Home Novelet Seram/Misteri Nang Tani (Bahasa Melayu)
Nang Tani (Bahasa Melayu)
Adithya Aryan Arjuna
4/12/2024 11:15:36
768
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 4

Bab 4

Tom tersentak daripada tidur apabila diperasaan ada sesuatu kehadiran di dalam biliknya. Dia membuka matanya dan terlihat seorang wanita misteri yang terapung-apung di luar tingkapnya. Walaupun kakinya tersembunyi dari pandangan Tom, tetapi Tom seolah berasa susuk wanita itu sedang terapung-pung. Susuk yang diselubungi kain putih itu teerlenggang-lenggang seperti perahu dimainkan gelombang. Rambutnya yang panjang melayang-layang seperti di tiup angin yang lemah. Kabus putih yang tebal berpusar-pusar sekeliling susuk misteri itu. Dia berdiri di luar tingkap sambil memandang pada Tom. Tom tidak dapat melihat wajah dia yang dikaburi oleh kabus yang tebal. Dia hanya berlegar di luar tingkap, berdiri terpaku di situ. Tiba-tiba, dia mula menjerit dalam bahasa asing, namun anehnya Tom memahami kata-kat itu. "Tam! Tam! Kenapa kamu sakiti saya lagi!?" Kemudian, dia meluncur ke arah Tom. Tom dapat melihat wajahnya yang bengis dan amarah. Tom cuba cabut lari, tetapi kakinya terasa kebal dan tidak dapat bergerak.

Tiba-tiba, Tom tersentak dari tidur dan terduduk tegak di atas katil. Mata Tom terbeliak. Dia tercungap-cungap bernafas dan mukanya dibasahi peluh. Dia mengimbas bilik tetapi tidak ternampak sesiapa pun.

Tom bangun perlahan-lahan dari katilnya dan bergerak ke tingkap. Dia mengintai ke luar, pandangannya mencari-cari sekeliling ruang di luar tingkap, namun tiada sesiapa atau apa yang pelik yang kelihatan. Matanya terpandang pada rumpunan pokok pisang yang dapat dilihat dengan samar-samar walaupun diterangi cahaya bulan. Pandangan Tom tertumpu kepada rumpunan pokok pisang ttu, tetapi tiada apa yang kelihatan luar biasa. "Ini mesti rekaan imaginasi, mimpi ngeri," Tom terfikir. Tom kemudian mengambil keputusan untuk kembali tidur. Semasa dia hendak kembali ke katilnya, dia tersentuh sesuatu bahan melekit di tapak tangannya. Tom berasa hairan. Dari mana datangnya bahan ini? Dia mengangkat tangannya ke hidung nya dan mengesan bau seperti pisang yang ranum. Dia memandang ke luar sekali lagi sebelum kembali ke katil, terpinga-pinga tentang kejadian aneh itu.

Akibat ritual yang dia lakukan sendiri, malam-malam berikutnya Tom dibelenggu oleh mimpi ngeri tentang seorang wanita misteri itu. Wanita misteri berpakaian serba putih itu melayang-melayang dan terapung-apung di hadapanya dan menjerit-jerit perkataan yang sama – “Tam! Kenapa kamu sakiti saya lagi!?” Dan setiap kali bermimpi begitu, Tom akan tersentak dari tidurnya dan seterusnya mendapati dirinya susah untuk tidur nyenyak lagi. Mimpi ngeri itu membawa padah kepada kesihatan mental dan fizikal Tom. Tetapi, jauh dalam hati kecilnya, Tom mula berasa bahawa waniti misteri yang sering menghantui dirinya nyata, walau pun dia tidak mahu mempercayainya.

Walaupun terasa tertekan, Tom tetap berdiam diri. Dia memilih untuk tidak membebankan atau membimbangkan rakannya Somchai dengan masalahnya. Dia takut jika dia memberitahu Somchai tentang mimpi buruknya, kawannya akan menganggap dia gila, atau lebih teruk, Somchai akan marah kepadanya kerana melakukan ritual itu tanpa kebenarannya. Jadi, Tom rela dan sanggup merahsiakan penderitaannya tetapi ada bangkai gajah dapaat ditutupi nyiru?

Mimpi ngeri yang tidak henti-henti mengganggu tidurnya, menyebabkan Tom berasa sangat letih dan penat sebab dia tidak dapat tidur dan berehat dengan nyaman. Lebih memburukkan keadaan, Tom tidak dapat menggoyahkan perasaan yang dia sentiasa diperhatikan oleh seseorang atau sesuatu, terutamanya pada waktu malam. Keadaan begini sangat membebankan Tom dan menyeksa jiwa dan raganya. Tom berasa terdesak untuk mencari penyelesaian kepada masalahnya, tetapi dia tidak tahu ke mana atau kepada siapa dia hendak pergi mendapatkan bantuan. Hidupnya telah menjadi sesuatu kesengsaraan yang paerit dan dia tidak tahu berapa lama dia dapat bertahan. Tom terasa keseorangan dan tidak terdaya.

Bangkai gajah tidak dapat ditutp dengan nyiru. Somchai terperasaan akan perubahan tingkah laku dan keadaanTom. Tom telah berubah menjadi pendiam dan menyendiri. Dia tidak lagi seperti dahulu, suka berceloteh dan begurau senda. Tom sering menolak pelawaan Somchai untuk pergi memancing atau menerokai kawasan sekitar. Di samping itu, selera makan Tom telah berkurangan dan dia menghabiskan sebahagian besar masanya mengasingkan diri di dalam biliknya. Malah ibu bapa Somchai telah bertanya tentang perubahan sikap Tom. Akhirnya, kerana cakna terhadap rakannya, Somchai memberanikan dirinya untuk berhadapan dengan Tom dan bertanya tentang punca keresahan Tom.

Somchai memasuki bilik Tom dan melihatnya duduk di atas katil, memandang ke luar tingkap dengan ekspresi kosong, bukan sebab memikirkan sesuatu, tetapi lebih kepada tanpa hala tuju. Somchai mendekati Tom dengan perlahan-lahan dan menyapanya, "Tom, kamu sihat ke?" Tom tidak memberi respon terhadap sapaan Somchai, sebaliknya terus tertumpu ke luar tingkap. Somchai memandang Tom dengan penuh kasihan dan menyedar bahawa Tom yang dilihatnya sekarang amat berbeza dengan Tom yang dikenalinya. Somchai mengulangi sapaannya kepada Tom.

Perlahan-lahan, Tom berpaling menghadap Somchai dan berkata. "Saya sepatutnya mendengar nasihat kamu. Keangkuhan saya menguasai diri saya." Kemudian tumpuan Tom beralih ke luar tingkap.

"Apa yang merisaukan awak, Tom?" Somchai bertanya sekali lagi.

"Saya telah membuat kesilapan yang teruk. Saya benar-benar kacau." Tom berkata tanpa memandang Somchai.

Somchai bingung dengan kata-kata Tom. Kotak fikirannya cuba untuk memahami apa maksud kata-kata Tom. Namun, kekeliruannya Somchai dengan pantas bertukar menjadi cemas apabila dia terlihat benang yang mengarah dari luar tingkap ke katil Tom. "Kamu tidak melakukan ritual itu lagi, bukan?" serunya, suaranya meninggi sedikit.

"Ya, maaf. Saya melakukannya pada malam kedua. Saya menyelinap keluar dan mengikat benaang pada bunga pisang itu, dan juga menusuk paku ke dalamnya," akui Tom, mendedahkan kisah penuh tentang apa yang telah berlaku. Tom tidak sanggup lagi menyimpan rahsia itu. Rahsia yang menjadi bebanan dan menyeksa dirinya.

"Kamu ada mengeluarkan paku itu?" Somchai bertanya dengan nada yang cemas. "Tidak, saya tidak. Saya terlupa," jawab Tom.

Mendengar jawapan itu, Somchai tiba-tiba meluru keluar dari bilik itu dalam keadaan marah. Dari dalam kamarnya, Tom dapat mendengar Somchai bercakap dengan ayahnya. Tom tidak dapat memahami perbualan mereka, tetapi firasat kecilnya memberitahunya bahawa apa yang mereka bualkan adalah sesuatu yang tidak nyaman. Dalam keadaan yang tegang itu, Tom mengabaikan apa yang berlaku di luar. Dia berasa sangat letih, seolah-olah tenaganya perlahan-lahan mengalir keluar dari dirinya. Tom sedang bergelut untuk memahami apa yang telah berlaku ke atas dirinya.

Disamping rasa letih dan lesu yang teramat, terdapat satu lagi perkara yang sangat merisaukan Tom. Dia menyelak bajunya dan mengusut perut yang buncit tanpa sebab. Perutnya semakin hari semakin buncit dan menyebabkan dia terasa sakit. Tom semakin cemas apabila sakit misteri di perutnya itu semakin menjadi-jadi. Tom berasa tidak selesa. Pergerakan yang sedikit pun menyebabkan dia kesakitan. Kehilangan selera makannya menambahkan kebimbangannya, kerana dia yang dahulunya sihat kini semakin menyusut.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.