Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 59

BAB 59: Trimester Pertama II


               Mak Esah dan Puan Kiah masak banyak juga seperti biasa, katanya Sarah akan tiba di rumah Daniel dengan menumpang kereta saudara James itu.

               Tiba-tiba satu bunyi hon kedengaran di hadapan rumah. Mak Esah keluar dari rumah dan melihat Sarah berbicara kepada James dan senyum mengangguk kepada saudara mara James itu.

               “Dah sampai Sarah?”, panggil Mak Esah.

               “Marilah makan dulu… makcik ada masak banyak dekat dalam tu”, ramah Mak Esah.

               “Eh…tak apalah aunty kami pun ada hal sekarang ni. Susah-susah je”, kata seorang wanita cina yang berumur 30-an.

               “Lah ada hal ke, maaf susahkan ambil Sarah dekat airport”,kata Mak Esah.

               “Tak apa… alang-alang kita ambil James sekali”, senyum wanita itu.

               James keluar dari kereta dan pergi ke arah Mak Esah.

               “Hello, auntie… maaf. Kami got family gathering… hmm family… jiaren… keluarga jumpa. Relatives right now. I will jumpa auntie later…Boleh?”, kata James pelat berbahasa melayu, tercampur English terselit sedikit mandarin.

               Mak Esah mengangguk, “ohh if that… its okay. But wait I want to give you dishes… lauk I cook just now. Wait a bit aah”, kata Mak Esah masuk ke dalam rumah sebentar.

               “Xiexie again auntie and family for sending mehere… Please receive my mom’s offering ya”, senyum Sarah.

               Sekejap saja Mak Esah keluar sambil membawa beberapa lauk pauk serta ada nasi juga.

               “Ohh thank you… mesti sedap ni”, wanita cina itu mengambil lauk yang diberikan.

               “Terima kasih auntie”, James menundukkan kepalanya.

               Mak Esah turut tersenyum.

               Setelah kereta yang dinaiki James beredar, Nadirah dan Mak Esah masuk ke dalam rumah.

               Di dalam kereta James, wanita cina yang merupakan saudara jauh James itu berkata,“what a nice future mother in law that you have…”.

               James hanya tersenyum sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

               Masuk sahaja ke dalam rumah, Sarah bersalam dengan Puan Kiah.

               “Sebaya Nad kan?”, tanya Puan Kiah.

               “Haah…”,angguk Sarah.

               “Tadikan Kiah… kelakar bakal menantu aku cakap pelat-pelat”, cerita Mak Esah.

               “Iya?”,kata Puan Kiah.

               “Mak…malulah”, sengih Sarah.

               “Alaa apa nak malunya…”, kata Mak Esah lagi.

               “Apa-apa jelah… Danny dengan Nad mana?” tanya Sarah.

               “Ohh Danny dekat dobi tengah tengok mesin basuh. Nad pula ada dekat bilik tengah lipat baju. Pergilah tengok Nad. Perut dia dah nampak”, kata Puan Kiah.

               “Okay terima kasih acik…”, kata Sarah lalu naik berjumpa Nadirah dahulu.

               Nadirah perlahan-lahan melipat baju di atas katil. Tiba-tiba, pintu bunyi bergesel kedengaran.

               “Assalamualaikum Nad…”, senyum Sarah.

               “Ehh Sarah!! Waalaikumsalam!”, teruja Nadirah. Sarah pergi ke arah Nadirah lalu memeluk iparnya itu.

               “Pegang sikit perut…”, pinta Sarah lalu menyentuh perut Nadirah.

               “Eyyy terujanya aku! Ada anak buah aku dalam ni”, teruja Sarah.

               Nadirah ketawa.

               “Kau kena cerita semuanya dekat aku…”, kata Sarah sambil memegang bahu Nadirah.

               “Cerita semuanya?”, tanya Nadirah.

               “Ya cerita semua. Macam mana boleh rasa mengandung ni… dengan yang lama-lama kau call aku nangis-nangis Danny ada perempuan lain tu”, Sarah tertanya-tanya.

               “Ohhh ya yang itu”, Nadirah mula teringat dia pernah menelefon Sarah untuk meluahkan perasaannya.

               “Masa aku telefon itu, perasaan aku tak tertahan….”, Nadirah mula menceritakan apa yang terjadi sehinggalah bagaimana dia dapat tahu dia mengandung. Sarah mendengar. Kadangkala Sarah bertanya juga. Kemudian Nadirah menjawab. Mereka bersembang dengan terselit gelak ketawa juga.

               Setelah selesai bercerita Sarah berbicara.

               “So basically, semuanya salah fahamlah ni… hmmm aku pun tak salahkan mana-mana pihak. Manusia kan ada kekurangan masing-masing. Si Danny ni pun satu! Dia memanglah Nad… mak dulu memang tak pernah nak suruh dia buat kerja rumah pun! Biasanya aku je… Habis sekolah terus kahwin pula tu… memang tak ada ilmu kerja rumah lah dah isteri yang buat pulakan. Si Danny ni tak boleh hidup tanpa mak… tanpa kau tau. Nak kena tinggal bini barulah terhegeh”, kata Sarah.

               “Aku pun ada salah juga… macam kau cakap masing-masing ada kelemahan, tapi aku bersyukur lah perasaan aku makin kuat. Kurniaan Allah ni pun menguatkan jodoh kami”, senyum Nadirah sambil menggosok perutnya.

               Sarah senyum melihat Nadirah.

               “Betullah tu… ada hikmah. Tapi kan aku kagumlah… korang boleh uruskan masalah korang ni tanpa beritahu mak. Mak tak tahulah kiranya kan? Yang korang pernah gaduh besar?”, tanya Sarah.

               “Mak tak tahu. Itulah walau gaduh besar macam mana sekalipun, aku tak nak risaukan keluarga. Masalah rumah tangga biar suami isteri saja tahu. Kalau diorang tahu nanti jadi tak seronok la kan. Marah emosi macam manapun aku… bila aku ingat kita dua keluarga hubungan jiran yang baik, aku tak sampai hati nak beritahu…Cuma dengan kau je aku luahkan, itupun dah tak tertahan sangat”, kata Nadirah.

               “Ohh alhamdulillah things get better…”,senyum Sarah.

               Daniel pula berada di bawah menguruskan pakaian di dobi. Usai sahaja membuat kerja,dia mendapat email di telefon. Apabila mendapat email itu, wajahnya sedih. Daniel menelefon nombor yang tertera.

               “Hello,  saya ada hantar resume untuk kerja di 7e haritu. Saya dimaklumkan pekerja sudah penuh”.

               “Ya encik… Maaf pekerja sudah penuh. Kalau untuk pekerja part time, sudah sangat ramai. Kalau encik masih berminat untuk apply full time mungkin kita boleh consider”, kata orang yang ditelefon Daniel.

               “Cawangan lain yang terdekat pun tak ada?”, tanya Daniel.

               “Seperti yang kita cakap sebelum ni… semua cawangan terdekat sama encik”.

               “Okaylah kalau macam itu. Tak apalah… terima kasih”, kata Daniel.

               “Sama-sama”.

               Daniel menutup panggilan.

               “Haaaaaaaarrhh”,Daniel mengeluh panjang.

               Masa ini jugalah susah nak dapat kerja. Minta kerja part time saja pun.

               “Aduh…masalah timing betullah. Masa Nad mengandung jugalah susah nak dapat kerja part time. Timing Nad tengah mengandung pula tu. Kalau tunggu lama sikit aku dapat kerja tetap, tak ada masalah lah kalau Nad mengandung. Ini Nad mengandung… aduh macam mana ni? Timing Nad mengandung… timing tak dapat kerja. Ya Allah…”, keluh Daniel buntu.

               Sarah mendengar saja apa yang dikeluh oleh adik lelakinya tanpa disedari. Usai sahaja berborak dengan Nadirah di atas, dia turun ke bawah untuk melihat adiknya.Nadirah di atas punyalah positif dengan mengatakan ‘kurniaan Allah ini jodoh kami’ tetapi Daniel di bawah pula berkeluh kesah.

               Sarah menggeleng kepala lalu mencubit adik lelakinya dari belakang.

               “Eheh auuu…”, terkejut Daniel tiba-tiba ada orang mencubitnya.

               “Eh Kak Sarah… Dah balik”, Daniel terkejut. Wajah Daniel terpamer risau juga jikalau kakaknya mendengar keluhannya tadi.

               “Aku ingatkan kau ni dah sepenuhnya berubah… tapi masih ada perangai lama yang tak disental”,kata Sarah sambil berpeluk tubuh.

               Daniel hanya diam. Memang sahlah kakaknya sudah mendengar.

               “Ini kalau mak, acik Kiah dengan Nad dengar kau cakap macam ni… Diorang kecewa dengan kau tahu tak?Nad punyalah happy mengandung anak kau…”.

               “Dahlah kau yang kasi Nad mengandung… Lepastu bila Nad mengandung, kau cakap macam tu. Kalau tak suka sangat, kau sunat jela lagi sekali. Biar mandul”, kata Sarah sarkastik.

               Daniel diam lagi. Dia tahu dirinya salah. Dia tidak patut berfikir sebegitu, tetapi dia teremosi dengan suasana.

               “Sekarang kau cakap dengan akak… apa yang membelenggu kau sekarang sampai kau cakap macam ni?”, tanya Sarah apabila melihat Daniel diam sahaja seakan memendam sesuatu.

               “Tak adalah kak… Nad mengandung, lepastu nak kena fikir untuk beli barang baby… duit hospital untuk bersalin…Danny ni kalau boleh nak Nad bersalin dekat hospital swasta macam instafamous tu. Jadi Danny cuba cari produk untuk meniaga online. Lepastu Danny rasa tak cukup… Danny nak cari kerja part time, tapi semua tak dapat. Danny buntu kak nak dapat duit dari mana. Danny ada simpanan tapi tak boleh bergantung dekat simpanan semata-mata. Kalau simpanan habis nak cekau duit dekat mana lagi”, cerita Daniel panjang lebar.

               “Hmm bagus hasrat Danny tu… Akak sokong tapi Danny kena jaga tutur mulut tu. Kalau malaikat kiri kanan aminkan macam mana. Tiba-tiba jadi Nad gugur ke apa… Doa ni kadang-kadang termakbul di saat kritikal”.

               “Danny tahu Danny salah… Danny tak patut cakap macam tu. Danny cuma tertekan tadi. Danny bersyukur sangat Nad mengandung sebab dengan anaklah perasaan Nad kepada Danny kuat, tapi yang masalah nya hal kewangan sekarang. Nak cari sumber punyalah susah”.

               Sarah senyum memandang adik lelakinya. Adik lelakinya yang lebih muda daripadanya. Adik lelakinya yang melangkah bendul dan kini hendak menjadi bapa. Adik lelakinya yang dahulu hingusan sekarang sedang berfikir cara untuk menyara keluarga. Fikiran lebih matang dalam bab-bab untuk mencari rezeki buat keluarga tersayang, memikirkan hal ekonomi, memberi kecukupan kepada keluarga. Senyuman Sarah makin melebar.

               “Entah kenapa bila tengok Danny ni teringat dekat arwah ayah…”, kata Sarah.

               “Apa?“, Daniel tidak mendengar kata kakaknya.

               Sarah menggeleng tanda tiada apa-apa.

               “Emm Danny… agama Islam memuliakan wanita betul tak? Sebab dia melahirkan anak, beri susu, mendidik anak… dengan peranan ibulah antara faktor seorang anak itu berjaya dunia akhirat atau tidak… sebab ibu paling dekat dengan anak-anak kan. Syurga pun pada ibu kan? Wanita lah kiranya…”, tanya Sarah.

               “Ya…”,setuju Daniel.

               “Tetapi lelaki pun mulia juga…”, kata Sarah.

               Daniel mendengar kata kakaknya.

               “Lelaki ini mulia bila dia menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Pengorbanan ayah tak sama macam pengorbanan ibu… Pengorbanan ibu ini kita dapat rasa melalui emosi dia… tetapi pengorbanan ayah ini banyak pada fizikalnya. Anak isteri susah nak nampak atau rasa sebab orang lelaki selalu keluar rumah. Peluh keringat dia keluar… tapi bila sampai rumah peluh tu kering. Anak isteri memang tak tahu apa kerja kita, susah macam mana… tapi Allah tahu keringat orang lelaki. Pahala besar bila setiap keringat dia itu untuk beri anak bini makan dekat rumah. Allah ambil kira… niat kita bila nakkan yang terbaik untuk keluarga. Allah ambil kira. Jadi Danny jangan mengeluh… Allah tahu Danny ada niat yang baik untuk memberi yang terbaik buat Nad dan anak dalam kandungan. Allah akan bagi jalan. Danny kena berusaha lagi dan bersabar… Danny tahu kan pengorbanan arwah ayah macam mana? Danny boleh... Lagipun kakak ada… mak ada… mak mertua pun ada. Semua boleh bantu. Jangan tanggung perasaan ni seorang diri”, kata Sarah panjang lebar.

               Daniel terasa sebak lalu dia memeluk kakaknya erat, “ terima kasih kak”.

               Disaat semangatnya turun, mujur Allah sampaikan kakaknya kepadanya tepat pada waktu untuk meningkatkan balik semangatnya untuk menjadi ketua keluarga yang terbaik. Daniel rasa bersyukur.



Previous: Bab 58
Next: Bab 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.