Home Cerpen Cinta K.O.P.I untuk awak
K.O.P.I untuk awak
Nkal
6/5/2017 15:47:09
13,191
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

   Nuha melangkah ke ruang pejabat Megah Holding yang terletak di tingkat tujuh. Seorang pekerja wanita sedang asyik memandang skrin komputer di kaunter penyambut tetamu. Mungkin menyambung kembali tugas-tugas yang tertangguh semalam.  Nuha menghampiri wanita itu.


“ Assalamualaikum cik.Boleh saya jumpa dengan Encik Sufian?” Sapa Nuha lembut dan bersopan. Wanita itu mendongak memandang Nuha sambil mengukir senyum.


“ Waalaikumusalam. Maaf Encik Sufian belum sampai. Cik ada temujanji dengan dia ke?” Selidik wanita itu lembut.


“ Ada. Saya kena melaporkan diri pada Encik Sufian pagi ni. Saya Nuha Amira, pelajar praktikal dari Universiti Malaya. Saya ada mohon untuk membuat praktikal di sini.” Terang Nuha memperkenalkan dirinya.


" Oh..cik Nuha. Pelajar praktikal yang akan menjadi setiausaha pada Encik Khairul.” Ujar wanita tampak sedikit teruja. Entah apa yang bermain di fikiran wanita itu kini Nuha sendiri tidak pasti.


“ En Khairul? Bukan saya kena berurusan dengan Encik Sufian ke?” Nuha menggaru kepalanya yang litup ditutup dengan sehelai shawl berwarna pink belacan.


Wanita itu tertawa kecil. Mungkin tercuit hati melihat muka Nuha yang agak blur pagi itu.


“ Cik Nuha. Encik Sufian tu pegawai sumber manusia di syarikat ini. Dia yang uruskan kemasukan pekerja atau pelajar praktikal yang akan bekerja di sini. Encik Khairul tu pula bos besar syarikat ini.” Terang wanita itu sambil menghulurkan sekeping borang untuk diisi Nuha.


 “ Cik Nuha ambil borang ini dan isi dulu malumat diri sementara tunggu Encik Sufian sampai. Akak rasa dia masuk lambat sikit pagi ini. Uruskan pendaftaran sekolah anak dia. Cik Nuha duduk sana dulu ya.”Wanita itu menunding ibu jari di salah satu ruang menunggu tidak jauh dari kaunter.


Nuha mengambil borang itu seraya mengucapkan ucapan terima kasih. Dia mula mengatur langkah ke ruang yang disediakan. Sebatang pen dikeluarkan dari handbag bewarna coklat. Nuha tunduk mengisi beberapa maklumat yang diperlukan.


Amalina asyik memandang Nuha. Cantik. Pujinya di dalam hati. Seandainya dia ini boleh mengubah perasaan Encik Khairul. Detik hati Amalina.


“ Apa yang awak menungkan tu Lin?” Sapa Encik Khairul yang baru keluar dari dalam biliknya. Amalina membetulkan posisi duduknya. Terperanjat dengan sapaan bosnya Encik Khairul.


“ Um tak ada apa Encik Khairul. Tu saya tengok budak praktikal tu. Manis berbaju kurung. Jarang pelajar yang ambil jurusan kesetiausahaan ini nak pakai macam dia. Walaupun dia berbaju kurung tapi dia pandai bergaya. Cantik pulak tu.” Komen Amalina terus memandang Nuha sambil matanya mencuri-curi memandang Encik Khairul yang sudah terpacak anak matanya pada Nuha.


“ Apa salahnya kalau dia pakai baju kurung? Baju tu kan baju kebanggaan  perempuan melayu. Lagipun manis apa kalau perempuan pakai baju kurung.” Khairul memberikan pendapatnya tersendiri.


“ Saya tak cakap salah.Cuma saya kata apa yang dia buat ini jarang orang lain buat. Yalah kalau status setiausahakan mesti nak kena seksi, makeup tebal-tebal.


“ Itu mungkin dulu.Saya rasa sekarang orang lebih bersikap terbuka kot. Nak jadi setiausaha tak perlu pakai baju seksi, makeup tebal-tebal. Apa yang penting kerja mesti tiptop.” Khairul masih berpegang dengan pendapatnya. Amalina bersetuju dengan sikap keterbukaan Encik Khairul.


“ Dia tunggu siapa tu?Kenapa awak tak bawak dia jumpa saya? Dia akan bekerja dengan saya kan?” Soal Encik Khairul agak serius kali ini. Kalau melibatkan kerja memang Encik Khairul bersikap lebih serius.


“ Encik Sufian. Tapi Encik Sufian mesej tadi dia cakap masuk lambat sikit.” Beritahu Amalina memandang Encik Khairul.


“ Kalau macam tu awak suruh dia masuk jumpa saya.” Arah Encik Khairul memusingkan tubuhnya lalumelangkah ke biliknya.


 ****************


Nuha mengetuk pintu bilik Khairul beberapa kali sebelum dibenarkan masuk.


“ Assalamualaikum Encik Khairul.” Ucap Nuha lembut.


“ Waalaikumusalam.”Sambut Khairul memandang ke arah pemilik suara itu. Ya Allah perasaan apakah ini? Khairul menatap wajah Nuha beberapa saat.


Lamunannya terhent isebaik sahaja Nuha berdehem beberapa kali. Khairul membetulkan duduknya.


“ So. Awak pelajar praktikal yang akan menjadi setiausaha sementara saya kan?”


Nuha mengangguk laju.Dia masih teguh berdiri di hadapan meja Khairul. Tidak pula dia dijemput duduk oleh bakal majikannya itu.


“ Duduklah. Tak elok berdiri lama-lama. Kalau awak pengsan nanti tak pasal-pasal saya kena hantar awak kehospital. Kan esok pagi keluar kat suratkhabar muka hadapan  ‘Majikan mendera pelajar praktikal’.” Serius kata-kata dan wajah Khairul saat melontarkan kata-kata itu.


Nuha tidak menjawab.Senyum jauh sekali. Baginya apa yang dilontarkan Encik Khairul itu sedikit pun tidak menggelikan hatinya apatah lagi membuat dia terasa dengan kata-kata itu.Terserah apa yang majikannya itu ingin katakana. Yang penting dia buat kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Itu pesan kedua ibu-bapanya.


“ So. Boleh awak kenalkan serba sedikit pasal diri awak.” Pinta Khairul menunggu reaksi dari Nuha.


“ Boleh. Saya Nuha Amira,pelajar jurusan Diploma Kesetiausahaan (pejabat) dari Universiti Malaya. Berasal dari Jitra Kedah, mempunyai  tiga oranga adik beradik. Semestar ini merupakan semester terakhir untuk saya.” Nuha menceritakan serba sedikit perihal dirinya. Encik Khairul tampak berpuas hati.


“ Awak dah kahwin?”Terpacul soalan itu dari bibir Encik Khairul.


“ Belum.” Jawab Nuha padat.


“ Baguslah.”


Nuha tercengang. Apa maksud Encik Khairul?


“ Maksud saya baguslahkalau awak belum berkahwin. Senang awak nak ikut saya nanti kalau terpaksa outstation atau overtime. Kalau dah kahwin mungkin payah sikit untuk bergerak ke sana ke mari.” Khairul membetulkan kenyataan yang keluar dari bibirnya tadi.


“ Awak tahu kan tugas-tugas setiausaha pejabat?” Cungkil Khairul sekadar menguji.


“ Saya perlu menetapkan semua temujanji, aktiviti atau mesyuarat yangperlu dihadiri bos.  Menjaga diari,merancang dan menyelia jadual bos. Mengingatkan bos tentang temujanji ataumesyuarat yang perlu dihadiri. Menyemak aturan kerja mesyuarat atau senarai isupenting mesyuarat untuk bos." Terang Nuha yang tahu serba sedikit tentang tugas setiausaha.


“ Hum bagus. Saya lagi tugas tambahan untuk awak. Siapkan kopi o untuk saya setiap pagi atau setiap kali saya minta.”


“ Baik Encik Khairul.”Nuha menerima arahan dan tugasan itu dengan tenang.


“ Ok. Awak boleh keluar dan buat kerja awak. Nanti saya minta Amalina tunjukkan tempat awak. Opss...jangan luoa siapkan kopi O untuk saya. Kopi mesti pekat dan kurang manis. Pahit dan manis mesti serasi bersama.”


Nuha memejam matanya. Menerima sahaja permintaan bosnya itu.


 ******************


Amalina tergopoh-gapah ke ruang pantry mencari kelibat Nuha.


“ Hah..Kat sini pun Nuha. Puas kak Lin cari. Encik Khairul panggil Nuha. Nampak macam marah-marah tu. Nuha ada buat dia naik angin ke?” Korek Amalina ingin tahu. Nafasnya yang tercungap-cungap cuba ditenangkan dengan menarik nafas panjang.


“ Nuha tak tahulah apa salah Nuha kak. Dah hampir dua bulan Nuha kat sini. Tak ada satu pun tugas yang Nuha buat dapat puaskan hati Encik Khairul. Ada je yang tak kena. Nuha pun tak fahamlah dengan Encik Khairul tu.”


Amalina pelik mendengar cerita Nuha. Takkan Encik Khairul macam tu. Setahu dia Encik Khairul bukan jenis yang suka marah-marah. Memang dia jenis yang serius pada kerja tapi kalaua ada yang tidak betul dan perlu diperbetulkan dia sendiri yang akan berikan tunjuk ajar. Bukan baru sekali dia berkerja dengan Encik Khairul.


“ Akak tengok semua aktiviti dan mesyuarat yang Nuha aturkan dia masuk. Tak ada pula dia complaint pasal kerja Nuha kat akak.”


“ Ya Allah. Buat apa Nuha menipu kak. Apa yang Nuha dapat. Nuha pun tak faham kenapa Encik Khairul selalu nak cari salah Nuha. Pagi ni dia marah-marah pasal kertas kerja yang akan dibentang dalam mesyuarat esok. Dia cakap Nuha banyak buat salah dengan kertas kerja tu. Tak ikut standartlah,salah ejaanlah. Macam-macam lagilah.” Luah Nuha sebak.


“ Setahu akak Encik Khairul sendiri akan tegur dan bagitahu macam mana nak betulkan kesalahan-kesalahan itu. Ada dia tunjuk ajar kat Nuha.?”


Nuha menggeleng laju. Sampai sekarang dia mencari jawapan pada soalan yang menyerabutkan benak fikirannya.


 Lama Amalina diam dan termenung.

“ Jangan-jangan dia sukakan Nuha. Dia buat semua ini sebab nak usik Nuha ke?” Teka Amalin meluahkan apa yang bermain dalam fikirannya.


“ Akak!! Nuha serius ni. Boleh pulak main-main benda macam ni. Tengok cam kopi ni. Nuha dah buat macam yang dia nak. Tapi still tak puas hati. Bila Nuha ubah sukatan dia tak bagi. Dia cakap nak sukatan yang first dulu. Nuha tak fahamlah kak. Membazir je kopi yang Nuha buat tu.” Rungut Nuha sambil mengacau kopi O yang sudah siap dibancuh. Tunggu masa nak hantar padaEncik Khairul je.”


“ Apa pula membazir.Bukan ke tiap-tiap hari Encik Khairul minum.”


“ Mana ada dia minum kak. Dia buang kopi tu.” Sangkal Nuha yakin dengan tanggapannya.


“ Hum. Setiap kali akak masuk untuk ambil cawan dia mesti cawan tu dah kosong. Tinggal saki baki serbuk kopi je. Maknanya dia minumlah tu.” Amalina cuba menenangkan Nuha.


“ Memanglah kosong sebab dia dah buang.” Tolak Nuha lagi.


“ Ok. Kalau betul dia buang dia buang kat mana? Dalam bilik dia tak ada singki. Nuha ada nampak dia bawa cawan tu keluar? Tak ada kan? Jadi apa bukti Nuha Encik Khairul buang kopi yang Nuha buat tu?”


Soalan dari Amalina benar-benar menyempitkan lagi situasi yang kian tegang kini. Tegang gara-gara Encik khairul.


“ Hum kalau tak ada singki dia boleh buang ikut tingkap bilik dia tu.” Selamba Nuha menjawab.


Amalina hampir tergelak. Pusing kepala dia dengan sikap Nuha ni. Memang tampak keanak-anakannya itu. Kalau difikirkan secara logik akal pun tak mungkin Encik Khairul akan buat seperti yang Nuha maksudkan itu. Amalina tahu Nuha dah tak ada point untuk menegakkan tanggapannya pada Encik Khairul.


 Nuha..Nuha.


 ***************************


Nuha menyelinap masuk ke dalam bilik Encik Khairul. Dia sampai awal pagi hari ini gara-gara mengikut rancangan Amalina yang mahu dia tengok sendiri cawan yang berisi air kopi semalam. BiasanyaAmalina yang akan masuk ke dalam bilik Encik Khairul untuk mengemas dan membersihkan bilik bos mereka itu. Cawan-cawan yang diminum Encik Khairul akan dibawa ke pantry pada setiap pagi.Dan hari ini tugas itu diserahkan kepada Nuha supaya gadis itu berpuas hati dengan kenyatannya semalam.


Cawan yang berada di atas meja Encik Khairul diangkat. Benar kata Amalina. Cawan ini sudah kosong.Hanya serbuk kopi sahaja yang tinggal. Tanpa sedar bibir Nuha mengukir senyuman puas.


Tiba-tiba tangan kirinya tidak sengaja menjatuhkan sekeping kertas. Mungkin dokumen penting Encik Khairul. Nuha segera menunduk lalu menyusup ke bawah meja untuk mengambil kertas tersebut. Seperti ada sesuatu di sebalik sebuah bakul. Nuha mengalihkan bakul tersebut. Sebuah buku kecil yang sedikit terbuka isi kertasnya di ambil.Nuha membaca coretan yang tertulis pada buku itu.


‘Sayang. Abang dah jumpa penganti sayang. Budaknya manis, sopan santun dankadang-kadang blur macam sayang. Sayang…abang rindukan sayang. Bersemadilahsayang di sana. Abang akan sentiasa memegang kenangan kita walaupun abang sudah dimiliki orang lain.’


 “ Apa awak buat kat bawah meja tu?” Satu suara menegur. Dan Nuha pasti itu suara Encik Khairul.


Perlahan-lahan Nuha keluar dari meja sambil memegang buku kecil itu. Terbeliak mata Khairul melihat apa yang berada di tangan Nuha sekarang.


“ Macam mana buku ni ada kat tangan awak? Dah lama saya cari buku ni. Ohh jadi awaklah yang curi buku ni? “ Marah Khairul bengang.


“ Tak. Saya tak curi. Saya jumpa buku ni masa nak ambil kertas yang jatuh tadi.” Gugup Nuha menjawab. Tak pernah dia melihat Khairul marah seperti ini. Amalina yang berada di bilik itu turut terperanjat mendengar jeritan Khairul.


“ Tipu!! Dasarpencuri!! Muka je cantik tapi pencuri..Awak keluar sekarang. Mulai esok awak tak payah datang ke sini lagi. Aku benci tengok muka kau.” Tengking Khairul menggila. Dia sangat pantang bila ada orang membaca diari kecilnya ini.


“ Tapi Encik Khairul.”Amalina cuba bersuara untuk melindungi Nuha.


“ Awak diam Amalina.Awak jangan nak melindungi pencuri macam ni.”


Nuha tersentak. Dia dihukum tanpa disoal siasat langsung. Nuha tak kisah dia ditengking atau dibenci sekalipun tapi latihan pratikalnya juga diberhentikan. Macam mana keputusan diplomannya nanti? Mungkin kerana ini dia terpaksa repeat pratikal lagi sekali. Nuha keluar dengan deraian air mata. Amalina sangat bersimpati dengan Nuha namun dia tidak berdaya untuk melawan.

 “ Tak payahlah kau nak mengelamun Khai. Masa ada depan mata kau sia-siakan. Masa dah tak ada kau pula yang macam gila bayang.” Sinis Sufian sengaja menyimbah api ke dalam hati Khairul temannya.


Khairul mula tidak senang dengan kata-kata pedas yang Sufian lemparkan. Kenapa semua seolah-olah ingin menyalahkan dia bila menamatkan latihan praktikal Nuha. Memang patut pun budak tu dibuang.


“ Kau dah kenapa Pian?Masih nak menangkan budak tu. Kau tahu tak dia tu pencuri.” Khairul masih tegas dengan pendiriannya yang Nuha adalah orang yang mencuri diarinya.


“ Kau ada bukti Nuha curi diari kau?” Sufian tidak berpuas hati. Kerana sebuah diari yang kononnya begitu penting buat Khairul Nuha dihukum tanpa diberi peluang untuk  membela diri.


“ Bukti apa lagi Pian?Dah memang sah-sah dia yang pegang diari tu masa aku masuk. Itu tak cukup ke membuktikan dia yang curi diari tu.” Khairul masih dengan egonya. Sedikit pun dia tidak mahu mengalah.


“ Amalina ada bagitahu aku sehari sebelum Nuha masuk bilik kau dia ada terjumpa dengan buku tu masa nak buang sampah. Tapi dia tak berani nak ambil. Dia ingat nak bagitahu kau petang tu tapi kau tak masuk pejabat. Jadi dia biarkan dulu diairi tu. Esoknya dia mintak Nuha kemaskan bilik kau sebab nak Nuha tengok sendiri kopi yang Nuha buat untuk kau tu habis diminum. Tapi langkah Nuha silap bila mengambil buku tu. Dan kebetulan masa tu kau datang. Amalina cuba nak bagitahu kau tapi kau dah mengamuk macam singa masa tu.”


Khairul bagai tersedar dari mimpi. Apa betul ke apa yang didengar ini? Maknanya Nuha tak salah? Dan dia menghukum tanpa simpati?


“ Kau tak kesian ke kat budak Nuha tu. Dialah satu-satu anak yang diharapkan untuk bantu keluarga kat kampung. Kau senang-senang je terminate latihan  dia kat sini.” Giliran Sufian pula membasuh hati dan fikiran Khairul. Mengharap agar jejaka itu menurunkan egonya itu.


“ Apa aku nak buat Pian?” Khairul buntu. Rasa bersalah menyelubungi hatinya. Sememangnya dia ego.Dia tidak adil dalam menghukum orang.


“ Kau fikirlah apa yang terbaik untuk kau. Kau tahu tak Khai sebenarnya memang Nuha tu dah jadi pencuri terhebat.”


Khairul blur. Apa maksud Sufian. Tadi Sufian sendiri cakap Nuha tak bersalah dan sekarang?


“ Apa maksud kau Pian?”Khairul mula tidak berpuas hati.


“ Nuha tu dah menjadi pencuri hati kau. Kau ingat aku tak tahu sejak Nuha ada kau macam bersemangat nak datang kerja. Kau dah tak monyok macam dulu. Bibir kau sentiasa tersenyum. Kau sengaja buat-buat marah dia kan.Sebab kau suka tengok muka dia yang blur-blur dan sedih bila kau marah dia. Sedarlah Khai. Pergilah kejar dia sebelum dia jad milik orang lain. Kenangan dulu biarlahkan menjadi kenangan yang tetap tersemat di hati.


 **********************


Nuha berlari meninggalkan Khairul yang mengejarnya dari belakang.  Sekali lagi Khairul datang dalam hidupnya saat dia hampir dimiliki orang lain.


“ Untuk apa Encik Khairul datang sini. Saya kan pencuri. Encik Khairul kan dah benci tengok muka saya. Kenapa Encik Khairul datang sini. Nak hukum saya lagi? Nak buat saya menangis lagi.?” Lantang suara Nuha menjerit melawan angin petang yang sedikitkuat tiupannya.


“ Maafkan saya Nuha. Saya tahu saya salah. Saya hukum awak tanpa usul periksa. Saya ego.” Khairul cuba bersuara memohon secebis kemaafan.


Nuha diam. Luka di hatinya masih basah dan berdarah. Kata-kata kesat yang tersembur dari mulut Khairul baru-baru ini memang sangat pedih dan pahit untuk ditelan. Sama pahitnya seperti kopi yang selalu diminum Khairul.


“ Nuha. Please maafkan saya.” Rayu Khairul lagi.


“ Dahlah Encik Khairul. Saya nak balik. Saya akan jadi milik orang nanti. Tolong jangan ganggu saya lagi. Anggap saya tak pernah wujud dalam hidup Encik Khairul.” Nuha berlalu pergi meninggalkan Khairul keseorangan.


“ Nuha..Saya cintakan awak!!” Pekik Khairul bersama angin yang meniup kuat. Mengharap Nuha akan berpaling.


Namun Nuha tidak berpaling malah langkahnya semakin laju berlari meninggalkan Khairul.


“ Dahlah tu Khai. Dah takdir dia bukan milik kau. Doakanlah kebahagiaan dia bersama orang yang dia pilih.” Pujuk Sufian bersimpati dengan Khairul. Rupanya Nuha tekad dengan pendiriannya.

Pintu bilik Khairul diketuk. Amalina muncul membawa secawan kopi. Aromanya sungguh measyikkan.


“  Ini dia kopi yang dibuat dari calon seterusnya.” Ujar Amalina meletakkan kopi itu di atas meja Khairul. Hari ini berlangsung sesi temuduga untuk mencari calon setiausaha kepada Khairul. Antara syarat yang diletakkan setiausahanya itu harus pandai membuat kopi mengikut citarasanya.


Khairul mencium bau kopi tersebut. Sekeping kad terselit di sebalik tangkai cawan.  ‘K.O.P.I untuk awak’


Persis kopi Nuha.Adakah? Khairul bangun menuju ke luar biliknya.


“ Nuha.” Seorang wanita berpaling. Dan..


“ Maaf Encik saya bukan Nuha. Saya Atirah.”


“ Maafkan saya.”Khairul berpaling semula. Longlai langkahnya menuju ke tempat duduknya.


“ Encik Khairul tak sudi ke minum kopi o yang pekat dan kurang manis tu. Pahit dan manisnya serasi bersama.” Satu suara menegur Khairul dari belakang. Segera Khairul berpaling. Dia yakin suara itu milik gadis itu.


“ Nuha..”


Nuha tersenyum manis.Cantik berbaju kurung moden berwarna mint green.


“ K.O.P.I untuk awak..Kopi O paling istimewa untuk awak Encik Khairul.” Tutur Nuha manis bicaranya sambil memandang tepat ke wajah Khairul.


“ Hai Khai. Tunggu apa lagi. Bunga dah ada depan mata. Tak reti-reti lagi nak petik. Kan nanti dikebas orang lagi baru kau gigit kaki.” Tegur Sufian tersengih.


“ Nuha..Awak bukan dah..”


“ Sebenarnya saya ada dengar luahan hati Encik Khairul kat sawah padi hari tu. Saya tunggu juga Encik Khairul kejar saya..tapi..” Nuha tersenyum sambil menjungkit bahu.


“ Saya sedar yang saya juga dah jatuh hati pada Encik Khairul. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan majlis itu. Dan sekarang saya dah ada kat sini..”


“ Terima kasih Nuha.Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih untuk kopi O paling istimewa ini.K.o.p.i yang telah buat saya igaukan awak setiap malam. Nuha..sudikah awak jadi peneman hati saya sampai syurga?”


Nuha mengukir senyuman yang cukup bermakna. Sufian dan Amalina turut gembira dengan perkhabaran ini.Akhirnya dua hati ini menjadi satu. Seperti secawan kopi o. Manis dan pahitnya serasi bersama.    


 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.