Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,627
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 10

KAU CINTA AKHIR KU ( BAB 10)

Sudah pukul 2.00 pagi pun. Balik dari majlis tari menari, dia menemani Aleeya menidurkan anak-anak. Selepas itu barulah masuk ke bilik bacaannya. Aku ada kerja yang perlu dibereskan. Nak harapkan Alvin, Alvin tengah serabut dengan masalah isteri dan ahli keluarga mentuanya. Dari perbualan dia dengan Alvin baru-baru ini, ayah mentua dan ibu mentua Alvin nak sangat, jawatan yang Rayyan pegang sekarang di serahkan kepada Alvin dan mahu Rayyan meninggalkan syarikat kepunyaan mereka. Tetapi ini bukan persoalan siapa yang menerajui syarikat kepunyaan papa tetapi banyak lagi penyebabnya yang paling utama dan penting. Nasib 100 orang pekerjanya berada di tangannya sekarang. Dan dia tidak boleh mencagarkan masa depan pekerjanya kepada orang yang tidak mempunyai pengalaman. Mengadaikan nasib pekerja-pekerjanya demi kepentingan dan kebahagiaan Alvin. Itu yang papa tekankan ketika mereka berjumpa tadi. Papa memang sayangkan pekerja-pekerjanya dan bimbang hal rumah tangga Alvin menganggu ketenteraman orang yang bekerja di syarikatnya. Apakah Alvin sudah tersalah memilih isteri? Hmm..

“Abang perlukan bantuan Liya sekarang, terutamanya kat ofis kita,” biarlah berterus terang dengan Aleeya. Sebenarnya cadangan papa yang menyuruh Rayyan mengambil Aleeya bekerja di syarikat mereka. Aleeya itu ada potensi dan bertanggungjawab. Kebetulan pula Aleeya berhenti kerja secara tiba-tiba. Mungkin ini namanya hikmah untuk mereka berdua.

“Maksub abang?” Liya pun berhak tahu kan. Sebab dia telah merosakkan rancangan Liya untuk menumpukan perhatian kepada anak-anak. Niat asal hanya mahu jadi suri rumah saja. Alih-alih terpaksa bekerja di syarikat suami pula. Tetapi kalau dari apa yang Liya lihat sekarang, rasanya Liya dah tahu kut niat suami Liya ini.

“Tolong lah suami Liya nih, Liya kan sayang abang, nanti semua selesai, Liya berhenti lah, jaga anak-anak. Tetapi sekarang abang memang harapkan Liya untuk bantu abang kat situ,” suatu hari nanti Aleeya akan tahu juga kenapa dan mengapa aku membawa dia bekerja di situ atau pun Aleeya sudah tahu apa yang berlaku.

“Liya boleh tolong abang tetapi bayar gaji lebih, boleh?” pancing Aleeya.

“Abang bagi duit tiap-tiap bulan tak cukup lagi ke? Kad kredit abang tu campak kat mana dah?” soal Rayyan. Tak nampak pun Aleeya guna kad kredit yang diberikan seawal perkahwinan mereka. Simpan kat mana lah agaknya. Orang suruh guna bukan suruh simpan pun.

“Itu lain, yang ini lain lah!”

“Okey lah,tak ada masalah tu!”

“Tak payah lah bayar gaji Liya tu, Liya tolong abang seikhlas hati Liya, tetapi abang kena bank in duit kat ayah dan mak setiap bulan mcm selalu,” ucap Aleeya sambil tersenyum. Selama ini pun Rayyan yang buat semua itu. Lagi pun apa yang diberikan oleh Rayyan selama ini sudah mencukupi. Hendak apa lagi??? Liya sudah hidup senang dan mewah dengan apa yang Rayyan miliki. Liya memang tumpang senang pun dengan apa yang dimiliki oleh Rayyan.

“Mana boleh macam tu..” terharunya mendengar kata-kata dari Aleeya sebentar tadi. Tetapi apapun dia tetap akan membayar gaji kepada Aleeya seperti orang lain juga. Apa yang dia beri itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

“Ikut suka hati abang lah, Liya nak tidur, mengantuk nih!”

“Okey lah, Liya masuk tidur dulu. Abang nak settle kerja!” ujar Rayyan. Masih sempat mencium dahi isterinya.

Tabiat Rayyan bekerja sehingga lewat malam, Aleeya sudah memahaminya. Melihat jam 3 pagi, Aleeya terus mengambil wuduk, mahu bersolat sunat. Lamanya tinggal solat tahajjud di tengah malam. Lamanya juga Aleeya tidak mengaji al quran. Kalau dulu itulah yang lakukan. Tapi sejak ada anak dua, Aleeya tinggal semua itu alasannya letih lah dan berbagai lagi.

Jangan banyak alasan Liya, tak baik lah. Tegur Aleeya untuk dirinya sendiri. ALLAH tarik nikmatnya nanti macam mana? Tak kan baru nak sedar kut. Selesai solat taubat dan solat hajat, Aleeya mengambil al quran di sebelahnya. Hanya sampai satu muka, mata sudah mengantuk yang teramat sangat! Ingat nak tidur saja.

“Aik, tak tidur lagi?” tegur Rayyan apabila masuk ke dalam bilik, Aleeya sedang menyimpan kain telekungnya. Aleeya mengelengkan kepalanya.

“Dah siap kerja abang?”

“Sikit saja yang tinggal tadi. Dah selesai pun. Esok pagi ambil fail tu wakil abang pergi meeting yer. Abang ada hal dengan pelanggan terbesar syarikat kita!”

“Pukul berapa meeting?”

“9.00 pagi!”

“Ok!” jawab Aleeya sambil merebahkan dirinya di atas katil.

“Bagus Liya malam ini, kalau tidak abang kejutkan Liya beri banyak alasan yer!” tegur Rayyan. Kalau selalu, susahnya nak bangun buat solat sunat tu. Aleeya tidak menjawab.

“Liya!” panggil Rayyan lagi.

“Esok lah abang sambung berleter tu, Liya mengantuk lah!” balas Aleeya. Mata sudah pun terpejam.

“Liya kena dengar juga!” usik Rayyan sambil berlalu dari situ. Hendak dengar apa lagi nih, dah lewat lah. Esok nak kerja pula.

Jangan lah di ajak berbual lagi, kalau tak tidur juga, esok memang aku masuk lewat lah ke ofis. Baru berangan-angan sebelum terlena, telefon bimbit Rayyan pula berbunyi nyaring. Aleeya mengambilnya kerana dia tahu Rayyan sedang khusyuk solat.

“Puan!’ panggil anak buah Rayyan. Kenal sangat suara itu. Rashid namanya.

“Ada apa Rashid?” soal Aleeya. Muka Aleeya berubah apabila mendengar cerita dari pengawal peribadi Rayyan yang diupah untuk menjaga Puan Sarah, mama mentuanya.

“Okey, nanti saya beritahu Encik Rayyan!”

“Baik, Puan!”

Melihat Rayyan selesai bersolat. Aleeya terus memberitahu kepada Rayyan hal Puan Sarah. Muka Rayyan sudah mula bimbang dan cemas. Risaunya mendengar cerita itu.

“Alvin, datang ke rumah abang sekarang boleh?” pinta Rayyan. Dia perlukan Alvin untuk menjaga anak-anak kembarnya. Setelah mendapat kepastian dari Alvin, Rayyan terus berkemas.

“Jom, teman abang. Kalau ada Liya tak bimbang lah sikit, bukan apa takut abang bergaduh dengan kekasih hati mama saja!” ajak Rayyan. Kena bawa Liya ni, takut aku bergusti dengan mamat kekasih mama tu.

“Kejap, nak tukar baju!” ucap Aleeya. Patuh!

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.