-pan ~
Permulaan kerjaya ku. Penuh harapan.
Peluang untuk aku maju ke hadapan. โก๏ธ
Pandangan mata ๐๏ธ๐๏ธ terus ke depan.
Pasti kehidupan akan gemerlapan. ๐
Pahit getir dalam melalui kehidupan.
Papan panjang yang tidak mampan.
Perkataan pedih bak sengatan lipan.
Perbaiki cara komunikasi ๐ฌ ; Percakapan.
Perkotak-katikkan. Bukan main ucapan. ๐คฌ
Patutnya berbudi-bahasa. Bersopan.
Perasaan dendamnya berwapan.
Persis labah-labah ๐ท๏ธ berkaki lapan. ๐ฑ
Pemergian si AA jauh ke negara Japan. ๐ฏ๐ต
Perasaan tenang ๐ tanpa mercun-papan.๐งจ
Pengakhiran kita semua: ajal, entah kapan?
Persiapan sebelum badan dibalut kapan.
Penuh ngeri. ๐ฑ Berada di dalam kegelapan. ๐
Perut & organ lain jadi ulat punya sarapan.
ยฉ Nuansa Embun