Cerpen
: Pujaanku
Oleh : Isha Idiaz
*****
Memetik gitar menyanyi syair yang tulus
Persembahan
kalbuku
Nantikan
dikau ditidur lelapku
Pujaanku…
*****
DAHIKU
berkerut-kerut apabila mendengar satu-persatu
ayat yang dituturkan oleh Farid.
“Siapa?”soalku
sebaik sahaja Farid menghabiskan ayat terakhirnya.
“Na… nama dia Shekal,” ujar Farid tergagap-gagap.
Gugup barangkali dek kerana sergahan aku tadi. Siapa yang tidak tahu aku ini
seorang yang garang lagi serius. Kalau benda remeh-temeh macam ni memang malas
aku nak layan.
“Batch
mana?” soal aku lagi untuk meminta kepastian.
“Dua ribu tujuh.”
Aku menghela nafas berat.
Kenapa mesti senior?
*****
AKU menghempaskan badanku ke atas katil. Terasa
sakit yang bermula dari kaki sejak pagi semalam kini sudah menjalar ke seluruh
badan gara-gara aku tidak duduk sama sekali di hospital dari pagi semalam. Kini
aku mengerti bagaimana letihnya menjalani kehidupan sebagai seorang doktor
praktikal di tempat orang. Kata senior-seniorku
dulu, praktikal di sini seolah-olah kita menjalani kehidupan sebagai housemanship atau HO di Malaysia.
Senior.
Perkataan yang satu itu membuatkan aku teringat
perbicaraanku dengan Farid minggu lepas. Sesungguhnya, Farid menyatakan ada
seorang senior yang meminta nombor
telefonku. Dan Farid dengan ringan tangannya telah menulis nombor aku di
sehelai kertas dan memberikannya kepada senior
itu. Lebih parah apabila aku ni memang paling tak suka orang bagi nombor
telefon aku pada orang lain.
Aku menghelakan nafas entah buat yang keberapa
kali. Jari-jemariku memicit-micit kepala yang terasa berdenyut.
“Farid ni pun satu. Bukannya nak tanya aku dulu
sebelum bagi nombor tu.” Dalam tidak sedar ayat itu keluar daripada mulut aku.
Bukannya apa, aku allergic sedikit kalau ada senior
yang mintak nombor telefon ni. Pertama, sebab dia senior. Kedua, sebab aku tak suka nak melayan orang yang aku tak
kenal terutamanya mereka yang terdiri daripada kaum Adam. Ketiga, sebab nombor
aku ni bukan tempat untuk jadi kaunter pertanyaan.
Hampir saja aku terjatuh daripada katil kerana
terperanjat apabila tiba-tiba lagu Pujaanku yang menjadi OST untuk filem Eiffel I’m In Love dendangan Melly Goeslow
dan Jimmy menjerit-jerit daripada telefon bimbitku menandakan ada pesanan
ringkas yang masuk. Aku menyumpah-nyumpah dalam hati kerana sempat pula aku
berangan sebentar tadi.
“Eh, nombor siapa ni?”
*****
AKU sedang menulis resep ubat apabila tiba-tiba suatu suara memberi salam
dibelakangku. Aku tidak langsung menoleh. Fokusku hanya pada kerjaku saat itu. Jika
tidak, pasti aku akan dimaki hamun oleh doktor jika aku terlambat. Tanganku
masih laju menulis nama-nama ubat yang harus kuberikan kepada keluarga pesakit
untuk dibeli di farmasi.
“Assalammualaikum,”
tegur suara itu buat kali kedua.
Kali
ini aku menoleh memandangkan aku telah meletakkan tanda noktah pada resep ubat
tadi.
“Wa….”
Dan selebihnya jawapan salam itu aku sambung dalam hati. Aku rasa suaraku
seolah-olah tersekat dikerongkong saat itu apabila memandang sesusuk tubuh yang
tidak pernah aku lihat sebelum ini.
Si
tuan punya badan berdehem beberapa kali sebelum dia menghadiahkan aku sebuah
senyuman paling ikhlas yang pernah aku lihat.
“Hukum
memberi salam itu sunat saudari…” Jejaka itu berjeda di hujung ayat yang
dituturkannya.
Aku
yang seolah-olah faham apa yang cuba disampaikan olehnya langsung menyebut
namaku dalam sekali nafas. Setelah itu, aku tarik nafas dalam-dalam. Dalam hati,
aku mengutuk diriku sendiri. Kenapa tiba-tiba aku menjadi seorang yang gopoh
seperti ini.
“Hukum
memberi salam itu sunat saudari Shafira Izalea. Tapi hukum menjawab salam itu
wajib,” ujar jejaka itu dengan suaranya yang lembut sahaja masuk ke gegendang
telinga aku.
Aku
mengukir senyuman plastik. Kepala kuangguk-anggukan perlahan tanda memahami
ayat yang baru sahaja dituturkannya. Terasa menusuk juga ke hati ayat yang
dituturkan oleh jejaka yang tidak ku tahu siapa namanya ini.
“Shafira
sudah kau bikin resepnya?” Kini suara
doktor Ibrahim pula yang menampar gegendang telingaku. Suaranya yang nyaring
itu boleh didengari dari pintu wad di hujung sebelah sana.
Cepat-cepat aku berlari ke arah Doktor Ibrahim
dan meninggalkan jejaka itu. “Iya, sudah doc.
Ini resepnya,” ujarku sambil
menghulurkan resep itu kepada Doktor Ibrahim.
Resep ubat sudah beralih tangan. Jejaka tadi masih
melihat aku. Senyuman dibibirnya masih seperti tadi. Aku buat-buat tidak
nampak. Tiba-tiba aku rasa degupan jantung aku laju daripada biasa. Tachycardia? Itupun gara-gara senyuman
jejaka itu? Pelik.
*****
HARI ini secara rasminya, Shekal Izzat ataupun seniorku ini menjadi juniormingguku di bahagian Neurologi ini. Walaupun ini bukan kali
pertama aku bertemu dengannya, namun jantungku tetap berdenyut laju.
“Boleh
Shafira terangkan dekat saya apa sahaja yang saya kena buat dekat wad ni?”
Aku
masih menatap rekod medis pesakit di wad yang aku jaga saat suara itu menampar
gegendang telingaku. Setiap pagi memang macam inilah kerja aku. Jejak kaki
sahaja dalam wad ni, aku terus letak beg dalam bilik yang memang disediakan
untuk doktor pelatih. Lepas tu aku akan terus follow up pesakit yang ada dalam wad. Ukur tekanan darah pesakit,
ukur suhu, periksa nadi dan juga pernafasan, lepas tu isi hasil yang aku dapat
dalam bahagian rekod medis ni. Sebelum tu baca dulu rekod pesakit tu hari
sebelumnya supaya bila doktor tanya tiba-tiba apa kelainan pada pesakit tu aku
bolehlah jawab. Kalau tidak tahu, memang mintak kena maki pagi-pagi hari macam
yang selalu kawan-kawan aku kena.
Aku
mengangkat muka memandang Shekal.
“Beri saya lima minit,” ujarku ringkas tanpa menunggu persetujuan
Shekal. Aku terus menulis hasil follow up
tadi ke dalam rekod medis pesakit. Setelah meletakkan tanda noktah, aku terus
duduk di kerusi batu yang ada di dalam wad itu.
Shekal hanya memerhatikan setiap gerak geriku.
“Okey. Pertama, awak kena tahu awak bertugas
dekat wad mana. Macam saya, saya bertugas di wad High Care Unit. Jadi wad yang saya jaga adalah wad dekat depan tu,”
ujarku sambil menudingkan ibu jariku ke arah wad yang betul-betul terlatak di
hadapan kerusi batu itu.
“Kalau awak bertugas di wad satu, itu wadnya.
Kalau wad dua, yang itu.” Aku terangkan satu-persatu kedudukan enam wad di situ
kepada Shekal. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.
“Lepas tu, pagi-pagi datang jeawak kena follow uppesakit
yang ada dalam wad yang awak pegang. As
usual, measure blood pressure, pulse, respiration and temperature,” ujarku
lagi.
“Then,
hasil yang awak dapat daripada follow up
tadi awak tulis dalam rekod pesakit ni. Tulis di bahagian sini,” ujarku sambil
menunjukkan ruangan khas di dalam rekod itu untuk menulis hasil follow up.
“Tu sahaja?” soal Shekal apabila kata-kataku
berhenti di situ.
“Baca-bacalah rekod pesakit yang ada dalam wad
yang awak jaga tu. Kadang-kadang doktor akan tanya tiba-tiba pesakit tu sakit
apa.”
“Owh…” Panjang ayat itu dituturkan oleh Shekal.
“Kalau tak dapat jawab?” soal Shekal lagi.
“Kena maki,” ringkas jawapanku.
Dan aku lihat Shekal tersenyum. Haish Shekal
Izat, kenapa senyuman kau ni manis sangat. Cair aku wei.
“Biasa kena?” Aku agak, sengaja Shekal mengutarakan
soalan itu untuk berbasa-basi denganku.
“Alhamdulillah belum pernah,” ujarku jujur.
Bukan nak berlagak, tapi Alhamdulillah aku memang
belum pernah lagi kena maki sejak tiga minggu aku di wad ini.
“Mungkin sebab awak hardworking study about your patient?” Shekal cuba meneka pula.
“Have too
kalau tak nak kena maki.” Akhirnya sebuah senyuman terpamer juga dibibirku
untuk seorang jejaka yang bernama Shekal ini.
“Nice smile.”
Pujian Shekal yang tiba-tiba itu membuat senyumanku
mati di situ.
Rasa macam nak cakap juga dekat Shekal ayat ni,’Your’s nice too.’ Namun kata-kata itu
hanya terluah di hati.
*****
HARI ini hari kedua Shekal bertugas di wad ini. Aku
lihat dia semakin lincah melakukan tugasannya. Aku curi-curi melihat Shekal
semasa dia melakukan follow-up. Aku
tersenyum sendiri. Bukan setakat dengan pesakit sahaja dia follow up. Satu wad riuh rendah dek kerana keramahannya dengan
keluarga pesakit. Dalam diam aku mengagumi sifat yang ada pada diri Shekal.
“Siap
dah?” Shekal menegurku sewaktu aku sedang mengisi hasil follow up di rekod pesakit.
Aku
mengangguk sambil menghadiahkan Shekal sebuah senyuman paling manis yang pernah
aku ukirkan.
“Awak?”
soalku pula apabila melihat Shekal sudah mula menulis di rekod pesakit.
“Sudah
juga,” ujarnya sambil tekun mengisi hasil follow
up.
Aku tidak tahu kenapa susah betul nak alihkan mata ni pandang
tempat lain selain daripada pandang muka Shekal ni.
“Saya
kacak sangat ke sampai tak boleh nak alihkan pandangan tu ke tempat lain?” Suara
itu menampar gegendang telinga aku. Di hujung ayat itu, aku dengar tawa yang halus.
Aku lihat Shekal tersenyum sendiri.
Dan aku rasa ayat yang aku dengar tadi tu Shekal
tujukan pada aku. Tapi otak aku tak dapat tangkap satu pun ayat yang dituturkan
oleh Shekal.
“Apa
awak cakap tadi?”
Kali
ini Shekal mengangkat mukanya memandang aku.
“Saya
cakap, saya kacak sangat ke sampai awak tak boleh nak alihkan pandangan tu ke
tempat lain?” Lembut sahaja pertanyaan itu namun menusuk sampai ke tangkai
hati.
Rasanya
mahu sahaja aku cakap, “Ya Encik Shekal, awak memang sangat kacak sampai mata
saya ni gatal sangat tak boleh pandang benda lain selain daripada muka awak.”
Namun seperti biasa hati kata lain, mulut kata lain.
“Perasan,”
ujarku sepatah. Pantas juga aku melangkah ke arah nurse station untuk meletakkan rekod pesakit. Sebenarnya nak covermalu sebab free je kantoi dengan
Shekal.
Aku
dengar Shekal tertawa di luar. Terasa pipiku membahang saat itu.
‘Padan
muka kau Shafira Izalea. Buat lagi kerja terkutuk macam tu. Tengok anak teruna
orang macam nak telan.’
*****
AKU menyumbat earphone
ke dalam telinga sebelum melelapkan mata. Lagu Regresa A Mi nyanyian El Divo
menampar gegendang telinga. Aku menghayati lagu tanpa suara itu dengan penuh
khusyuk. Memejamkan mata rapat-rapat. Setelah sehari suntuk bergadang di
hospital, inilah masa yang aku nanti-nantikan. Masa untuk berehat. Sebagai
terapi minda yang sedang stress, aku
memilih untuk mendengarkan lagu-lagu instrumental.
Dikatakan lagu instrumentaldapat
mengubah gelombang minda dan mood kita
sekaligus menjadikan kita lebih tenang.
Tanpa
diminta bayangan wajah Shekal yang sedang tersenyum bermain di fikiran aku saat
lagu Regresa A Mi masuk ke bahagian korus. Aku cuba menghayati lagu tanpa suara
itu sambil menyanyikan lirik-lirik lagu itu.
Regresa A Mi - Unbreak My Heart
Quiereme otravez – Say you’ll love
me again
Borra el dolor que al irte me dio –
Undo this hurt when you walked out the door
Cuando te separate de mi- And walked
outta my life
Dime que si ya no quiero llorar-
Uncry these tears, I cried so many nights
Regresa A Mi - Unbreak my heart
Tiba-tiba
hatiku berdebar. Mengingati Shekal seolah-olah menjemput rinduku padanya.
Menjemput dia ke dalam mimpiku. Menjemput rasa cinta ke dalam hatiku. Kerana
Shekal aku jadi begini.
Shekal Izat. Dia jejaka pujaanku!
*****
MALAM itu, aku dan Shekal bertugas bersama menjaga
wad. Oncall istilah medisnya. Aku
agak sedikit lega apabila aku ditugaskan bersama Shekal. Setidaknya aku boleh
bergantung harap padanya sekiranya ada hal yang tidak diingini berlaku di dalam
wad ini.
“Awak
dah makan?” soal Shekal memulakan bicara.
“Alhamdulillah
sudah,” ujarku tanpa berganjak sedikitpun anak mataku daripada buku.
Suasana
hening setelah itu. Aku menjeling ke sebelah. Shekal juga sedang membaca buku
seperti aku. Al-maklumlah, bila dah kerja begini memang susah nak cari masa
untuk belajar. Masa beginilah perlu diisi sebaik mungkin supaya kita boleh
belajar sebelum peperiksaan.
“Umur
awak berapa?” soal Shekal memecah kesepian antara kami.
“Dua
puluh empat.”
“Kenapa
tiba-tiba tanya?” soalku apabila keadaan kembali sepi antara kami.
“Saja.
Tak ada niat nak berumahtangga?” soal Shekal lagi.
Kali
ini perbicaraan kami sudah sampai ke tahap yang lebih serius. Aku memejamkan
mata yang terasa letih. Cermin mata ku tolak ke pangkal hidung. Sebentar
kemudian aku lihat jam tangan yang terlilit kemas di pergelangan tangan kiriku.
Jam dua pagi. Patutlah letih. Buku yang masih terbuka aku tutup. Badan yang
terasa letih aku sandarkan ke kerusi. Otakku masih berfikir jawapan yang harus
kuberikan untuk menjawab pertanyaan Shekal tadi.
“Bukan
tak ada niat tapi belum ada calon,” ujarku berterus-terang.
Shekal
tertawa mendengar jawapanku.
“Tak ada calon?” soalnya.
Kali ini Shekal pula meregangkan badannya lalu
bersandar di kerusi. Buku yang dibacanya ditutup.
“Ke awak yang terlalu memilih?” duga Shekal.
Kali ini aku pula yang tertawa. Aku menjungkitkan
bahu. Tak tahu nak kata apa.
Memilih? Nak memilih macam mana kalau calonnya
tak ada. Jujur aku katakan, semua pelajar perubatan yang ada di sini semua
muda-muda dari aku. Macam manalah aku nak mencari calon kalau semua pun panggil
aku kakak dan aku panggil mereka adik.
“Tak ada pilihan di sini,” ujarku perlahan.
“Kenapa tak nak pilih orang dekat sebelah awak
ni?” Shekal mengajukan pertanyaan yang hampir sahaja membuatkan aku tersedak.
Membuntang mata aku memandang Shekal di sebelah.
Gila.
Ni kes curhat
ke apa pagi-pagi buta ni. Dahlah yang ada dekat wad ni aku dengan dia je.
Shekal tersenyum memandang aku. Aku pura-pura
tidak mendengar ayatnya tadi.
“Saya kan ada. Saya kan kacak, sampai awak kalau
dah pandang saya tak boleh pandang tempat lain dah,” ujar Shekal selamba.
Shekal Izat. Senior
paling kacak pernah aku jumpa di sini. Rambutnya yang ikal itu terlihat kemas
dengan sapuan gel rambut. Matanya yang agak sepet itu membuatkan dia mempunyai iras-iras
orang Cina. Cermin mata tersangkut kemas di pangkal hidungnya. Mukanya bujur sireh.
Bibirnya yang tipis dan merah itu membuktikan yang dia bukan seorang perokok. Habis
aku meneliti wajahnya, aku menyorotkan pandanganku ke bawah. Paling aku suka
dengan penampilan Shekal adalah dia adalah satu-satunya senior aku yang memakai kemeja lengan panjang dan seluar tempah
lengkap dengan sepatu apabila bekerja.
“Dah habis scan
saya?” soal Shekal dalam nada bergurau.
Terhambur tawaku saat ayat itu menampar gegendang
telingaku. Scan? Shekal perasan aku scandia?
“So,
macam mana?” Soal Shekal kepadaku.
Aku
mengangkat kening tanda tidak mengerti.
“Macam
mana apa?” soalku kembali kepadanya.
“Awak
nak pilih saya tak?” soal Shekal.
Nah soalan Shekal ni buat aku rasa macam nak
pitam. Aku terdiam buat beberapa ketika sehingga suara Shekal lembut memanggil
namaku.
“Shafrina Izalea…”
Saat mulut manismu memanggil namaku
Hatiku pun bergetar
bagai terserang rindu
Betapa aku
menyanjungimu
Buta mata dan hati
untuk yang lain
“Kalau saya tak nak?” dugaku pula. Aku rasa
pipiku sudah memerah saat itu. Mana pernah orang tanya straight to the point macam ni.
Andaikan malam tiada pernahkan berakhir
Setiapku bersamamu
mungkin tak berujung
Betapa rindu ini
tak pernah mati
Kekasih hatiku
hanyalah engkau
“Betul awak tak nak dekat saya? Betul awak tak pernah tunggu saya
dalam mimpi-mimpi awak?” soal Shekal bertubi-tubi.
Memetik gitar menyanyi syair yang tulus
Persembahan kalbuku
Nantikan dikau
ditidur lelapku
Pujaanku
“Kalau ada jodoh antara kita tak ke mana Shekal,” ujarku tanpa
memandang wajahnya. Sebuah senyuman aku palitkan dibibirku bagi menjawab
pertanyaan Shekal tadi.
“Is it a
yes for my quesion?” soal Shekal meminta kepastian.
Aku sedikit teragak-agak untuk menjawab pertanyaan Shekal itu.
Namun perlahan-lahan aku mengangguk mengiyakan pertanyaannya tadi.
Burung berkicau tanda setia pada pagi
Ku dengan engkau
tak bisa dipisahkan lagi
Jantungku kau
mintapun kan ku berikan
Betapa dalamnya
cinta untukmu
“Alhamdulillah,” ujar Shekal dengan senyuman meleret di bibirnya.
Aku menekup wajahku dengan tapak tangan. Rasa bahang pipiku saat
itu. Tidak betah berada di sisi Shekal kerana rasa malu yang bertandang di
hati, cepat-cepat aku bangun dan mencapai stetoskop untuk melakukan follow up.
“Biar saya yang follow up.
Awak teman saya je,” bisik Shekal di
telingaku saat kami beriringan menuju ke wad nombor lima.
Aku tak tahu nak kata apa. Rasa macam terbang tinggi ke langit
bila Shekal menuturkan ayat itu.
Shekal Izat.
Sweetnya dia.
Dia lelaki pujaanku!
Dan dia adalah senior aku!
*****
Hak Cipta
Terpelihara : Isha Idiaz