Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,949
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 5

Puan kalsum dapat merasakan ada sesuatu yang aneh akan anak tunggalnya itu. Sudah lebih 4 bulan Diana berubah menjadi seorang yang sangat pemarah. Pantang silap sedikit pasti dia akan mengamuk.

“Awak tak perasan yang pelik ke dengan Diana tu?” tanya Puan Kalsum kepada Encik Yusof.

“Apa yang pelik?” tanya Encik Yusof kehairanan. Dia sering tiada di rumah, mungkin sebab itu dia kurang mengetahui keadaan Diana.

“Saya perasan yang dia sekarang pemarah. Pantang silap sikit pasti dia mengamuk.” Adu Puan Kalsum.

“Ye ke? Kenapa jadi macam tu? Ke awak je yang lebih-lebih?” Tebak Encik Yusof.

“Bukan lah. Saya tengok sendiri anak awak marah Si Gina tu. Teruk budak tu kena marah sampai kena halau keluar dari rumah kita ni. Padahal si Gina tu lah kawan baik dia sejak dulu.” Terang Puan Kalsum panjang lebar. Dia teringat akan kelakuan anaknya yang sangat biadap.

Encik Yusof agak terkejut dengan apa yang diberitahu oleh isterinya. Dia masih tidak percaya akan perbuatan anaknya itu. Setahu dia, Diana seorang yang penyabar dan tidak mudah marah.

“awak tak halang dia buat macam tu?” tanya Encik Yusof sehingga bangun dari tempat baringnya dan bersila menghadap isterinya.

“saya marah dia,tapi dia terus masuk bilik dia berkurung. Awak tahu apa?  Outstation memanjang. Awak tak ingat ke yang saya call awak banyak kali nak mengadu pasal ni lah.” Kata Puan Kalsum. Encik Yusof terdiam seketika. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya. Dia jarang berada di rumah sehingga perubahan tentang anaknya juga dia tidak perasan.

“tak apa lah esok saya akan cuba bercakap dengan Diana.” Kata Encik Yusof menenangkan hati isterinya.  Puan Kalsum hanya menganggukkan kepalanya.

***

Gina masih tidak percaya akan apa yang Diana lakukan kepadanya.

Imbas Kembali…

“membazir lah wei kau beli banyak-banyak produk ni, salah beli rosak kulit kau. Kau dah cantik tak payah pakai produk yang bebukan,” kata Gina apabila melihat plastik beg yang dibawa turun oleh Diana. Namun tegurannya itu menyebabkan Diana merasakan bahawa Gina sebenarnya cemburu akan kecantikannya.

“biar lah aku nak cantik. Sekurang-kurangnya aku ada usaha nak jaga kecantikan diri. Bukan macam kau” perli Diana dengan ayat yang pedas. Gina amat terasa akan kata-kata Diana.

“cantiknya bahasa kau, Diana.” Kata Gina kegeraman.

“kau sebenarnya cemburu sebab tak mampu nak beli produk macam aku kan?! Kalau kau nak aku boleh je nak bagi duit untuk kau beli. Tak payah lah nak membebel bagai. Semak tau tak!” berang Diana secara tiba-tiba. Tersentak dengan tengkingan Diana, Gina bangun dari sofa.

“aku tak hadap duit kau. Pasal aku tegur pun kau nak mengamuk. Makin hari kau dah makin pelik Diana. Kau ada masalah ke? Kalau ada masalah bagitahu aku mana tahu aku boleh tolong.” Kata Gina lembut walaupun amat terasa dengan kata hinaan yang dilemparkan oleh Diana.

“ahhh tak payah sibuklah. Nak cantik pun salah! Dah lahh kauu pergi lah balik rumah kau! Jangan datang sini lagi.!” Tengking Diana sambil menolak Gina keluar dari rumahnya.

“heyyy, Diana! Kenapa buat Gina macam tu?! Tak baik!!” jerit Puan Kalsum yang ternampak perbuatan anaknya itu.

“tak apa aunty, Gina balik dulu ya. Terima kasih.” Kata Gina kepada Puan Kalsum yang mula datang mendekati mereka. Puan Kalsum sepertinya mahu bertanya sesuatu tetapi Diana terus menolak Gina keluar dengan cepat dan terus menutup pintu dengan kuat.

“awak ni kenapa buat Gina macam tu ?! ada masalah bincang elok-elok!” marah Puan Kalsum kepada anak tunggalnya yang dianggap amat biadap. Diana memandang Puan Kalsum dengan pandangan yang bengis dan tanpa sebarang kata dia terus naik ke biliknya dan menutup pintu biliknya dengan keras.

**

Gina sakit hati apabila mengingat kembali hinaan yang dia terima. Perlahan air matanya jatuh akibat kejadian yang menyakitkan hati itu. Dia tidak pernah melihat Diana seperti itu. Dia masih ingat muka Diana Ketika memarahinya. Amat bengis dan menakutkan. Seperti bukan diri Diana yang dia lihat itu.

Dia mengelap airmatanya yang jatuh.

“dia mesti ada masalah. Dia bukan macam tu. Aku yakin.” Kata Gina. Dia yakin yang Diana bukan seperti itu. Dia harus mencari tahu masalah sebenar yang dihadapi oleh Diana. Dia agak risaukan Diana yang semakin jauh darinya.

Dia masih ingat akan kenangannya dengan kawan baiknya itu. Dia tak mahu disebabkan salah faham hubungan persahabatan mereka terputus begitu sahaja. Tambahan pula mereka sudah berkawan lebih 10 tahun. Dia tak akan biarkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya menjejaskan hubungan mereka.

Gina mengambil telefonnya lalu mendail nombor Diana.

Tut…tut…tut…

Namun tiada sesiapa yang menjawab. Dia mencuba mendail semula tetapi masih sama.

“kenapa dengan dia ni? Patutnya aku yang marah lebih, ni dia pula yang marah lebih.” Bebel Gina sendirian. Dia makin tidak faham akan sikap kawan baiknya itu. Dia bercadang untuk pergi ke rumah Diana esok hari. Dia harus menyelesaikan masalahnya dengan kawan baiknya itu.

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.