Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 7

BAB 7: Bloopers Interview 🎦📹🎥


Penemuramah: Kami hari ini akan menemuramah anda semua. Jadi mohon jawab soalan kami sejujurmya.


Semua: Baik…


**

Penemuramah: Macam mana Mak Esah boleh bagi Daniel bertunang dengan Nadirah?


Mak Esah : Hmm mula-mula tu macam tak nak bagi juga… tapi bila difikirkan balik orangnya Nadirah. Entah kenapa saya jadi tak risau sangat. Saya tahu Daniel masih muda… sebab itulah saya bagi tunang dulu. Kalau nak kahwin… ya tunggu habis sekolah lah. Lagipun saya kenal latar belakang Nadirah dan keluarganya. Jadi saya percaya Nadirah itu baik-baik orangnya.


Penemuramah: Ohh kiranya Mak Esah agak berfikiran terbuka ya…”


Mak Esah: Nak kata berfikiran terbuka tu entahlah… sebab saya dulu kahwin seawal umur 17 tahun. Yalah… orang dulu-dulu.Jadi saya rasa tak ada masalah Daniel nak bertunang. Lagipun dia sudah pandai seimbangkan pelajarannya.


Penemuramah: Macam mana dengan suami puan?Dia baik-baik saja ke anak lelaki dia bertunang awal?


Mak Esah: (Matanya mula berair) arwah suami saya dah tiada sejak dari Daniel 4 tahun lagi. Kalau anak dia bahagia, saya pasti arwah suami saya pun bahagia juga.


Penemuramah: ohh maaf puan. (Lalu memberikan tisu kepada Mak Esah)


Mak Esah: Tak apa.


**


Penemuramah: Apa pendapat Puan Kiah dan Encik Hamid tentang pertunangan Nadirah dan Daniel.


Puan Kiah: Okay saja. Saya seronok untuk anak saya. Lagipun, keluarga belah lelakinya pun saya kenal sangat. Jadi saya tak risau sangat.


Encik Hamid: Saya pun okay saja. Cuma itulah, perasaannya lainlah sebab anak perempuan saya dah bertunang dah kan.Tak lama lagi nak kahwin. Saya berdebar sikit sebab pertama kali nak jadi wali.Hehehe. (Encik Hamid menggaru kepalanya).


Penemuramah: Ohh ada keterujaan ya disitu.


Puan Kiah: Teruja sebab Nadirah anak sulung kami dah nak kahwin.


Encik Hamid: Selama ni saya selalu pergi kenduri anak-anak kawan saya. Alhamdulillah tak lama lagi giliran saya pula yang jemput kawan-kawan saya datang ke majlis anak saya nanti.


Penemuramah: Oh baiklah. (Senyum terharu)


**


Penemuramah: Macam mana Fauzi? Kakak dan Daniel dah bertunang.


Fauzi: Alhamdulillah saya gembira untuk kakak saya. Saya harap kakak saya dan Daniel cepat-cepat kahwin dan jagalah kasih sayang antara satu sama lain. Kita kahwin kena bersebabkan cinta kepada Allah supaya perkahwinan itu dirahmati. Waktu bertunang, berkenal-kenalan lah sebaiknya. Kalau nak putus biar waktu bertunang ni… jangan masa dah kahwin pula.Tak elok runtuhkan masjid. Tapi apa-apapun saya percaya yang Allah temukan kakak saya dan Daniel pasti ada hikmahnya. (Fauzi senyum)


Penemuramah: Wah betul tu… Fauzi ada cakap yang Fauzi pernah dipermainkan. Siapa orangnya?


Fauzi: Oh itu kisah lama. Saya tak rasa perkara itu perlu untuk kalian tahu.


Penemuramah: (Wajah penuh pengharapan)


Fauzi: Hmm baiklah. Tapi saya nak minta kalian censored tau.


Penemuramah: (Mengangguk)


Fauzi: Orangnya ialah ##### kepada Daniel.


Semua: (Mereka terkejut dan terdiam.Lebih-lebih lagi keluarga Daniel.)


Fauzi: (Masih tersenyum)


Penemuramah: Okay tak apa. Kita tukar topik. Hmm Fauzi tak ada kekasih ke sekarang?


Fauzi: Kekasih itu tak ada sebab saya masih pelajar universiti. Tapi saya adalah dalam proses untuk berkenalan dengan seseorang ni.


Penemuramah: Ohh baik terima kasih.


Fauzi: sama-sama.


**


Penemuramah: Jadi apa perasaan korang dapat bertunang ni?


Daniel: Hmm rasa seronok sangat. Akhirnya saya dapat juga cop gadis idaman saya. (senyum bahagia)


Nadirah: (Hanya tersenyum)


Penemuramah: Rancangannya nak kahwin bila?


Daniel: Kalau boleh secepat mungkin, tapi mak dan Nadirah minta saya habiskan SPM dulu.


Penemuramah: Nadirah?


Nadirah: Macam yang diperkatakan Daniel tadi. Saya nak dia habis SPM dulu. Lepas itu bolehlah.


Penemuramah: Apa perasaan Nadirah ada tunang 17 tahun?


Daniel: (memberikan perhatian sepenuhnya kepada Nadirah dengan perasaan ingin tahu)

Nadirah: haha hmm penuh kejutan.Berwarna-warni kehidupan saya. Ada sesetengah perkara yang saya sangat menghargai Daniel dan saya nak ucapkan terima kasih untuk itu.


Daniel: Terima kasih apa?


Nadirah: Adalah (senyum)


Penemuramah: Okay masa sudah suntuk. Sampai disini sahajalah temu ramah kita.


Daniel dan Nadirah: baik


Penemuramah: Terima kasih semua kerana memberi kerjasama.


Semua: Baik… sama-sama juga.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.