Home Novel Cinta Dia Lelaki Teragung
Dia Lelaki Teragung
Nkal
18/9/2017 11:06:59
120,630
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

BAB 12

"Apa lagi yang tak cukup?” Soal Adam menemani Zahra membeli barang-barang keperluan sepanjang Zahra menyambung pengajiannya nanti.

“Rasanya semua dah ada. Ini pun dah banyak abang belikan.” Zahra menunjukkan beg plastik yang dibawa oleh Adam. Stok makanan sahaja dah hampir dua plastik. Risau sangat isteri dia lapar kat kolej nanti.

“Takpelah. Barang-barang ini bukan basi pun. Boleh simpan lama. Abang pasti tak sampai seminggu semua ini dah habis.” Bicara Adam yakin.

“Mana abang tahu. Abang ingat Zahra jenis kuat makan ke?” Zahra tidak berpuas hati.

“Memang Zahra kuat makan pun. Cuma badan je yang tak naik.” Gurau Adam menyakat. Entah kenapa dia suka melihat wajah Zahra bila marah. Marah-marah manja gitu.

Zahra diam. Malu sebenarnya. Selama ini Adam memerhatikan dia ke? Memang Zahra mengaku yang dia banyak makan. Bertambah-tambah seleranya sejak kahwin ni.

“Hai. Kenapa isteri abang diam ni? Abang gurau jelah.” Pujuk Adam mendekatkan wajahnya pada Zahra. Zahra cuba mengelak. Tapi di sebelahnya ada dinding batu. 

Hai, boleh pulak ada dinding batu kat sini? Rungut Zahra.

Adam hanya tersengih. Mereka meneruskan langkah yang terhenti seketika sebentar tadi. Hari minggu seperti ini pasaraya memang sesak dengan manusia. Maklumlah hari ini sahaja masa yang dapat diluangkan bersama keluarga. Esok masing-masing sudah mula berkerja mencari rezeki. Jadi masa yang terluang inilah yang digunakan untuk berjalan bersama keluarga.

“Zahra dah siap kemas baju untuk pendaftaran esok?” Selidik Adam.

“Dah. Zahra dah packing dua hari lepas.” Jawab Zahra bersahaja.

“Amboi. Cepatnya packing. Tak sabar nak tinggalkan abang, ya?”

Sekali lagi Zahra terperangkap dalam jerat soalan Adam. 

Apa aku nak jawab ni? Takkan nak jawab ya? Kan kecil pula hati Adam. Kalau jawab tidak, mulalah Adam fikir bukan-bukan nanti. 

“Hum. Yalah. Orang dah tak sudi nak tinggal dengan abang. Nak buat macam mana.” Rajuk Adam olok-olok.

Zarah serba salah. Kalau diikutkan memang dia tidak sabar untuk tinggal di asrama. Segan lama-lama tinggal berdua dengan Adam. Memang mereka sudah bergelar suami isteri yang sah. Tapi..rasa segan ini masih tebal dalam jiwa.

“Abang janganlah cakap macam tu. Zahra tak ada niat pun nak buat abang terasa. Zahra kemas awal untuk persediaan. Takut ada barang-barang yang tertinggal. Tak adalah last minute baru nak pergi cari.” Terang Zahra memujuk Adam perlahan.

“Zahra. Abang faham. Zahra jangan risau ya.”

Lega hati Zahra. Mujurlah Adam ini senang dipujuk. Kalau tidak masaklah Zahra nak cari idea untuk pujuk Adam.

“Cuma satu yang abang nak ingatkan Zahra. Jangan lupa jalan nak balik rumah kita pula nanti.” Adam bagai mengingatkan Zahra yang dia kini sudah bergelar seorang isteri. Tempatnya tetap di hati seorang suami.

“Baik abang. Abang jangan risau ya. Kan setiap hujung minggu Zahra kena balilk ke rumah. Itukan sebahagian dari syarat yang abang bagi pada Zahra.”

“Baguslah kalau Zahra masih ingat.” Senyum Adam.

“Abang laparlah. Jom kita makan dulu.” Ajak Adam.

Perutnya sedari tadi berbunyi minta diisi. Sarapan tadi pun dia makan roti je sekeping. Itu yang tengah hari ini perut Adam menyanyi lagu rentak zapin.

Zahra hanya menurut. Mereka singgah makan di sebuah restoran yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras. Berselera Adam menjamu selera tengah hari tu. Mungkin kerana perutnya sudah lama menahan lapar.

Mana tidaknya setengah hari menemani Zahra membeli barang keperluan. Kasihan Zahra melihat kesungguhan Adam. Dari mula mereka kenal sehingga sekarang Adam tidak jemu cub untuk membahagiakan Zahra. Tanggungjawab yang mungkin tidak pernah terlintas di hati Adam untuk memikulnya.

Semoga aku dapat membalas semua kebaikan mu, Adam.

****

“Mama!” Zariel meluru ke arah Datin Khadeejah. Segera tubuh wanita itu dipeluk kejap. Melepaskan seluruh kerinduan yang bertamu di hati. 

“Zariel apa khabar?” Datin Khadeejah membalas pelukan anaknya. 

Sudah lama anak bujangnya ini merantau di negara orang. Menyambung pelajaran di sana. Kalau Zahra ada pasti dia gembira menyambut kepulangan Zariel hari ini.

“Zariel sihat mama.”

“Alhamdulilah.” Pujian dipanjatkan kepada Illahi.

“Adik mana mama? Tak nampak pun dia.” Soal Zariel mencari-cari kelibat adik kesayangannya Zahra. Rindu betul dia dengan adiknya itu. Biasanya Zahra selalu menghantar khabar padanya tetapi sejak sebulan kebelakangan ini Zahra langsung tidak menghubunginya. Dia hilang begitu sahaja.

“Dah. Jangan kau tanya pasal budak tak guna tu. Papa dah halau dia keluar dari rumah ni.” Datuk Iskandar bersuara tegas. Dia baru sahaja keluar dari ruang dapur.

Terkejut Zariel mendengar kenyataan Datuk Iskandar. Wajah Datin Khadeejah dipandang sayu. Mencari jawapan di sebalik kata-kata yang keluar dari mulut Datuk Iskandar.

Datin Khadeejah menganguk perlahan. Mengiakan kenyataan Datuk Iskandar. Mata wanita di hadapannya ini sudah mula bergenang. Mata itu bagai menyimpan seribu rahsia saat dia memandang Zariel.

“Tapi kenapa papa?”  Zariel ingin tahu.

“Kau tak perlu tahu kenapa? Apa yang pasti papa tak mahu kamu berhubung dengan dia. Dia bukan lagi adik kamu. Dia bukan lagi ahli keluarga kita. Faham!” Datuk Iskandar memberi amaran keras.

But papa.”

Full stop!” 

Datuk Iskandar melangkah naik ke atas dengan amarah. Cukup pantang apabila ada yang bertanya soal Zahra pada dia. 

Zariel menghantar tubuh Datuk Iskandar yang hilang di balik pintu yang ditutup rapat. Zariel memandang Datin Khadeejah yang sudah merembaskan air matanya. Mungkin terkejut dengan suara Datuk Iskandar yang agak kuat hari ini. Zariel memeluk erat tubuh ibunya. Memujuk dan menenangkan Datin Khadeejah.

Zariel akan mencari tahu apa sebabnya semua ini boleh berlaku. Biarlah ibunya tenang dahulu. Zariel pasti ibunya akan menceritakan hal ini pada dia nanti.

Namun Zariel tidak pernah menyangka yang kepulanganya kali untuk menerima berita pahit ini. Apa yang diharapkan seakan berkecai. Kerinduan dia pada adik perempuannya terpaksa dipendam. Apa yang dilakukan oleh Zahra sehingga papanya sanggup membuang Zahra daripada keluarga ini?

Apa yang adik dia sudah lakukan sehingga Datuk Iskandar sanggup membuang Zahra sebagai anak kandung? Setahu Zariel, Zahra seorang anak yang sangat menjaga hati papa dan mama mereka. Zahra sangat taat pada papa dan mamanya. Pasti ada sesuatu di sebalik semua kejadian ini.

****

Datuk Iskandar menarik nafas panjang. Cuba menenangkan dirinya daripada kemarahan yang sudah memuncak sebentar tadi. Dari awal dia sudah mengagak yang Zariel akan bertanya soal Zahra. Tapi kenapa secepat itu?

Datuk Iskandar melemparkan pandangannya jauh ke luar ke tingkap. Dia harus mencari jalan supaya Zariel tidak mendekati Zahra. Dia pasti Datin Khadeejah akan memujuk Zariel untuk membawa mamanya itu menemui Zahra. Itu yang dia tidak mahu. Zahra harus menerima hukuman atas perbuatan terkutuk ini.

Pintu bilik dibuka perlahan. Datin Khadeejah masuk dengan wajah yang masih berbaki kesedihan. Langkahnya terus meluru ke dalam bilik air. Menutup rapat pintu bilik air itu perlahan. Datuk Iskandar melepaskan keluhan yang sangat berat. Kenapa dia kalah dengan air mata insan yang sangat dikasihi itu?

Lama Datuk Iskandar menanti isterinya di luar. Dia haris bertenang dalam memujuk Datin Khadeejah. Kalau boleh dia tidak mahu menyakiti hati isteri yang dikasihi itu.

Datin Khadeejah keluar. Sedikit pun pandangannya tidak dilemparkan pada suaminya Datuk Iskandar. Hatinya sebak memikirkan kata-kata Datuk Iskandar. Begitu benci suaminya pada anak mereka Zahra. Luluh hatinya sebagai ibu yang mengandungkan Zahra.

“Dee.” Panggil Datuk Iskandar lembut.

Datin Khadeejah diam. Namun langkahnya tetap menuju ke arah Datuk Iskandar. Walau sekeras mana hati dan tindakan Datuk Iskandar dia tetap seorang isteri yang harus patuh pada seorang suami. Datin Khadeejah berdiri di hadapan Datuk Iskandar. Kepalanya menunduk ke bawah memandang lantai kayu.

“Dee dah tak suka pandang wajah abang ke?”

Tertusuk kata-kata itu ke dalam hati Datin Khadeejah. Perlahan dia mendongakkan kepala. Kini mata dia sudah memandang wajah lelaki yang menjadi suaminya sejak tiga puluh tahun dahulu.

Datuk Iskandar memberikan sebuah senyuman manis saat memandang wajah Datin Khadeejah. Perlahan pipi isterinya disentuh lembut.

“Maafkan abang. Abang tak bermaksud nak menyakiti hati Dee. Abang faham perasaan Dee sebagai seorang ibu. Cuma, abang mohon Dee berikan masa buat abang. Apa yang dilakukan oleh Zahra betul-betul mengguris hati abang. Abang malu pada diri abang sendiri. Abang malu pada Allah kerana gagal mendidik anak perempuan kita untuk menjaga maruah dia sebaik mungkin. Abang kecewa dengan diri abang sendiri Dee.” 

Datuk Iskandar meluahkan isi hatinya yang terpendam. Sudah lama dia memendam semua ini seorang diri. Biarlah hari ini, Datin Khadeejah mendengar sendiri luahan hatinya agar isterinya memahami keadaan dirinya.

“Tapi, bagaimana kalau semua ini tidak benar abang? Bagaimana kalau Zahra tak buat semua ini? Bagaimana kalau dia difitnah?” Datin Khadeejah cuba untuk membuka hati Datuk Iskandar.

“Sudahlah Dee. Kalau tak ada angin masakan pokok akan bergoyang.” Sangkal Datuk Iskandar tegas.

Datin Khadeejah membisu. Sudah puas dia cuba memujuk hati Datuk Iskandar namun ego suaminya itu terlalu tinggi.

“Maafkan abang Dee.” Pinta Datuk Iskandar mula mengorak langkah.

Datin Khadeejah diam. Hanya matanya sahaja yang bergerak mengikut langkah Datuk Iskandar yang sudah memegang tombol pintu untuk keluar dari bilik mereka. Tampak keluhan berat yang keluar dari penafasan Datuk Iskandar. Hanya senyuman tipis dihadiahkan buat Datin Khadeejah. Pintu ditutup rapat dari luar.

Datin Khadeejah cuba menahan sebak yang melanda jiwanya. Dalam hatinya terus berdoa agar Allah bukakan hati suaminya untuk menerima Zahra kembali. Datin Khadeejah yakin satu masa nanti kebenaran akan terbongkar jua.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.