Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,944
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 19

Makcik Kiah menghidangkan air untuk tetamu. Dia hanya menjadi pemerhati dalam keluarga itu. tidak dapat banyak membantu. Dia hanya mampu mendoakan kesejahteraan keluarga majikannya. 

“Macam mana ustaz?” Soal Encik Yusof kepada Ustaz Wahid.

“saka arwah telah diturunkan kepada anak awak. Dan perkara ini bukan boleh dibuat main.” Balas Ustaz Wahid.

“apa yang perlu saya lakukan ustaz?” 

“Cari barang yang diwariskan arwah kepada anak awak. Saya pasti ada barangnya.” 

“kalau dapat cari barang tu, anak saya boleh sembuh kan ustaz?” 

“Insya Allah. Apa-apa pun kena cari barang tu dulu. Sebab saka yang diwariskan oleh arwah ini telah termaterai menggunakan darah anak awak. Jadi ia telah menjadi sebahagian daripada darah daging anak awak. Mungkin sulit untuk kita buang saka ini tapi kita perlu cuba.” Kata Ustaz Wahid cuba meyakinkan Encik Yusof.

“kenapa abah buat macam ni?” rintih Encik Yusof.

“bersabar lah Yusof. Ini sebahagian ujian yang Allah turunkan kepada hambanya.” Pujuk Ustaz Wahid. Dia tahu bukan senang untuk menerima ujian seperti ini. 

“saya tak faham ustaz. Kenapa abah bagi dekat Diana. setahu kami, Diana tu cucu yang paling dia sayang.” Luah Encik Yusof. 

“Mungkin arwah abah percaya yang makhluk belaan dia tub oleh jaga Diana.” Encik Yunus cuba memberikan pendapatnya.

“Takkan dia tak tahu benda tu sesat bang.” Balas Encik Yusof. Encik Yunus pula hanya mendiamkan diri. 


Puan Ainun membelai perlahan rambut cucunya itu. dia tidak menyangka arwah suaminya sanggup mewariskan saka itu kepada cucunya itu. Semua tahu betapa sayangnya arwah dengan Diana. 

Namun apabila dia melihat cucunya terseksa hari ini, dia bagaikan tidak percaya. Puan Kalsum hanya mendiamkan diri melihat anaknya. Dia sudah puas menangis sehingga matanya sembab. Dia tidak tahu lagi bagaimana caranya untuk menyembuhkan Diana. dia hanya berharap cara suaminya akan menampakkan kesan. 

Perlahan-lahan Diana membuka matanya. Dia melihat ibunya dan neneknya ada di sisinya. Dia mengukirkan senyuman pahit walaupun sukar untuk dia berbuat demikian pada saat itu. 

“anak mama dah bangun?” Puan Kalsum menerpa ke arah Diana.

“Nak air?” soal Puan Ainun pula sambil menghulurkan segelas air. Diana menyambutnya. Diana meneguk air itu sehingga habis. Dia memang terasa amat haus sekali.

Puan Kalsum membelai lembut kepala Diana. dia sangat sedih melihat anaknya itu. 

“Diana nak makan apa-apa? Mama masakkan.” Kata Puan Kalsum.

“tak maa.Diana okay. Penat sikit.” Balas Diana. suaranya seperti nak tak nak keluar. 

“kalau macam tu Diana rest lah okay. Mama dengan nenek keluar dulu.” Kata Puan Kalsum lalu menapak keluar daripada bilik Diana. Diana pula hanya menghantar ibu dan neneknya dengan pandangan matanya.

Perlahan air mata Diana jatuh ke pipinya. dia menyelak tangannya. Penuh kesan lebam. Begitu juga dengan kakinya. 

“Sakittt…” rintih Diana keseorangan. Perlahan-lahan matanya kembali tertutup. Diana kembali tertidur, dia memang terasa amat Lelah. Mungkin kejadian tadi telah membuatkan banyak tenaganya hilang.


“Macam mana Yusof? Ustaz Wahid ada cakap apa-apa?” soal Puan Ainun kepada anaknya. 

“Ustaz kata, mungkin ada barangan yang arwah abah wariskan kepada Diana.”

“barang apa?”

“saya pun tak tahu mak.” Balas Encik Yusof lemah. 

“mak tahu apa-apa pasal barang-barang abah?” soal Encik Yusof.

“keris dan gambit dia je lah. Tapi tu pun setahu mak Ustaz Wahid dah tolong buangkan masa arwah abah nazak dulu.” Terang Puan Ainun. dia memang tidak tahu mengenai barangan arwah suaminya. Tambahan pula, suaminya amat berahsia akan perkara itu. hanya beberapa perkara yang diketahui oleh Puan Ainun. 

Suaminya juga amat melarang dia dan anak-anaknya menyentuh barangannya. Suaminya juga mempunyai satu almari khas dan tidak dapat dibuka oleh orang lain sesuka hati. Dia sebagai isteri yang taat, dia terpaksa untuk tidak mengambil tahu akan perkara suaminya itu. walaupun dia tahu ada perkara yang syirik menjadi amalan suaminya. 

Pernah juga dia cuba menasihati suaminya namun dia pula yang dimarahi oleh suaminya. Dia juga tidak mahu perkara itu memberi kesan kepada keluarganya dan hubungan mereka sebagai suami isteri. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. 

“kalau kita tanya Diana? mana tahu arwah ada bagi barang tu kepada Diana secara terus.” Cadang Puan Kalsum setelah lama mendiamkan diri. 

“haa boleh jugak.” Encik Yusof bersetuju dengan cadangan isterinya. 

“esok saya tanya dia.” 

“Ustaz Khairi esok kan dia datang?” soal Puan Kalsum kepada suaminya bagi kepastian.

“ha’ah. Kalau awak tak sebut saya dah terlupa.” Kata Encik Yusof sambil menepuk dahinya.

“bang. Ustaz Wahid kata nak jumpa dengan Ustaz Khairi kan?” Soal Encik Yusof kepada Encik Yunus.

“ha’ahh. Mungkin mereka nak bincang pasal masalah ni. Nampaknya macam rumit jugak masalah ni.” Ujar Encik Yunus. Mereka Cuma berharap yang masalah ini akan cepat selesai dan Diana akan kembali pulih seperti sedia kala.


“saya kena balik KL.” Ujar Encik Yusof kepada isterinya. Puan Kalsum yang baru sahaja ingin melelapkan mata terus terbuka matanya. Dia memandang suaminya.

“bila?”

“Esok atau lusa.” 

“Diana tak sihat lagi tau. Awak dah nak nak balik KL.” Puan Kalsum membentak. 

“Ada hal berlaku dekat office. Mereka perlukan saya.” Kata Encik Yusof. Walaupun lampu sudah dipadam tetapi dia dapat merasai panahan mata isterinya yang berada di sebelahnya itu. 

Lampu tidur dipasang.  Puan Kalsum duduk bersandar di katil dan memandang kepada suaminya.

“habis? Kerja lagi penting daripada anak?!” Puan Kalsum mula naik angin. Tetapi nadanya masih ditahan.

“awak takkan tak faham kerja saya macam mana?” Encik Yusof juga sudah mula naik angin dengan reaksi isterinya. Dia sengaja memberitahu isterinya. Dia tidak menyangka pula reaksi isterinya sebegini. 

“saya pun banyak kerja. Tapi saya boleh je tinggalkan untuk anak. Awak pass je laa dekat orang lain. Takkan tak faham yang awak ada hal penting.” Kata Puan Kalsum panjang lebar.

“haihhh. Kerja tu memang saya yang kena handle. Sekarang ada masalah orang atasan nak jumpa saya. Awak apa tahu!” bentak Encik Yusof.

“balik je lah!! Kerja lagi penting kan.” Puan Kalsum berkata lalu memadam lampu dan terus berbaring membelakangkan suaminya. Encik Yusof pula hanya mendiamkan diri. tiada gunanya mereka bertekak. Masing-masing mempunyai ego yang tinggi. Dia tahu isterinya marahkan dirinya. Tunggu semuanya reda, dia pasti isterinya akan faham. Lagipun dia tahu rajukan isterinya itu tidak lama. 


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.