BAB 20 - Part 2
Pandangan mata mereka bertaut seketika. ‘Skinny
jeans’ warna kuning, kemeja kuning bertompok-tompok hitam dan cekak rambut
kuning menghiasi rambut lurusnya yang tersisir rapi memang tampak lain dari
yang lain! Mata bundar berwarna hazel kecoklatan milik Tipah terus sahaja
tertangkap di hati lelaki itu. “Wow! Cantik menarik tertarik kau memang ‘de bomb’!”
getus Zaffrul dalam hati.
Di kerlingnya Tipah dengan pandangan yang
paling menggoda. “Mesti you ni adik Puan Latifah, kan? Hai, saya Zaffrul. Just
call me Zaff. Boleh kita berkenalan?”
Tipah menyerigai. “Hmm...boleh je. Tapi
awak kena minta izin dari suami saya, Encik Rayyan Haikal bin Dato’ Khalid dulu.”
Terkedu Zaffrul mendengarnya. “Err...sori
puan Latifah, saya tak perasan tadi. Gaya puan ni trendy sangat. Sekali tengok
macam minah K-Pop pun ada,” seloroh Zaffrul sambil tersenyum mempamerkan
sebarisan gigi putihnya.
Riuh-rendah di perkarangan rumah segera
menggamit perhatian Rayyan. Bergegas dia keluar ke hadapan semula. Kemesraan
yang terpamer di antara Tipah dan Zaffrul terus sahaja menyentap keegoannya.
Pantas Rayyan menghampiri mereka dengan
wajah yang kelat. “Dah pukul berapa dah ni? Kau tahu tak berapa lama dah aku
tunggu kau? Hah, yang awak ni buat apa pula bersidai kat sini? Dah tak reti
masuk dalam rumah? Pergi buat kopi ke, teh ke untuk tetamu saya ni,” gerutu
Rayyan sinis.
Selamba Tipah menukas. “Aik? Takkan cemburu
kot?”
Rayyan segera membentak. “Jangan nak
mengarutlah! Siapa pulak yang cemburu? Dah pergi masuk dalam rumah.”
Tipah mengerling ke arah Rayyan dengan
nakal. Sengaja dia melunakkan suaranya. “Encik Zaff, saya masuk dululah, ya.
Encik Zaff pun jemputlah masuk ke rumah saya yang tak seberapa ni.”
Terbakar hati Rayyan melihatnya. Tidak di
sangkanya boleh tahan juga gedik isterinya ini!
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Tipah beria-ria menyediakan menu hidangan untuk
makan malam sambil di bantu oleh Melah. Daging dendeng dan sambal tempoyak daun
kayu merupakan menu istimewa yang akan di sajikan buat suaminya. Melah sibuk
menumbuk daging yang telah di rebus dan di potong leper. Manakala Tipah pula gigih
meracik daun pucuk ubi halus-halus yang bakal menjadi teras dalam hidangan
sambal tempoyak daun kayu istimewanya. Bertungkus-lumus mereka berdua
menyediakan kedua-dua hidangan istimewa tersebut.
Juadah yang terhidang di atas meja malam
itu benar-benar mengejutkan Rayyan. Sambal tempoyak daun kayu merupakan makanan
kegemarannya semenjak kecil. Arwah mamanya juga selalu menyediakan hidangan ini
buatnya.
Tipah segera menghulurkan pinggan berisi
nasi putih kepada Rayyan. Tanpa membuang masa pantas Rayyan menceduk sambal
tempoyak daun kayu kegemarannya ke dalam pinggan. Terus sahaja dia menyuap nasi
yang telah di gauli dengan sambal tempoyak daun kayu ke mulutnya. Air mukanya
terus berubah kelat.
Rayyan berteriak. Siapa yang masak sambal
tempoyak ni? Makcik yang masak ke?”
Makcik Rosnah mencebik. “Kenapa, tak sedap
kan? Bini kamu si Tipah tuler yang masak. Dia yang suka sangat makan lauk tu.
Kalau kamu nak tahu, itu jelah satu-satunya makanan yang dia tahu masak!”
Tergamam Rayyan mendengarnya. Tidak di
sangka akhirnya ada juga persamaan di antara dirinya dengan Tipah. Mereka
sukakan makanan yang sama. Sedap pula tu masakannya!
Mungkin berat bagi Rayyan untuk melontarkan
kata-kata pujian namun selamba sahaja Zaffril menokok. “Eh, sedaplah sambal
daun kayu ni, makcik! Pandai cik puan Tipah masak. Untunglah bos dapat isteri
yang cantik dan pandai masak pula tu, betul tak bos?” Berbulu hati Rayyan di
buatnya.
“Dah jangan banyak cakap. Makan je makanan
tu!” Arah Rayyan dengan tegas.
Di jelingnya Zaffrul dengan pandangan yang
penuh makna. Sudahnya selepas itu Zaffrul tidak berani lagi bersuara. Di
jamahnya makanan dengan penuh khusyuk tanpa sebarang kata.
Walaupun menu pada malam itu benar-benar
menjentik nafsu makan Rayyan namun seleranya seakan-akan tertutup. Mindanya
sibuk merangka kata-kata yang sesuai untuk di ungkapkan pada Tipah dan
keluarganya sebentar lagi. Selagi perkara ini tidak di selesaikan selagi itulah
Rayyan tidak senang hati. Dia mengintai-ngintai peluang yang sesuai untuk
berbicara. Tampaknya peluang itu tiba juga apabila Pak Saad mengajaknya
bersembang di serambi rumah sambil minum kopi.
Sambil menelan air liurnya, Rayyan
menuturkan kata-katanya dengan berhati-hati. “Pakcik, sebenarnya ada benda yang
saya nak cakapkan dengan pakcik. Kedatangan Zaffrul ke sini bersebab sebenarnya.
Saya terpaksa pulang ke Australia malam ni jugak kerana ada urusan penting yang
tak dapat nak di tangguhkan lagi.”
Hampir sahaja tertumpah air kopi yang
sedang di tuang oleh Tipah. “Awak nak balik Australia malam ni jugak? Tak boleh
ke tunggu lagi dua tiga hari ke?”
Rayyan menggelengkan kepala. “Maaf Tipah,
saya tak boleh tunggu. Hal ini mesti di selesaikan dengan secepat mungkin. Sejak
ketiadaan arwah ayah, segala urusan pejabat terletak di atas bahu saya. Tiada
orang lain yang boleh di harapkan,” ujar Rayyan dengan wajah mengundang
simpati.
Pak Saad mengeluh. “Pakcik takde halangan,
Rayyan. Pakcik faham situasi kamu. Sekarang ni tanggungjawab kamu memang berat.
Pergilah selesaikan urusan kamu dahulu.”
Pantas Tipah mencelah. “Kalau macam tu saya
pergi siapkan barang saya dululah.” Bingkas Tipah bangun.
Rayyan segera berteriak. “Bila masa pula
saya cakap saya nak bawak awak sekali ni?” Tercengang seketika Pak Saad dan
Tipah mendengarnya.
Rayyan segera berdalih. “Err...maksud saya
buat sementara waktu ni Tipah duduklah sini dulu. Tipah kan takde passport
lagi, kan? Bila sampai di Australia nanti, biar saya mohonkan visa untuk Tipah
dulu. Bila semua dokumen dah lengkap nanti barulah saya akan bawa Tipah ke
sana.”
Kelegaan terpancar di wajah Pak Saad. “Oh,
begitu rupanya. Betul juga kata-kata Rayyan tu, Tipah. Kamu duduklah kat sini
dengan ayah dulu. Bila dah siap semua dokumen nanti barulah kamu ikut suami
kamu ke sana.”
Dengan berat hati Tipah terpaksa akur.
“Baiklah, ayah. Kalau ayah dah cakap macam tu Tipah ikut sahaja. Awak, nanti
dah sampai Australia tu cepat-cepatlah awak proses visa tu yer. Ikutkan hati
memang saya nak je ikut awak ke Australia hari ni. Yelah tempat seorang isteri
kan adalah di sisi suaminya.”
Nak termuntah Rayyan mendengarnya. Namun
sedaya-upaya dia menahan getaran di jiwanya. “Jangan risau. Saya akan uruskan
visa awak tu secepat mungkin. Kalau dah siap nanti, saya sendiri yang akan
datang sini jemput awak. Puas hati sekarang?”
Tipah tersenyum lebar. Jaminan dari Rayyan
itu sedikit sebanyak melegakannya. Tersenyum sinis Rayyan melihat reaksi wajah
Tipah. “Nak ikut aku konon. Jangan haraplah! Kau memeraplah kat kampung ni
sampai bila-bila! Jangan harap aku nak bawak kau ke Australia,” getus Rayyan di
dalam hati.