Home Novel Komedi/Romantik Komedi Beb, I Love You!
Bab 39

Adwa melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Dia duduk di kerusinya sambil memandang ke luar dinding kaca. Dia telah membuat keputusan. Bukan niatnya mahu membalas dendam. Namun permohonannya sebulan yang lalu telah diterima tepat pada masa dia sedang dilanda masalah. Masalah?

Of course!

Adwa mendengus geram.

"Cik, cik Lufia nak jumpa," beritahu Juju. Adwa berpaling memandang gadis itu.

"Saya tak nak terima tetamu dalam masa terdekat ni. Kecuali klien," balasnya dengan nada tegas. Juju mengangguk faham.

"Erk, cik. Kalau Tengku Hadwan?" soalnya semula dengan senyuman. Adwa terdiam.

"Cik?"

"Just klien," putus Adwa. Juju mengangguk lagi sebelum melangkah keluar. Adwa menyentuh dahinya.

                                 *****

"Ad," panggil Izdan saat melihat gadis itu menghampiri keretanya. Adwa tidak terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Dia tahu mesti Izdan atau Lufia akan menunggunya.

"Ad nak Iz buat apa untuk lembutkan semula hati Ad?" soal Izdan dengan nada lembut. Adwa memandang lelaki itu dengan perasaan berbaur.

"Tak perlu buat apa-apa. Aku akan pulangkan cincin tu," balasnya. Izdan terkedu.

"Terkejut?" soal Adwa pula. Izdan menggeleng.

"Aku dah agak. Sebelum buat keputusan hari tu, aku dah agak akan reaksi kau. Selepas kembalikan semula cincin tu, kau akan larikan diri lagi. Betul tak?" soalnya dengan riak wajah yang serius. Adwa pula yang terkedu.

"Fine. Larilah Ad. Kau larilah daripada aku. Kau kena ingat satu perkara aje. Ceruk mana pun kau nak lari, aku akan cari," sambung Izdan dengan nada tegas. Adwa tersenyum sinis.

"Kau yakin sangat," balasnya cuba menenangkan diri.

Macam dia tahu aje aku nak pergi Berlin. Atau mama dah beritahu? Nenek??

Adwa mendengus geram. Dia berlalu semula. Izdan hanya memandang gadis itu tanpa berhasrat untuk menahannya.

                               *****

Rania tersenyum lebar apabila gadis itu menyambut panggilannya.

"Aku rindu kau," ucapnya dengan perasaan sebak. Adwa tersenyum.

"Kau kat mana?" soal Rania.

"Baru sampai rumah. Tapi masih dalam kereta," jawab Adwa.

"Tak nak minum petang dengan kami?" soal Rania lagi sambil memandang Lufia dan Diana yang duduk di hadapannya. Kedua-dua gadis itu tekun mendengar perbualan mereka.

"No," balas Adwa pendek.

"Ad, we always here. Sebagai kawan, Nia akan sentiasa sokong Ad. Apapun keputusan Ad, kami sentiasa sokong," kata Rania. Mereka sebenarnya mahu melawat gadis itu. Namun Lufia membantah kerana Adwa sendiri tidak mahu bertemu dengannya.

"I know. Sebab tu aku tak nak jumpa sesiapa buat masa ni. Aku tahu korang memang care pasal aku. Aku hargainya," balas Adwa. Rania tersenyum.

"Nia, aku nak rehat dulu," kata Adwa sambil mula keluar dari keretanya.

"Nanti kita jumpa bila Ad dah ready," balas Rania. Adwa mematikan telefonnya sebelum menarik nafas berat. Sebentar lagi dia akan berdepan pula dengan mana dan neneknya.

                              *****

"Ad nak balas dendam pada nenek?" soal Maria dengan riak wajah serius. Adwa bersandar pada sofa. Tania yang duduk di sebelah Maria hanya diam membisu.

"Tak mungkin. Nenek dah kenal Adwa. Ad bukan orang macam tu," balas Adwa tenang.

"Sejak bila Ad mohon untuk sambung belajar?" soal Maria lagi.

"Bulan lepas. Keputusannya Ad terima semalam," balas Adwa

"Ad nak pergi juga?" celah Tania pula separuh menyoal.

"Yes mama. Ni peluang Ad. I'm sorry nek," balas Adwa.

"Memang Ad tak setuju dengan keputusan nenek baru-baru ni. Nenek tak boleh salahkan Ad. Nenek sendiri tahu yang Ad dan Iz tak macam dulu lagi. Yes, kami boleh berkawan tapi bukan berkahwin. Nenek kata faham Ad. Tapi bila nenek terima pinangan tu, Ad anggap nenek masih tak faham Ad. So please, untuk sekali ni aje. Ad harap nenek faham dengan keputusan Ad," sambungnya dengan nada tegas. Maria terdiam. Tania menarik nafas berat.

"Dua minggu lagi Ad akan bertolak," beritahu Adwa sebelum bangun dari sofa lantas berlalu naik ke tingkat atas. Kedengaran Maria mengeluh perlahan.

                                 *****

"Ad?" Tengku Hadwan seperti tidak percaya apabila mendapat panggilan daripada gadis itu.

"Hi," ucap Adwa.

"Apa khabar? Wan dengar Ad dah mula masuk kerja," balas Tengku Hadwan.

"Betul. Ad nak jumpa Wan esok. If Wan ada masa, singgahlah office saya nanti," kata Adwa separuh meminta. Tengku Hadwan tersenyum.

"Saya sentiasa ada masa untuk awak," balasnya. Adwa tersenyum.

"Awak tak jawab soalan saya lagi. Awak sihat?" soal Tengku Hadwan.

"Maybe," balas Adwa perlahan. Terangkat kening Tengku Hadwan mendengar kata-kata gadis itu

"Of course. Awak jangan risau," kata Adwa sambil tergelak kecil. Tengku Hadwan menarik nafas lega.

"So, see you tomorrow," kata Adwa lagi.

"Okay, bye," ucap Tengku Hadwan sebelum menutup telefonnya. Dia sebenarnya agak risau. Mengapa gadis itu tiba-tiba mahu bertemu dengannya?

                               *****

Izdan menunggu agak lama sebelum Tania membuka pintu pagar.

"Hai aunty," sapa Izdan. Tania tersenyum.

"Masuklah Iz," balasnya separuh mengajak. Izdan mengangguk. Masuk sahaja di dalam rumah, kelihatan Maria sedang berada di ruang tamu.

"Assalamualaikum nek," ucap Izdan. Maria tersenyum.

"Waalaikumussalam Iz. Duduklah. Ad baru aje balik. Sesuai sangat Iz datang malam ni. Ad ada nak bincang tu," katanya. Kali ini dia akan serahkan pada Adwa untuk membuat keputusan. Izdan tersenyum.

"Aunty panggil Ad ya," kata Tania sebelum berlalu. Izdan menarik nafas dalam.

"Iz, nenek dah anggap Iz macam keluarga nenek sendiri," kata Maria dengan senyuman. Betul kata Adwa, dia sebenarnya tidak faham apa kemahuan sebenar gadis itu. Mungkin dimatanya Izdan adalah yang terbaik tapi bukan bagi Adwa .

"Iz tahu nek. Iz pun macam tu. Iz sayang nenek. Iz sayang keluarga ni," balas Izdan tenang.

                                  *****

Maria meninggalkan Adwa dan Izdan di ruang tamu. Adwa mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Sebenarnya dia agak berat hati mahu menemui Izdan. Namun dia tidak sampai hati pula menolak apabila melihat wajah mamanya.

"Hi Ad," sapa Izdan dengan senyuman hambar. Adwa mengangguk.

"Sorry sebab hal tadi,"ucap Izdan dengan perasaan bersalah. Dia tidak berniat mahu menyakiti hati gadis itu.

"Aku datang ni sebab nak ambil semula cincin hari tu," sambung Izdan. Dia kelihatan tenang namun hanya Allah yang tahu hatinya saat ini. Adwa terkedu.

"Aku minta maaf. Aku tahu aku bukan kawan yang baik," ucap Izdan. Sebenarnya banyak perkara dia mahu katakan pada gadis itu. Namun semuanya sudah tidak mebawa apa-apa makna lagi.

"Okay," balas Adwa. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia sebenarnya tidak menyangka yang kedatangan Izdan adalah untuk mengambil semula cincin tersebut. Apa yang disangka oleh Adwa adalah lelaki itu datang untuk memujuknya.

"Aku sentiasa sayangkan kau, Ad," ucap Izdan sambil memandang tepat wajah gadis itu. Adwa diam membisu.

                                  *****

Tania menghampiri Adwa yang berada di halaman rumah. Selepas Izdan berlalu pulang semalam, gadis itu hanya berkurung dalam bilik. Pagi ini, kelihatan gadis itu sudah berada di halaman rumah.

"Tak kerja?" soal Tania sambil menarik kerusi. Adwa tersenyum.

"Lewat sikit ma," balasnya.

"Mama dah sediakan sarapan. Nenek masih ada kat atas," beritahu Tania. Adwa hanya mengangguk.

"Ad, mama tak larang Ad nak ceburi bidang lukisan. Kalau Ad nak pergi, pergilah. Ad masih muda. Banyak hal lagi yang Ad boleh belajar. Khususnya dalam bidang ni," kata Tania dengan senyuman.

"Thanks ma. And sorry," ucap Adwa perlahan.

"Sorry? Sebab apa? Sebab tak jadi dengan Iz?" soal Tania.

"Sebab Ad rude dengan mama. Ad tertekan. Ad tak tahu nak luah pada siapa. Ad rasa semua orang tak faham Ad," balas Adwa sambil tunduk memandang jari jemarinya. Tania tersenyum. Dia menyentuh jemari gadis itu yang terletak di atas meja.

"Mama faham. Mama tak salahkan Ad. Mama pun nak minta maaf. Mama tak pandai nak ambil hati Ad," katanya dengan perasaan sebak. Adwa menggeleng.

"Ad beruntung ada mama. I love you ma," ucapnya.

"Me too," balas Tania dengan senyuman.

"So, masalah dengan Iz dah selesai. Mama tak sangka semalam Iz datang nak ambil cincin. Honestly, dia baik. Tapi dah tertulis tak ada jodoh dengan anak mama," sambungnya. Adwa hanya tersenyum nipis mendengar kata-kata wanita itu.

"Macam mana dengan Wan?" soal Tania pula. Adwa menarik nafas berat.

"Mama tak kisahkan kalau Ad tak kahwin?" soalnya separuh bergurau. Bulat mata Tania memandang gadis itu.

"Suka hati Ad. Mama okay aje. Tapi nenek kesayangan Ad tu tak tahu pula," balasnya sambil tergelak. Adwa ikut tergelak.

Alahai.

Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.