Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
KAU CINTA AKHIR KU (PENGANTIN EKSPRES 2)
pitteriah abdullah
4/8/2013 08:56:09
310,639
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
BAB 5

KAU CINTA AKHIR KU BAB 5

Kerja baru siap. Itu pun mengambil masa dalam sejam juga. Sekarang terasa nak minum kat pantry sekejap. Rasa haus sangat, sebelum nak sambung kerja-kerja yang diberikan oleh suaminya. Banyaknya kerja! Aduhai tak larat lah macam nih..,

“Buat apa akak kat sini? Sengaja nak cari pasal dengan keluarga kami ke?” tegur satu suara dari arah belakang. Glup. Husna ke yang bercakap macam tu? Mana adat seorang adik bercakap dengan seorang kakak? Mana Husna yang lemah lembut dan bersopan santun itu?

“Husna, akak ingat kan siapa tadi?” ujar Aleeya.

“Akak ingat suami akak bos kat sini, akak boleh buat apa saja, jangan mimpi lah, Alvin pun ada saham kat sini juga lah!” sambung Husna lagi. Aleeya tersenyum mendengarnya. Betul lah kata Alvin, Husna sudah berubah kerana hasutan ahli keluarganya. Dulu Husna bukanlah seperti ini? Kenapa berubah Husna? Bukankah seorang isteri harus patus kepada seorang suami? Bukannya meresahkan hati suami?

“Husna, kita kat sini staf saja tau, selebihnya kita adalah isteri. Yang ada saham dan bos kat sini adalah suami akak, dan yang ada saham kat sini adalah Alvin. Jadi jangan masuk campur urusan syarikat dia orang, boleh tak?” ujar Aleeya. Tadi suruh Alvin bersabar, sekarang awak pula dah hilang sabar, Liya!

Husna terasa. Matanya menjeling tajam! Cepat-cepat dia melangkah meninggalkan Aleeya sendirian. Baru tau kut aku nie siapa? Ujar Aleeya dalam hati. Aku hanya bersabar dengan suami aku sendiri, dengan ayah dan mak aku. Dengan orang lain, jangan cari penyakit, boleh tak?

Rayyan yang mendengar di belakang hanya tersenyum. Tegas juga isteri aku ini yer.

“Liya, tengah hari nanti kita keluar makan yer,” tegur Rayyan. Aikk, cek abang Liya ni dengar apa yang Liya cakap kat Husna tadi? Hish, haru nih! Nampak isteri dia garang teramat tadi. Hehehe...,

“Liya nak tengok Adam dan Ain lah!” nak solat lagi. Mana lah sempat nak makan. Sebelum ni pun semasa kerja kat ofis lain, Aleeya tak keluar makan tengah hari juga. Sebab tak sempat.

“Abang pun nak tengok dia orang jugak lah. Rindu!”

“Okey. Liya dah letak fail tadi atas meja abang. Dah tengok?” masa dia ke bilik rayyan tadi, suaminya ini keluar.

“Dah. Memang abang tak salah pilih Liya jadi isteri abang. Boleh jimat duit abang, sebab dalam masa yang sama boleh jadi pembantu abang kat ofis ni,” Puji ada makna tu.

“Puji Liya lebih-lebih ni ada apa-apa ke?” soal Aleeya. Tengok semua ada atas meja LIya. Fail staf pentadbiran pun ada. Minit-minit mesyuarat semuanya melambak atas meja.

“Ler, puji pun tak boleh?” Liya kena ambil tahu semua hal pejabat lah. Bukan hal keluarga abang saja. Tambah-tambah hal keluarga Alvin yang tengah berserabut sekarang! Tapi abang tak pandai nak bercerita lah masalah keluarga ni? Rumit sangat!

“Hehehe...,”

“Liya, lepas tu kita keluar makan. Liya tak payah lah ikut aturan pejabat ni, abang bagi kelonggaran kat liya lah!”

“Mana boleh cek abang sayang, Liya tak akan ambil kesempatan macam tu!” dia pun tak buat benda-benda mcm tu, nak suruh kita pula ambil kesempatan. Apa lah abang nih. Dia ada aturan kerja yang ketat, tak kan lah Liya pula nak buat perkara yang tak sepatutnya. Kerja tetap kerja lah.

“Ikut Liya lah. Lepas solat kita pergi makan. Abang tunggu Liya kat bawah tu!”

“Abang nak orang cakap pasal abang dengan isteri abang lepas ni, abang buat lah. Tak kan nak keluar makan pukul 2.30, lepas waktu rehat dah tu?”

“Liya, ofis ni hak abang lah. Biarlah orang nak cakap apa pun, abang tak kisah lah!” Hmm.. rayyan dah tunjuk sikap dia lah tu. Aleeya mengelengkan kepalanya. Kalau itu satu arahan, berani bantah?

Lepas ni, orang gosip cerita Liya dengan suami Liya pula lah yer? Boleh lah tengok cerita siapa paling hot? Cerita Liya dengan Rayyan? Atau cerita Husna dengan Alvin?

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.