Dan sebaik pintu
dikuak. Akh! Semangatnya seakan direntap sakit namun, berusaha dia berlagak
professional. Meski senyum bergetar namun dia berasa puas dapat berlakon.
“Yes, apa yang boleh saya tolong?”
“Puasa lagi atau
dah berbuka?”
“Puasa, kenapa?”
“Saya nampak
awak makan dengan lelaki. Saya ajak
keluar lunch awak kata puasa.”
“Owh dah tak
jadi puasa. Berbuka dah.”
“Awak
main-mainkan saya ya?”
“Encik Zafran,
saya sibuk sikit, boleh tak jangan macam-macam kat sini? Hal peribadi kita
bincang lepas pejabat boleh?”
“Boleh ke?
Setiap kali saya ajak keluar lepas office awak sentiasa kata ada hal.”
“Sekarang pun
saya ada hal.”
“Za, kenapa ni?
Kalau saya salah, beritahu saya dan mintak maaf tapi tolong jangan buat saya macam ni.”
Shaza mengeluh,
tampak bosan benar melayan persoalan-persoalan peribadi Zafran.
“Awak tak pernah
macam ni, kenapa tiba-tiba berubah?”
“Saya sibuk,
Zafran. Kerja banyak.”
“Saya tahu, dan
setiap kerja awak berkaitan saya, saya tahu sebanyak mana kerja yang awak ada.”
“Apa masalahnya
ni?” Shaza sudah meninggi, sudah terlalu
bosan.
“Jangan ingat saya tak nampak, bersama siapa awak
berbuka puasa lunch tadi. Saya ajak
makan awak kata puasa, walhal bukan main gembira makan dengan lelaki yang saya
tak kenal. Bukan client kan? Saya kenal semua
pelanggan kita.”
“Tak ada bezanya
sama ada awak nampak ataupun tidak, kenal atau pun tidak. Ini hal saya, tidak ada kaitan dengan awak
atau sesiapa.” Juga meninggi suaranya, menengking.
“Jangan bongkak
sangat boleh tak? Kenapa dah sombang
sangat ni?” tetap serius juga dia.
“Siapa bongkak?
Awak ke sini semata-mata nak tanya hal peribadi saya, saya tak boleh nak jawab
mengikut peribadi saya?”
“Za, kenapa awak
berubah macam ni?” sudah menurun suaranya, memujuk lembut, perlahan. “Call
saya dah seminggu awak tak angkat, mesej saya beratus-ratus awak tong
sampahkan. Apa salah saya?”
“Saya dah
beritahu jawapan itu seminggu sudah kan?
Malas dah nak ulangnya lagi.”
“Awak belum menjelaskannya.” Masih juga Zafran berjaya mengawal emosi,
kekal duduk di kerusi di hadapan meja Shaza. Tinggi suara Shaza dijawabnya lembut memujuk.
Shaza berdiri di
sisi meja, menunjuk marah keterlaluan Zafran mencampuri urusan peribadinya dan
mempersoal mengapa dia berubah.
“Za, kita sedang
menghadapi mesalah besar, keluarga kita merancang yang pelik-pelik, tolong beri
kerjasama. Saya janji, saya akan
selesaikan perkara ini. Tapi tolonglah
jangan macam ni.”
“Mungkin awak
yang bermasalah, bukan saya. Saya dah
tak ada masalah lagi, saya dah dapat apa yang saya cari selama ini dan awak
boleh teruskan hidup awak.”
“Shaza, kenapa
ni? Saya macam dah tak kenal awak Za.”
“Bagus.”
“Za, saya
cintakan awak. Lelaki yang awak jumpa
tadi tak jujur, dia hanya nak permainkan awak.
Percayalah.”
Shaza bernafas
sesak, marah juga sahabatnya dipertikai kejujurannya sedangkan Zafran hanya
memandang dari jauh. Malah yang lebih
membuatnya sesak nafas, kerana berhadapan Zafran. Haruman yang dipakai Zafran menyenakkan,
sejak pertama kali berjumpa di bilik mesyuarat syarikat dia berbau haruman
itu. Sinar mata dan jernih wayahnya juga
sering membuat dia hampir terbunuh.
Dicubanya bertahan, demi sebuah tekat.
‘Aku tidak benarkan sejarah yang ibu dan papa cipta berulang. Aku tidak akan menyakiti mama, Ell lebih
memerlukan Zafran.’ Berkali-kali
diulangnya untuk kekuatan hati.
“Bagi peluang
saya membaiki salah faham ini.” Zafran sudah bangun, semakin lembut intonasinya.
Shaza mahu
meninggalkan tempatnya, sudah tidak tahan dia dipujuk dan dirayu tetapi Zafran
pantas menarik lengan Shaza. Shaza
tersentak. Dia menyentap kuat minta
dilepaskan tetapi genggaman di lengannya semakin diperkemas Zafran sehingga
menyakitkan.
“Za, jangan
macam ni. Jangan tinggalkan saya hanya
sebab orang lain. Tolonglah.”
“Apa masalah
awak ni Zafran! Awak boleh berambus dari
sini sekarang! Saya tak nak tengok muka awak lagi. Pergi!”
sudah berlaku tarik menarik berserta suara Shaza yang tinggi, emosi
lebih kuat dari tenaga zahir. Ke
dua-duaya sudah merenik peluh, tarik menarik tanpa mempeduli di mana mereka
sebenarnya berada. Rusman kebetulan
menyinggah di situ juga dengan tujuan sama seperti Zafran, mahu pengesahan
bersama siapa tadinya Shaza makan semeja.
Dia dan Zafran melihat dari kejauhan.
“Hei, hei kenapa
ni?” Rusman meluru, Zafran dan Shaza
dileraikan. Meski kuat cengkaman Zafran
di lengan Shaza, lerai juga selepas dilonggarkan Rusman. Jika diselak lengan bajunya pasti tampak
berkesan dek kuatnya genggaman Zafran.
“Kenapa ni? Ini pejabat bukan gelanggang gusti.” Zafran dan Shaza direnungnya silih
berganti. “Apa hal sebenarnya ni? Macam
budak-budak.” Rusman mengendur.
Shaza sudah
beralih ke mejanya, menunduk dengan menekan dua belah tangan pada permukaan
meja, dia jelas stress benar. Dihentak pula tangan itu di meja serentak
jeritan kecil. Rusman memerhati, Zafran
sudah menunduk bertopang dia pada penyandar kerusi.
“Aku benci kau
Zafran. Aku benci kau…” Shaza berungut perlahan, berusaha gayanya
menahan tangisan.
“Za, tolong bagi
saya sekali lagi peluang. Dah banyak
masa kita habiskan bersama tak kan nak berakhir macam ni aja.” Merayu dia, tidak dipedulinya Rusman yang
mendengar.
“Saya sembah
awak, tolonglah jangan buat saya macam ni.”
Shaza direnungnya lama.
“Shaza,
Zafran.” Dua-dua menoleh Rusman, lambat
gerakan mereka tidak setangkas panggilan tegas Rusman.
“Masuk bilik
saya sekarang,” Rusman sudah
meninggalkan mereka, sambil membuka pintu dia menoleh semula.
“Jumpa saya di
bilik sekarang!” sudah kuat suaranya.
Lisa yang
kebetulan melintas situ menoleh, belum
pernah dia mendengar suara Rusman setinggi itu berserta intonasi yang
menggerunkan. Tidak dia menunggu lama,
terus meninggalkan perkarangan bilik Shaza, mengambil tempatnya semula. Tidak lama Rusman berlalu, dia melihat Zafran
dan Shaza seorang demi seorang melintas.
Dikerling dengan ekor mata, berkerut hairan.