Home Novel Cinta Dia Lelaki Teragung
Dia Lelaki Teragung
Nkal
18/9/2017 11:06:59
120,638
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

BAB 6

             Mereka menyusuri Lebuhraya MRR2 bertemankan tirai petang yang hampir melabuhkan waktu siang. Menanti waktu senja yang bakal tiba tidak lama lagi. Barang keperluan dapur sudah dibeli di Giant Taman Permata sebentar tadi. Wajah Zahra masih sunggul memandang jauh ke luar tingkap kereta milik Adam. Zahra sedih mengenangkan nasibnya. Begitu benci Datuk Iskandar pada dirinya. Semua kemudahan Zahra sudah ditarik oleh Datuk Iskandar sepenuhnya. Kesemua wang yang ada di dalam banknya dibekukan serta merta. Kalau dia tidak tergerak hati untuk menyemak baki di dalam akaunnya pasti sehingga kini dia tidak tahu sejauh ini hukuman papanya pada dia.

Adam masih dengan pemanduannya. Hanya mata yang menumpukan perhatian kepada pemanduannya kini. Fikirannya lebih tertumpu kepada kesunggulan yang terbit di wajah Zahra.

“Mengapa papa begitu benci dengan saya?” Terpancul soalan itu dari mulut Zahra saat Adam mengambil tempat di sebelah Zahra sebentar tadi.

“Tak baik awak cakap macam tu. Walau apapun yang terjadi dia tetap ayah awak.”Nasihat Adam menyedarkan Zahra.

“Ayah yang sudah membuang anaknya? Menyekat semua tanggungjawab yang sepatutnya dia lakukan?” Zahra tidak mengalah. Hatinya terguris dengan sikap amarah Datuk Iskandar.

“Mungkin dia perlukan masa untuk menerima semua ini. Awak banyakkan berdoa supaya hati papa awak kembali lembut untuk menerima awak sebagai anaknya semula.” Pujuk Adam masih tidak berputus asa.

“Saya dah tak punya apa-apa Adam.” Tangis Zahra sedih. Teresak-esak dia menahan sebak di dada.

“Shh….”Adam memandang wajah Zahra.

“Siapa kata awak dah tak ada sesiapa dalam hidup awak? Saya bakal suami awak. Saya yang akan mengambil tanggungjawab papa awak pada awak selepas ini.”

Airmata Zahra gugur lagi. Adam mengeluarkan sapu tangan yang ada di dalam poket seluarnya. Perlahan air mata itu disapu penuh kelembutan. Hanya itu yang mampu dilakukan kini.

“Semoga saya dapat menyapu air mata yang mengalir di pipi awak dengan jari jemari saya lepas ini.” Ujar Adam tersenyum manis. Memujuk hati Zahra yang sedang gundah.

Cepat Zahra mengambil sapu tangan itu dari tangan Adam. Merah padam mukanya saat Adam memandangnya sebentar tadi. Kalau boleh disorokkan muka ini di mana-mana tempat. Itu yang akan dia lakukan.

“Jom. Kita balik. Nanti sampai kat rumah saya kita call papa awak. Saya akan bagitahu dia pasal pernikahan kita esok.

Zahra menarik nafas sedalamnya. Apakah Datuk Iskandar akan menghadiri majlis pernikahan esok untuk menjadi wali kepada Zahra. Sedangkan di hati Datuk Iskandar kini penuh dengan kebencian pada Zahra.

“Awak yakin dia akan datang?” Hati Zahra masih ragu-ragu untuk mendapat persetujuan Datuk Iskandar bagi mewalikan dia esok.

“Saya yakin dia akan menjalankan tanggungjawab dia untuk menjadi wali kepada awak. Awak jangan risau. Saya akan cuba memujuk Datuk Iskandar.” Jawab Adam yakin.

“Zahra.” Panggil Adam lembut.

Zahra tersentak. Seolah-olah baru tersedar dari mimpi yang panjang. Jauh betul dia mengalamun mengingatkan perbualan antara dia dan Adam semasa di Pasar Raya Giant tadi.

“Kita dah sampai. Nanti awak naik atas berehat secukupnya. Esok pagi saya ambil awak.”

Zahra membetulkan postur tubuhnya.

“Awak nak telefon papa sekarang?” Soal Zahra.

“Boleh juga. Awak bagi nombor telefon papa awak pada saya.” Pinta Adam. Kereta mereka sudah diparking tempat yang disediakan.

Zahra memberikan telefon miliknya. Tertera nombor telefon Datuk Iskandar. Adam mendail nombor tersebut dengan menggunakan telefon bimbitnya. Dia pasti kalau dia menghubungi Datuk Iskandar dengan nombor Zahra pasti Datuk Iskandar tidak akan menjawab panggilan tersebut.

Beberapa saat menunggu akhirnya panggilan Adam disambut.

“Assalamualaikum Datuk Iskandar.” Adam memulakan perbualan dengan ucapan salam.

“Waalaikumussalam. Ya saya.” Jawab Datuk Iskandar lembut. Berlainan betul nada suaranya sekarang.Tidak seperti saat dia memarahi Zahra tempoh hari.

“Maaf saya menganggu datuk. Saya Adam Faris. Bakal suami Zahra Mawaddah.” Adam memperkenalkan dirinya. Di hatinya berdoa agar hati Datuk Iskandar tenang.

“Oh. Kamu rupanya. Ada apa kamu call saya?Kalau pasal Zahra Mawaddah saya tak nak ambil tahu lagi. Dia dah tak wujud dalam kamus hidup saya.” Balas Datuk Iskandar penuh menebal amarah di hatinya.

“Sebenarnya memang saya nak bincang pasal Zahra Mawaddah. Saya nak minta datuk jadi wali kepada Zahra Mawaddah. Esok kami akan bernikah di masjid di Cheras.” Bagitahu Adam Faris tanpa berselindung.

“Ohh. Jadi kamu jadilah berkahwin dengan anak tak guna tu? Baik. Esok aku akan pergi ke sana. Nanti kau hantar location pada aku.” Ujar Datuk Iskandar semakin benci mendengar nama Zahra.

“Baiklah. Terima kasih banyak datuk. Nanti saya akan sharekan lokasi pada datuk. Assalamualaikum.” Ucap Adam sebelum mematikan panggilan telefon.

Tenang jiwanya saat Datuk Iskandar bersetuju untuk menjadi wali kepada Zahra. Kalau tidak mungkin urusan pernikahan mereka bertambah rumit.

“Papa cakap apa?” Tidak sabar Zahra ingin tahu.

“Alhamdulilah. Papa awak setuju untuk menjadi wali awak esok. Nanti saya akan sharekan lokasi masjid pada dia.”

Lega hati Zahra mendengarnya. Ternyata apa yang bermain di fikirannya tidak benar.

So. Mari saya hantar awak ke atas. Lagipun banyak barang-barang yang awak kena bawa ni. Malam ini awak rehat secukupnya ya. Esok awak akan lalui detik-detik terindah dalam hidup awak dan saya. Jangan lupa pakai baju yang saya belikan tu.” Pesan Adam tersenyum tenang. Hatinya gembira. Akhirnya dia akan memiliki sekeping hati yang penuh misteri itu. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

****

             “Siapa yang call abang? Zahra ya?” Soal Datin Khadeejah sayu. Dia yang baru datang dari ruang dapur menghentikan langkahnya apabila mendengar Datuk Iskandar menyebut nama Zahra Mawaddah.

“Bukan. Kalau anak tak guna tu yang telefon, sumpah saya tak akan jawab.”Jawab Datuk Iskandar tegas.

Bagai tersusuk sembilu hati Datin Khadeejah saat Datuk Iskandar menyebut anak tak guna. Walau seburuk mana dosa yang dilakukan Zahra tidak pernah terlintas di hati Datin Khadeejah untuk menyumpah anaknya seperti itu. Mengapa tergamak Datuk Iskandar mengeluarkan kata-kata itu pada anaknya? Anak yang dikandung selama sembilan bulan ditambah dengan kesakitan saat konstraksi dan melahirkannya.

“Sampai hati abang cakap macam itu pada Zahra? Walaubagaimapun dia tetap anak kita abang.”Luah Datin Khadeejah sebak.

Datuk Iskandar menghampiri isterinya Datin Khadeejah. Perlahan tubuh itu dipeluk. Airmata yang mengalir di pipi Datin Khadeejah disapu perlahan.

“Dee. Abang tahu Dee sayangkan Zahra. Tapi apa yang dia lakukan pada Dee dan keluarga kita cukup memalukan. Cukup menjatuhkan maruah Dee dan abang.”

“Tapi…”Datin Khadeejah cuba bersuara.

“Dah. Dee dengar sini. Dee kena belajar untuk terima semua ini. Memang mula-mula Dee akan rasa susah untuk lupakan dia. Abang pasti satu masa nanti Dee akan berjaya lupakan anak tak guna tu. Dee kena ingat yang kita masih ada seorang lagi anak. Zahril juga boleh menjadi anak yang lebih baik dari Zahra. Percayalah.” Pujuk Datuk Iskandar berharap Datin Khadeejah melupakan anak perempuannya itu. Walaupun pada hakikatnya Datuk Iskandar tahu semua itu mustahil untuk dilakukan oleh Datin Khadeejah. Mana mungkin anak yang dikandung dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang itu akan dilupuskan dari ingatan begitu sahaja. Namun Datuk Iskandar tetap akan mencuba dan mencuba. Kebencian pada Zahra Mawaddah sudah tidak dapat dibendung lagi.

“Abang.Dee dengar abang sebut nama Zahra tadi. Apa dia cakap abang?” Desak Datin Khadeejah masih tidak berpuas hati.

Datuk Iskandar terpaksa mengalah.

“Bukan Zahra yang call. Tapi bakal suami dia. Esok mereka akan kahwin. Dia nak abang jadi wali esok.” Terang Datuk Iskandar.

“Abang. Dee nak jumpa Zahra. Please abang.”Rayu Datin Khadeejah.

DatukIskandar sedikit terperanjat dengan permintaan Datin Khadeejah. Kalau ikut kanhatinya dia memang tidak mahu membawa Datin Khadeejah bersama. Dia tahu wanitaitu akan sedih saat bertemu dengan Zahra nanti.                                                                                                                                                                                                                                        

Please abang. Dee rayu pada abang.”Pinta Datin Khadeejah lagi.

“Baik. Abang boleh bawa Dee esok. Tapi dengan satu syarat.” Tetap Datuk Iskandar.

Datin Khadeejah sabar menanti syarat yang akan dikemukan oleh Datuk Iskandar.

“Dee hanya boleh duduk di dalam kereta dan tak dibenarkan keluar dari kereta esok.Kalau Dee nak tengok Zahra, Dee hanya boleh tengok dari dalam kereta. Kalau Dee setuju dengan syarat yang abang beri pada Dee. Abang akan bawa Dee ikut abang esok.” Tegas Datuk Iskandar memberikan syarat pada Datin Khadeejah.

Dan demi anak yang sangat disayangi. Datin Khadeejah akhirnya bersetuju. Biarpun jauh. Apa yang penting dia dapat melihat saat anaknya memakai pakaian pernikahan. Walaupun bukanlah ini yang diimpikan dalam perkahwinan Zahra.

“Kalau macam tu, Dee pergi naik atas rehat. Esok pagi kita ke masjid tu.” Suruh DatukIskandar lembut. Datin Khadeejah tersenyum. Kembang hatinya. Tidak sabar untuk dia menanti malam melabuhkan tirainya. Cepatlah siang. Aku rindukan puteriku.

****

          “Hai sayang.” Tegur Sarah mendekati Rayyan yang sedang sibuk menekan butang kalkulator. Membuat kira-kira bagi kos untung rugi bagi projek yang akan dijalankan bulan hadapan.

“Ya baby. How are you?” Balas Rayyan. Matanya masih tertumpu pada kerja yang berada di hadapannya kini.

Sarah mengambil tempat berhadapan dengan Rayyan. Tidak sabar rasanya untuk dia menceritakan tentang Zahra dan temannya itu. Perlahan Sarah memainkan peranannya. Dia mengeluarkan telefon bimbit miliknya lalu diberikan pada Rayyan.

Rayyan mengangka tmukanya. Meminta penjelasan dari Sarah. Dia menghentikan kerjanya sementara.

“Tengoklah.” Pinta Sarah tersenyum.

Rayyan mengambil telefon bimbit milik Sarah lalu membukanya. Dan…Terpana mata Rayyan tatkala melihat gambar-gambar yang ada di dalam telefon milik Sarah.

“Perempuan ni memang tak ada maruah.” Rayyan meletakkan telefon bimbit Sarah agak kasar. Berbulu matanya melihat Zahra bersama lelaki itu. Wajah lelaki itu seperti pernah dilihat. Tapi di mana?
“Oo..oo..oo.. Kalau ya pun sayang marahkan perempuan tu jangan jadikan telefon baby ni mangsanya ya.” Balas Sarah tidakberpuas hati dengan tindakan Rayyan. Mahal dia beli telefon Huaweii P10 ni.

Sorry baby. Tapi muka lelaki tu sayang macam pernah tengok. Rasanya ini bukan lelaki yang ada dalam gambar yang sayang bagi hari tu kan?” Rayyan masih tidak berputus asa untuk mengingati di mana dia jumpa dengan mamat tu.

“Yap. Memang bukanlelaki tu. Tapi betul ke sayang pernah nampak mamat ni?” Sarah begitu terujauntuk mengetahuinya.

akan sedih saat bertemu dengan Zahra nanti.

Rayyan mengimbau kembali ingatannya. Dan.

“Ya. Sayang dah ingat. Sayang pernah jumpa dia masa keluar dengan Zahra.” Beritahu Rayyan setelah mengingati kejadian itu.

What? You keluar dengan perempuan tak guna tu? Bila? Kenapa tak tahu pun.” Sarah mula berang.

Baby. Bertenang. I jumpa Zahra masa nak putuskan hubungan dan dia. Itulah kali terakhir I jumpa dengan Zahra. Masa tu lah mamat ni datang. Kononnya nak selamatkan maruah Zahra.” Cerita Rayyan merungkai kecurigaan di hati Sarah sebentar tadi.

“Ohh. Jadi lelaki ini dah berjaya tawan hati Zahra la? Semudah itu je? Tapi siapa lelaki itu sayang?Macam mana dia boleh muncul kat situ?” Cungkil Sarah ingin tahu. Dia harus tahu apa jua yang terjadi pada Zahra. Barulah seronok untuk dia mempermainkan Zahra.

“Entah. Masa I gaduh dengan Zahra tiba-tiba mamat ni muncul. Tak silap I dia pelukis,sebab nampak dia pegang berus lukisan masa cuba meleraikan pergaduhan I dan Zahra.”

“Pelukis? Not bad.”

Ahh! Tak kisahlah.Bukan orang kaya pun. Yang penting dia sudah lebih dari Zahra. Semoga kau bahagia hidup dengan pelukis jalanan tu Zahra.

Ketawa Sarah di dalam hatinya.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.