Home Novel Cinta Dia Lelaki Teragung
Dia Lelaki Teragung
Nkal
18/9/2017 11:06:59
120,676
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

BAB 11

Zahra dapat menangkap bunyi pintu yang dibuka dari luar. Mungkin Adam sudah pulang. Fikirnya. Zahra segera bangkit dari baringnya. Membetulkan ikatan rambut yang diikat tocang. 

"Assalamualaikum.” Adam melangkah masuk. Lampu masih belum terpadam. Mungkin Zahra masih belum tidur.

“Waalaikumussalam.” Jawab Zahra melangkah ke arah Adam.

“Awak tak tidur lagi?”

“Belum. Saya tunggu awak balik. Awak dah makan?”

Adam menggantung kunci rumah dan kereta di tempat biasa.

“Dah. Saya dah makan kat rumah mama tadi. Awak dah makan?” Soal Adam memandang Zahra.

“Dah. Awak duduklah dulu. Nanti saya buatkan kopi.” Zahra melangkah pergi ke ruang dapur. Nampaknya semua lauk-pauk ini perlu dimasukkan ke dalam freezer. Esok dia boleh panaskan. Jimat tenaga untuk masak esok.

Zahra masukkan ke semua lauk ke dalam freezer. Kemudian dia mengambill sebiji mug untuk dibancuhkan kopi buat Adam. Zahra memanjangkan lehernya melihat apa yang Adam buat di ruang tamu.

Adam sedang asyik menonton sebuah drama melayu di Astro Ria. Hum, kaki drama melayu juga Adam ni. Ingatkan lelaki tak suka layan drama melayu. Detik hati Zahra tersengih sendiri sambil mengacau kopi yang sudah diletakkan air panas dan gula sebentar tadi.

Zahra merasa sedikit air yang dibancuh. Bimbang terlebih kelat atau manis. Mujur rasanya sudah seimbang. Zahra membawa kopi itu ke ruang tamu untuk dihidangkan pada Adam.

“Kopi untuk awak.” Zahra memberikan cawan itu pada Adam. Adam menyambutnya dengan sebuah senyuman.

“Terima kasih sayang.” 

“Apa?” Zahra meminta kepastian. Apakah dia salah dengar?

Adam melirikkan matanya pada Zahra. Sekuntum senyuman dihadiahkan buat Zahra. Tercuit pula hatinya melihat reaksi Zahra saat dia memanggil Zahra dengan panggilan itu.

“Mari duduk sini.” Pelawa Adam meminta Zahra duduk di sebelahnya.

Tiba-tiba hangat badan Zahra. Sampai ke muka rasa kehangatan itu. Aduh Adam! Apa pula kali ini?

“Err. Takpe saya duduk di sini je.” Zahra melabuhkan punggungnya di atas sebuah sofa yang lain.

“Um. Tak sudi ya duduk di sebelah saya? Ya, saya tahu saya tak wangi. Tak mandi lagikan. Manalah awak sudi duduk di sebelah saya ni.” Rajuk Adam. Air kopi pemberian Zahra diteguk perlahan. Lambat sahaja dia menelan air itu.

Zahra serba salah. Bukan dia tidak mahu duduk di sebelah Adam. Jauh sekali kerana alasan yang diberikan Adam itu.

“Awak..Saya tak bermaksud macam tu. Cuma saya..segan.” Luah Zahra perlahan. 

Biarlah dia berterus terang. Daripada dia mendiamkan diri. Adam akan terus berprasangka buruk pada dia.

“Segan?” 

Adam memandang Zahra yang menundukkan kepalanya memandang lantai.

“Saya faham. Saya gurau je tadi. Tapi kalau boleh awak berilah peluang pada saya untuk mendekati awak.”

Zahra menarik nafas dalam. Bukan Adam yang patut meminta diberikan peluang tetapi dia. Dia yang sepatutnya meminta Adam memberikan peluang untuk dia mengemis sedikit kasih di hati Adam. Tapi sanggup ke dia meluahkan apa yang terpendam di hati ini?

“Kenapa diam je ni?” Tegur Adam. “Dahlah. Awak jangan fikirkan lagi permintaan saya tadi, ya? Abaikan dulu. Saya tahu awak perlukan masa untuk membuka peluang itu buat saya.”

“Terima kasih Adam.” Ucap Zahra. Mujurlah Adam ini jenis lelaki yang penyabar. 

Adam hanya tersenyum. Meneguk kembali kopi O, air tangan dari Zahra. Sedap.  Manis seperti si pembacuh kopi ini.

Adammenumpukan perhatian pada televisyen. Menyambung kembali drama yang ditontonsebentar tadi.

****

“Adam. Sebenarnya saya ada benda nak bincang dengan awak.” Beritahu Zahra.

“Apa dia?”

Zahra tidak terus menjawab sebaliknya mencari sedikit kekuatan untuk memberitahu perkara yang difikirkan tadi. Mahu atau tidak dia perlu berbincang dan meminta keizinan Adam. Kerana Adam sudah sah menjadi suaminya kini.

“Sebenarnya saya nak minta izin untuk awak lepaskan saya menyambung pengajian saya.”

Adam menarik nafas lega. Kecut perutnya saat Zahra melafazkan perkataan lepaskan itu.

“Awak masih belajar ke sekarang?” Selidik Adam.

“Ya. Saya menyambung pengajian di peringkat ijazah. Tinggal satu semester sahaja lagi untuk saya habiskan. So, saya berharap sangat awak dapat izinkan saya menghabiskan pengajian ini.” Pinta Zahra bersungguh-sungguh.

Sejujurnya Adam tidak menghalang cita-cita Zahra. Itu impian dia. Dan Adam tidak mahu menjadi penghalang dalam Zahra mencapai apa yang diinginkan.

“Baiklah. Saya akan izinkan awak menghabiskan pengajian awak. Cuma saya ada beberapa syarat untuk awak.” Ujar Adam.

“Syarat? Kalau saya tak dapat penuhi syarat-syarat tu awak tak akan izinkan saya sambung pengajian ini?” Duga Zahra mula tidak keruan.

“Mungkin tidak.”

Putus semangat Zahra. Baru sahaja punya harapan untuk dia menyambung pengajiannya. Dan kini? Kalau syaratnya tak berat mungkin dia boleh mengikutinya. Tapi kalau syarat yang diberikan itu berat. Ahh!! Hancur harapan Zahra.

“Boleh ke?” Duga Adam.

“Apa syaratnya?” Zahra ingin tahu.

“Ada tiga syarat. Pertama, awak kena panggil saya dengan panggilan abang.”

Tersentak juga Zahra saat itu. Hum, nampak macam mudah nak panggil Adam dengan panggilan itu tapi apakah mulutnya ringan untuk memanggil Adam, abang?

“Boleh?”

“Saya cuba.”

“Kalau macam tu cubalah sekarang.” Adam seolah-olah mendesak Zahra.

Sesungguhnya dalam hatinya sangat tercuit melihat reaksi Zahra ketika ini. Nampak berat dan terpinga-pinga dia ingin menyebut perkataan abang.

“Um..Aaa..abang.” 

Bergetar tulang rusuk Adam saat mendengar panggilan itu dari bibir Zahra. Semakin terasa rasa itu pada Zahra.

“Terima kasih.” Adam cuba berlagak tenang. “So, awak dah lepas syarat pertama dari abang. Syarat kedua, awak kena tinggal di rumah ini. Abang akan hantar awak kalau ada kelas.”

“Tapi semester ini saya kena tinggal di asrama. Banyak assignment yang perlu saya siapkan nanti. Saya takut kena buat discussion dengan kawan-kawan. Kalau saya duduk kat asrama senang saya nak jumpa mereka.” Zahra terpaksa menolak. Syarat kedua ini tidaklah serumit syarat yang pertama cuma dia perlukan komitmen yang tinggi untuk semester ini.

“Okey. Kalau macam tu hari minggu awak balik ke sini. Abang akan ambil awak di asrama. Boleh? Abang harap awak tak cakap tak boleh.” Adam sekadar menguji Zahra.

“Baiklah. Kalau saya tak ada kerja urgent yang perlu disiapkan saya balik ke sini.” Janji Zahra.

“Dan syarat ketiga. Abang nak Zahra bagitahu atleast seorang kawan yang benar-benar Zahra percaya tentang hubungan kita. Abang tak nak dia salah sangka kalau nampak abang selalu jumpa Zahra nanti.”  Pinta Adam.

Permintaan ketiga ini yang paling berat untuk Zahra tunaikan. Mana mungkin dia bagitahu status dia sekarang. Tapi bila difikir-fikirkan. Ada betulnya cakap Adam. Kalau mereka salah anggap mungkin akan timbul fitnah yang lebih teruk nanti. Sekurang-kurangnya kalau ada seorang sahabatnya yang tahu, mungkin dia boleh jelaskan tentang Zahra dan Adam.

“Baiklah. Zahra akan bagitahu kawan Zahra, Maya.” Hanya nama Maya yang terlintas di fikiran Zahra setakat ini. Mudah-mudahan Maya dapat menyimpan rahsia ini.

Good. So bila Zahra nak daftar untuk semester baru tu?”

 “Minggu depan. Hari isnin.”

“Okey. Kalau macam tu hari minggu ni kita cari barang keperluan awak. Nanti hari isnin abang hantar Zahra ke universiti untuk mendaftar.” 

“Err. Tak payahlah abang. Biar Zahra pergi daftar sendiri. Tak pun Zahra boleh tumpang Maya nanti.” Elak Zahra. Dia masih belum bersedia memperkenalkan Adam.

No..no..no. Abang yang akan hantar Zahra nanti. Full stop!” Adam bangun. Sempat dia mencuit hidung Zahra sebelum berlalu dari tempat duduknya.

Terkedu Zahra. Tidak memberi sebarang tindak balas. Hanya berdiri seperti patung bernyawa. Tidak menyangka yang Adam akan bertindak sedemikian.

Aduh!! Kenapa hati aku berdebar ni? Jelingan mata dia tu…ahh!! Boleh cair jiwa ini. 

Bisik Zahra menahan getaran di hatinya kini.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.