Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,924
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 10

“asalamualaikum aunty.” Sopan suara yang memberi salam dari corong telefon.

“waalaikumuslam,.Haa Gina. Apa khabar?” Kata Puan Kalsum mesra.

“Baik aunty. Aunty pula apa khabar?” Kata Gina berbasa basi.

“Sihat sihat. Ni ada apa call ? nak tanya pasal Diana?” Tebak Puan Kalsum. Dia dapat mengagak sebab Gina menelefonnya.

“haa.. haah . dia sihat? Saya cuba nak jumpa dia tempoh hari tapi dia taknak jumpa saya.” Kata Gina dalam nada kesal.

“Diana tak berapa sihat. Datang lah rumah kalau nak jumpa dia.” Kata Puan Kalsum bersimpati. Dia masih tidak tahu akan punca anaknya itu berperangai sebegitu. Dia sangat kasihan kepada Gina yang menjadi mangsa kemarahan padahal isunya sangat remeh.

“laa yeke? Nanti saya free saya datang jenguk dia. Tak apa lah aunty. Saya nak tanya tu je. Sorry ganggu aunty waktu office ni.” Ujar Gina. Dia segan sebenarnya untuk menelefon Puan Kalsum. selepas memberi salam dengan sopan, Gina meletakkan telefonnya.

“kesian pulad engan si Gina ni.” Kata Puan Kalsum bersendirian. Lalu dia mendail nombor seseorang.

“Hello.” Kata Puan Kalsum setelah panggilannya itu berjawab.

“Hello, Kalsum?”jawab suara itu.

“Yes Kalsum speaking.” Puan Kalsum tersenyum mendengar suara itu.

“wahhh. Lama tak dengar khabar? Macam mana boleh dapat number I.” soal suara itu.

“I minta dekat kawan-kawan kita yang lain. Tak tahu pulak U tukar number, Suzy. Puas I cari baru dapat.” Ujar Puan Kalsum. Suzy adalah salah seorang kawannya Ketika dia masih belajar di luar negara. Mereka sudah lama tidak berhubungan kerana Suzy menukar nombor telefonnya. Apatah lagi masing-masing sibuk akan kerjaya masing-masing.

“Sorry-sorry. Telefon I hilang so I kena tukar nombor. U ada dekat mana? KL?” Ujar Suzy.

“yaa KL. I nak ajak U jumpa boleh?”

“Boleh sangat. Dekat mana?”

“Nanti I hantar location.” Kata Puan Kalsum. Masing-masing teruja untuk bertemu semula setelah sekian lama tidak berjumpa.

***

Seperti yang dijanjikan, Puan Kalsum sampai di Restoran Opium.  Dia melangkah masuk ke dalam restoran itu dan memilih tempat duduk di sudut yang agak tidak ramai orang. Sambil menunggu kedatangan kawannya, dia mendail satu nombor.

“Hello makcikk.”

“yaaa Puan.”

“Diana macam mana? Dia makan tak hari ni?” tanya Puan Kalsum prihatin.

“Diana tak keluar bilik Puan. Tapi makanan dia saya hantar, dia habiskan.” Kata Makcik Bibah. Dia merupakan pembantu rumah yang diupah oleh Puan Kalsum dan Encik Yusuf. Mendengar kata-kata pembantu rumahnya, hati Puan Kalsum menjadi sedikit lega. Sekurang-sekurangnya dia tetap makan.

“ohh bagus lah macam tu. Saya balik lambat hari ni. Tuan pun balik lambat juga. Apa-apa call je saya okay.” Pesan Puan Kalsum. Selepas menamatkan panggilan baru dia  perasan ada seseorang berdiri di sebelahnya. Secara automatik Puan Kalsum berdiri dan memeluk erat orang itu.

“Suzy!!!!!” Panggil Puan Kalsum teruja. Suzy membalas pelukan kawannya itu dengan erat. Lama juga mereka berpelukkan. Masing-masing melepaskan rindu di dada setelah lama tidak jumpa.

Suzy mengambil tempat duduknya berhadapan dengan Puan Kalsum.

“lama dah ke sampai?” Soal Puan Kalsum. Dia betul-betul tidak perasan kehadiran Suzy.

“Tak ada lah. Baru jugak sampai. Tengok U sibuk bercakap di telefon.” Kata Suzy sambil tersenyum.

Mereka berbual dari kisah lalu sehinggalah kehidupan mereka sekarang.

“ U masih kerja ditempat yang sama ?” Tanya Puan Kalsum.

“Tak dah. I kerja dekat tempat baru.” Balas Suzy.

“ I sebenarnya,alang-alang dah jumpa U ni. Boleh U aturkan temujanji I dengan hospital?”

“why? What’s wrong? Are you sick ?” soal Suzy.

“nope, ni untuk anak I. I think she has a problem.” Ujar Puan Kalsum.

“ohh. Serious ke?Tak apa. Nanti I call bagitahu Tarikh bila boleh U datang bawak anak U.” Janji Suzy. Dia dapat menangkap riak risau kawannya itu.

“okay Suzy, Thank you so much.” Ujar Puan Kalsum.

Masa berlalu begitu pantas, mereka berdua masing-masing meminta diri untuk pulang kerana ada hal yang ingin dilakukan.

***

Encik Yusof masih lagi merasakan bahawa keadaan Diana adalah disebabkan oleh hal mistik. Dia mencuba mencari beberapa orang alim untuk merujuk akan perkara itu. Atas bantuan Puan Aina, Encik Yusof berjumpa dengan seorang ustaz yang bernama Ustaz Khairi.

Encik Yusof telah berjanji ingin bertemu dengan Ustaz Khairi di sebuah restoran. Dia harap dia dapat membantu menyelesaikan masalah anaknya. Encik Yusof melangkah masuk restoran yang dijanjikan. Di hujung sudut restoran dia dapat menangkap wajah yang dikenalinya. Dia pun mendekati orang itu.

“Assalamualaikum Ustaz.” Sapa Encik Yusof sopan sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Waalaikumusalam, Encik Yusof.” Jawab Ustaz Khairi sambil menyambut tangan Encik Yusof. Mereka berdua duduk dan mengambil pesanan untuk minum.

“Saya dengar masalah Encik Yusof dari kakak encik. Tentang masalah anak perempuan encik kan?” kata Ustaz Khairi memulakan bicara.

“Yaa Ustaz . tapi sebelum tu, tak perlu lah berencik dengan saya. Panggil Yusof je” Ujar EncikYusof.

“ohh baiklah.Boleh Yusof terangkan hal sebenar yang berlaku?” Soal Ustaz Khairi.

“macam ni Ustaz…” Encik Yusof menceritakan satu persatu perubahan yang dikesan tentang diri Diana. Daripada seorang yang ceria menjadi seorang yang pemarah. Ia bermula setelah umurnya genap 18 tahun. Dari perubahan sikap Diana sehinggalah tanda-tanda lebam seluruh badan Diana. Terutamanya di bahagian ibu jari kakinya.

Setelah mendengar penjelasan Encik Yusof, Ustaz Khairi terdiam seketika. Dia sepertinya sedang memikirkan sesuatu. Encik Yusof menunggu dengan sabar akan penjelasan dariUstaz Khairi.

“Boleh saya berjumpa dengan anak Yusof?” Soal Ustaz Khairi setelah lama berdiam. Soalan itu membuatkan Encik Yusof tersenyum.

“Boleh Ustaz. Bagitahu sahaja masanya. Saya akan aturkan.” Kata Encik Yusof.

“Hujung minggu ini?” Tanya Ustaz Khairi. Encik Yusof terdiam sejenak untuk memikirkannya. Hujung minggu ini, sepatutnya dia terbang ke Jepun atas urusan kerja. Tetapi demi anaknya, dia membuat keputusan.

“boleh Ustaz.” UjarEncik Yusof tanda setuju dengan masa itu.

 

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.