Selesai masalah. ‘Kan aku dah kata, Faiz ni hati dia lembut. Senang je nak pujuk,’ tuturnya dalam hati. Sedikit sebanyak rasa bangga menyelinap di hatinya kerana berjaya memujuk Faizah.

ISKANDAR menanti Faizah di hadapan Kompleks Kediaman Siswi bersama sebuah bungkusan di tangan. Teringat pertemuan mereka pagi semalam.

“Faz dah ada baju nak pakai malam dinner nanti?” soal Iskandar. Kerusi di cafeBlok Pensyarah itu ditarik dan Iskandar mempersilakan Faizah duduk. Tidak menolak, Faizah terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Setelah Iskandar duduk berhadapan dengannya dan dilihat Iskandar selesa, barulah Faizah menjawab pertanyaan Iskandar tadi. “Belum lagi abang. Faz tak cari lagi baju batik atau songket tu,” Faizah berterus-terang.

Iskandar memang murah dengan senyuman. Bibirnya yang merah itu tidak pernah lekang dengan senyuman. Malah senyuman itulah yang menjadikannya sebagai lelaki pujaan di universiti itu. Setiap kali Iskandar tersenyum, lesung pipitnya di kedua-dua pipi jelas kelihatan dan menyerlahkan lagi kekacakkannya.

“Faz nak abang teman Faz cari baju ke? Abang free je sabtu ahad nanti,” ujar Iskandar penuh prihatin. Sememangnya dia sudah bercadang untuk meluangkan masa hujung minggu itu bersama Faizah.

Faizah mengangkat mukanya memandang Iskandar. Lelaki di hadapannya ini terlalu baik untuknya. Melihat mata Iskandar yang redup memandangnya dengan senyuman yang manis, naluri perempuannya sedikit tersentuh. Faizah kembali menundukkan pandangannya memandang gelas yang berisi air teh tarik yang dipesan oleh Iskandar sebentar tadi.

“Tak apa lah abang. Nanti Faz keluar sendiri,” ujar Faizah perlahan. Entah kenapa bila berhadapan dengan Iskandar sahaja secara automatik dia akan bertukar menjadi perempuan melayu terakhir. Dia juga keliru. Bukannya dia berpura-pura lembut dihadapan Iskandar, namun sifat kewanitaannya dengan sendirinya akan terserlah apabila dia bersama Iskandar.

“Kalau macam tu, tak apa lah. Kalau Faz nak apa-apa, beritahu abang ya, abang tolong insyaAllah,” tambah Iskandar. Suaranya tenang sahaja. Faizah hanya mengangguk. Air di dalam gelas diteguk untuk mengurangkan debaran di dada.

“Oh ya. Abang ada barang nak bagi Faz sebenarnya. Tapi abang lupa nak bawa. Nanti esok petang abang tunggu Faz depan Kompleks ya dalam pukul lima. Faz jumpa abang ya ambil barang,” ujar Iskandar. Matanya masih tidak lepas memandang gadis di hadapannya itu.

Pandangannya disorotkan ke jari manis Faizah. Dilihat cincin pemberiannya tersarung kemas di jari manis itu. Melihat itu, hatinya bahagia. Sungguhpun kini Faizah bukan miliknya, namun, dia yakin satu hari nanti Faizah pasti akan menjadi isterinya.

Lesung pipit di pipi Iskandar jelas terlihat oleh Faizah. Malah Iskandar masih memandangnya dengan senyuman. Serta-merta pipi Faizah memerah. “Abang kenapa pandang Faz macam tu?” soal Faizah perlahan. Suaranya hampir tidak kedengaran.

“Tak ada apa-apa. Cantik bakal isteri abang,” ujar Iskandar. Sekali lagi darah menyerbu ke muka Faizah. Melihat Faizah begitu, Iskandar hanya tertawa perlahan. ‘Cantik,’ bisik hatinya.

Jam di tangan dilihat sekali lagi. Lima minit lagi ke pukul lima. Pandangannya dihalakan ke Kompleks Kediaman Siswi itu. Bayang Faizah masih belum kelihatan. Sementara menunggu Faizah, Iskandar hanya menghadiahkan senyuman buat gadis-gadis yang lalu-lalang keluar masuk ke dalam Kompleks Kediaman itu apabila mereka menegurnya.

“Assalammualaikum,” ujar Faizah. Kakinya mengarah ke arah Iskandar yang berdiri di bawah sebatang pokok.

“Waalaikummussalam,” jawab Iskandar seraya berpaling menoleh ke belakang. Dapat dilihat, Faizah masih ayu walaupun hanya dengan jeans dan kemeja-T lengan panjang dan tudung yang diselak ke belakang.

“Maaf Faz lambat sikit abang. Tengah practice berlakon tadi,” Faizah menerangkan. Peluh sudah memercik di dahinya. Mana tidaknya, dia baru perasan jam sudah menunjukkan pukul lima dan pantas bekejar ke pintu pagar Kompleks ini.

“Tak apa. Abang faham,” ujar Iskandar sambil menghadiahkan sebuah senyuman buat Faizah. Jeans dan kemeja-t berwarna hitam membuat Iskandar kelihatan benar-benar segak petang itu dalam gaya santai.

Iskandar menghulurkan bungkusan yang dibawanya tadi kepada Faizah. Kini bungkusan itu telah bertukar tangan.

“Ni hadiah tak seberapa daripada abang. Sebenarnya, baju songket tu abang tempah untuk Faz masa abang dah bercadang nak melamar Faz. Baju tu untuk Faz pakai masa malam nikah,” terang Iskandar. Senyuman masih tidak lekang daripada bibirnya.

Mendengar ayat yang keluar daripada mulut Iskandar itu, hati Faizah terusik. Bungkusan itu dibuka perlahan-lahan dan terserlah kecantikkan sepasang baju songket bewarna putih bersih di dalam bungkusan itu. Ada juga sepasang sandal berwarna silverserta selendang putih di dalamnya.

Faizah mengangkat mukanya memandang Iskandar. Matanya sudah mula berkaca. Hatinya terusik dengan ketulusan hati dan kesungguhan Iskandar untuk mengambilnya sebagai isteri. Namun dia tidak bersedia menerima Iskandar sebagai seorang suami. Di hatinya cuma ada nama Farhan.

Melihat mata Faizah yang sudah berkaca, Iskandar panik. “Faz kenapa ni? Faz tak suka ke? Kalau Faz tak suka, Faz tak payah ambil ya,” Iskandar cuba memujuk. Sehelai sapu tangan dikeluarkan daripada saku jeansnya dan dihulurkan kepada Faizah.

“Faz minta maaf sebab tak dapat terima abang. Abang faham kan?” suara Faizah tersekat-sekat menuturkan. Tangannya mengelap air mata yang sudah mula membasahi pipi menggunakan sapu tangan yang diberikan oleh Iskandar tadi.

“Jangan cakap macam tu sayang. Abang sentiasa faham. Faz jangan risau ya. Anggap ni hadiah daripada abang. Faz pakai ya masa dinner nanti. Abang nak tengok,” ujar Iskandar.

Faizah menganggukkan kepalanya. Air mata yang masih bersisa dilap lagi. Sebuah senyuman diukirkan di bibirnya. Senyuman yang membawa pergi semua kerisauan yang beraja di hati Iskandar sebentar tadi.

SEBUAH bungkusan diletakkan di hadapan Faizah sewaktu mereka sedang berehat sebentar setelah sejam berlatih berlakon malam itu. Mereka perlu bekerja keras kerana esok sudah majlis makan malam seperti yang dirancangkan.

“Apa ni?” soal Faizah. Keningnya terangkat memandang Afiq yang berdiri di hadapannya.

“Manalah aku tahu. Farhan yang suruh bagi dekat kau,” ujar Afiq menerangkan. Pantas Faizah mencapai bungkusan itu.

“Untuk?” soal Faizah lagi sambil menarik keluar isi yang terdapat di dalam bungkusan itu.

“Untuk esok maybe,” Afiq cuba meneka. Dia juga tidak tahu apa-apa. Yang dia tahu, pagi tadi Farhan menyerahkan bungkusan itu kepadanya untuk diberikan kepada Faizah.

Faizah dan Afiq sama-sama ternganga apabila melihat isi bungkusan tadi adalah sepasang baju songket bercorak hitam putih serta selendang hitam yang sangat cantik. Sandal hitam bertali juga disertakan bersama bungkusan itu.

Relax Faiz, tarik nafas dalam-dalam,” ujar Afiq kepada Faizah. Matanya masih tidak lepas daripada memandang sepasang baju songket tadi.

Mendengar kata-kata Afiq itu, Faizah menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan. Faizah menggosok matanya beberapa kali. Memang sah baju tu ada. Selendang pun ada. Sandal pun ada. Dia tidak bermimpi.

“Apa kes dia bagi aku benda-benda ni?” soal Faizah kembali kepada Afiq. Afiq menjungkitkan bahunya memberi isyarat bahawa dia tidak tahu apa-apa.

“Nak sama kotmalam esok. Kan kau tu Puteri Gunung Ledang dia. Dia kan Hang Tuah kau. Kenalah sama cantik sama padan,” Afiq cuba memberikan pendapatnya.

“Ada kemungkinan. Ni aku kena bayar balik tak dekat dia? Ke kena pulangkan balik lepas dinner nanti?” Faizah bertanya lagi inginkan kepastian.

“Ada aku cakap suruh pulangkan ke?” soal Farhan kepada Faizah. Keningnya diangkat sambil memandang Faizah. Tangannya sudah memaut kepala kerusi yang diduduki oleh Faizah.

“Berapa harga dia ni Farhan?” soal Faizah sambil membelek-belek baju songket itu. “Mesti mahal kan?” soalnya lagi.

Kerusi di sebelah Faizah ditarik dan kini Farhan duduk bertentangan dengan Faizah. “See me,” ujarnya dua patah kepada Faizah. Akur dengan kata-kata Farhan, Faizah memandang Farhan yang segak mengenakan kemeja-T putih itu.

“Ada aku suruh kau bayar ke?” soal Farhan tegas.

Faizah menggelengkan kepalanya.

“Ada aku suruh kau tanya harganya berapa?”

Faizah menggeleng lagi.

Good. Dah tu aku suruh buat apa?” soal Farhan lagi.

“Pakai je,” ujar Faizah seperti robot yang sudah diprogramkan.

So, yang nak sesakkan otak fikir harga segala bagai tu kenapa?” soal Farhan lagi. Mood untuk mengenakan Faizah sudah datang.

Faizah hanya menggelengkan kepalanya dan mengangkat bahunya.

Dan akhirnya mereka sama-sama ketawa.

“Senget. Kau kenakan aku ea. Macam robot dah aku ni jawab soalan kau,” ujar Faizah setelah sedar dia telah dipermain-mainkan oleh Farhan. Sebuah tamparan hingap di bahu Farhan.

Dalam tawa, otak Faizah kini ligat berfikir. Sekarang , dia sudah berada dalam dilema. Songket putih pemberian Iskandar atau songket hitam pemberian Farhan yang akan dipakainya malam esok.

AKHIRNYA, malam yang dinanti-nanti telah pun tiba. Majlis makan malam Persatuan Diploma Sains bertemakan batik dan songket telah bermula. Para siswa segak berbaju batik mahupun songket. Siswi pula kelihatan ayu dengan tema yang sama.

Farhan segak dengan baju melayu songket bewarna hitam lengkap dengan samping. Tanjak terletak kemas di atas kepala. Sebilah keris terselit dipinggangnya. Bersesuaian dengan tema malam itu.

Afiq pula segak berbaju batik merah sama padan dengan Mira dengan warna merah senada. Deli pula segak berbaju batik hijau.

Kini, mereka hanya tunggu kehadiran Faizah sahaja untuk sama-sama melalui red carpetyang disediakan.

Semua mata bertumpu ke arah seorang gadis yang sangat ayu sewaktu gadis itu melintasi mereka. Suasana dihadapan meja pendaftaran sepi seketika. Yang terdengar cuma derap tumit tinggi gadis tadi. Dan langkah gadis itu berhenti betul-betul dihadapan Farhan.

Mata Farhan membuntang memandang gadis yang berdiri dihadapannya kini. Faizah. Hari ini Faizah kelihatan luar biasa. Sangat ayu dengan baju songket hitam putih pemberiannya semalam. Selendang diletakkan di atas bahu kirinya dan dipinkan dengan brooch bewarna silver. Sandal hitam bertali setinggi tiga inci cantik tersarung dikakinya.

Afiq dan Deli juga sama-sama ternganga dibuatnya. ‘Benarlah, jika Farhan Hang Tuahnya, maka Faizahlah Pueri Gunung Ledangnya. Mereka sama cantik sama padan malam ini,’ bisik hati Afiq. Afiq menjeling Mira disebelahnya sekilas. Dia dan Mira juga apa kurangnya. Sama cantik sama padan juga. Afiq tersenyum sendiri.

“Apahal pandang aku macam tu? Tak nak masuk ke?” soal Faizah kepada teman-temannya.

“Nak. Nak. Jom kita masuk,” jawab Farhan tergagap-gagap. Matanya tidak lepas memandang Faizah yang berjalan seiring dengannya melangkah masuk ke dalam dewan melalui red carpet yang disediakan dan duduk di meja yang ditetapkan.

Sebagai pembukaan, lagu irama Malaysia diputarkan. Mata Iskandar mula meliar mencari Faizah antara ratusan siswi yang ada di dalam dewan setelah majlis bermula, namun tidak berjaya.

Setelah ucapan alu-aluan dan perasmian, kini tibalah masa untuk persembahan dan makan malam dihidangkan. Dan ini menandakan Faizah dan rakan-rakan yang lain harus berada di belakang pentas kerana mereka akan melakukan persembahan pembukaan pada malam ini.

Faizah mengambil tempat di tengah pentas. Hanya menunggu tirai pentas dibuka dan lakonannya akan bermula.

Tirai dibuka seiring dengan muzik tradisional minus one. Serentak itu Faizah menuturkan, “Setiap orang punya impian,” perlahan-lahan dia melangkah ke hadapan.

Mendengar suara itu, pantas Iskandar memfokuskan pandangannya ke arah pentas. Dia kenal suara itu. Suara itu milik Faizah. Kini, fokusnya seratus peratus pada persembahan yang baru bermula di atas pentas itu. Ya, hampir dia terlupa, Faizah membuat persembahan sempena grand opening malam ini.

“Impian itu yang bisa meneruskan kehidupan.” Langkah Faizah terhenti betul-betul di hadapan tangga pentas. Lalu Faizah memalingkan kepalanya ke belakang memandang Farhan, “Impian dinda adalah untuk mendapatkan cinta sejati,” ujarnya tenang dengan senyuman dibibir.

Farhan mendekati Faizah daripada belakang. Tangannya diletakkan di atas bahu Faizah. “Jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kembali,” ujar Farhan juga tenang. Kedengaran suaranya begitu romantis menuturkan ayat itu. Sekuntum senyuman juga dihadiahkan buat Faizah.

Faizah memandang wajah Farhan penuh perasaan cinta. Direnung mata Farhan dalam. Mencari kejujuran dalam kata-kata yang baru diucapkannya itu. Akhirnya, Faizah bersuara, “Adinda anggap sebagai janji.”

“Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda,” ujar Farhan memegang kepala kerisnya yang tersemat dipinggang.

“Adinda bersumpah, jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda,” Faizah menuturkan dengan nada sedih. Mukanya berpaling daripada melihat Farhan.

“Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama,” ujar Faizah lagi. Selendang yang dipakai digengam kuat menahan kesedihan yang bertandang tiba-tiba dihatinya saat itu.

Melihat Faizah yang sudah bermuram durja, Farhan menghampiri. Bahu Faizah dipegang. Badan Faizah dipalingkan supaya menghadapnya.

“Layar berbelok-belok, sauh dibongkar di tempat tenang, yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak tenang,” ujar Farhan perlahan.

Serentak itu tepukan gemuruh bergema di dalam dewan itu dan lagu bagaikan sakti diputarkan. Iskandar kaku di tempat duduknya. Kini, dia melihat sendiri bagaimana cinta Faizah terhadap Farhan.

Faizah mula mendendangkan lagi Bagaikan Sakti itu.

Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta

Pandangannya dibuang ke arah ratusan penonton di hadapan. Langkahnya dibawa ke bahagian kiri pentas. Dari atas pentas, dia dapat melihat Iskandar. Pantas Faizah melarikan pandangan matanya daripada Iskandar.

Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi
ooooohhh

Giliran Farhan menyanyikan bait-bait liriknya pula. Farhan membawa langkahnya ke bahagian kanan pentas. Dapat dilihat Alia sedang tersenyum memandangnya. Pantas sahaja Farhan mengalihkan pandangannya daripada memandang Alia.

Kembali giliran Faizah untuk menyanyi. Sportlight diarahkan kepadanya. Faizah benar-benar kelihatan anggun malam itu. Dia menyanyi dengan senyuman yang tidak lekang dibibir.

Cinta datang Dengan senyuman Panasnya membakar mentari

Lampu sportlight disorot mengikut langkah Faizah dan Farhan yang kini sama-sama menuju ke tengah pentas.

Bait lagu itu kini dinyanyi bersama-sama dimana Faizah dan Farhan memandang antara satu sama lain .

Wajah yg tergambar
Tak akan terpudar Dari hati insan yg fana ini

Faizah menyambung sambil membawa tangan kirinya ke dada. Kini, kedua-duanya menyanyi serentak lagi.

Fana ini...

Farhan kembali membawa bahagian solonya. Lampu dibahagian Faizah digelapkan.

Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi

Lampu dibahagian Faizah pula dinyalakan menyorot mengikuti langkah Faizah yang menyanyi bahagian solonya kini.

Tiada sempadan
Tak bisa kulewati

Suasana gamat seketika apabila lampu di atas pentas itu digelapkan. Sewaktu lampu menyala, Faizah dan Farhan sudah duduk di atas tangga pentas. Bait ini dinyanyikan bersama.

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku

Menantimu walau sengsara
Jika ini ketentuannya

Mata Faizah dan Farhan bertentang memandang satu sama lain. Perasaan cinta yang mereka rasa selama ini dizahirkan menerusi lakonan pada malam ini.

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga

Tanpa sedar tangan mereka erat memegang jari-jemari masing-masing. Farhan menatap Faizah penuh kasih. Dalam hati Faizah cuma terukir nama Farhan.

Jika ini ketentuannya
Kau kan jadi milikku
Jua

Akhirnya manik jernih mengalir di pipi Faizah. Farhan mengelus lembut pipi Faizah dan mengesat air mata itu menggunakan hujung lengan bajunya.

Lampu pentas digelapkan dan sorakan gemuruh bergema buat kesekian kalinya mengakhiri persembahan mereka malam itu.

Selesai persembahan, Faizah berlari menuju ke tandas untuk menukar pakaiannya. Kini, dia cantik menyarungkan baju songket putih pemberian Iskandar. Baju di hari pernikahannya bersama Iskandar sepatutnya. Biarlah hari ini Iskandar menatapnya puas-puas. Dia telah banyak melukakan hati Iskandar selama ini.

Kini, Faizah kembali ke dewan berpakaian songket putih lengkap dengan selendang putih yang menutupi kepala. Sandal silver kemas tersarung di kakinya. Kebetulan, meja Faizah berhadapan dengan meja Iskandar. Melihat Faizah yang terserlah keayuannya dengan baju songket pemberiannya, Iskandar tersenyum lebar menampakkan lesung pipitnya di pipi.

‘Cantik,’ ujar Iskandar dalam hati. Faizah menundukkan wajahnya. Malu apabila direnung begitu oleh Iskandar.

Setelah lima jam majlis makan malam itu berlangsung, kini tibalah masanya untuk mengumumkan penerima gelaran king and queen of the night.Hampir tersedak Faizah dibuatnya apabila gelaran king and queen of the nightdiberikan kepada Iskandar dan dirinya.

Dengan rasa bangga, Iskandar bangun dan menghala ke meja Faizah lalu menghulurkan tangannya. Huluran tangannya disambut oleh Faizah dan mereka sama-sama naik ke atas pentas menerima selempang dan trofi kemenangan pada malam itu.

Dalam keriuhan sorakan di dalam dewan itu, hati Farhan sedikit terusik. Faizah, cinta hatinya sedang bergambar bersama Iskandar di atas pentas. Namun, kini dia tidak gusar. Dia tahu cinta Faizah hanya untuknya. Senyuman kasihnya diberikan untuk Faizah yang melihatnya dari kejauhan. Bibir nipis milik Faizah juga turut tersenyum membalas kembali senyuman yang diberikan oleh Farhan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.