Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,625
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 11

KAU CINTA AKHIR KU (BAB 11)

Puan Sarah yang sedang mabuk itu dipandang dengan mata yang tajam. Geram dan sakit hati. Marah dengan sikap mama yang tidak pernah berubah. Sampai bila mama mahu begini? Soal Rayyan di dalam hati. Tak habis-habis dengan arak, arak. Mabuk memanjang.
"Mama..," panggil Rayyan. Melihat wajah Rayyan dan Aleeya membuatkan Puan Sarah makin berang dan sakit hati. Benci dan menyampah melihat wajah-wajah itu. Anak tak guna, kerana perempuan ini, kau sanggup tinggalkan agama dan aku, yang melahirkan kau yer.., Memang kau anak yang tak kenang jasa dan budi. Anak durhaka. Pekik Puan Sarah di dalam hati.
"Cukup Ryan, kau bukan anak aku lagi. Kalau mahu menjadi anak ku semula, tukar agama kau, mahu???" tengking Puan Sarah membuatkan hati Rayyan semakin terluka. Apa lah mama ini, marah dan benci tak habis-habis kat aku dan Aleeya.
"Apa pun keadaan, Ryan tetap anak mama!" suara Rayyan tegas. Itu kan kebenarannya mama, siapa pun Rayyan, Rayyan tetap anak mama di dunia sampai akhirat. Agama islam tak melarang seorang anak untuk berbakti kepada ibu yang menglahirkannya.
"Anak??? Aku tak ada anak macam kau!" ujar Puan Sarah sambil menarik tangan kekasih barunya yang muda itu. Jauh lebih muda dari Papa. Mereka berdua berjalan berpimpin tangan. Mahu beredar dari situ. Tetapi di halang oleh Rayyan.

Rayyan menarik tangan kekasih hati Puan Sarah. Mahu saja ditumbuk lelaki yang telah banyak mengikis harta mamanya. Tetapi belum pun sempat menumbuk, Puan Sarah terlebih dahulu menghalang Rayyan. Ditamparnya muka Rayyan dengan kuat sekali.
"Jangan masuk campur urusan aku!" jerit Mama. Rayyan masih mencuba menghalang tetapi Aleeya menarik tangan suaminya.

“Saya sayang mama lah!” jerit Rayyan apabila mama berlari masuk ke dalam kereta kepunyaan kekasih barunya yang berada berdekatan dengan tempat itu.

“Aku tak ada anak derhaka macam kau...,” sumpah mama di dalam kereta. Rayyan mahu mengejar tetapi Aleeya memegang tangan suaminya dengan kemas.

“Sudah lah tu!” sabar Aleeya. Memang kalau tak sabar macam tu, bergaduh lah malam ini.

“Sakit hati tau tak?” jerit Rayyan sambil mengarahkan Rashid dan Kamal beredar dari situ. Dia mengupah orang gara-gara untuk menjaga mamanya. Tak sanggup melihat mama berterusan begitu.

“Tahu, tapi cuba bawa bersabar!” pujuk Aleeya. Tak kan nak bergaduh di tepi jalan raya kut. Lagilah tak manis dipandang orang. Kena jaga nama baik kita juga lah.

“Tak mampu nak sabar lah kalau terus macam ini. Liya tengok sendiri kan tadi?” soal Rayyan. Tahu lah, tetapi dah mama berkeras tak akan lah kita pun nak berkeras sama. Kita ni anak lah. Perlu hormat orang yang lebih tua dari kita. Abang tu turut sangat panas kat hati abang

“Abang anak lelaki lah, tanggungjawab anak lelaki tak sama dengan anak perempuan,” lembut saja suara Aleeya. Tetapi maaflah, cakap terus terang, kali ini aku tak sanggup berkorban seperti dulu lagi. Anak-anak di rumah perlukan kasih sayang dan perhatian dari papanya. Jadi, liya memang tak nak berpisah dengan abang lagi.

“Tak tau macam mana nak pujuk mama lagi. Dah macam cara abang buat, tetapi mama macam tu jugak!” keluh Rayyan. Hati mama tak berlembut langsung. Tak nak beri peluang kepada saya dan Aleeya. Atau paling tidak beri ruang kepada Ryan dan Alvin. Ini mama buat perangai, sengaja nak menyakiti hati kami adik-beradik. Betul kah tanpa restu keluarga, kita hidup tidak akan senang lenang. Ada saja dugaan dan ujian?

“Jangan turut sangat perasaan abang tu..,” tutur Aleeya sambil memegang lengan suaminya. Mereka berjalan menuju ke kereta.

“Ek, pelik bunyi ayat tu?”

“Apa pula?”

“Tau dalam hati Liya tu ada apa? Tak payah lah bimbang. Apa pun terjadi abang tak akan persiakan hidup Liya dan anak-anak,” lancar saja pengakuan itu. Aku sudah berjanji kepada diri sendiri, hati ini hanya untuk Aleeya seorang. Biar lah taufan melanda, biarlah ombak menganas, tetapi kasih ku terhadap Aleeya tak mungkin berubah.

Mama Sarah boleh buat apa saja untuk memisahkan kasih sayang dan cinta kami, buat lah fitnah ke, ugut lah, atau apa saja tetapi atas doaku selama ini, semuga ALLAH memelihara kehidupan kami sampai akhir hayat. Amin.

Rayyan mengeluh hampa.

Semalaman Rayyan tidak tidur kerana asyik memikirkan mama. Mama yang semakin hilang arah dan tujuan sejak bercerai dengan papa. Kerana aku kah semua ini berlaku? Aku kah yang menyebabkan mama aku menderita dan sengsara? Kalau Ryan yang bersalah, ampunkan Ryan mama! Keluh Rayyan di dalam hatinya.

Atau pun kerana perkahwinan kami, perkahwinan tanpa restu dari mama, tetapi alhamdulillah aku bahagia sampai ke saat ini. Barangkali kerana restu papa dan keluarga Aleeya. Cuma mama saja yang tidak setuju, dan marahkan aku. Benci sangat kerana aku berkahwin dengan Aleeya, bukan berkahwin dengan gadis-gadis yang menjadi pilihan mama pun.

Aku nak berkahwin dengan perempuan yang ada agama, kerana agama lah yang dapat menyelamatkan kami di dunia dan akhirat. Tanpa agama, jadi lah seperti aku dulu, seperti Julia, seperti Alvin, mama dan papa. Kami bertiga sudah berubah, tinggal mama dan Julia saja yang masih kekal dengan agama lama kami.

“Abang!” panggil Aleeya sebelum melangkah keluar dari kereta. Aleeya tahu Rayyan bersedih hati dengan apa yang berlaku ke atas diri mama. Sejak akhir ini, banyaknya rungutan tentang mama yang mereka dengar. Mama sering bawa pulang lelaki-lelaki muda ke rumah menemaninya. Lelaki silih berganti tetapi kebanyakkan bukan lelaki melayu pun. Ada yang sama umur dengan Rayyan dan Alvin.

“Abang okey lah, jangan Liya yang buat perangai sudah lah. Liya saja yang boleh buat abang naik angin tau tak?”

“Liya pulak yang salah?”

“Memang salah Liya pun. Kerana Liya telah berjaya buat abang jadi macam ni.,”

“jadi macam mana?”

“Hehehe.. rahsia lah, mana boleh cakap kat Liya!” Liya telah berjaya mengubah siapa diri Rayyan yang sebenarnya.

Baru lalu bilik Alvin, terdengar suara Husna dan Alvin bertengkar. Kebetulan pintu bilik tidak ditutup. Rayyan menarik tangan Aleeya supaya mempercepatkan langkah dan berlalu dari situ. Tidak mahu masuk campur urusan adik bongsunya. Nanti lagi panjang cerita.

“Syarikat ini bukan hak saya lah, tetapi hak abang saya!” tengking Alvin sebelum keluar dari biliknya dan menghilang diri. Rayyan hanya mampu mengelengkan kepalanya. Hendak syarikat ini?? Boleh ke uruskan syarikat yang besar nih? Lagipun apa hak Husna dalam hal syarikat kami? Aduhai, kenapa manusia jadi macam nih. Aku pelik lah.

“Liya jangan lupa meeting pagi nih..,” ingat Rayyan apabila Aleeya sudah sampai ke biliknya. Serta merta wajah Husna hilang dari pandangan matanya bila melihat wajah isteri kesayangannya.

“Baik bos!” gurau Aleeya. Suami Liya ini memang kuat semangat dan berdikari. Masalah kerja dan masalah peribadi tidak di bawa bersama. Tahu pula dia membezakan hal itu. Kalau membabitkan Liya saja yang dia tak boleh bezakan peribadi atau tidak.

“Panggil apa tadi? Abang tak dengar lah!”

“Mana ada,”

“Balik rumah nanti siap lah Liya!” balas Rayyan membuatkan muka Aleeya naik warna merah.

“Hahaha..,” Rayyan ketawa gembira melihat riak wajah Aleeya yang sudah berubah. Liya, Liya, kita bukan baru kahwin lah, sayang!

Mujur lah hal-hal peribadi ini tidak sedikit pun menganggu tugasan mereka berdua di pejabat. Wajah mama, pergaduhan antara Alvin dan Husna tidak berjaya menganggu Rayyan menjalankan amanah yang diberikan oleh Papa.

Tetapi lewat petang, ketika dia sedang makan bersama Aleeya di dalam bilik, kerana tadi tidak sempat untuk makan tengah hari, telah berjaya mengocak tangkai hatinya sebagai seorang abang. Alvin datang dengan membawa masalah yang terpaksa difikirkan semula.

“Nak syarikat ni?” soal Rayyan. Aleeya hanya mendengar.

“Saya pun ada hak jugak kan?” soal Alvin kembali. Rayyan mengangguk.

“Boleh. Tetapi dengan satu syarat?” balas Rayyan. Apa salahnya, sebab Alvin adalah adik kandungku. Kalau syarikat ini boleh membahagiakan Alvin dan Husna, dia sanggup mengalah.

“Apa?”

“Dalam masa setahun ini, Alvin kena tunjuk kat Along dan papa bahawa Alvin mampu mengemudikan syarikat kita. Itu syaratnya. Macam mana setuju tak?” cabar Rayyan kepada adik kandungnya. Tak boleh sewenang-wenangnya serahkan syarikat ini kepada Alvin kerana ini membabitkan masa depan pekerja-pekerja di sini. Papa paling pentingkan pekerja-pekerja yang telah banyak berjasa untuk kejayaan syarikat ini.

“Setahun?? Lamanya??”

“Tak lama lah!”

“Tak nak lah!”

“Pulak. Sekarang memang Along tak boleh beri syarikat ini kepada Alvin, sebab Alvin tak ada pengalaman. Bukan kerana hal lain,” pujuk Rayyan. Takut si adik kecil hati pula.

“Saya ni nak kawal isteri seorang pun tak mampu, nak jaga syarikat yang besar ini lagi lah tak mampu..,” keluh Alvin separa kecewa. Hampa dengan hidupnya sendiri barangkali.

“Alvin, belajar lah untuk jadi suami yang baik kepada Husna. Boleh belajar kan?”

“Tak larat nak fikir dah, saya nak bawa diri lah, Along!”

“Jangan lah cakap macam tu, papa dan Along mengharapkan Alvin terus berada di sini,” rayu Rayyan. Dia baru saja kembali, tak kan lah nak pergi lagi.

“Along tak berhak halang saya kali ini,” ujar Alvin meninggalkan mereka berdua. Hmm susahnya. Macam mana sekarang?

Dulu Alvin tinggalkan kami sekeluarga kerana bosan dengan sikap mama yang kaki mabuk itu. Alvin bukan seperti Rayyan yang dulu, Alvin tak suka minum arak, tidak suka berpeleseran dengan perempuan-perempuan, maksudnya Alvin memang lelaki yang baik sejak dari zaman remaja lagi. Cuma Alvin tidak menganut mana-mana agama. Dia bukan islam, dia juga bukan budhha seperti mama, tapi mama lebih kepada agama kristian. Setiap hari Alvin dan mama bergaduh dan kerana tidak sanggup lagi bergaduh, Alvin lari dari Malaysia, membawa diri dari satu negara ke satu negara. Cuma Alvin tidak putus hubungan dengan Rayyan saja, kalau tak, hendak di cari di mana adik kesayangannya ini?

Sekarang Alvin ingin pergi lagi kerana tidak tahan dengan karenah isteri sendiri. Suka sangat lari dari masalah.

Terpaksa telefon papa juga hari ini kerana mahu membincangkan hal Alvin dan hal syarikat. Dia bercadang untuk menyerahkan syarikat ini kepada Alvin saja tetapi papa membantah. Papa mahu Rayyan yang menguruskannya bukannya Alvin. Setelah papa menasihatinya, terpaksa lah dia menurut kata-kata papa walaupun dia berat hati. Bagaimana dengan Alvin?? Harta dunia ini aku boleh cari, boleh usaha, tetapi persaudaraan yang perlu dijaga. Sudah lah sekarang asyik bertelagah dengan mama saja, nanti tak pasal berselisih pendapat dengan adik pula. Sedangkan Julia entah ke mana menghilang.

Kena fikirkan sesuatu untuk kebaikan Alvin. Itu yang ada di dalam fikiran Rayyan ketika ini. Dia sebenarnya terlalu sayangkan adik-adiknya.

Esok aku akan pujuk papa juga. Kalau tak berjaya juga, aku tetap aku memujuk papa sehingga berjaya. Itu nekad Rayyan.

“Abang nak serahkan syarikat ini kepada Alvin?” soal Aleeya ketika mereka berdua melangkah pulang. Dia mendukung Ain, manakala Adam berada dalam dakapan Rayyan. Anak manja Rayyan katakan.

“Ha, ah.., kenapa? Liya tak suka ke?”

“Bukan tak suka, tetapi bolehkah abang hidup susah nanti?” celik-celik sudah berada dalam kemewahan, boleh kah orang yang sentiasa senang dan mewah dengan harta kekayaan hidup dalam kesusahan?

"Segala kekayaan yang kita miliki akan di hitung di akhirat kelak. ke mana arah tujuan kekayaan yang abang ada sekarang digunakan. Apakah untuk amalan di akhirat atau untuk kepentingan abang sendiri. Abang rela tinggalkan semua itu untuk kebahagiaan Alvin dan Husna, cukup lah abang ada Liya dan anak-anak sebab Liya dan anak-anak adalah harta yang paling berharga untuk abang," ucapan Rayyan membuatkan hati Aleeya terharu mendengarnya. Rayyan yang aku kenal memang lah bukan seorang lelaki yang pentingkan diri sendiri. Dia sanggup berkorban untuk keluarganya, tambahan lagi untuk adik-adiknya. Dulu, untuk Julia, sampaikan bergaduh panjang dengan ku. Sekarang Alvin pula. Dan aku tak boleh cemburu dengan semua itu, kerana itu tanggungjawab dia sebagai seorang abang sulong. Lagipun tak luak pun kasih sayang terhadapku selama ini. Jadi, apa masalah kan?
"Liya akan sokong segala keputusan abang!" ucap Aleeya luhur. Aku akan bersama suami ku di kala senang atau pun kesusahan, walaupun aku tidak pernah hidup dalam kesusahan sejak dari kecil lagi. Hehehe... Kata-kata itu membuatkan Aleeya tersenyum sendiri. Ayah dan mak pun orang senang juga, walaupun tak semewah keluarga suamiku.

Bolehkah aku hidup susah??? Sebab aku tak pernah hidup susah selama ini? Tetapi kalau lah abang pilih hidup macam tu, Liya ikut saja lah. Liya tetap akan berdiri di sisi abang biar apa pun terjadi. Itu nekad Liya di dalam hati.

"Liya..., " panggil Rayyan kerana menyangkakan Aleeya menyindirnya.
"Liya tak pernah hidup susah...," jawab Aleeya yang lahir dari hati. Jujur.
"Hish ke situ lah pulak... abang pun tak pernah hidup susah lah. Dan abang tak akan biarkan keluarga kita hidup dalam kesusahan lah..," selagi ada tulang empat kerat ni, abang akan berusaha untuk mencari rezeki yang halal, memberi kesenangan dan kebahagiaan kepada Liya dan anak-anak kita.
"Ini yang membuatkan Liya sayang abang nih!" ucap Aleeya sambil mencium pipi kanan suaminya. Tindakan spontan dari Aleeya membuatkan Rayyan sedikit tergaman. Kadang tu malu, orang buat apa semua tak boleh, apa tah lagi kalau depan orang lain. Ada kala tu terlebih berani lah pula, seperti hari ini. Liya, ooo, Liya...

“Tak malu ke cium abang kat sini?” usik Rayyan bahagia sambil masuk ke dalam kereta. Begitu juga dengan Aleeya. Adam sedang nyenyak tidur di kerusi baby di belakang tetapi Ain masih berada di dalam pelukan Aleeya.

“Mana ada orang, ada kita berdua saja lah!” jawab Aleeya, Dia cuma mengagak, sedangkan ada tiga orang stafnya sedang mengekori mereka dari belakang.

“Cuba tengok betul-betul..,” gurau Rayyan yang tahu ada stafnya melihat adegan spontan tadi. Apa lah isteri aku nih....

“Abang kan suami Liya, bukan pak we Liya pun,” ucap Aleeya membela diri sendiri.

“Tahu pun, jadi jangan menafikan hak abang. Nie nak peluk kat ofis pun tak boleh..,”

“Tu ofis bukan rumah,”

“Nie tepi jalan bukan rumah, mcm tak sabar saja nak cium abang!”

Aleeya tersipu malu tetapi tersenyum di dalam hati. Biar pun dia suka naik angin dan marah-marah, tetapi aku tetap sayang kepadanya. Aku jatuh cinta kerana sikap nya yang panas baran itu.

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.