Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,949
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 9

Diana berkurung di dalam biliknya. Dia masih lagi tidak percaya akan apa yang berlaku kepada dirinya. Badannya menggigil ketakutan.

“bukan aku.. bukan aku.” Kata Diana tergagap-gagap sendirian. Dia melihat tangannya yang dipenuhi darah sebentar tadi.

“kau yang makan.bukan aku.” Katanya lagi. Dia berbicara sendirian. Sepertinya menyalahkan seseorang. Dia cuba untuk mengingati akan apa yang berlaku sebenarnya namun dia tidak dapat mengingatnya. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit.

“apa jadi dengan aku ni?!” monolog Diana.

Dia menangis sendirian. Pintu biliknya dikunci agar tiada sesiapa yang masuk. Kedengaran Encik Yusof dan Puan Kalsum tidak henti-henti memanggilnya dari luar bilik. Namun dia masih lagi mendiamkan diri. Tiada reaksi daripada Diana. Dia tidak mahu berhadapan dengan orang lain.

“apa sebenarnya yang jadi pada anak kita ni?!” soal Puan Kalsum. Encik Yusof menggelengkan kepala. Masing-masing mengeluh kerana risau akan keadaan Diana.

“kita bawa Diana ke psikiatri nak tak?” soal Puan Kalsum kepada suaminya. Encik Yusof sepertinya sedang memikirkan sesuatu. Lambat-lambat dia menjawab pertanyaan isterinya itu.

“awak rasa tu yang terbaik ke?” soal Encik Yusof pula.

“habis awak ada cara lain ke?”

“saya rasa hal Diana ni ada kena mengena dengan perkara mistik.” Ujar Encik Yusof.

“awak ni kolot lah. Zaman sekarang ni mana ada perkara macam tu dah.” Kata Puan Kalsum pula. Dia sukar hendak percaya akan perkara yang dikatakan oleh suaminya.

“apa pula kolot? Nak taknak kita kena percaya kewujudan perkara macam tu.” Ujar Encik Yusof.

“Bukan saya tak percaya. Tapi kes Diana lain. Mungkin dia ada masalah yang kita tak tahu.”  Kata Puan Kalsum mempertahankan pendapatnya.

“okay, kita bawa Diana pergi jumpa pakar psikiatri.” Putus Encik Yusof setelah lama mendiamkan diri. Dia berfikir mungkin dia yang terlebih fikir.

***

Makhluk itu meratah tubuh Diana. Diana menjerit kesakitan. Dia dapat melihat dengan jelas makhluk hodoh itu menjilat kakinya dan matanya meliar memandang seluruh tubuh Diana. Diana menggigil ketakutan. Dia menjerit sekuat hati. Tanpa suaranya bagaikan tersekat di kerongkongnya. Puas dia menjerit memanggil keluarganya namun itu hanya sia-sia. Makhluk itu menyeringai melihat Diana.

Kaki dan tangan Diana bagaikan diikat. Puas dia meronta tetapi masih tidak dapat bergerak. Dia hanya mampu mengalirkan air matanya. Makhluk hodoh itu tersenyum sinis melihat Diana yang mulai putus asa dan tidak lagi meronta.

“KAU MILIK AKU.” Kata makhluk hodoh itu sambil memandang Diana. Amat menyeramkan sekali apabila terpandang wajahnya yang amat mengerikan. Matanya tersembul, darah busuk diseluruh mukanya dan kulit mukanya yang hangus bagaikan dibakar.

Tiba-tiba makhluk itu mendekatkan mukanya ke arah Diana. Bau busuk yang teramat menusuk ke hidung Diana. Hampir saja dia termuntah akibat bau busuk itu. Bau yang datang daripada makhluk itu.

“BERSATULAH DENGANKU!” Kata makhluk itu. Bau yang busuk amat kuat apabila makhluk itu membuka mulutnya kerana darah yang mulai mengalir dari mulutnya. Makhluk itu tersenyum menyeramkan apabila melihat ketakutan yang ditunjukkan oleh Diana.

***

Diana termenung berseorangan menghadap ke luar jendela. Wajahnya juga nampak pucat. Tubuh badannya kini terasa amat lemah. Dia juga tidak menjamah makanan yang dibawa oleh pembantu rumahnya. Sejak keadaan Diana tidak stabil, ibu bapanya mengambil keputusan untuk menggaji pembantu rumah untuk menjaga makan dan minum Diana.Walaupun risau akan Diana, mereka tetap perlu pergi ke tempat kerja mereka.

Diana memegang sekeping gambar. Dia menatap gambar itu sambil menitiskan air mata. Gambar itu adalah gambarnya bersama seorang lelaki yang sangat dia sayangi selain bapanya iaitu datuknya. Diana amat rapat dengan arwah datuknya berbanding dengan bapanya sendiri. Ini kerana, sejak dari kecil dia memang sering tinggal bersama datuknya di kampung. Ibu bapanya adalah orang yang mempunyai kerjaya. Oleh itu,dia sering ditinggalkan di kampung. Malah dia pernah bersekolah di kampungnya selama 7 tahun.

“Atok.. Diana rindu kat atok. Diana sakit..” Rintih Diana. Dia ingin berada di samping datuknya pada saat ini. Dia sebenarnya agak kecewa akan ibu bapanya yang tetap pergi berkerja walaupun kesihatannya agak merosot.

Setelah puas menatap gambar yang menyimpan seribu kenangan itu, dia meletakkan kembali gambar tersebut di dalam sebuah kotak. Di dalam kotak tersebut tersimpannya sebentuk cincin pemberian datuknya yang tersayang. Dia masih ingat bahawa datuknya memang amat sayangkan cincin itu. Cincin itu sering diusap dan dibersihkan oleh datuknya. Dan kini, cincin itulah satu-satunya barang pemberian daripada datuknya yang boleh dibuat kenangan.

Dalam dia mengingat datuknya, dia teringat akan satu-satunya kawan baik yang dia miliki.

“rindu kau Gina. Maafkan aku.” Katanya sendirian. Dia amat rindukan kawan baiknya itu. Namun dia mempunyai ego yang setinggi tembok besar China dan sukar untuk dipecahkan. Sejak dia memarahi Gina tempoh hari, Gina tidak lagi datang ke rumahnya ataupun menghubungi. Dia tahu Gina amat terasa hati dengan sikapnya.

Kini dia keseorangan tanpa ada sesiapa yang boleh dia luahkan tentang apa yang dia hadapi.. Andai sahaja datuknya masih hidup pasti dia sudah mengadu nasib. Baginya,datuknya adalah satu-satunya yang boleh memahami perasaannya.

Imbas kembali…

“Atokk!!! Diana dapat keputusan bagus hari.” Jerit Diana dari luar rumah. Mendengar suara girang cucunya itu, apalagi berlarian Encik Zulkarnain mendapatkan cucunya itu.Tersenyum dia apabila memandang wajah ceria cucunya itu.

“keputusan apa tu?Mehh sini bagi atok tengok.” Ujar Encik Zulkarnain menunjukkan minat akan perkara yang ingin disampaikan oleh cucunya itu. Beria Diana membuka beg sekolahnya untuk menunjukkan markah peperiksaannya kepada datuknya.

Diana menghulurkan buku rekodnya kepada datuknya. Tersenyum lebar orang tua itu melihat keputusan yang diperolehi oleh Diana. Sungguh bangga dia dengan keputusan Diana.

Diana berasa gembira. Walaupun dia tidak dapat berkongsi khabar gembira itu dengan ibu bapanya tetapi datuknya sentiasa ada untuknya. Dia terpaksa menerima kenyataan bahawa ibu bapanya sibuk berkerja dan tiada masa untuk meluangkan masa untuknya.

“bagus. Diana nak apa? Atok belikan. Cakap je apa-apa.” Kata Encik Zulkarnain sekaligus membuatkan bibir Diana menguntumkan senyuman yang lebar.

“Amboi-amboi. Panjangnya senyum. Riuh-riuh ni ada apa? Kenapa atok je tahu? Taknak bagitahu nenek ke?” sampuk Puan Ainun merangkap nenek kepada Diana.

“Diana ni haa, dapat keputusan bagus dalam peperiksaan dia. Suka lah dia.” Ujar Encik Zulkarnain menerangkan kepada isterinya.

“bagus lah. Malam ni nenek masak sedap-sedap untuk Diana. Diana nak makan apa?” Ujar Puan Ainun pula.

Diana sekali lagi menitiskan air matanya apabila teringat kenangannya bersama datuknya. 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.