Home Alternatif Umum Nukilan Emosi
Akros 2

* Pernah dihantar untuk pertandingan tetapi tidak menang.


Akidah ~ (Akrostik) 


Allah Maha Esa. Tiada sekutu baginya.

Kelak, semua hamba akan ditanya.

Iman mesti kuat. Ingatlah, hanya...

Dia Maha Mengetahui isi hati, ya! 

Akhirat tempat tinggal. Bukan dunya.

Hidup ini, jangan leka di alam maya;


asyik dengan gajet, tonton siaran langsung.

Kelembutan hati. Tidak sekeras batu lesong.

Ikut jalan yang lurus. Tidak terpesong.

Diam. Tidak hanya omong kosong.

Apabila solat tak dibuat langsung,

hingga ketika jenazahnya diusung,


akhirnya, si fulan disembahyangkan,

kemudian, tiada guna disesalkan.

Ingin hidup kembali. Janjinya akan...

dekatkan diri kepada Allah. Teriakan...

arwah yang sungguh mengerikan.

Hukuman; Tak dapat dibayangkan.


Akidah yang benar. Bukan salah.

Kepercayaan kita kepada Allah.

Ingat Nya sentiasa. Yang telah...

ditakdirkan pasti berlaku. Allah...

ada; Wujud! Walau kita rasa lelah,

hidup dan mati kerana Allah!


© Nuansa Embun 

Previous: Akros 1
Next: Akros 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nuansa Embun