Home Novel Cinta Dia Lelaki Teragung
Dia Lelaki Teragung
Nkal
18/9/2017 11:06:59
111,001
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

BAB 8                                                                                                                  

           Kedukaan semalam dipendam di satu lubuk hati yang terdalam. Biarlah ia berlalu bersama berlabuhnya tirai semalam. Zahra tidak mahu mengenangkan peristiwa itu lagi. Sudah terang Datuk Iskandar membuangnya terus dari keluarga itu. Adam banyak memberi semangat kepada Zahra.

Balik dari masjid semalam buat pertama kalinya Adam masuk ke rumah ini bersama Zahra sebagai pasangan suami isteri. Zahra mengucapkan rasa syukur kerana masih dikurniakan insan yang sudi membantu dia saat dia memerlukan secebis kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.

Selepas Adam menyuruh dia berehat di dalam bilik. Zahra merebahkan badannya dia atas katil. Dia sendiri tidak tahu bila masanya dia memejamkan mata dan terlelap. Sedar-sedar Adam datang mengejutkan dia untuk makan tengahari bersama.

Semuanya Adam sediakan. Keluar sahaja dari kamar beradu semua sudah siap terhidang. Ada Ayam Golek, Udang Goreng Celup Tepung dan Ikan Siakap 3 rasa.

“Banyaknya lauk. Awak masak semua ini?” Soal Zahra memandang Adam.

Sorryla. Ini sahaja hidangan yang boleh saya sajikan sebagai menu pengantin. Harap awak gembira.” Balas Adam teruja.

 “Adam.” Panggil Zahra. Bergenang air mata dikolamnya. Kelu lidahnya untuk berbicara. Apa yang Adam lakukan ini cukup sempurna,biarpun perkenalan mereka terlalu singkat.

“Shh!!.”Adam meletakkan jari telunjuknya tepat pada bibir Zahra. Laju jantung Zahra berdegup. Sepantas jantung atlet  pecut yang berlari sejauh 100 meter.

“Kan saya dah cakap. Saya tak akan biarkan awak menangis kesedihan lagi.” Bisik Adam tepat ke dalam telinga Zahra.

Zahra seakan berada di alam mimpi. Umpama Putera Raja datang menyelamatkan Tuan Puteri saat puteri itu dibuang dari istana hanya kerana sifat iri hati manusia. Pada firasat Zahra, Adam hanya akan menikahinya kerana rasa simpati dan tanggungjawab. Namun firasatnya meleset apabilaAdam melakukan semua ini lebih kepada rasa cinta seorang lelaki pada seorang wanita. Atau..Apakah Adam sudah..?

“Zahra.Boleh saya tanya sesuatu.” Adam mengambil tempat di sebelah Zahra.

Zahra tersedar. Lamunanya pada peristiwa semalam terhenti. Berdegup kencang jantung Zahra saat Adam duduk rapat di sebelahnya.

Zahra berdehem perlahan. Cuba mengawal intonasi suara yang bakal dikeluarkan. Kenapa suara ini bagai tersekat di hujung anak tekak?Aduh, seram sejuk rasa badan ni.

“Awak nak tanya apa?” Akhirnya suara ini keluar juga. Walaupun ada getar di hujungnya.

“Awak okey? Maksud saya pasal peristiwa semalam.” Adam berterus terang.

Zahra menarik nafas panjang. Dia cuba kuat untuk mengukir sebuah senyuman. Dia harus menepati janji dia pada dirinya sendiri.

“Saya ok. Kedukaan semalam biarlah ia menjadi satu sejarah dalam hidup saya. Tidak ada gunanya menyimbah minyak di dalam api yang sedang marak. Saya yakin satu hari nanti saya  dapat memadamkan api kemarahan itu. Cuma masa yang akan menentukan bagaimana dan bila ia akan berlaku.” Tutur Zahra cuba menguatkan keyakinan dirinya.

 “Alhamdulilah. Saya bersyukur awak dah semakin kuat untuk menghadapi semua ini. Saya yakin awak akan menjadi insan yang lebih tabah lepas ni.” Suntik Adam memberikan semangat kepada isterinya, Zahra Mawaddah.

“Terima kasih Adam.” Ucap Zahra tenang.

“Sama-sama.”

“Sebenarnya saya ada sedikit permintaan.” Beritahu Adam terus memandang ke arah Zahra.

“Permintaan?Permintaan apa?” Zahra bersuara gugup. Semakin tidak keruan dia berada di sebelah Adam.

Ya Allah. Janganlah dia minta yang bukan-bukan. Aku masih belum bersedia untuksemua ini.

Adam tersengih. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Zahra sekarang.

“Kenapa.” Soal Zahra. Hangat wajahnya menahan malu.

“Kenapa apa?” Giliran Adam pula bertanya. Entah kenapa dia suka melihat wajah Zahra ketika ini. Ada sesuatu yang tersembunyi di balik wajah itu.

“Kenapa awak pandang saya macam tu?”

Adam tergelak.

“Apa yang awak fikirkan? Mesti awak fikir pasal tu kan?” Serkap Adam mengenakan Zahra.

“Ishh mana ada.” Merah muka Zahra menahan malu. Segera dia menutup muka dengan kedua tapak tangannya. Manalah dia nak sorok muka lepas ni. Dahlah satu rumah, satu bilik pula tu. Mujur mereke tak satu bantal lagi.

“Kalau tak kenapa tutup muka sampai macam tu?” Gelak Adam. Seronok pula dia mengenakan Zahra.

“Awak  ni pandai je.” Zahra bangun. Dia harus segera berlalu dari situ. Makin lama dia ada di sini makin galak Adam menyakat dia.

Adam mencapai tangan Zahra perlahan.

“Awak nak pergi mana ni?” Adam terus memainkan wataknya untuk menyakat Zahra.

“Um nak pergi..err..toilet. Saya sakit perut.” Tipu Zahra.

“Nak saya temankan?”
“Hah!” Terperanjat Zahra. Tak sangka Adam berani mengeluarkan pertanyaan seperti itu.

“Jom.”Adam bangun untuk menemani Zahra.

“Kenapa masih kat situ? Tadi kata nak masuk toilet.” Adam berpaling setelah melangkah beberapa langkah ke hadapan.

“Tak jadi.”  

“Tak jadi? Kenapa?”

“Err…”Zahra buntu. Banyak betul soalan si Adam ni.

“Awak sebenarnya tak nak pergi toilet kan?” Usik Adam mendekati Zahra.

Zahra diam. Mati kutu dia nak jawab soalan Adam itu.

“Dahlah. Awak jangan risau. Kalau pasal benda yang awak fikir tu saya tak akan memaksa. Saya akan tunggu sehingga awak betul-betul bersedia. Lagipun saya tahu bukan mudah untuk awak merelakan semua ini terutamanya pada orang yang baru awak kenali.” Pujuk Adam meredakan perasaan Zahra.

“Terima kasih sebab memahami saya.” Ucap Zahra reda.

“Sama-sama.”

“Awak nak minta apa sebenarnya?” Zahra mengingatkan Adam.

“Oh. Pasal tu, lain kali lah saya bagitahu awak. Saya nak balik rumah mak ayah saya dulu. Diorang dah balik dari Jakarta. Saya minta maaf sebab tak dapat bawa awak jumpa diorang lagi. Saya janji lain kali kalau keadaan dah tenang saya bawa awak jumpa mereka.” Janji Adam menyentuh lembut pipi Zahra.

Zahra mengerti. Bukan salah Adam pun semua ini. Kerana dia Adam terpaksa berkahwin senyap-senyap tanpa pegetahuan keluarganya. Dia akan cuba mengerti semua ini.Harapannya semoga kedua ibu bapa Adam menerima dia seadanya.

*****

           Tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi pekahwinan antara Sarah dan Rayyan akan berlangsung. Kedua-dua belah keluarga begitu teruja untuk menyambut orang baru dalam keluarga mereka. Sarah orang yang paling bahagia dengan semua ini. Semua cita-citanya tercapai. Hatinya puas dapat mengenakan Zahra.

Memang pada hakikatnya mereka rapat. Bagai isi dengan kuku. Namun semenjak Zahra mengenali Rayyan hatinya mula tidak berpuas hati. Sebenarnya dia memang menyimpan hati pada Rayyan saat pertama kali lelaki itu muncul dalam kehidupan mereka berdua.

Rayyan merupakan abang kepada Lydia. Rakan sekelas mereka. Setiap hari minggu Rayyan akan datang ke kolej mereka untuk menjemput Lydia. Mereka berkenalan buat kali pertamanya di  kafe kolej waktu Lydia makan bersama Rayyan. Selepas beberapa minggu berlalu Lydia menyatakan hasrat Rayyan pada Zahra.

“Zahra. Sebenarnya aku ada benda nak cakap dengan kau.” Lydia memulakan peranannya.         

Kerana abangnya tak pasal-pasal dia terpaksa menjadi orang tengah.

“Apa dia Lydia?” Zahra meletakkan beg sandangnya di atas meja makan di Kafeteria kolej mereka. Sarah turut bersama mereka berdua.

“Sebenarnya abang aku Rayyan nak nombor telefon kau. So aku nak minta izin kau. Nak bagi nombor kau pada dia.” Lydia berterus terang.

Zahra diam. Tak sangka pula perkenalan mereka tempoh hari boleh buat Rayyan meminta nombor telefonnya. Tapi untuk apa?

“Um buat apa abang kau nak nombor telefon aku? Aku ada buat salah dengan dia ke?” Zahrat idak senang. Antara takut dan berjaga-jaga.

“Dia nak berkenalan dengan kau dengan lebih dekat.” Beritahu Lydia tersenyum.

“Yake abang kau nak berkenalan dengan Zahra? Jangan-jangan dia nak berkenalan dengan orang lain kot. Takkan baru pertama kali jumpa dah nak berkenalan kot.” Sarah menolak maksud kedatangan Lydia.

Zahra hanya tersenyum. Tidak mensyaki apa-apa.

“Itulah yang dinamakan cinta pandang pertama Cik Sarah. Kau dah kenapa tanya soalan macam tu? Kau jeles ya?” Gurau Lydia tersengih memandang Sarah.

“Aku?Jeles dengan Zahra? Tak mungkin aku jeles dengan dia ni? Aku kan best friend forever Zahra. Aku cuma nak pastikan tak ada orang yang melukakan hati Zahra.” Sangkal Sarah cuba mempertahankan Zahra di mata Lydia.

“Terima kasih Sarah. Aku tahu kau sahabat aku yang paling baik.” Ucap Zahra gembira.

Bagi Zahra, Sarah kawan yang selalu ada bersama dia saat senang dan susah. Kalau dia merasa sakit pasti Sarah akan datang memberi semangat padanya. Begitu juga sebaliknya.

“Kau jangan risau Sarah. Abang aku tak akan melukakan hati orang yang dia sayang. Aku berani janji.” Lydia meyakinkan Zahra dan Sarah.

“Boleh ya Zahra?” Pinta Lydia mengharapkan jawapan yang tidak mendukacitakan dia dan abangnya.

“Macam mana?” Soal Zahra memandang ke arah Sarah. Bagai mencari restu dan jawapan dari teman rapatnya itu.

“Terserah pada kau. Kalau baik untuk kau. Aku sokong je.” Balas Sarah sambil menyedut air sirap di hadapannya.

Teruja Zahra mendengar jawapan dari Sarah. Akhirnya Zahra bersetuju memberikan nombor telefon dia pada Rayyan, abang kepada Lydia.

Mulai hari itu hubungan antara Rayyan dan Zahra mula memutikkan rasa cinta yang membara. Pada mulanya Sarah bagai merestui hubungan ini, namun lama kelamaan dia dapat rasakan sesuatu. Ya, dia sudah jatuh hati pada Rayyan.

Apatah lagi Rayyan banyak membantu dia saat dia kehilangan cinta dari teman lelakinya. Sebenarnya bukan temannya itu yang mencari masalah namun perpisahan mereka lebih kepada masalah dari Sarah. Sejak pertama kali dia melihat Rayyan mengambil Lydia di kampus mereka hatinya sudah tercuit pada gaya dan wajah Rayyan.

Namun impiannya musnah bila Rayyan memilih Zahra untuk dijadikan teman. Saat adas ahaja peluang yang datang pasti Sarah tidak menolaknya. Dia akan memainkan peranannya sebaik mungkin hingga Rayyan seakan lupa yang dia sudah dimiliki oleh Zahra.

Saat Rayyan mengambil keputusan untuk bertunang dengan Zahra itulah satu-satunya saat yang membuat hati dia hancur berkecai. Melihat sahaja jari Zahra disarungkan cincin oleh ibu Rayyan hati Sarah bagai ditusuk sembilu

‘Kenapa kau yang menjadi pilihan dia Zahra? Bukan aku?’ Detik hati Sarah tidak berpuas hati.

Akhirnya Sarah mengambil keputusan untuk merencanakan sesuatu bagi memutuskan hubungan Zahra dan Rayyan. Melihat kebahagiaan Zarah bersama Rayyan adalah mimpi buruk yang tak mungkin Sarah benarkan tampil di dalam mimpinya.

“Hai sayang. Apa yang you menungkan tu?Jauh sangat sampai I panggil pun tak ada respon.” Tegur Rayyan mengejutkan Sarah. Ingatan dia pada Zahra hilang semuanya.

Baby. You dah lama ke kat sini?” Rengek Sarah manja. Lengan Rayyan dipaut manja.

“Lamalah juga I jadi tunggul berdiri kat sini.” Balas Rayyan menunjukkan protesnya. Sengaja dia ingin memancing simpati dari Sarah.

“Ala baby. Janganlah merajuk. Tak handsome lah kalau you merajuk macam ni. Ok, baby bagitahu kat sayang. Macam mana sayang boleh tebus salah sayang pada baby.” Pujuk Sarah manja. Dia tahu ini sahaja senjata yang boleh dia gunakan untuk memujuk Rayyan.

“Ok. Memandangkan sayang dah buat salah pada baby. Sayang kena belanja baby makan.”

“Itu je? Untuk baby sayang sanggup lakukan apa sahaja. Jom, baby belanja makan sayang makan  Steak yang paling best kat KL ni.” Ajak Sarah menarik tangan Rayyan lembut.

Rayyan menurut dengan hati yang berbunga. Untung rasa badan dapat wanita seperti Sarah. Cantik, pandai memujuk, manja. Kira pakej lengkaplah dia dapat Sarah.

Kerana Sarahlah dia dapat melupakan wanita yang pernah melukai hati dia sebelum ini. Wanita yang sanggup memainkan cinta hanya kerana dahagakan nafsu.

Sarah mengukir senyuman di tepian bibir. Pastinya ia sebuah senyuman kemenangan. Kerana hati lelaki di sebelah ini bakal menjadi miliknya selama-lamanya.

Sikit lagi aku akan menjadi juara sebenar Zahra. Tawa Sarah dalam hatinya.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.