Home Novel Umum HOT CHOCOLATE TEA LADY
HOT CHOCOLATE TEA LADY
Ramlah Rashid
21/10/2014 18:13:32
222,089
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 13

“Akhhh Encik Adam!” dia terjerit apabila melihat Adam terbaring di rumput, dalam keadaan lencun, dahi berdarah dan kaki tersangkut pada tali pinggang keselamatan.

“Encik Adam, hei. Kenapa ni? Dah tak kucup rumah, you nak tidur kat sini pulak?” dia sengaja mahu menyakitkan hati Adam setelah apa yang dilakukannya.

Adam mengerang kesakitan, memohon dibantu kerana dia tidak berdaya sudah. Shaza berpura-pura mahu meninggalkan Adam di situ, dia melangkah perlahan. Adam pantas memegang kaki Shaza, memintanya dikasihani. Merintih dia menyebut perkataan tolong dalam bahasa Inggeris.

“Rasa manis benar you meminta pertolongan ya? Betul ke nak saya tolong?” masih juga Shaza mahu mempermainkannya.

Adam angguk, tidak juga melepas kaki Shaza. Shaza membantu Adam bangun, perlahan-lahan. Dengan bersusah payah Adam berjaya dibangunkan, mahu dibawa Shaza keretanya.

“Kaki I patah ke?”

“Tak sempat kita nak cek kat sini, tunggu sampai rumah kita tengok.”

Please, kaki I. Tadi dia berbunyi patah.”

“Tadi berbunyi patah, tapi sekarang tak dengar bunyi lagi kan? So, sampai rumah nanti barulah periksa sama ada patah boleh disambung atau potong aja terus.”

“Potong? Shaza, tolong…”

“Iya, saya nak tolonglah ni. Sabar boleh? Bahaya kita berlama-lama dekat sini, nanti ada kereta lain pulak langgar kita.

“I tak boleh berjalan langsung.”

“Saya tolong.” Shaza menarik tangan kanan Adam diletak dibahunya. Dengan bersusah payah Adam diseret mengguna kaki kiri Adam yang masih mampu bertahan berbanding kaki kanannya yang tidak lagi berfungsi katanya.

Shaza membaca bismillah lalu memapah Adam menyeberang, menuju ke keretanya. Payung sudah ditinggalkan berhampiran kereta kerana terlalu sukar Shaza memayungkan Adam yang bergantung pada kekuatannya yang terlalu minima. Adam didudukkan di tempat penumpang belakang kereta. Dia mengerang kesakitan, sesekali terjerit juga.

“Sabar ok? Tarik nafas, lepas perlahan-lahan. Kalau you tak bantu diri you sendiri, saya tak boleh tolong. Kita dah kuyup dah ni.” Masih lembut memujuk dalam kesejukan dan ketakutan dicelah rimbun hutan renik serta guruh dan kilat sabung menyabung.

“Tolong, kaki I.” Dia memegang kemas tangan Shaza apabila Shaza mahu meninggalkannya tempat duduk belakang untuk beralih ke pintu pemandu.

“Saya bukan doktor, nurse pun bukan. Skuat penyelamat pun baru ini furst time, so bagi peluang saya tolong Encik Adam. Dan, you kena tolong diri you sendiri. Ok?” dia sudah bekeng, ditolak tangan Adam yang memegangnya.

Adam terjerit sakit apabila ditolak kasar Shaza. Shaza memecut kereta menuju ke rumah orang tuanya, Adam terus mengerang kesakitan dengan menyebut kaki patah, kaki akan dipotong, dia jadi si lumpuh dan si cacat. Shaza tersenyum-senyum sendiri mendengar lelaki gagah, sombong dan bongkak itu akhirnya lembik seakan tidak bernilai sudah imej yang dipertahankannya. Sewaktu memasuki parker kereta berbumbung, Shaza membrek keretanya mendadak, kuat sengaja mahu melepas geram dan mempermainkan Adam yang merengek tak sudah.

Adam menjerit kesakitan dan menyebut oh my leg, please my leg.

Shaza membiarkan, dia lantas keluar dari kereta, berlari-lari anak masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Tidak langsung dia menghirau Adam yang masih terbaring menyandar di belakang kereta.

Adam menjerit-jerit minta diberi perhatian dan diberi bantuan tetapi tidak sesiapa mendengar kerana bunyi hujan lebat menimpa atap parker dan cermin tingkap kereta Shaza juga bertutup rapat. Adam mengerang sendiri.

Lima minit berlalu, muncul Pak Abu dan Nadia berlari-lari dari pintu belakang rumah, membantu membawa Adam keluar kereta.

“Kenapa boleh jadi macam ni?” Nadia kebimbangan.

“Mama, kaki I ma. Kak I.” Lagi dia mengadu.

Nadia membantu Pak Abu memapah Adam masuk ke dalam rumah.

DOKTOR sudah pulang, Adam sudah diberi suntikan ubat tahan sakit dan ubat ketenangan kerana dia terlalu fobia. Menurut doktor, untuk malam itu Adam akan tidur dengan aman. Mujur kakinya hanya terseliuh, cedera sewaktu dia cuba keluar dari keretanya sebelum Shaza sampai. Menurutnya apabila dia terbabas, dia panic lalu tergesa-gesa keluar, waktu itu kakinya tersangkut.

Shaza tersenyum-senyum mendengar cerita bodohnya lelaki ego itu. “Accident tak teruk, panic punya pasal kaki sampai terseliuh. Apa punya lelakilah ni…” Shaza mengejek seraya berlalu meninggalkan Adam terkulat-kulat dimalukan di hadapan doktor dan Nadia.

“Ni mujur papa tak ada, kalau papa tengok tadi, entah-entah papa pengsan kena sakit jantung.” Nadia turut mentertawakan terkenang gaya Adam yang mengerang kesakitan sewaktu dibawa keluar dari kereta Shaza.

“Tinggal di sini sampai kaki tu sembuh.” Nadia menurunkan perintah.

“Di bilik ini?”

Shaza muncul semula membawa air coklat panas untuk Adam memanaskan badan. Nadia sudah meninggalkan mereka di bilik itu, untuk pergi mengambil kelengkapan tidur Adam di biliknya di atas.

“Kenapa dengan bilik ni? Buruk? Kecil? Tak selesa? Atau letaknya di bawah?”

Adam merenung marah, berang ditentang Shaza.

“Mati nanti duduk dalam tanah tahu? Tak kira you siapa.” Tidak kuat suaranya, sengaja ditekan untuk menyakitkan hati Adam dan mengelak didengari Nadia. “Dah sakit-sakit macam ini pun nak berlagak lagi. Hei, sedarlah sikit awak tu manusia biasa. Tak ada bezanya dengan orang lain.” Shaza menampar perlahan kaki Adam yang berbalut.

Adam terjerit, bimbang Shaza mencederakan kakinya. Shaza pula tertawa meninggalkan Adam yang sudah semakin lemah kerana kantuk selepas menerima suntikan.

Petang itu Adam terus ke rumah orang tuanya dari pejabat kerana mahu merai kepulangan Elsa. Zafran sudah bersetuju menjemputnya di lapangan terbang kerana Pak Abu bercuti. Pemandu peribadi Rusman itu akan diberi cuti tahunan sekiranya Rusman ke luar negera. Nadia serta ahli keluarga lain tidak pernah mengguna khidmat Pak Abu.

Tepat jam sembulan malam, kereta Zafran masuk ke halaman, Nadia menyambut dengan air mata gembira. Tiga tahun anak itu di luar Negara, tidak sekali pun pulang, hanya mereka melawatnya kerana tidak mahu Elsa mengenang kisah silam.

“Elsa, inilah Kak Sha yang mama beritahu di telefon hari tu.”

“Oh, apa khabar kakak?”

Shaza sekadar angguk, menyebut khabar baik juga dengan gerakan bibir.

“Macam mana? Okay tinggal di sini?”

“Di mana-mana pun sama.”

Elsa angguk tanpa reaksi suka atau benci pada kakak tirinya. Shaza sudah ke dapur mahu membantu pembantu rumah menyediakan hidangan ringan sementara menunggu makan malam. Sesekali hairan juga dia mengapa Zafran diberi kepercayaan menyambut kepulangan anak perempuan Nadia.

‘Rapat benar perhubungan dia dengan keluarga ini?’ dikerlingnya Zafran sewaktu menyusun hidangan air di meja ruang tamu.

Elsa sudah ke biliknya, menyimpan kelengkapan yang dibawa. Nadia menjenguk Adam di bilik.

“Jemput minum.” Shaza kembali duduk di sofa asalnya.

“Teruk ke kaki Adam?” sambil meneguk air sejuk yang dihidang Shaza.

“Terseliuh sikit. Accident tak seberapa, tapi panic menyebabkan cedera pergelangan kaki.”

Angguk-angguk Zafran meletak semula gelas ke tempatnya.

“Eh, jom makan. I laparlah.” Elsa sudah kembali, bahu Zafran dicuitnya. Gaya itu juga mencuri perhatian Shaza.

Terlalu rapat, terlalu mesra.

“Ha, jom Zafran. Bibik dah sediakan makan malam, jom makan.”

Zafran angguk, membawa sekali gelas airnya yang tinggal separuh.

“Tak payahlah bawak gelas tu, kat sana bibik dah sediakan air lain.” Elsa menarik tangan Zafran.

Shaza membaca perhubungan luar biasa itu dengan kamus hati. Mustahil dia sekadar pekerja kepercayaan papa. Abang angkat juga tidak mungkin sedangkan abang dia sendiri yang sakit dekat dalam bilik tu langsung tidak dijengahnya. Shaza membontoti tiga orang itu ke meja makan.

Di meja makan juga Zafran dilayan Nadia dan Elsa lebih dari pekerja.

“Oh ya Sha, Zafran dah kenal kan?”

Shaza angguk.

“Elsa pun baru kenal.”

Angguk lagi Shaza soalan Nadia.

“Zafran tunang Elsa.”

Tanpa sengaja sudu yang dipegang Shaza terjatuh ke pinggan. ‘Kelentang!’ tiga pasang mata terarah padanya. Mujur di waktu sama, bibik hampir terjatuh kerana terpijak ekor si putih, kucing kesayangan Nadia. Putih melompat terperanjat dan bibik juga terperanjat lantas terpegang bahu Shaza. Semua menyangka Shaza terlepas sudu itu kerana bibik.

‘Ahk, tunang? Zafran menipu aku atau atau tertipu!’ berpura-pura dia senyum gembira berita itu.

‘Dia tidak berbohong, aku juga tidak tertipu. Antara kami sudah tidak ada apa-apa, tetapi kalau dia jujur, mengapa masih masih cerita kami disambung episode? Bukankah baik awal-awal dulu dia beritahu, dia bakal adik ipar aku?’ berjeda dia sendiri membiarkan waktu makan malam berlalu kosong.

Elsa gembira, riuh bercerita itu dan ini. Suasana sepi selalunya sudah meriah, Nadia gembira si anak bongsu sudah pulang, Zafran juga mungkin gembira kekasih sudah di hadapan mata. Hanya Shaza makanan dikunyah tanpa rasa, air ditelan berasa hampa. Perasaan sendiri tidak mampu ditafsir ‘genre’ apa adanya.

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.