Nyata Indah Engkau 😍 ~ (Akrostik Namaku)
Nyata, padamu, aku memang ada perasaan.
Untuk mu puisi. Hayatilah setiap perkataan.
Raudhah. Mama kata jodoh di Syurga nanti.
Untung. Lebih baik. Jadi, aku pun menanti.
Lena aku dibuai lagi mimpi 💭 berjumpa kamu.
Indah. Kalau lah, akan menjadi kenyataan.
Falsafah: Tuhan akan tunaikan permintaan.
Faham bahawa jodoh 💞 ialah rahsia Allah.
Akui ajal boleh tiba dulu. Kembali ke Allah.
Engkau yang ku cintai 💗 sepenuh hatiku.
Moga dirimu akan menyayangi diriku. 🩷
Ingin ku berjumpa mu, di dunia, tetapi...
Rasanya, takdir Tuhan lebih rapi.
Aku terus menunggu tanpa jemu.
Hingga ke Jannah, aku cinta kamu. 💖
© Nuansa Embun