Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,940
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 20

Makanan yang dihidang di atas meja makan hanya ditenung oleh Encik Yusof dan Puan Kalsum. Masing-masing membisu. Puan Ainun memandang pelik ke arah anak dan menantunya. Tetapi dia hanya membiarkannya.

Puan Kalsum mengambil pinggan dan menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan itu lalu diberikan kepada suaminya. Walaupun mereka sedang perang dingin tetapi kewajiban isteri melayan suami tetap dijalankan dengan sebaik mungkin. 

Mereka makan tanpa mengeluarkan sebarang suara. Satu-satu wajah anak menantunya itu dipandang. 

“bergaduh ke?” bisik hati Puan Ainun. Tetapi dia tidak bertanya terus kepada anak dan menantunya. Baginya biarlah mereka menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Puan Kalsum yang sudah selesai makan, meminta diri untuk melihat keadaan Diana. Encik Yusof hanya menghantar isterinya melalui pandangan matanya. Dia tahu isterinya masih lagi marah kepadanya. 

“kamu berdua bergaduh ke?” soal Puan Ainun kepada anaknya. Encik Yusof terkedu mendengar soalan itu. 

“mana ada.” Jawab Encik Yusof lambat-lambat. 

“bergaduh dalam hubungan suami isteri itu biasa. Tapi jangan biarkan berlarutan lama-lama. tak bagus untuk hubungan.” Pesan Puan Ainun walaupun anaknya itu tidak mengakui bahawa mereka suami isteri sedangn bermasam muka.

“tak ada salahnya kalau kita minta maaf dulu walaupun bukan salah kita. Jika itu boleh menjernihkan keadaan apa salahnya kan.” Ujar Puan Ainun lagi. 

“kami tak bergaduh pun mak.” Encik Yusof menafikan lagi.

“sekilas ikan di air, mak dah tahu jantan betinanya.” Kata Puan Ainun dengan kata-kata yang penuh mendalam.


Puan Kalsum masuk ke dalam bilik Diana. bilik itu sedikit gelap kerana semua langsir bertutup menghalang cahaya masuk ke dalam bilik. Dia menyelak langsir itu supaya bilik itu menjadi sedikit terang. 

Dia melihat Diana masih tidur. Dia merasa badan Diana untuk memeriksa suhu. Tangannya diletakkan di dahi Diana yang sedang tidur itu. badan Diana terasa sedikit panas. Mungkin baru nak demam.

“mama?” Diana yang tersedar apabila merasa ada seseorang menyentuh dahinya. 

“ehh mama bangunkan Diana ke?” 

“tak lah. Diana memang nak bangun.” Kata Diana sambil mengerling ke arah jam yang berada di mejanya. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. 

“Diana demam ke?” soal Puan Kalsum.

“tak lah. Pening kepala sikit. Kejap lagi okey lah ni lepas makan Panadol.” Diana menjawab. Dia tahu ibunya itu amat risaukan dirinya. 

“Diana nak mandi ni maa.” Kata Diana lagi lalu bangun dari tempat tidurnya.

Mata Puan Kalsum mula bergenangan air mata apabila melihat tubuh Diana yang semakin susut. Tetapi dia menahan airmatanya daripada jatuh. Dia memalingkan wajahnya kea rah bertentangan dengan Diana agar anaknya tidak melihat reaksinya itu. 

“lepas mandi turun makan yer.” Pesan Puan Kalsum dalam nada suara yang bergetar. Dia bangun lalu keluar daripada bilik Diana. 

Dai terserempak dengan suaminya ketika keluar dari bilik Diana. Masing-masing terdiam. 

“Saya nak cakap dengan awak.” Tegur Encik Yusof lalu berlalu masuk ke dalam bilik mereka. Puan Kalsum menghela nafas perlahan lalu mengikuti langkah suaminya. 

“awak nak cakap apa?” soal Puan Kalsum kepada suaminya. 

“duduk lah dulu.” Kata Encik Yusof sambil menepuk tempat duduk di sebelahnya. Puan Kalsum hanya menurut kata suaminya. Masing-masing masih diam tanpa mengeluarkan sebarang suara. Sepertinya mengambil masa untuk mengatakan sesuatu. 

“saya minta maaf.” Kata Encik Yusof ikhlas. Puan Kalsum memandang suaminya penuh makna. 

“saya minta maaf pasal semalam.” Ujar Encik Yusof untuk kali kedua. Mata Puan Kalsum bergetar lalu perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. 

“saya minta maaf juga.” Kata Puan Kalsum sambil mengambil tangan suaminya lalu diciumnya. Encik Yusof tersenyum. Benar kata ibunya. Tak salah untuk meminta maaf jika itu dapat menjernihkan sesebuah hubungan. 

“saya dah buat keputusan. Saya tinggal di kampung sehingga urusan kita selesai.” Kata Encik Yusof. Puan Kalsum rasa serba salah apabila mendengar kata-kata suaminya.

“kerja awak?”

“saya akan uruskan hal tu. Jangan risau. Anak kita lagi penting.” Jawab Encik Yusof. Puan Kalsum terharu mendengar kata-kata suaminya. Encik Yusof bersyukur atas nasihat yang diberikan oleh ibunya yang membuatkan hubungan mereka menjadi seperti sedia kala.


“assalamualaikum.” Terdengar orang memberi salam dari luar rumah. Encik Yusof bangun untuk menjenguk gerangan siapakah yang datang.

“waalaikumusalam.” Jawab Encik Yusof apabila melihat Ustaz Khairi yang sudah sampai dari KL. Encik Yusof menjemput tetamu untuk masuk ke rumah. Ustaz Khairi tersenyum apabila disambut dengan baik sekali. 

Namun begitu, matanya meliar ke seluruh rumah apabila melangkah masuk ke dalam rumah. Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena. 

“alhamdulillah. Sampau juga ke rumah Yusof.” Kata Ustaz Khairi sambil tersenyum. 

“susah tak ustaz cari rumah saya?”

“tak ada lah susah, gun awaze kan. Haha”. Mereka terus berbual-bual kosong tanpa menyentuh tujuan sebenar Ustaz itu dijemput ke rumah mereka. Puan Ainun juga turut berbual kosong dengan tetamu. 


“KENAPA KEPARAT TU DATANG!!!” Makhluk hodoh itu muncuk lagi dihadapan Diana. Namun Diana hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu menjawab apa yang makhluk itu tanyakan.

“Dia nak pisahkan kita! DIANA!!! Aku yang boleh jaga kau!” Kata makhluk itu lagi. Namun Diana sekali lagi buat-buat tidak peduli.

“Kau lihat bagaimana Zulkarnain kebal, kuat, berani dengan bantuan aku! Kau juga boleh begitu! Apa yang hajatkan pasti akan ku tunaikan!”

“manusia celaka tu benar-benar mencampuri urusanku!!”

“akan ku bunuh dia! Sesiapa yang menghalang jalanku pastinya akan binasa!!” 

Baru sahaja Diana mahu membalas kata-kata makhluk itu tiba-tiba Puan Kalsum masuk ke dalam bilik itu. 

Puan Kalsum yang melangkah masuk sahaja ke dalam bilik anaknya itu terus merasa bulu romanya tegak. Bagaikan ada sesuatu aura lain disitu. Tiba-tiba dia berasa seram sejuk walaupun pada waktu siang. 

“mama.. kenapa?” soal Diana yang pelik melihat ibunya yang tidak berbicara apa-apa.

“ohh takk. Saja nak tengok Diana. dah makan?” Ujar Puan Kalsum. 

“Dah tadi. Nenek teman.” 

“ohhh. Ada tetamu datang kat bawah. Mama turun dlu ek.” Ujar Puan Kalsum lalu cepat-cepat keluar dari bilik Diana. dia tidak betah untuk berlama di dalam bilik itu. 


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.