Home Alternatif Umum Nukilan Emosi
Srima27

-ul ~


Akhir zaman. Zina berleluasa. Campur-gaul.

Manusia hilang malu. Saking goyang pinggul.

Manusia semakin hanyut. Tenggelam timbul.

Adakah golongan Ad-Dajjal telah muncul?

Jangan jadi pengikut. Usah lurus bendul.

Ujian yang berat buat wajah jadi sugul.

Syaitan2 berbisik sambil mereka bersiul.

Suruh berbangga diri iaitu masuk bakul,

angkat sendiri. Jangan rasa diri unggul.

Tiada gunanya pingat yang dirangkul.

Suruh marah, sampai nampak tersembul

mata. Suruh saling bergaduh dan pukul.

Padahal, Islam itu agama yang syumul.

Di padang Mahsyar kita akan berkumpul.

Sebelum tidur, bacalah 4 surah Al-Qul. 

Semoga ada cahaya keimanan: Nurul...

Iman. Baca Quran kadangkala tersasul.

Betulkan yang biasa. Bisakan yang betul.

Matilah dalam Husnul khatimah, bukan suul

khatimah. Islam itu benar, bukanlah tahyul.

Di padang Mahsyar kita akan berkumpul.

Mari berdoa masuk Syurga. Harap termakbul.

Kalau bukan di dunia, InsyaAllah, ijab kabul

di akhirat sana. Tidak perlu macam tunggul

tunggu jodoh di sini. Di sana, senyum simpul.


© Nuansa Embun


Previous: Srima26
Next: Srima28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nuansa Embun