Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 6

BAB 6: 2:235


Nadirah terjaga pada pukul 4.30 pagi. Dia cuba untuk tidur kembali tetapi matanya tidak terlelap. Nadirah menghembuskan nafasnya. Kata-kata ustaz daripada video ceramah yang pernah ditontonnya terlintas di fikiran.


‘Bila kita bangun tengah pagi… jangan rasa seram. Kita kena positif. Kita bangun tengah pagi kerana Allah kejutkan kita untuk buat solat sunat’.


Nadirah langsung bangun mengambil wudhu’ dan membuat beberapa solat sunat.


Jam menunjukkan 5.01 pagi. Nadirah terasa mengantuk kembali. Dia langsung tidur di katil dengan telekung yang masih dipakai.


**


“Apa ni Danny?!!Bertunang?!! Nonsense!”, marah Nadirah.


“Bukan kita suka sama suka ke? Daripada couple yang tak tentu… baik kita ikat saja”,Daniel berwajah cemas apabila melihat reaksi yang diberikan Nadirah.


“Danny… kamu tu sekolah lagi. Kamu kena berjasa dekat ibubapa. Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni tak masuk akal?!”.


“Apa yang tak masuk akal… Danny sayang ibu bapa Danny. Danny belajar pun ingat dekat mereka,tapi Kak Nad pun pembakar semangat Danny juga”.


“Danny… Danny menuntut ilmu kerana manusia ke kerana Allah?... Kalau kerana Allah, Danny tak akan buat benda merepek macam ni”.


Daniel terdiam.Matanya kelihatan merah.


“Perasaan saya macam mana?... Perasaan saya kepada Nad pun Allah yang bagi”, suara Daniel mula sayup-sayup.

 

Apabila melihat wajah kecewa Daniel. Nadirah rasa bersalah. Fikirannya mula menjadi tak tentu.


“Danny… akak”,Nadirah rasa bersalah.


“Kak Nad sebenarnya tak ada perasaan pun dekat Danny. Danny dah salah faham. Kak Nad anggap Danny macam adik-adik saja”.


Mata Daniel membulat. Matanya yang kelihatan hendak berair kembali kering. Matanya yang tadi terpamer sedih diganti dengan mata amarah.


“Jadi Nad permainkan Danny ke selama ni?!!!”, Daniel mula meninggikan suara diikuti dahinya yang berkerut.


“Danny…”,perlahan Nadirah berbicara.


“Heh… orang perempuan macam ni eh?”, sindir Daniel.


Daniel langsung pergi.


Nadirah hanya berdiri di situ. Dahinya juga berkerut sekerut-kerutnya.


“Ohh sebab kau result SPM aku teruk!”, marah Daniel secara tiba-tiba.


Nadirah terkejut.


“Kenapa salahkan Kak Nad? Danny yang tak buat sehabis baik…”.


How does it feel, getting reject before your examination day? Kau tak rasa ke benda tu terkesan dekat aku?! Fikir logiklah!”.


“Danny datang sekolah nak belajar ke nak bercinta?!”, marah Nadirah pula. Dia mula terasa beban. Mana tidaknya, segala masalah seakan berpunca darinya. Seolah-olah hanya salah dirinya. Nadirah bengang.


“Datang sekolah belajar! Balik rumah bercinta!”,gertak Daniel.


“Hah?! Apa masalah kau ni budak?!”.


“Tuntut ilmu kerana Allah!”.


Nadirah menjerit kepada Daniel.


“Heh… baru sekarang nak cakap macam tu? Sebelum kau ceramah aku… kau fikir balik niat kau ajar aku! Kau ajar aku sebab nak isi kekosongan hati kau yang kena tinggal dengan Yus kan?!”, marah Daniel lagi.


Nadirah terdiam.Mungkinkah salahnya? Jadi, apa yang perlu dilakukan?


**

Nadirah terjaga apabila bunyi jam locengnya berbunyi. Kepalanya terasa begitu pening. Mimpi yang agak menyeramkan. Dia juga terlalu beremosi di dalam mimpinya.


Nadirah segera bangun mengambil wudhu’ semula untuk menunaikan solat Subuh pula. Rutin hariannya berjalan seperti biasa. Nadirah pergi ke kerja dan pulang ke rumah pada petangnya.


Baru sahaja tiba di rumah Mak Esah memanggilnya dengan wajah yang berkerut.


“Nad… mari sini kejap”.


“Ya cik… ada apa?”.


“Kamu ada apa-apa dengan Danny ke?”.


“Kenapa keputusan dia jatuh balik ke?”.


“Bukan…keputusan dia makin baik. Hmm cuma…”.


Nadirah teringat yang Daniel tersalah sangka soal perasaannya. Nadirah berkerut.

“Dia cakap apa dekat Mak Esah?”.


Mak Esah merenung mata Nadirah seraya berkata, “Danny nak acik melamar Nad”.


Nadirah terdiam.Dia hanya memandang Mak Esah dengan tersengih kelat diikuti kerutan keningnya.


Pada malamnya dia cuba untuk menelefon Daniel.

“Hello assalamualaikum Danny?”, kata Nadirah apabila panggilannya diangkat.


“Nad? Mak Esah ni…”, jawab Mak Esah. Mak Esah agak terkejut Nadirah menelefon Daniel pada waktu malam.


‘Wahh percintaan orang muda yang sorok-sorok pun lucu juga’, entah kenapa Mak Esah terasa suka.


“Ohh ingatkan ini telefon Danny… sebab saya nak ingatkan Danny pasal subjek kira-kira”, tipu Nadirah.


‘Yalah tu…’, detik hati Mak Esah diikuti sengihan.


“Aah ini memang telefon Daniel… tapi dia tidur rumah kawan dia malam ni”, beritahu Mak Esah.


“Ahh okay Mak Esah maaf mengganggu. Assalamualaikum”.


“Okay waalaikumsalam Nad”, tersengih saja Mak Esah menjawab.


Nadirah mengeluh.Boleh pula Daniel meninggalkan telefonnya di rumah. Nadirah menelefon Daniel untuk membincangkan tentang salah faham Daniel terhadap perasaannya. Namun, susah betul dia ingin bertemu jejaka itu sejak akhir-akhir ini. Padahal rumahnya hanya satu tingkat di atas rumahnya saja.


Nadirah sekali lagi memandang remeh hal ini sehinggalah satu panggilan dari Fauzi diterimanya.


“Assalamualaikum kak…”.


“Ya Fauzi…Waalaikumsalam. Ada apa?”.


“Kak… kau kena balik sekarang ibu dengan abah nak jumpa”.

“Hah?... Emmokay”.

**

“Kenapa tak beritahu ibu dan abah yang Nad rupanya bercinta dengan Danny?”, tanya ibu.


Nadirah membulatkan matanya.

What?!”,Nadirah berkerut.


“Kamu selama ni mengajar Danny atau bercinta dengan Danny?”, tanya abahnya pula.


“Abah… Nad memang ajar Danny”, beritahu Nadirah.


“Hmm abah okay saja kalau apa-apa pun. Cuma kalau kamu tak serius dengan Danny itu yang abah marah”, kata Encik Hamid.


“Hah?!”, Nadirah masih tidak faham.


“Esok keluarga Danny nak datang melamar kamu. Jangan buat malu ibu dan abah lagi ya… Cukuplah dengan lelaki yang namanya Yus tu”, beritahu Puan Kiah pula.


Fauzi hanya diam memerhatikan keadaan tegang antara ibu bapanya dan kakaknya.


 “Apa?! Apa ibu abah merepek ni?! Nad nak keluar kejaplah!...”, Nadirah serabut.


Fauzi pantas mengekori kakaknya. Dia ingin memastikan kakaknya tidak melakukan sesuatu yang di luar fikiran.


“Jangan balik rumah selagi kamu tak ada keputusan tetap!”, Encik Hamid mengingatkan anak perempuannya.


“Kau kenapa nak ikut?!”, marah Nadirah kepada adik lelakinya.


Fauzi hanya diam duduk di sebelah kakaknya di dalam kereta.


“Arghh!...”,Nadirah menjadi tertekan apabila adik lelakinya hanya diam.


“Bawa kereta perlahan-perlahan.Jangan sampai kemalangan pula”, Fauzi mengingatkan kakaknya yang sedang memandu.


“Diamlah! Orang tahulah!”.


Nadirah memberhentikan keretanya di suatu kawasan yang agak luas.


Nadirah dan Fauzi keluar dari kereta.


“Kak… ingat tak dulu kita pernah memancing dengan mandi palung dekat sini?”, Fauzi mengenangkan masa lampau sambil memandang pemandangan sawah padi.


Nadirah hanya diam. Dia duduk dan menekup mukanya ke bawah. Fauzi mengeluh melihat kakaknya.


“Kak… kenapa kau tertekan sangat ni? Kau bukannya bertunang dengan orang yang kau tak kenal… ibu abah pun tak paksa kau. Teruk sangat ke budak Danny tu sampai kau murung macam ni?”, tanya Fauzi.


“Entahlah Fauzi…Danny tu budak baik. Aku saja yang bermasalah. Aku tak siap. Aku tak bersedia.Aku tak ada perasaan apa-apa pun dekat Danny… Dia tu macam adik-adik saja”,luah Nadirah.


Fauzi membulatkan matanya. Kata-kata itu sememangnya sama dengan tutur kata seseorang.


“Kak… tak baik kau permainkan perasaan Danny. Dia tu suka kau kak. Perasaan lelaki ni serius kalau dia nak bertunang tu. Sekarang kau pula yang hatinya tak tetap. Kau nak apa sebenarnya? Fauzi dah beri amaran dah jangan baik sangat dengan Danny, tapi akak degil. Kau layan sangat dia… haa tengok sekarang”, Fauzi membebel.


Nadirah berkerut memandang Fauzi seraya berkata, “siapa yang keluarga kau sekarang? Akak ke Danny?!”.


“Bukan masalah keluarga ke apa… Fauzi pernah di tempat Danny! Fauzi faham perasaan dia… dan sekarang Fauzi tak nak akak jadi perempuan tak guna yang mempermainkan perasaan lelaki muda macam Fauzi pernah kena dulu”, luah Fauzi.


Nadirah terdiam memandang Fauzi.


“Siapa? Bila?”,Nadirah tiba-tiba rasa bersalah kepada adik lelakinya.


“Dah lama dah…yang waktu seminggu tu Fauzi tak ada selera makan. Malaslah nak beritahu siapa…benda dah lepas”, cerita Fauzi.


“Akak minta maaflah. Akak tahu akak salah. Akak tak sepatutnya layan perasaan dia. Akak bukan apa… akak hanya gunakan Danny untuk sedapkan perasaan sendiri sebab kena putus dengan Yus dulu”, luah Nadirah.


“Akak… you are a sinful woman”, Fauzi memandang kakaknya dengan pandangan mata tajam.


“Ya tahu… I am a sinful woman and I am really regret it”, Nadirah hanya memandang bawah.


Suasana kembali diam antara mereka. Bunyi burung-burung berkicauan di waktu petang sememangnya menenangkan fikiran. Senyuman tipis terpamer di wajah mereka berdua.


“Akak… tengok ig Danny”, kata Fauzi kepada Nadirah. Nadirah turut melihat instagram Daniel melalui telefon Fauzi.


“Semua gambar Danny happy-happy saja. Tengok ini…”, Fauzi menunjukkan beberapa video lucu yang di post oleh Daniel.


Nadirah tersengih dan tersenyum melihat instagram milik Daniel.


“Hah akak senyum tengok ig dia kan?”.


“Dah memang kelakar”, jawab Nadirah.


“Akak tahu tak bertunang tu apa?”.


Nadirah diam sebentar.


“Sesi kenal berkenalan?”, jawab Nadirah teragak-agak.


“Ya betul… and it is actually more than that”, Fauzi senyum kepada kakaknya.


“Kakak kena beripeluang kepada Daniel dan yang paling penting… akak kena beri peluang pada hati akak”, kata Fauzi lagi.


Nadirah tersenyum memandang Fauzi lalu berkata, “hmm betullah tu kan… jom balik jumpa ibu abah”.

Fauzi turut tersenyum melihat kakaknya. Mereka berdua kembali masuk ke dalam kereta.


 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.