Home Alternatif Umum Nukilan Emosi
Akros 4

* Pernah dihantar untuk pertandingan tetapi tidak menang.


Dakwah ~ (Akrostik) 


Dengan niat yang ikhlas. Kerana...

Allah taala. Penyampaian yang jelas.

Ketulusan hati. Rajin. Tidak malas.

Wali-wali Allah berdakwah. Itu tugas.

Aura positif. Cara lembut, tapi, tegas.

Husnuzon. Tidak sampai menghina.


Dimulakan dengan bismillah.

Al-quran; Guna sebagai rujukan.

Kupasan hadis juga; Saksikan...

waktu para ulama berceramah.

Astaghfirullah. Berasa lemah.

Hijrah pendosa kerana Allah.


Doakan diri sendiri dan orang lain.

Agar dosa-dosa kita diampunkan.

Kerana Allah Maha Pengampun, kan.

Walau sebesar mana, jikalau ikhlas,

Allah ampunkan. Pahala; Kita dibalas.

Hendaklah bertaubat. Tak main-main.


Dakwah yang berkesan, lekat di hati.

Apa yang disampaikan bermanfaat.

Kepada Allah, hendaklah kita taat.

Wallahualam. Hanya dia yang tahu,

ajal kita bila. Syurga yang kita mahu.

Hidup ini bagaikan menunggu mati.


© Nuansa Embun



Previous: Akros 3
Next: Akros 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nuansa Embun