Home Novel Cinta Dia Lelaki Teragung
Dia Lelaki Teragung
Nkal
18/9/2017 11:06:59
111,005
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

BAB1

Pang!!

Satu penampar hingga di pipi mulus milik Zahra. Mengalir darah merah di tepi bibirnya. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia ditampar oleh insan yang tidak ada hubungan darah dengannya.

“Sanggup kau tampar aku Rayyan? Sebab perempuan itu?” Menitis air mata Zahra sambil menyapu lembut darah yang mengalir di hujung bibirnya. Pedih rasanya.

“Ya.Aku sanggup tampar kau. Lebih pada ini aku sanggup buat pada perempuan yang tidak ada maruah seperti kau!” Keras Rayyan menyemburkan kata-kata itu tepat ke muka Zahra.

Bulat mata Zahra memandang Rayyan. Tuduhan apa yang Rayyan lemparkan pada dia ini? Apa yang dia lakukan sehingga Rayyan menuduhnya perempuan yang tidak ada maruah?

“Kenapa kau pandang aku macam tu? Memang betulkan kau perempuan murahan. Yang sanggup jual maruah kau pada lelaki-lelaki murah macam kau. Aku tak sangka perempuan yang cantik bertudung dan lemah lembut seperti kau rupanya lebih jalang dari perempuan yang tersadai kat lorong belakang tu.”

Duuummm!!

Terasa bagai satu hempapkan kuat menerjah dada Zahra. Sanggup Rayyan menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang keras. Maruahnya bagai dikoyak-koyak oleh lelaki di hadapannya ini. Jijiknya dia di mata Rayyan sekarang. Cerita apa yang sudah singgah di telinga Rayyan sehingga dia dituduh tanpa usul periksa.

“Sampai hati kau cakap macam tu pada aku Rayyan? Aku tak pernah curang dengan kau. Aku tak pernah menduakan kau.” Zahra cuba menguatkan suaranya mempertahankan harga dirinya yang sudah dicalar oleh kata-kata Rayyan tadi. Sungguh dia tiada kekuatan untuk menghadapi semua ni sendirian.

“Ahhh!!! Kau jangan nak pertahankan sangat maruah kau yang dah kotor tu. Kau tu dah ditebuk tupai kan?” Rayyan terus menuduh Zahra dengan kata-kata yang kesat.Sakit hatinya dipermainkan wanita seperti Zahra. Nampak sahaja baik dan lembut tapi perangai mengalahkan perempuan tepi jalan.

Mulanya dia tidak percaya dengan kata-kata Sarah tapi setelah dia nampak sendiri dengan matanya Zahra keluar bersama lelaki lain di sebuah hotel hatinya remuk. Sanggup Zahra menduakan cintanya. Paling menyakitkan hatinya sanggup Zahra mengadai maruahnya sendiri. Di mana nilai Zahra sebagai seorang wanita? Dengan dia sendiri Zahra memberi pelbagai alasan agar menjaga batasan mereka berdua tapi dengan lelaki lain?

Lidah Zahra kelu. Tuduhan dari mulut Rayyan itu sungguh menusuk ke jantungnya. Tajamnya belati membelah dadanya. Air mata Zahra semakin deras mengalir ke pipi. Zahra cuba kuat untuk mempertahankan dirinya.

“Aku masih suci Rayyan. Kalau ya pun aku jahat aku tidak akan sesekali menyerahkan makhota ini kalau bukan untuk suamiku.” Zahra menangis lagi. Bencinya insan yang pernah berjanji untuk sehidup semati dengannya satu masa dulu padanya kini. Kenapa dia dituduh dengan tuduhan sejijik ini?

“Sudahlah perempuan! Kau tu hanya layak untuk lelaki yang sama perangai macam kau. Kau tak layak untuk aku. Mati hidup semula pun aku tak akan ambil kau jadi isteri aku.” Rayyan terus menyemburkan kata-kata pedas pada Zahra.

Tangannya memegang dagu Zahra sambil anak matanya tepat memandang gadis itu.

“Kau dengar sini ya. Sampai mati pun aku tak akan jadikan kau isteri aku. Sekali pun perempuan simpanan aku tak ingin. Pergi matilah kau dengan teman lelaki kau tu. Dalam ni ada semua bukti yang kau curang dengan aku.” Satu sampul surat kuning dilemparkan tepat ke muka Zahra. Tersentak Zahra bila sampul itu menyinggah dimukanya.

 “Rayyan. Dengan dulu penjelasan aku.” Rayu Zahra. Dia tidak peduli apa yang ada di dalam surat itu. Kebenaran harus dijelaskan. Dia tidak pernah curang, dia tidak pernah menduakan Rayyan.

“Penjelasan apa lagi? Cukuplah Zahra. Aku tak sangka dapat kenal perempuan macam kau. Kan lebih baik aku kenal Sarah dulu sebelum kau.”

“Apa yang Sarah ceritakan pada kau Rayyan sampai kau bencikan aku seperti ini?”Zahra kurang berpuas hati. Kenapa Sarah yang disanjung Rayyan kini? Apakah semua ini ada kaitan dengan Sarah. Kalau benar sampai hati Sarah lakukan semua ini pada dia. Memang dia tahu Sarah ada bergurau dengannya suatu masa dulu tentang Rayyan. Tapi dia tidak sangka semua itu bukanlah gurauan. Ternyata Sarah memang menyimpan perasaan pada Rayyan.

Kenapa Sarah tidak berterus terang sahaja dengannya tentang rasa hatinya itu. Mungkin dia boleh mengundurkan diri dengan baik kalau itu yang diinginkan Sarah.

“Kau jangan nak tuduh-tuduh Sarah ya. Kenapa kau takut kalau Sarah bocorkan rahsia kau lebih pada ini?” Ugut Rayyan cuba menakut-nakutkan Zahra.

“Tapi,..”

“Sudah! Atau kau nak rasa penampar aku sekali lagi.” Rayyan mula mengangkat tangannyauntuk menampar Zahra buat kali kedua namun tangannya ditepis kasar.

“Sabar bro. Kalau betul pun kau marahkan dia bukan dengan cara macam ni. Kan lebih baik kau cakap elok-elok dengan dia. Dia kan perempuan. Hormatlah sikit bro.”Seorang pemuda datang menegur Rayyan. Sudah lama dia menjadi penonton setia pada pergaduhan antara Zahra dan Rayyan. Bermula dengan tuduhan yang dilemparkan Rayyan pada Zahra.

Kasihan dia melihat wajah Zahra saat dituduh dengan pelbagai tuduhan yang mencalar maruahnya. Dia sendiri tidak tahu apakah tuduhan itu benar atau sebaliknya.Namun jauh disudut hatinya dia dapat merasakan kejujuran wanita itu mempertahankan harga dirinya dari terus menjadi tuduhan lelaki itu. Mulanya dia hanya menjadi penonton drama ini tapi hatinya tercabar saat Rayyan ingin mengangkat tangan menampar gadis itu untuk kali yang kedua.. Dia paling pantang kalau lelaki naik tangan pada perempuan. Tidakkah mereka tahu bahawa wanita itu sangat lemah dan perlu dilindung.

“Kau siapa? Kau tak ada kena mengena dengan kisah aku dan dia. Lebih baik kau blah dari sini sebelum penumbuk ni singgah kat muka kau pula.” Rayyan memberi amaran agar pemuda itu segera beredar.

“Saya akan beredar. Tapi lepas encik lepaskan perempuan ni.” Kali ini pemuda itu pula bersuara.

“Kau ni memang tak faham bahasakan? Buat apa kau nak selamatkan sangat perempuan yang tidak ada maruah macam ni. Aku rasa lebih baik kau blah dari sini. Buang masa je kalau kau nak selamatkan perempuan ni.” Ujar Rayyan sinis sambil memandang Zahra jelik dan penuh kebencian.

Pemuda itu ketawa kecil. Tidak mempedulikan amaran Rayyan.

“Aku akan tetap menyelamatkan maruah perempuan ni. Tadi kau dah buang dia kan? Jadi aku rasa ada baiknya kau pergi dari sini. Pasal perempuan ni kau jangan risau. Aku jamin yang dia tidak akan hadir lagi dalam hidup kau lepas ni. Cuma aku nak ingatkan kau jangan sampai kau yang datang jilat balik apa yang kau ludahkan tadi.” Balas pemuda itu memberi ingatan pada Rayyan.

Zahra terkedu. Siapa lelaki ini? Apa maksud dia akan menyelamatkan maruahnya? Kenapa dia bersungguh-sungguh mempertahankan Zahra?Siapakah pemuda ini? 

“Ok. Kau nak sangat selamatkan dia kan? Teruskan. Aku nak tengok boleh ke kau bertahan dengan perempuan macam ni. Selamat tinggal perempuan murah!” Lempar Rayyan pada Zahra sebelum meninggalkan Zahra dengan pemuda yang tidak mereka kenali. Rasanya ini bukanlah lelaki yang keluar bersama Zahra seperti dalam gambar tu.

Ahhh…buat apa nak fikir lagi pasal perempuan itu. Lebih baik dia fikirkan perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lama bersama wanita yang berjaya mencairkan hatinya untuk melupakan Zahra. 

-----

         “Siapa awak? Kenapa awak selamatkan saya?” Zahra masih menahan sebak.Telinganya masih terngiang-ngiang dengan tuduhan dari Rayyan.

“Saya ikhlas nak tolong awak. Awak jangan risau saya akan lindungi awak dari lelaki itu.” Pemuda itu bersuara cuba menenangkan hati Zahra.

Zahra diam. Kenapa pemuda ini bersungguh untuk membantunya. Siapa sebenarnya pemuda ini? Dari mana dia datang?

  “Awak tak kenal saya? Kenapa awak nak tolong saya?” Hati Zahra masih ragu.

“Anggaplah pertolongan saya ni ikhlas. Saya tak sanggup nak tengok perempuan diperlakukan seperti tadi. Saya hantar awak ke kereta. Saya kemaskan barang-barang ni kejap.” Pemuda itu menuju ke tempat dia melukis sebentar tadi. Tahulah Zahra pemuda itu seorang pelukis. Dan mungkin masa dia dan Rayyan bertengkar tadi pemuda itu ada berhampiran mereka.

“Jom.”Ajak pemuda itu dengan lukisan dan beg sandang berisi bahan-bahan untuk melukis dan mewarna.

“Err…tapi saya..” Zahra segan untuk meneruskan bicaranya.

“Kenapa?Awak tak ada kereta?” Duga pemuda itu.

Zahra mengangguk laju. Entah ke mana hilangnya air mata yang mengalir sederas air sungai tadi. Zahra tenang tatkala memandang wajah pemuda itu walaupun tidak sampai satu jam mereka kenal.

“Kalau awak tak kisah izinkan saya hantar awak.” Pinta pemuda itu lembut .

Hati Zahra mahu. Tapi fikirannya masih menolak. Dia sangsi apakah lelaki ini benar-benar jujur untuk menolongnya. Atau ada muslihat lain. Tambah-tambah lagi dia dengar perbualan antara Zahra dan Rayyan tadi. Mungkin sahaja dia ingin mengambil kesempatan pada Zahra.

“Kalau awak risau awak boleh call polis. Bagitahu nama saya, nombor plat kereta saya. Kalau awak nak awak boleh pegang kad pengenalan saya. Bila awak dah sampai kat rumah dengan selamat baru serahkan kad pengenalan tu pada saya.” Pemuda itu memberi jaminan.  Dari riak muka Zahra dia tahu apa yang bermain dalam fikiran gadis itu.

“Hum.Ok. Saya ikut awak. Kalau awak cuba apa-apakan saya, saya akan pastikan awak meringkuk dalam penjara.”  Zahra seolah-olah mengugut jejaka itu.

Pemuda itu hanya tersenyum tanda bersetuju. Zahra mengekori pemuda itu dari belakang. Pintu kereta Mazda 3 milik pemuda itu dibuka perlahan. Pemuda itu mempersilakan Zahra masuk sementara dia ke bonet belakang untuk menyimpan barang-barangnya.Zahra cuba bertenang. Hatinya sedikit berdebar. Maklumlah naik kereta dengan orang yang tidak dikenali. Mahu tak seram sejuk badan ini.

Sorry lambat sikit. Saya belikan air mineral ni untuk awak.” Pemuda itu memberikan sebotol air mineral 500 ml pada Zahra. Berat tangan Zahra menyambut botol air tersebut.

Pemuda itu memandang Zahra dengan kedutan di tengah-tengah keningnya yang agak tebal kehitaman itu.

“Awak jangan risau. Saya tak baca apa-apa mantera pun dalam air tu. Awak cuma perlu baca bismillah sebelum minum air tu.”

Pemuda itu menarik tali pinggang keledar perlahan sebelum tangan kirinya menarik gear ke butang D. Zahra diam. Segan pula bila dia ditegur seperti itu oleh pemuda di sebelahnya ini. Macam mana dia boleh baca apa sahaja yang tergerak di hatiZahra.

Dia ni ada pedamping ke? Ishh kau ni Zahra. Celupar sangat mulut ni tuduh orang bukan-bukan. Mungkin betul dia dapat membaca isi hati wanita. Hum kalaulah betul untung siapa yang jadi teman wanita dia. Jangan-jangan dia ni dah ada isteri.

“Awak tinggal kat mana?” Pemuda itu memecahkan kesunyian mereka berdua. Zahra kembali dari angannya.

“Bukit Antarabangsa. Ini alamat saya.” Zahra memberikan sekeping kad pada pemuda itu.

“Zahra Mawaddah Binti Datuk Iskandar. Cantik nama ni persis tuan empunya diri.” Puji pemuda itu bersahaja.

“Terima kasih.”

“Umm..”

“Saya Adam. Adam Faris.” Pemuda itu memperkenalkan dirinya.

SengajaAdam terus memberikan  jawapan kerana dia pasti soalan itu yang ingin Zahra utarakan.

Lagi sekali Zahra terpaksa akur bahawa pemuda ini atau namanya Adam memang pandai membaca isi hati wanita.

“Minumlah air tu. Insya Allah ia dapat memberi sedikit ketenangan pada diri awak. Kalau awak nak lelapkan mata dulu silakan. Nanti dah sampai rumah awak saya kejutkan.” Tawar Adam sekilas memandang Zahra. Wajah Zahra kusam dan tidak bermaya. Matanya bengkak. Mungkin kerana terlalu banyak mengeluarkan air mata dari kolam matanya yang sentiasa bergenang sepanjang pergaduhan yang tercetus tadi.

Tidur?Tak mungkin aku tidur dalam keadaan ini. Walaupun badan ini terlalu penat tapi dalam hati Zahra masih ada sangsi pada Adam. Biarlah Zahra membuka mata ini sehingga Adam benar-benar menghantarnya dengan selamat di rumah papa dan mamanya. Zahra tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada dirinya. Cukuplah sekadar kejadian tadi.

“Takpe. Saya masih boleh bertahan. Mata saya belum mengantuk lagi.” Tolak Zahra lembut.

Adam tidak menjawab sebaliknya terus dengan pemanduannya. Setengah jam perjalanan dari Bukit Ampang akhirnya mereka sampai di rumah Zahra di Bukit Antarabangsa.

Zahra keluar dari perut kereta Adam. Dia hairan melihat papa dan mamanya sudah siap menunggu dia di halaman rumah. Apa yang berlaku?

Adam mengikuti jejak Zahra. Entah kenapa hatinya rungsing seperti ada sesuatu yang bakal berlaku pada Zahra. Niatnya tadi hanya ingin menghantar Zahra di luar pagar rumah dan pulang tetapi niat itu terbantut sebaik melihat reaksi Zahra yang tampak terkejut dengan kehadiran orang tuanya di halaman rumah.

Langkah Zahra longlai bila memandang mata Datuk Iskandar yang sudah tidak sabar menelan mangsanya. Ya Allah apa pula kali ini? Detik hati Zahra.

  

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.