* Diterbitkan di e-jurnal Doea Jiwa edisi Januari 2024: Dunia Khayalan. Tentang Naga bernama Alan.
https://online.fliphtml5.com/qtzfi/bujb/#p=89
-lan ~
Aku sekarang sedang berjalan-jalan,
di alam lain, dipanggil Dunia Khayalan.
Malam; Kerdipan bintang dan rembulan
bersinar terang. Aku ternampak pantulan
cahaya di lopak air. Aku terdengar siulan
angin mengembus; sejuk. Kemunculan
seekor naga secara tiba-tiba. "Si fulan,
kamu siapa?" dia tanya aku. "Nak telan
aku ke naga?" aku tanya dia. Kebetulan,
ada lelaki lalu. Dia berkata: "Panggilan
aku, kau tak jawab, Alan!" Segerombolan
penyamun mengerumuni. Keluar kepulan
asap dari hidung, api dari mulut. Kehandalan
naga buat mereka lari ketakutan, kekesalan.
Malam ini, bermulah sebuah perkenalan,
antara kami bertiga. Tidak ketinggalan,
aku pun naik naga hingga ke pangkalan.
Perahu-perahu berlabuh. Sekumpulan
pedagang berkumpul. Si naga terkilan
sebab ikan kegemaran tiada. Sembilan
minit kami pujuk dia. Tanpa kemusykilan
dia makan ikan yang ada. Keberhasilan
pujukan kami, situasi dalam kawalan.
Kata naga: "Sedap. Nak lagi." Sebulan...
berlalu setelah kami bekerja sambilan.
Antara sebabnya nak beli ikan dia. Plan
bajet: 1 ekor ikan untuk 1 hari. Kedegilan
naga, nak lebih. Dia tunjuk kecomelan
muka, merayu. Inilah kisah naga si Alan.
© Nuansa Embun