* Untuk pertandingan dianjurkan Zakat Selangor, tetapi, tiada rezeki menang.
-i ~
Assalamualaikum, wahai sahabat-handai...
yang begitu indah bergaya, serba-serbi.
Sedekah dan juga zakat, boleh mencuci
wang dan harta kita. Hati yang suci sudi..
tolong orang. Kita bantu kita. Tidak dinafi,
bayar zakat, harta bekat. Tidak akan rugi,
malah, beruntung. Peluh membasahi dahi.
Hasil daripada bekerja, dapat duit gaji.
Ada bahagian orang lain, di dalam rezeki
kita. Rezeki mesti dikongsi. Rasa peduli,
sebelum kita semua akan dimamah bumi.
Dunia tempat bercucuk-tanam. Kita petani.
Hidup ada susah dan senang, kita hadapi.
Kita semua ada Allah bukannya bersendiri...
serta ada orang-orang tersayang di sisi.
Allah ada di hati. Kita kena semakin dekati...
Dia. Usah kita terlalu leka dengan duniawi.
Sujud pada Ilahi masa lewat malam sunyi.
© Nuansa Embun